Saturday, December 31, 2011

APA YANG KUCARI


Dingin air yang beku
Tidak sedingin hatiku ini
Sepi malam di gurun
Tidak sesunyi yang kualami

Dalam lautan biru
Bukan sedalam cinta padamu
Tingginya Mahameru
Bukan setinggi cita-citaku

Kupendam cintaku padamu
Aku tertunduk malu
Apabila kutatap wajahmu

Kini semua telah hilang (melayang)
Bagai burung lepas dan terbang (melayang)
Pada siapa ku merindu (tak tahu)
Dengan siapa ku bercanda (tak tahu)
Cari cari apa kucari
Akhirnya menangis sedih..

KUINGIN BAHAGIA



Berikanku bahagia
Hidup bebas
Mencari jalan sendiri
Jauhi alam derita

Ku jangan diganggu lagi
Kasihanilah
Ku ingin nikmat bahagia
Menempuh hidup baru

Kata manis sumpahan
Janji akan setia
Curahan ketika kita
Dalam bermesra

Oh itu
Hanyalah godaan
Memujuk hatiku ini
Oh itu telah pun ku tahu
Diriku telah terpedaya

KERONCONG HUJAN


SIFIR TANGGA GAJI SBPA DG41, DG44, DG48, DG52 DAN DG54


 Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.
(klik imej untuk tumbesar)

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:
SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK

Jadual Pemindahan Gaji

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:
Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :

STRUKTUR TANGGA GAJI
Gaji Single Point
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawahKumpulan Premier.
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.

31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakalaJGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada mata gaji tertinggi berhampiran dalamJGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan mata gaji yang sama dan sekiranya tiada mata gaji sama, penetapan adalah pada mata gaji tertinggi berhampiran.

34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gredkenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.

39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan
40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu  Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.

42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.

43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA(Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji diLampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.

45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baruyang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.

46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.sumber 

Friday, December 30, 2011

KATA HIKMAT ADAB


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).
Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
( Aristotle )
Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.( Aristotle ).
Mahkota adab dan sopan santun lebih tinggi nilainya daripada mahkota yang bertahtakan ratna dan mutu manikam.( Budiman ).
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras. (Hamka).
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya. ( Hamka ).
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan oarang-orang beradab dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya. (Hamka).
Sifat utama pemimpin ialah beradab dan mulia hati. ( Imam Al-Ghazali).
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja.Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir.Dengan jalan menambah kecerdasan akal,bertambah murnilah kemerdekaan berfikir. ( Hamka).
Di dalam medan hidup,ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan.Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh,dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi. ( Hamka).
Kata Hukama,” Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudah membentuk dan mengasuhnya.Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan. ( Hamka ).
Mengikut adab kesopanan,tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui,bukanlah orang yang patut dihormati.( Hamka)
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain,walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu. (Hamka).
Sesungguhnya orang yang termasuk orang yang baik-baik ialah orang yang paling baik akhlak dan adab sopannya. ( Maksud hadis ).

MAAFKAN AKU WAHAI SUAMIKU

Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta

Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti

Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu

Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku

Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suamiku!

Thursday, December 29, 2011

PINTU REZEKI TERBUKA BILA BERDOA KEPADA IBU BAPA



Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... ..
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada)
".......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...



Berdasarkan Hadith Nabi : 
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)

Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita – AL FATIHAH UNTUK MEREKA

MOU JPA-CUEPACS

MOU Mengenai Pelaksanaan SBPA antara JPA-CUEPACS telah ditandatangani pada 28 Disember 2011. Di antara perkara yang dipersetujui ialah:-

1. Pelaksanaan SBPA berkuatkuasa pada 01.01.2012. Tarikh akhir penyerahan kembali borang opsyen SBPA ialah pada 15.01.2012. Manakala tarikh opsyen umur persaraan 60 tahun kekal pada 16-30 Disember 2011.

