Sunday, July 31, 2011

SINAR RAMADHAN KEMBALI LAGI.....


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.
Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.
Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.
Ianya bukan lagi tentang lapar dan dahaga semata. Jauh dan lebih dalam lagi, di bulan inilah kita boleh menyaksikan penyatuan umat Islam baik di masjid mahupun di bazaar-bazaar Ramadhan.
Ada yang rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah.  Ada yang berbondong-bondong mengerjakan sunat terawih di madrasah..
Tak kurang, ada yang sibuk melakukan persiapan sempena Syawal walaupun masih terlalu awal. Di bulan Ramadhan inilah, akan terlihat segala macam manusia mengisi 30 hari yang dihadiahkan Tuhan.

POKOK NAM NAM (KATAK PURU)

Khabarnya pucuk pokok nam nam boleh melawaskan kencing. Kalau yang tidak biasa berulam, bolehlah rebus daunnya dan minum air rebusan.

ANAKANDA VS AYAHANDA


Friday, July 29, 2011

CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :
  • Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
  • Datang awal, balik lambat.
  • Sangat mementingkan disiplin.
  • Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
  • Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
  • Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
  • Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
  • Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.
Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang.

Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr Tuah, Phd (penyakit hasad dengki).
Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).
  

PETUA MEMUTIH DAN MEMBERSIHKAN WAJAH


Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?
Petua Kulit Cerah
Namun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.
Tanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah di bawah ini;
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.
2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.
4. Biarkan selama 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.
Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.
Semoga Berjaya!

Sunday, July 17, 2011

TERIMA KASIH SUAMIKU


Tak terucap sepatah katapun di saat suamiku buat kejutan pada Majlis Jamuan Makan Malam di Hotel Legend baru-baru ni. Sebelum menyanyikan lagu Permata Buat Isteri, suamiku buat pengumuman menjemput aku bersamanya di atas pentas. Berdebar-debar rasanya bila berada di atas pentas dalam majlis yang dihadiri hampir 400 orang rakan sekerja suamiku. Lagu yang ditujukan khas buat aku sebagai isterinya mengundang rasa sebak dan bangga.
Tiap-tiap baris senikata lagu ini aku hayati dan hampir titik-titik jernih mengalir di pipiku. Rasa macam nak peluk aje dia kat depan bos dan rakan2 dia tanda terima kasih pada saat itu juga. Tapi tetap control anggun.
Suamiku dulu adalah seorang pemalu dan tak sangka sungguh dapat membuat kejutan yang amat bermakna dalam hidupku kerana menghargai aku sebagai seorang isteri yang sering ditinggalkan demi tugas kepada negara tercinta.
Terima kasih. I love you...................suamiku tercinta


Telah kusiapkan

Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
KLIK LAGU PERMATA UNTUK ISTERI

ORANG DEPAN ORANG BELAKANG


Orang depan , maksudnya adalah orang yang memulakan sesuatu. Dia mengambil inisiatif sendiri, punya idea dan keberanian membuat apa orang lain tak buat, tak terfikir nak buat atau melakukan perkara yang orang takut-takut nak buat.
Orang-orang yang ada sikap sebegitu biasanya adalah ketua atau usahawan. Pendek kata, mereka adalah leader (si pemimpin).

Orang belakang adalah orang yang lebih suka mengikut. Dia sentiasa ok. Bila ditanya mana satu pilihannya, jawapannya "mana-mana saja". Kata lain, mereka ni adalah follower (si pengikut).
Apa beza keduanya?
Paling ketara, leaders membuat sesuatu terjadi hasil garapan idea dan kreativiti mereka, manakala followers lebih suka melihat sesuatu terjadi, berkata tentangnya kemudian mengikut mana-mana yang dia suka.
Anda yang mana satu? Orang depan atau orang belakang? Pembayang: untuk nak jadi orang cemerlang dalam hidup, nak ada kebahagiaan hidup, kita MESTI berubah jadi orang depan !

Saturday, July 16, 2011

HATI EMAS



Untuk nak cemerlang, kita perlu ada hati emas. Emas, warnanya berkilau dan disukai ramai orang.
Hati emas, maksudnya, biar hati kita terang berkilau dengan sinar ilmu, ketenangan, kemurahan, kecemerlangan. Biasanya, orang cemerlang adalah mereka yang cinta ilmu, sentiasa tenang dalam apa jua keadaan dan mereka murah memberi apa yang mereka ada, bahkan tak pernah risau ia akan habis.
Orang yang ada hati emas disukai ramai kerana akhlaknya. Mereka cukup menonjol kerana memiliki peribadi memikat, disenang semua orang, ibarat mendampingi sebondong emas. Orang cukup senang hati setiap kali bersama mereka atau tiap kali mereka ada.
Seperti emas yang sukar ditemui, begitu juga dengan orang yang ada hati emas. Mereka cukup sukar ditemui, mungkin hanya ada satu dalam seribu.
Pada pendapat Anda, bagaimana cara kita merubah diri untuk membina peribadi berhati emas? Di mana nak bermula, adakah bermula dari komunikasi, kualiti kerja, sukan atau pencapaian akademik?
Agak-agak, cemana cara yang difikirkan sesuai? Siapakah idola ‘hati emas’ yang boleh dijadikan contoh ikutan Anda?- IMOTIVASI
  

