Thursday, September 29, 2011

MEMUPUK MOTIVASI DI ORGANISASI


Sebaik-baik motivasi adalah cinta.
Cinta yang cemana? Cinta pada Allah, cinta pada si dia, cinta pada pasangan hidup, termasuk juga cinta pada perkara yang menjadi sumber rezeki Anda iaitu kerja Anda. Bila sudah suka, semua jadi lancar saja.
Jika Anda bekerja dalam sebuah pejabat atau Anda menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi sama ada dalam sektor kerajaan atau sektor swasta, cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan menggunakan pendekatan cinta.
Cinta adalah sayang.
Sayang timbul dari rasa saling mengambil berat.
Rasa saling mengambil berat timbul dari sikap saling menerima, menganggap orang lain macam keluarga sendiri. Untuk meningkatkan semangat kekeluargaan, perlu ada majlis kecil-kecillan.
Majlis ini dibuat untuk suka-suka dengan tujuan utamanya mengeratkan hubungan sesama pekerja. Dalam erti kata lain, perlu ada majlis ‘makan-makan’.
Bos perlu turunkan ego, pekerja pula usah asyik bodek bos.
Bila ini berlaku, pasti bila di tempat kerja, apa tugasan pasti berjalan lancar sebab semuanya ada keinginan untuk bekerjasama. Kerja bukan lagi macam kerja, tapi menjadi satu hobi. Masalah jika ada, pasti dapat diselesaikan segera.
Sumber utama motivasi datang dari hati. Bila hati sudah menerima,sudah serasi, pasti ada motivasi.
Untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja, bos perlu memainkan peranan. Jika Anda pekerja biasa, tak ada salahnya Anda wujudkan situasi kekeluargaan di tempat kerja. Anda perlu aktif – aktif memberi semangat, aktif menegur, aktif mengambil berat.
Organisasi tempat kerja Anda akan pincang bila hati para pekerja tidak bersatu.

Wednesday, September 28, 2011

MAJLIS HATI KE HATI BERSAMA KELUARGA TUN AHMAD SARJI

TARIKH         : 18 SEPTEMBER 2011              TEMPAT        :  KLGCC

Ahli band bersama Tun Ahmad Sarji
Barisan ahli band














Acara ulang tahun Tun diraikan bersama keluarga












Bersama Toh Puan, Dato Zamri dan Datin





Monday, September 26, 2011

PETUA UNTUK GIGI



Memutih dan mengilatkan gigi

- Ambil beberapa helai daun kelapa kering.
- Bakar hingga jadi abu.
- Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut.
- Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.


Menguatkan Gigi

- Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika.
- Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .
- Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga.
- Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Sunday, September 25, 2011

BENCINYA AKU PADA PEROKOK

Pagi tadi aku makan dikelilingi asap rokok..benciiiiiii...

Semestinya sudah sejak dulu lagi aku ingin luahkan ini. Uh, aku benci betul dengan para perokok.. Sangat-sangat membencinya. Kalau ada perokok, aku akan menyembunyikan mimik muka aku yang sudah pasti berubah. Entahlah, ini memang sudah jadi kepribadian aku agaknya. Aku pening dan nak termuntah  kalau melihat orang lain merokok.

Tapi, tak terlalu jadi masalah kalau misalnya yang merokok itu tak aku kenali. Paling tidak cuma aku kesal setengah mampus aja.Tapi  kalau misalnya yang merokok itu orang yang aku kenal?? Hmm, ini yang susah ni, aku tak tahu nak cakap macamana. Susah....

Memang ayah dan abangku dulu adalah perokok. Namun mereka merokok di luar rumah. Aku paling pantang dengan abu dan puntung rokok. 

Dan terbawalah sampai sekarang,, aku benciiii sangat dengan perokok terutama di kedai makan dan tempat2 tertutup. Padahal aku berhak mendapat udara yang bersih dalam hidup aku..sehinggakan ada masanya  aku terpaksa menegur para perokok itu.

Entah  apa yang ada dalam pemiikiran para perokok. Bukankah mereka tahu kalau rokok itu mengandungi sejuta racun????
Atau sebenarnya mereka dengan sepenuh kesedaran memang memilih hidup bersama racun-racun itu. Ya,,jangan-jangan seperti itu!!!!!! Kerana gaya hidup adalah pilihan masing-masing ....

 

Saturday, September 24, 2011

LAGI PETUA UNTUK RAMBUT

Rambut Lebat

-Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.
-Selawat 3 kali
-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut



Rambut Gugur

- Rendamkan kacang hijau semalaman.
- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
- Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
- Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.




Wednesday, September 21, 2011

ISTANA CINTA


Dengan cinta kubina istana
Kau sentuh runtuh jadi pusara
Cahaya hidupku jadi gerhana
Bisa jiwa menanggung derita

Kusemai benih kasih sejati

Kupupuk dengan baja nan asli
Ngapa kau siram racun yang pedih
Ku tuai kini hanya rasa nan pedih

Ku mimpikan istana janjimu

Ku hias cantik dalam angan-angan
Sebab bencana datang mengganggu
Kini hancur musnah istana impian