2. Kajian penambahbaikan skim-skim perkhidmatan dengan kelayakan masuk minimum SPM akan dilaksanakan dalam tempoh 3 bulan. Hasil kajian akan dibincangkan bersama untuk persetujuan pelaksanaan.

3. Mana-mana penambahbaikan yang melibatkan implikasi kewangan akan dibawa untuk pertimbangan kerajaan. Ini termasuklah isu gaji pegawai berada dalam tempoh maksimum yang lama akan dikaji oleh JPA dalam tempoh 3 bulan.

4. Pelaksanaan Exit Policy melalui Panel Penilai dimana CUEPACS terlibat sebagai pemerhati. Markah prestasi kurang daripada 60% dijadikan asas penamatan perkhidmatan dengan faedah persaraan. Markah 65% dan keatas boleh dipertimbangkan pergerakan gaji.

5. Naziran pelaksanaan SBPA akan dibuat oleh JPA dan CUEPACS untuk mempastikan bahawa tawaran opsyen adalah teratur.

6. JPA-CUEPACS akan mengadakan rundingan bersama setiap 3 bulan bertujuan untuk memantapkan PA selaras dengan GTP. 



Dipetik dari : Facebook KPPA

Wednesday, December 28, 2011

SEKADAR SATU CORETAN

Dah beberapa hari aku dibelenggu kesibukan...Yang pasti kesibukan itu menghukum aku dari terus berbicara di sini...Namun kususuri jua jalan-jalan yang berliku itu untuk ku garap sebuah rindu pada blogku ini..

.Manusia kadang-kadang lupa pada keindahan yang Maha Kuasa berikan...
. Manusia juga terkadang tidak ingat pada kebahagiaan yang diperolehinya dari mana...
...Bila diuji kita jadi lemah dan tak bermaya....
.....Kadang-kadang tewas sebelum berjuang.....

Anak2 pula ..
bila kecil kita belai dengan manja...
kita jaga dari bahaya dan cela..
namun bila dah petah berbicara...
terpacul kata2 yang menikam jiwa...
tanpa sedar airmata menjadi teman setia..
menyimpan seribu rahsia dan rasa...




Saturday, December 24, 2011

4 KISAH MOTIVASI PAGI....

 KISAH 1

Selesai  makan malam, seorang ibu dan anak perempuannya bersama-sama mencuci mangkuk dan piring, sedangkan ayah dan anak lelakinya menonton TV di ruang tamu.
Pranggg......, dari arah dapur terdengar suara piring yang pecah, kemudian senyap sunyi . Si anak lelaki memandang ke arah ayahnya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan piring itu.” “Bagaimana kamu tahu?” kata si Ayah. “Kerana tak terdengar pun suara dia memarahi orang lain,” sahut anaknya.

Makna :Kita semua sudah terbiasa memberi label yang berbeza dengan melihat orang lain dari memandang diri sendiri, sehingga acapkali kita mengecam orang lain dengan serius, tetapi memperlakukan diri sendiri dengan penuh toleransi.

KISAH 2

Ada dua kumpulan pelajar yang pergi bertemasya ke pulau Yi Do di Jepun. Keadaan jalannya sangat teruk, sepanjang jalan terdapat banyak lubang. Salah seorang pemandu berulang-ulang mengatakan keadaan jalannya rosak parah dan tak terbela.
Sedangkan pemandu yang seorang lagi menerangkan kepada para pelancongnya dengan nada puitis, “Yang kita lalui sekarang ini adalah jalan protokol ternama di Yi Do yang bernama jalan berlekuk yang amat mempesona.”

Makna :Walaupun keadaannya sama, namun pemikiran yang berbeza akan menimbulkan sikap yang berbeza pula. Fikiran adalah suatu hal yang sangat menakjubkan, bagaimana kita berfikir, keputusan berada di tangan Anda.

KISAH 3

Seorang murid di sebuah  sekolah rendah mempunyai cita-cita ingin menjadi badut.  Guru A tanpa berfikir panjang bersuara, “Awak tidak mempunyai cita-cita yang luhur, anak yang tidak ada wawasan !”
Sedangkan guru B pula menyarankan, “Semoga Anda membawakan keceriaan bagi seluruh dunia!”