Friday, July 15, 2011

PUBLIC SPEAKING


Biasanya, sebut saja public speaking, ramai dalam kalangan kiata mesti takut, gemuruh dan naik berpeluh satu badan. Kenapa ya?
Sebab?..... Kita tidak biasa berucap di depan ramai orang walaupn keluarga juga rakan-rakan.
Sebab?..... Kita jarang berdepan ratusan orang! Kita lebih selesa mengelak, memerhati dari jauh.
Macam-macam perasaan ada jika dijemput berucap. Jangankan berucap di depan ratusan orang, membuat pembentangan di kelas sendiri pun takut-takut, segan pun ada.
Adakah ini salah satu masalah Anda? Bagaimana nak mengatasinya?
Cara paling baik nak melawan apa yang kita takut, adalah dengan mendepani rasa takut tu, kemudian buat.
Misalnya, jika kita takut hantu, cara nak mengatasi masalah ni adalah dengan cari kat mana hantu ada, lepas tu, berdiri berdepan dengan hantu sebanyak yang mungkin, sekerap mungkin. Lama-kelamaan takut kita hilang sendirinya, jadi confident pulak tiap kali nampak hantu.
Ingat tak rancangan Fear Factor? Setiap peserta ada ketakutan tersendiri, sama ada takut tempat tinggi, takut serangga, takut benda-benda busuk seperti limpa lembu, daging busuk atau takut berada dalam kenderaan laju. Ada yang berteriak macam histeria, ada yang migrain tetiba, menangis, ada yang pengsan serta merta.
Tapi, setiap peserta berjaya mengharungi kesemua ketakutan mereka, bahkan menguasai rasa takut kerana mereka melawan ketakutan sekuat mungkin dengan mengalaminya sendiri, seperti contoh takut hantu di atas. Selepas beberapa minit, mereka sedar yang mereka boleh mendepani ketakutan mereka dengan penuh yakin!
Sama juga dengan pembentangan yang boleh memikat peserta. Nak memiliki skill pembentangan memikat (terutama untuk pelajar pengajian tinggi atau aktivis), Anda perlu kuasai rasa takut bila berada di depan ratusan orang. Cemana nak kawal rasa takut?
Nantikan artikel berikutnya....
  

Wednesday, July 13, 2011

BAGAIMANA MENJADI GURU MATEMATIK YANG BERJAYA?

Ramai dalam kalangan guru ingin menjadi guru Matematik yang berjaya memikat hati murid-murid melalui kaedah dan teknik pengajarannya.Malah ramai juga dalam kalangan guru Matematik yang menganggap diri mereka sudah cukup baik mengajar anak2 didiknya, Apa yang ingin saya kongsi di sini hanyalah sekadar pengalaman mengajar Matematik dan apa yang saya amalkan selama lebih 27 tahun di sekolah rendah buat anak2 serta adik2 yang mengajar Matematik di sekolah rendah.

1. Saya tidak sesekali memaksa murid untuk menghafal sifirkerana semasa saya menjadi murid saya marah dengan cikgu bila disuruh hafal sifir. Ajarlah anak2 kita teknik membina sifir.

2. Saya tidak akan beri muka 3 bulan pertama  masuk sesuatu kelas. Saya akan pastikan.....
    Sebelum masuk kelas         :  - semua alat tulis siap sedia  atas meja
                                                - semua buku tulis,buku teks dan buku kerja berada di atas meja
                                         
    Semasa mengajar               : - gunakan suara yang jelas
                                               - tulis tarikh dalam semua format (pendek/panjang/BI/Jawi)
                                               - jangan mula mengajar sehingga dipastikan semua murid diam
                                                 (kadang-kadang ini mengambil masa 3 -5 hari bagi kelas yang betul2 nakal)
                                               - walaupun tak mengajar homework saya beri tanpa bersuara- tulis di papan
                                                  putih/hitam saja
                                               
                                             

CABARAN DAN USAHA


“Cabaran membuat kita menangguh usaha, tapi tak pernah membuat kita merubah hala tuju matlamat dalam berusaha”. - Jack Canfield.

