Thursday, April 28, 2011

Sunday, April 24, 2011

Resepi Warisan Bonda: DAGING HITAM BONDA

Resepi Warisan Bonda: DAGING HITAM BONDA: "1 kg daging (kalau nak sedap daging batang pinang) 1/2 kg bawang merah 40 biji cili kering 5 - 6 sudu makan kicap manis 2 sudu makan ser..."

BERGAUL DENGAN ORANG YANG ANDA TAK PUAS HATI, BENCI DAN KURANG SENANG

Stress bermula apabila di hati kita wujud perasaan tidak puas hati, geram dan marah dengan situasi yang terjadi. Anda jadi stress sebab Anda tertekan memikirkan situasi yang akan Anda lalui juga situasi yang telah Anda lalui. Anda stress sebab Anda tidak suka dengan perangai seseorang. Anda merasa stress kerana tidak senang memikirkan sikap sesetengah orang yang Anda kenali.

Ada beberapa cara bagaimana menangani stress dalam pergaulan dan perhubungan sesama kita. Jika Anda berada dalam situasi di mana Anda terpaksa berhadapan dengan orang yang Anda kurang senangi, caranya pasang niat di dalam hati.

Niatkan Anda mahu berbaik-baik dengannya. Pastu tenangkan diri. Lafazkan niat sekali diiringi dengan ketenangan, katakan “aku mahu berbaik-baik dengannya, aku mahu merasa senang dengannya”.

Anda akan perasan selepas beberapa minit Anda memasang niat tu di dalam hati, dia akan baik-baik saja dengan Anda walau hakikatnya Anda kurang senang dengan orang itu kerana sikapnya, perangainya, kata-katanya atau mungkin dia pernah memarahi Anda hingga Anda merasa kurang enak berdekatan dengan dia.

Sebagai contoh, jika Anda seorang staff bawahan dan Anda merasa kurang senang bila bos Anda ada berhampiran dengan Anda kemudian Anda pula merasa stress dengan kehadirannya, gunakan cara ini. Pasang niat di dalam hati Anda mahu berbaik-baik saja dengan bos Anda, selepas tu tenangkan diri. Tak semua orang selesa bergaul dengan bos sendiri.

Minda separa sedar Anda bekerja dengan cukup baik dalam keadaan emosi Anda tenang. Bila Anda sudah pasang niat mahu berbaik-baik dengan seseorang, niat di hati tu akan naik ke minda sedar Anda lalu di serap masuk ke dalam minda separa sedar. Anda perlu bertenang untuk memudahkan niat tadi diserap masuk dengan mudah ke dalam minda separa sedar. Jika Anda tidak bertenang, niat itu akan terhalang dari diserap masuk.

Bila minda separa sedar sudah faham Anda mahu berbaik-baik dengan orang tadi tu, serta merta minda separa sedar akan menerbitkan gelombang positif .

Gelombang ni keluar dari minda Anda, terlepas ke persekitaran Anda lalu diserap masuk oleh minda orang-orang di sekeliling Anda. Orang yang Anda kurang senangi tadi akan menyerap masuk gelombang yang terbit dari minda Anda kerana dia berada berhampiran Anda.
Gelombang minda Anda yang diterima oleh mindanya akan diserap masuk lalu turun ke dasar hatinya. Apa yang ada di dasar hatinya itulah yang akan mempengaruhi emosinya, kata-katanya dan perbuatannya.

Hatinya mempengaruhi emosinya. Dia akan merasa senang dengan Anda walaupun sebelum ni dia ada perasaan kurang senang dengan Anda.

Inilah caranya bagaimana Anda menjangkitkan perasaan positif, emosi positif dan fikiran positif pada orang lain di sekitar Anda. Puncanya adalah Anda,semuanya bermula dari Anda. Untuk Anda nak berbaik-baik dengan orang, Anda kena baik hati, Anda kena pasang niat mahu berbaik-baik dengannya.

Cara ni langsung tidak akan berkesan jika di dalam hati Anda ada kebencian, dendam, rasa tidak puas hati, rasa tertekan, rasa tidak senang dan rasamarah. Jika semua perasaan ni ada walaupun sedikit, ia akan menggagalkan teknik tadi serta merta.

Sebelum tidur dan selepas bangun, amalkan istighfar banyak-banyak , mohon ampun pada Allah sebab Anda berisiko untuk menyakiti orang lain dengan merasa benci dengannya atau tidak suka dengannya secara tidak sengaja tanpa Anda sedari.