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BLOG



Ada pembaca bertanya apa kebaikan dan keburukan blog. Blog berbeza dari website atau mana-mana laman web statik, kerana maklumat di dalam blog sentiasa di kemaskini. Ada beribu blog berbahasa Inggeris di luar sana dikemaskini 3-7 kali dalam sehari.
Perkongsikan maklumat berguna adalah kebaikan blog yang paling ketara. Pengguna boleh membaca apa saja maklumat, kemudian boleh berinteraksi dengan orang di sebalik blog yang memberikan maklumat tersebut melalui teks, imej,rakaman suara atau klip video. Kebaikan blog selain untuk memberi maklumat adalah:
  • Sebagai tempat perbincangan di ruang komen atau chat box dari pelbagai lokasi di seluruh dunia.
  • Melatih kemahiran menulis, walau dalam pelbagai bahasa.
  • Melatih kemahiran seni reka digital, terutama design blog, kod CSS atau ‘blog skin’.
  • Temmpat menyampaikan idea, gagasan atau tugasan, jika Anda seorang pensyarah, atau guru.
Namun, blog mempunyai keburukan tersendiri. Baik atau buruk sesebuah blog sebenarnya bergantung pada orang yang mengendalikan blog tu, cemana orangnya, cemana attitudenya, perangainya dan kawalan emosinya.
Jika baik, maka baiklah blog tu, jadi bermanfaat. Jika buruk orangnya, maka akan menjadi buruklah blog tersebut di mata masyarakat. Kisah Raja Petra menjadi teladan. Keburukan blog yang utama adalah:
  • Menyampaikan maklumat palsu, fakta salah, juga yang berunsur fitnah.
  • Blog Di gunakan untuk memburukkan seseorang, misalnya tokoh politik dan selebriti.
  • Menyebarkan SPAM, iaitu maklumat tidak berguna semata-mata mendapat untung besar dari iklan di blog.
  • Sesiapa saja boleh menyamar ketika menjadi pengendali blog, walaupun tanpa memaparkan nama dan wajah sebenar.
  • Menyebarkan maklumat lucah, imej porno, fail-fail digital yang bersangkut-paut dengannya.
  

Monday, September 19, 2011

PETUA UNTUK KULIT

Menghaluskan Kulit

- Buah tomato dikisar halus.
- Lumurkan pada muka seberapa ketika.
- Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
- Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
- Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Kulit Cerah dan Licin

- Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
- Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
- Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.



Menghilangkan Parut di Kulit

- Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat
- Campurkan serbuk ini dengan sedikit air
- Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk
- Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut
- Lakukan sekerap yg mungkin
- Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang.
- Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.



Hilangkan Pecah-pecah Di Tumit

- Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.
- Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.
- Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.




Saturday, September 17, 2011

Resepi Warisan Bonda: SALAD TOWFOO BERSARAK

Resepi Warisan Bonda: SALAD TOWFOO BERSARAK: 2 keping towfoo 1/4 biji sengkuang 1/2 biji timun 4 - 5 helai daun salad 1 biji cili merah sos cili mayonis Basuh dan toskan sengku...

Resepi Warisan Bonda: ROJAK BUAH

Resepi Warisan Bonda: ROJAK BUAH: 1/2 biji timun 1/4 biji sengkuang 1 biji mangga muda sepotong betik hampir masak sepotong nenas masak 2 biji jambu air 1/2 biji jambu...

SAKIT JANTUNG

Setelah setahun yang dijanjikan bersama Dr jantung di IJN iaitu pada 4 Januari 1997, aku dan ayahanda membawa Fikr ke sana. Dr berbangsa Cina memegang dan memeriksa Fikri. Direnungnya wajahku dan ayahanda. Satu soalan muncul daripada bibir Dr , "What have you done to him?".

Apa Dr ni, apa sebenarnya yang kami telah buat? Salahkah kami? Terukkah keadaan Fikri? Ya Allah.  selamatkanlah anakku...

Agaknya Dr telah dapat membaca kerisauan di hatiku..Beliau lalu tersenyum dan mengesahkan bahawa lubang sebesar syiling 5 sen di jantung Fikri telah tertutup. Subhanallah...Dr sebenarnya berasa pelik bagaimana lubang tersebut boleh tertutup sedangkan hari ini pembedahan bakal dilakukan.

Aku hanya dapat menceritakan tentang rawatan secara tradisional yang kami pergi ke merata tempat tetapi semuanya kuasa ALLAH swt jua. Alhamdulillah.....Dr kata , "It's a miracle."

Kami dengan senang hati dan rasa penuh kesyukuran membawa Fikri pulang ke rumah

APABILA HATI PERLUKAN KETENANGAN...




PETUA UNTUK MATA




MAKE UP MATA  SEPANTAS 2 MINIT



Akan ada harinya anda seakan tidak mempunyai masa langsung untuk bersolek,
kalau ini yg terjadi, berikut adalah tips yang paling mudah untuk menyolek mata sepantas dua minit,
hanya ratakan warna asas pembayang mata dan sudahkan dengan maskara,
ini mengambil masa 30 saat .
kalau masih ada masa, sapukan warna asas yang gelap sedikit daripada warna tadipada hujung kelopak mata. ratakan dengan warna yg telah disapu.
ini pula memakan masa selama 1 minit.
akhir sekali sapukan warna gelap pada bahagian luar kelopak mata untuk membentuk mata
yang lebih galak dan besar. ratakan  dengan sempurna. Nah solekan mata sempurna hanya
dalam masa 2 minit.



MENGHILANGKAN LEBAM MATA

- Teh uncang yg telah digunakan jangan buang.
- Lekap pada mata dan biarkan semalaman.
- Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur



MENGHILANGKAN KETUMBIT

- Gesel 2 batang sudu.
- Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit
- Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.



MELENTIKKAN BULU MATA

- Ambil daun lidah buaya
- Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata
- Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik




Friday, September 16, 2011

PETUA UNTUK RAMBUT

Meluruskan Rambut Kerinting


- Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja
- Campurkan dgn air limau nipis
- Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim.
- Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.
- Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih.
- Lakukan 3 kali seminggu
- Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.



Mengatasi Rambut Gugur

- Rendamkan kacang hijau semalaman.
- Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2.
- Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh.
- Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!