Makna :Terkadang orang yang lebih tua, bukan hanya lebih banyak memberi semangat, malahan sering menghadkan peluang dalam erti kata lain mempunyai pemikiran dan pandangan yang sempit.

KISAH 4

Seorang isteri sedang memasak di dapur. Suami yang berada di sampingnya membebel tak berkesudahan, “Perlahan sedikit, hati-hati! Apinya terlalu besar. Rempah tu tak dikacau lagi....takut hangit, minyaknya pula terlalu banyak!” Isterinya secara spontan menjawab, “Saya faham bagaimana cara memasak kari.” Suaminya dengan tenang menjawab, “Saya hanya ingin dirimu mengerti bagaimana perasaan saya , saat dan ketika saya sedang membawa kereta, awak yang berada di samping selalu membebel tak berhenti.”

Makna :Belajar memberi kelonggaran kepada orang lain itu tidaklah sesusah manapun, asalkan Anda mahu dengan serius berada di sudut dan pandangan orang lain ketika melihat suatu masalah.

Friday, December 23, 2011

TERPESONA DENGAN KURNIANYA


Aku memang sukakan keindahan terutama melihat kehijauan tumbuh-tumbuhan yang kulalui di sepanjang jalan hari ini. Sejuk, damai dan mempersonakan. Mungkin  suasana redup dan hujan yg turun turut menyumbang kepada keindahan dan kedamaian ini.

Dan apa yg ingin aku kongsikan ini adalah suatu ciptaan Tuhan yg amat cantik kerana aku memang suka pada kecantikan dan keindahan. Gambar-gambar ini aku dapat daripada satu blog yang aku baca.

Mari bersama-sama kita layan gambar2 yang indah ini............

Keindahan sungai 5 warna di Columbia



Fakta ringkas: 

-Cano Crystals terletak di hutan simpan Serrania de La Macarena, Colombia. Bagi yang tak tau Colombia tu di mana, ia merupakan negara jiran kepada Venezuela.

-Biasanya,Cano Crystal adalah sama dgn kebanyakan sungai-sungai lain. Tetapi untuk satu tempoh di antara musim hujan dan musim kemarau, sungai ini akan dipenuhi dengan pelbagai alga yang merubah sungai ini kepada 5 warna. 

-Walaubagaimanapun, air sungai ini tetap jernih dan tidak berkeladak.

-Jika anda berkeinginan untuk datang ke sini, anda harus datang pada waktu yang tepat iaitu di antara musim hujan dan musim kemarau shj. Lagi satu, anda perlu mahir menunggang kuda, kerana ia satu-satunya pengangkutan yg dapat membawa anda ke situ. 

Lagi gambar-gambar menarik:
 
 
 
 
 
 
 
 

TIAP WAKTU TERLUANG



Walau di mana daku berada
Senyuman mu selalu di mata
Setiap ketika waktu yang terluang
Wajah mu terbayang

Alangkah berat tanggungan ini
Resah gelisah merangkum diri
Inilah bebanan amat menyiksakan
Bila berjauhan

* Kerna hidup tak pernah pasti
Keraguan menghantui
Dengan segala kemungkinan
Tercabar keyakinan

Ku di sini kau di sana
Ku di sini kau di sana
Entah bila bersua

** Semoga dikau akan mengerti
Mengapa aku sering begini
Tiap perpisahan satu pengalaman
Paling menyakitkan
Ulang * dan **

Thursday, December 22, 2011

NAK KENA SAIN 60 KE?

Satu lagi perkara yang aku nampak masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen 60 tahun pun tak pa...banyak aku jumpa samada melalui sembang2 kat alam 'nyata' atau alam 'maya' akan keluarkan ayat lebih kurang macam ni...

Salah Faham Yang Kedua:
"...tak sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..."