Allah tidak suka orang yang benci-membenci, kesannya Anda akan mendapat kemurkaan Allah, Anda akan mendapat musibah sebagai balasan atas perbuatan Anda.
Maafkanlah kesalahan-kesalahan yang orang lain lakukan pada Anda. Kenapa? Supaya hati Anda bersih sentiasa.

Bila hati sudah bersih, Anda senang untuk bergaul baik dengan orang-orang di sekeliling dalam apa jua situasi. Mereka juga akan merasa senang dengan Anda simply sebab Anda ada aura yang menyenangkan.

Aura adalah gelombang tenaga yang berada di sekeliling badan Anda. Aura terbit dari minda separa sedar. Minda separa sedar pula di pengaruhi oleh hati dan fikiran Anda.
Itulah sebabnya amat penting sekali Anda menjaga kebersihan hati dan kepositifan fikiran supaya Anda senang ‘ngam tune’ dengan sesiapa sahaja.

Jika Anda merasa benci dengan seseorang, secara automatik orang tu akan benci dengan Anda. Dia akan merasa kurang senang dengan Anda secara tak semena-mena.
Dia tak tahu kenapa. Apa yang dia tahu, dia merasa timbulnya rasa benci, meluat, kurang senang. Semua tu timbul secara tiba-tiba.

Puncanya, Anda benci dengan dia di dalam hati. Nampak tak kesannya? Inilah sebab kenapa Anda perlu belajar bagaimana mengemudi hati. - dipetik dari imotivasi

Saturday, April 23, 2011

DUNIA BONDA: BAHASA MATEMATIK - BUAT GURU MATEMATIK

DUNIA BONDA: BAHASA MATEMATIK - BUAT GURU MATEMATIK: "Ketika sebuah konsep Matematik diajarkan oleh seorang guru kepada murid ataupun murid mendapatkannya sendiri melalui pembacaan, maka di saat..."

BAHASA MATEMATIK - BUAT GURU MATEMATIK

Ketika sebuah konsep Matematik diajarkan oleh seorang guru kepada murid ataupun murid mendapatkannya sendiri melalui pembacaan, maka di saat itu berlaku transformasi konsep Matematik.Respon yang diberikan murid merupakan tafsiran tentang maklumat tadi. Dalam Matematik, tafsiran dan respon itu seringkali menjadi masalah istimewa. Hal ini sebagai salah satu akibat dari ciri-ciri Matematik itu sendiri yang sarat dengan istilah dan simbol. Oleh itu, kemampuan berkomunikasi dalam Matematik menjadi tuntutan khusus. Bahkan, tanpa komunikasi dalam Matematik guru akan mempunyai sedikit keterangan, data, dan fakta tentang pemahaman murid dalam melakukan proses dan aplikasi Matematik.

Jadi bagaimanakah caranya melatih komunikasi murid dalam Matematik? Menurut Cai, J., Lane, S., dan Jakbcsin, MS (dalam NCTM, 1996) salah satu model yang pernah berkembang untuk melakukan hal ini dinamakan Open-Ended Tasks . Di dalamnya berupa format penilaian dalam bentuk soalan open-ended, iaitu suatu soalan yang memberi kebebasan pada pelajar untuk menjawab secara benar dengan kemungkinan alasan atau cara menjawab yang pelbagai berdasarkan pengalaman belajar masing-masing. 

Selain open ended tasks, berikut beberapa siri aktiviti pembelajaran Matematik yang mampu melatih komunikasi murid dalam Matematik:
1.        Menghubungkan benda nyata/maujud, gambar, dan rajah ke dalam idea Matematik
- guru berusaha menanamkan konsep kepada murid. Tentu saja kepakaran guru dalam teknik bertanya amat membantu agar murid mampu membuat kaitan antara benda nyata, gambar, dan rajah dengan Matematik. "Mengapa jadi begitu?", "Kalau tahu, dari mana?", "Apa alasannya?", Boleh menjadi soalan yang boleh membawa murid menyampaikan konsep Matematik yang mereka dapat dari benda nyata, gambar, dan rajah. Contoh : Guru membawa tiga gelas masing-masing mengandungi air yang berbeza sukatannya. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari gelas dan air?" Maka akan banyak alternatif jawapan murid dan mereka harus menyatakan alasannya sekali.