Kata-kata itu bukan kata-kata motivasi kosong, tetapi dibuktikan sendiri oleh Jack Canfield. Tahukah Anda, sebelum menjadi terkenal, Jack pernah menulis sebuah buku pembangunan diri dengan tajuk “Success Principles”. Namun, buku tulisannya itu masih kurang mendapat sambutan.
Oleh kerana berdepan dengan pelbagai cabaran, dia menangguhkan usaha untuk menulis satu lagi buku selepas Success Principles. Tetapi, masih kurang pasti apakah tajuk yang sesuai untuk menjadikannya buku ‘best seller’. Matlamat untuk menerbitkan buku tersebut terpaksa ditangguhkan lagi.
Fikir punya fikir, ketika berbual-bual di satu petang bersama dengan kawan baiknya, timbul idea untuk mereka menjadi penulis bersama. Dari perbualan santai, terhasil tajuk “Chicken Soup For The Soul”.
Tajuk itu pernah diketawakan hanya kerana perkataan “Chicken Soup” yang bermaksud sup ayam. Lucu bunyinya.
Usaha yang dulu ditangguh sementara kini diteruskan semula. Apabila edisi pertama buku itu terbit, ia mencapai jumlah jualan melebihi sejuta naskah dan masih lagi diulang cetak berkali-kali sehingga ke hari ini untuk edaran ke seluruh dunia.
Apabila menerima cek pertama hasil royalti buku “Chiken Soup For The Soul”, Jack dan kawan baiknya menerima bayaran royalti bertulis angka 1 dengan diikuti 6 digit kosong dibelakangnya. Angka itu adalah satu juta US Dollar.

Serapkan kata-kata motivasi kali ni dalam ingatkan Anda. Cabaran memang membuat kita menangguh usaha, tapi tak akan pernah merubah matlamat kita melainkan kita sendiri merubah matlamat tersebut.
  -Imotivasi

Monday, July 11, 2011

KAWAL EMOSI

Kawalan emosi yang ampuh adalah dengan sabar. Bila nak marah, tahan marah. Bila rasa tertekan, tahan rasa tertekan.
Cari sesuatu yang lain lalu salurkan kemarahan atau rasa tertekan melaluinya.
Sesetengah orang, menggunakan aktiviti tertentu untuk ‘lepas 
geram’. Ada orang menumbuk beg pasir dengan kuat semata-mata melepaskan stress terbuku lama di kepalanya.
Ada sesetangah orang, bekerja dengan sangat rajin sebagai respon atas kritikan pedas menekan yang diterimanya.
Ingat! jangan lepaskan dengan perkataan dari mulut Anda, tapi lepaskan dengan perbuatan. Lepaskan dengan cara diam-diam, kerana itu adalah cara mengawal marah hasil stress atau rasa tertekan.
Tak siapa yang sanggup bersabar lama-lama. Marah dan rasa tertekan yang disimpan, mesti dilepaskan keluar satu persatu. Jika disimpan lama-lama dalam hati, akan jadi macam gunung berapi. Satu hari nanti, meletup berapi!

Friday, July 8, 2011

APA KHABAR MOTIVASI KITA?

Apa khabar motivasi kita? Baik? Atau kurang baik?

Sepatutnya kita menilai, mengontrol tahap motivasi kita dari semasa ke semasa. Walaupun kekadang stress, tertekan kemudian berdepan situasi mencabar, kita perlu ingatkan diri sendiri supaya sentiasa bersemangat.

Kita perlu selalu check tangki motivasi kita supaya sentiasa ada isinya. Kita kurang bersemangat sebab kurang momentum. Momentum pula akan terhasil secara automatik tatkala kita melakukan sesuatu.

Sebuah kereta memerlukan minyak untuk bergerak laju. Begitu juga manusia, memerlukan motivasi supaya sentiasa ada pecutan laju bergerak menuju ke matlamatnya. Kurang motivasi , kurang lajulah ia.

Bagaimana nak check macam mana motivasi kita? Mulakan dengan..

Tuesday, July 5, 2011

19 AMALAN YANG PERLU DITERUSKAN


Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

HUAARGHHHHHH.............

Menguap..... semua orang menguap termasuk juga saya. tetapi kadang kala kita terlupa ataupun juga kita tidak tahu ataupun kita tidak mahu ambil tahu apakah keburukan menguap.

Adapun kalau mengikut hukum, semasa menguap hendaklah kita  menutup mulut ....ini rasanya kebanyakan orang tahu, Alhamdullilah. . kan manis gitu...

Tapi seperkara yang orang jarang berikan perhatian ialah bunyi yang keluar di hujung proses tersebut bunyinya pula  pelbagai...huargh. .....huh... ..haaah; dan pelbagai bunyi menandakan kepuasan melakukan perbuatan menguap ini.

Mengikut penjelasan seorang ustaz yang saya temui baru2 ini setelah rakan saya ditegur menguap sambil mengeluarkan bunyi yg agak kuat juga, Syaitan sangat menyukai bunyi menguap bahkan bunyi itu merupakan satu hiburan bagi syaitan ..? astarafirullah. .! begitu rupanya...lalainya kami..

Jadi pesan ustaz tersebut..bukan tidak boleh menguap tetapi janganlah mengeluarkan bunyi-bunyian tetapi ucapkanlah istirifar selepas menguap supaya kita tidak menjadi kawan syaitan menghiburkan syaitan-
Sukakah kita bila syaitan seronok? Sudahlah seharian hidup kita ini penuh dengan dosa dan maksiat yang kadang2 tidak kita sedar, setidak2nya usaha kita yang sedikit ini dapat memperteguhkan dan memulihkan keimanan kepada ALLAH subhanahuwataala dan menjauhkan fitnah syaitan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!