Monday, November 21, 2011

GAMBAR KENANGAN

Gambar diambil pada tahun 1973 selepas perginya ayah tercinta.

Berdiri dari kiri : Kak Ton (arwah sepupu), Ainol Mardiah bt Ahmad (anak ke-3), Mohd Ariffin b Ahmad (anak ke-4), Siti Hajar bt Ahmad (anak ke-2)
Duduk dari kiri : Hasnah bt Ahmad (anak ke-7), Fauziah bt Ahmad (anak ke-6), Siti Rokiah bt Zakaria (arwah bonda tercinta), Azizah bt Ahmad (anak ke-5) dan Harlina bt Ahmad (anak ke-8)

Gambar Kenangan ini sempat mengabadikan kami 7 beradik yang ditinggalkan ayah pada 23 Ogos 1973. Abangku yang sulung kerja luar kawasan  dan tidak berkesempatan untuk bergambar bersama. Selepas ini bermulalah episod kami dibesarkan dengan gigih oleh seorang ibu tunggal yang tidak bekerja.


HARI UNESCO MALAYSIA

Fawwaz berduet menyanyikan lagu baru ciptaan SSeJB

Fawwaz mendendangkan lagu HUJAN. Sebuah lagu keroncong yang pernah dinyanyikan oleh Adibah Noor

Saturday, November 19, 2011

KECANTIKAN LELAKI & KEGAGAHAN WANITA

Kecantikan Lelaki
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pa...da murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW: "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"

Surah Al-Ahzab:Ayat 71
"Supaya Ia memberi taufiq dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah berjaya mencapai sebesar-besar kejayaan."

Thursday, November 17, 2011

INIKAH MANUSIA

Nyanyian : Sharifah Aini

Subuh hari
lihat putih titisan embun
seru azan memanggil
insan sedar dari tidurnya

waktu ini 
inginku renungkan sejurus
liku hidup manusia
seribu satu macam cara

di dunia ini tiada jauh
hasad dengki dan iri hati

inikah dia manusia
selalu manis di depan saja

kenyataan
yang mulia dicari salahnya
lebih sedikit didengki
inikah dia manusia

bila berkawan 
saling ikhlas berlaku adil
yang benar dibenarkan
yang salah pasti disalahkan

Monday, November 14, 2011

KORANG BOLEH TAK?

 Korang boleh tak,

1. Bila ko nak kuar umah, dah kunci pintu rumah, tak puas hati lagi, kunci gril rumah, tak puas hati lagi, tambah ngan sebutir solex lagi untuk keselamatan, dah keluar rumah, ko pusing ikut jalan tepi rumah, ternampak ada sebuah bilik ke bilik air ke yang lampunya menyala/lupa tutup.

Ko bole pejam mata, drive terus ke opis?
Aku tak boleh!
Haruslah aku patah balik, pusing satu pusingan, bukak solex, gril, pintu rumah..tutup lampu!! kalu tak, seharian hati tak tenang duk kat opis ingat lampu itu..

2. Bila laki ko telefon lepas lunch hour, prung pang prung pang tanya dah makan ke ini malam nak masak ape, yu pakai sepender kaler ape arini, bagai, sebelum ko nak letak telefon, tetiba laki ko cakap

Laki kau :"Balik karang ai ada hal nak bincang"
kau : apa halnya?
Laki kau : ala balik rumah karang la
Kau : hint hint skit tak bole?
Laki kau : tak bole

Ko bole pejam mata, say babai, letak gagang dan tunggu bersua muka bebetol baru tau apa halnya?
Aku tak bole..matila laki rimas kena paksa jugak bgtau terus by phone..sape suruh miskol miskol kan?

3. Besday yuols dah arouse, eh silap, around the corner..dalam seminggu lagi..tetiba laki yuols cakap gini

"ai ada superais untuk yu pada besday yu nanti"

hadiah ke? ada laa jawab dia
jam tangan ke? ada laa
henbek ke? ada laa

Korang bole ke kena gitu? kalu betol seperais, jangan la miskol miskol.. Tunggu la harinya bebetol baru jerit seperais kat tinge haku!!...
4. Kawan ko datang masuk bilik ko. Nangis nangis, pastu mengadu pasal seseorang yang telah menyakiti hatinya. Atau, lebih tepat dia ada isu n gan sumbody.. Lepas dia dah habis luahan hati, tetiba ko tanya, siapa orang tu..

"ala, ko kenal orang tu"

Kau : Ye lah, sape?
Dia : ala, takyah la..tak penting pun
Kau : Abis ko citer kat aku, aku nak la tau sape
Dia : Tak penting pun..

Korang bole?
Aku?
Hapa pun tak boleh!!


Ini update terbaru...panas lagi ni

5. Korang tengah makan Soto, yang derang sediakan untuk meeting atau ertikata sebenar 5S yang katanya nak gotong royong, tetiba perut sakit nak pegi jamban. Ni bukan memain punya sakit..Ni kira miskol dah last minit.. Pengantin kat muka pintu dah. Korang bole behenti makan soto dulu, gi toilet, setelkan yang miskol tadi, lepas dah setel, sambung makan Soto semula..Tambah skit sup panas, cili kicap sikit, sambung makan...?

Aku?
Tak boleh..
Haruslah aku makan soto ni cecepat, lelaju, lepas dah abis makan, baru pegi toilet. Terkentut la banyak kali lantak la Orang Seblah nak ckp terbau busuk ke, yang penting, abis makan baru gi toilet!!

MONDAY, NOVEMBER 14, 2011

Sunday, November 13, 2011

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

~♥ Mentaati dan menyenangkan hati ibu.
~♥ Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan.
~♥ Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)
~♥ Kesederhanaan dan kemuliaan merupakan sebahagian daripada iman
~♥ Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain
~♥ Wanita yang menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak2 yang belum mengerti ttg seks
~♥ Kesopanan adalah sebahagiaan drpd iman dan iman itu tempatnya di syurga.
(Riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

~♥ "Menetaplah di rumah dan janganlah kamu pamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah."
(Surah Al-Ahzab)

~♥ Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita.

WANITA

.¸.•´♥` WANITA ✿


Seorang wanita umpama sekuntum bunga di taman,

✿ Segar mewangi di pelusok dunia,

✿ Setulus kasih sesuci embun,

✿ Lembut wanita kerana tutur katanya,

✿ Mesra wanita kerana senyumannya,

✿ Cekal wanita kerana keberaniannya,

✿ Patuh wanita kerana setianya,

✿ Sabar wanita kerana imannya,

✿ Kasih wanita kerana belaiannya,

✿ Lemah wanita kerana air matanya,

✿ Ikhlas wanita kerana simpatinya,

✿ Dendam wanita kerana cemburunya,

✿ Sayang wanita kerana sifat keibuannya.
Dipetik dari :http://www.facebook.com/pages/Aurat-Itu-Mahkota-Wanita/240021096049945
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!