2.       Menyatakan peristiwa sehari-hari dalam bahasa atau simbol Matematik
Pembelajaran RME (Realistic Mathematic Education) atau CTL yang mengenengahkan kontekstual adalah pendekatan yang mampu mengembangkan komunikasi murid tentang konsep Matematik. Contoh: guru bercerita tentang aktiviti seorang ibu yang pada waktu pagi menggoreng telur separuh masak, lalu bertolak ke sekolah untuk perhimpunan pagi. Semasa perhimpunan, bendera merah putih dikibarkan. Guru bertanya, "Apa yang boleh diungkap dari cerita tersebut?" Ada kemungkinan murid akan menjawab, "Setengah pada telur separuh masak bukan pecahan, sedangkan bendera merah putih, bahagian merah atau bahagian putihnya adalah pecahan kerana saiz yang sama. "

3.       Membaca, menulis, mendengar, dan berbincang tentang Matematik 
Seperti disebutkan di atas, salah satu bentuk komunikasi Matematik adalah kegiatan membaca Matematik. Bacaan dalam Matematik mempunyai peranan penting dalam pembelajaran Matematik. Sebab, aktiviti membaca mendorong murid belajar secara aktif. Ini bermakna bahawa pembaca tidak hanya sekadar menarik erti daripada teks tetapi juga menggunakan pengetahuannya, minatnya, nilainya, dan perasaannya untuk mengembangkan makna.
Kemampuan mengemukakan idea Matematik dari suatu teks, baik dalam bentuk lisan mahupun tulisan merupakan sebahagian penting dari standard komunikasi Matematik yang perlu dimiliki pelajar. Sebab, seorang pembaca dikatakan memahami teks tersebut secara bermakna apabila ia dapat menterjemahkan idea dalam teks secara benar dengan menggunakan bahasanya sendiri. 

Oleh itu, untuk memeriksa sama ada murid telah memiliki kemampuan mambaca teks Matematik secara bermakna, maka dapat dinilai melalui kemampuan pelajar menyampaikan secara lisan atau menuliskan kembali idea Matematik dengan bahasanya sendiri.
Bahasa ada jika ia dikomunikasikan. Matematik demikian pula. Mengajarkannya, sama dengan berbicara dengannya.

Wednesday, April 20, 2011

DUNIA BONDA: MINTA DIRI ANDA DINILAI....

DUNIA BONDA: MINTA DIRI ANDA DINILAI....: "Untuk menjadi pekerja bermotivasi, Anda perlu lihat performance Anda. Anda perlu tahu sejauh mana kualiti hasil kerja Anda supaya Anda ..."

MINTA DIRI ANDA DINILAI....

Untuk menjadi pekerja bermotivasi, Anda perlu lihat performance Anda.
Anda perlu tahu sejauh mana kualiti hasil kerja Anda supaya Anda boleh perbaiki mana yang kurang, tambah mana yang bagus. . Dari sinilah motivasi timbul.
Jika Anda bekerja dalam sebuah tempat kerja organisasi berjawatan, ada bos dan ada penyelia, cara terbaik untuk melihat performance Anda adalah dengan bertanya dengan ketua sama ada ketua pejabat, ketua unit atau ketua bahagian di mana Anda ditempatkan untuk bertugas.
Gunakan cara bertanya. Bertanya mengenai performance Anda atau mengenai produktiviti Anda bukannya untuk Anda tunjuk rajin pada bos tapi untuk Anda tahu sejauh mana hasil kualiti kerja Anda. Gunakan 4 soalan-soalan berikut sebagai ‘approach’ untuk Anda minta dinilai..

1. “Bos, minggu ni kerja saya cemana? OK tak dari yang minggu lepas?”.
2. “Saya minta bos tolong nilaikan kerja saya ni cemana, ada peningkatan atau tidak.”
3. “Minta tolong supaya bos nilai atau perhatikan kerja saya, tegur-tegurlah aspek mana saya perlu perbaiki”.
4. “Pada pandangan bos, kerja saya minggu ni ok tak? Kalau tak OK, mana yang perlu saya OK kan?”.

Sebaik-baik orang untuk Anda minta penilaian pada hasil kerja Anda adalah dengan ketua Anda. Anda boleh minta pandangan dari rakan sepejabat tapi biarlah dengan rakan yang Anda lihat dia tu berfikiran positif.

Minta pandangan pada orang yang mahu maju, kelak nanti Anda akan dapat respon positif. Kesilapan adalah cara terbaik untuk Anda perbaiki diri kerana pekerja yang tak pernah buat silap adalah pekerja yang langsung tak buat kerja.

Andai kata Anda minta pandangan pada rakan sekerja yang hanya tahu mengkondem bos, mengkondem ketua pejabat, kaki komplen dan kaki ngumpat, Anda pun akan di kondemnya sekali. Motivasi kerja Anda akan menurun. Apa yang mereka cakap akan diserap masuk oleh minda Anda, kesannya Anda akan ingati cakapan mereka sepanjang masa. Akibatnya, Anda hilang motivasi nak bekerja.

Ada motivasi, ada energi. Ada energi, semua boleh jadi. I-MOTIVASI

Thursday, April 14, 2011

MACAMANA NAK MENDAPAT SKOR YANG BAIK DALAM MATEMATIK?

1. Pada dasarnya , nak dapat skor atau markah yang baik kena faham dan kuasai konsep.
2. Rajinlah mengkaji pelbagai contoh untuk memastikan anda memahami sepenuhnya teknik dan cara menjawab sesuatu soalan.
3. Hafal semua rumus / formula yang perlu anda ketahui dan sentiasa mengulangi setiap satunya untuk diri sendiri terutama di waktu siang hari.
4. Jika mungkin, dapatkan salinan ujian tahun-tahun sebelum atau yang serupa dan lihat bahagian atau tajuk yang anda perlu perbaiki.
5. Semasa test / ujian, prihatin dan ambil berat tentang pengurusan masa. Tinggalkan dan bulatkan dulu soalan yang bermasaalah bagi anda dan cuba balik setelah selesai jawab soalan yang senang dahulu.

6. Latih diri anda untuk meninjau dan menyemak jawapan anda dengan memperuntukkan 10 minit terakhir dalam sesuatu ujian.
7. JUGA, percaya dan yakin pada kebolehan diri sendiri.
Daripada : Cikgu Fauziah Ahmad

Friday, April 8, 2011

TODAY IS BEAUTIFUL

Satu petikan yang dikirim oleh seorang rakan yang aku rasa sesuai untuk dikongsi oleh siapa saja yang berjiwa murni
 "Today is beautiful"
 A blind boy sat on the steps of a building with a hat by his feet.  He held up a sign which said: "I am blind, please help."  There were only a few coins in the hat. 
[]

A man was walking by.  He took a few coins from his pocket and dropped them into the hat.  He then took the sign, turned it around, and wrote some words.  He put the sign back so that everyone who walked by would see the new words.
Soon the hat began to fill up.  A lot more people were giving money to the blind boy.  That afternoon the man who had changed the sign came to see how things were.  The boy recognized his footsteps and asked, "Were you the one who changed my sign this morning?  What did you write?"
 
[]

The man said, "I only wrote the truth.  I said what you said but in a different way." I wrote: "Today is a beautiful day but I cannot see it."
Both signs told people that the boy was blind.  But the first sign simply said the boy was blind.  The second sign told people that they were so lucky that they were not blind.  Should we be surprised that the second sign was more effective?
 
[]

Moral of the Story:  Be thankful for what you have..  Be creative.  Be innovative.  Think differently and positively.
When life gives you a 100 reasons to cry, show life that you have 1000 reasons to smile.  Face your past without regret.
Handle your present with confidence.  Prepare for the future without fear.  Keep the faith and drop the fear.
The most beautiful thing is to see a person smiling…
And even more beautiful, is knowing that you are the reason behind it!!! 


If you appreciate this message, please share. You may touch someone’s heart today and forever.
 
Enjoy your day with a heart of gratitude..


-- 
"Our lives begin to end the day we become silent about things that matter." MLK

KEPENATAN...(PANTUN LAWAK)


Hari ini kulalui penuh kepenatan. Dahlah pagi tadi aku bangun agak lewat sedikit dari biasa. Apalagi macam lipas kudunglah aku mandi dan bersiap.
Aku sampai pejabat lewat 2 minit. Itupun aku bawa kereta macam ribut , tak tengok kiri kanan. Nak buat macamana? Dah merah juga kedatangan aku, kali kedua sepanjang aku kat sini selama hampir 1 tahun setengah.
Aku ni jenis yang tak suka datang lewat. Apa nak buat dah nasib aku kali ni.
Meeting mula jam 8:30 pagi. Mujur kat office saja. Banyak juga agenda yang dibincangkan. Aku kurang tumpukan perhatian pada mesyuarat tersebut sangat. Fikiran aku banyak melayang pada apa rancangan aku untuk tugasan yang baru aku dapat semalam. Petang ni nak kena summit.
Time rehat tadi aku tak rehat sangat. Nak siapkan tugasan semalam dan yang baru aku terima tadi. Ni yang aku rasa agak penat. Kena perah otak nak buat yang terbaik.

JADI UNTUK MENGHILANGKAN PENAT AKU LAYAN PANTUN LAWAK DARI LAWAKJENAKA.COM

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar .

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut apa ubatnya.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau.

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!