Komen Aku :
Macam aku sebut kat atas...kalau terima SBPA tapi tolak umur persaraan paksa 60 tahun tu pun takpa...tu bagi sapa-sapa yang rasa nak kerja lama ja..dah kerja sampai 56 atau 58 tahun tapi  rasa tak mau berenti kerja lagi...so boleh la sambung kerja lagi tapi takat umur 60 tahun je la...lepas tu wajib kena berenti dari perkhidmatan awam...

Satu perkara penting perlu diingatkan...kalau pilih terima umur 60 tahun tu pun... bukan bermakna  wajib kena kerja sampai umur 60 tahun baru boleh berenti kerja...boleh berenti awal ambil bersara pilihan...tapi nak bersara pilihan pun kena la lepas umur 55 tahun...sebab:

96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan  akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.
Katakanlah hangpa ambil opsyen bersara paksa 60 tahun tu...tapi bila sampai umur 55 tahun...dah tak larat nak kerja dah atas sebab-sebab tertentu...so boleh bersara pilihan dan semua faedah persaraan akan dapat time tu jugak...pencen dapat umur 55 tu jugak..tak payah nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..

Sebab tu la aku kata SBPA ni baguih dok ada...kalau macam SSM sekarang ni...katakanlah hangpa sekarang opsyen bersara paksa umur 58...kalau nak bersara pilihan umur 55 tahun...hangpa cuma akan dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat ja masa 55 tu...kena tunggu sampai umur 58 tahun baru pencen bulanan tu akan mula dibayar...kes 'naya' tu...so dalam SBPA ni memang lebih 'adil' untuk penjawat awam yang berhajat untuk berhenti awal dari perkhidmatan awam.

Penting untuk hangpa faham...walaupun hangpa menolak opsyen SBPA dan persaraan paksa 60 tahun pun...pembayaran pencen diawalkan ke umur 55 tahun tu tetap hangpa akan dapat jugak..so tak payah la dok kalut..kalau memang hangpa dah nekad nak tolak SBPA ni atas sebab-sebab tertentu...teruskanlah niat anda itu..hangpa tetap dapat 'faedah' tu...tapi bagi pendapat peribadi aku..lebih baik terima ja SBPA ni!
SUMBER : KLIK SINI

Wednesday, December 21, 2011

PETUA AWET MUDA


Awet Muda (1)

- Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat.
- Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur

Awet Muda (2) 

Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini.
- Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali.
- Amalkan setiap hari urutan ini.

SUATU PENGALAMAN DALAM HIDUP......

Pada hari Ahad lepas aku dan family ke Kelana Jaya memenuhi jemputan majlis kahwin anak kawan ayahanda. Ayahanda beria2 sgt nak pergi awal sebab katanya lepas tu boleh cepat balik rumah dan rehat kerana hari sebelumnya dia balik pukul 3 pagi selepas menghadiri suatu mesyuarat penting. Waktu kami sampai, kereta memang dah banyak...rupanya ada pula perlawanan bola sepak di padang sebelah dewan tersebut.

Kami disambut oleh tuan rumah...dan terus berjalan masuk ke dalam dewan. Aku memilih sebuah meja yang agak kosong dan hampir dengan tempat buffet kerana memikirkan masalah Fikri. Yang lain ikut saja.

Ayahanda sibuk  bersalaman dengan ramai kenalannya...aku terus ke ruang buffet untuk ambil nasi buat Fikri...baru aje ceduk nasi ...ayahanda pun sampai....tak sempat pun ayahanda nak ambil pinggan....seorang wakil tuan rumah datang bertanya, " Encik duduk di meja mana?"
Kami pun terkejut..dan aku terus menunjukkan meja yg kami duduk....dan amat mengewakan apabila dia terus berkata, "Ruang ini hanya untuk 4 meja sahaja, lalu aku pun terpandanglah meja2 yg ditunjukkannya yg bertanda VIPb erhampian meja yg kami duduk. Malangnya ruang makan tu tak pula ditulis khas untuk VIP. Kalau aku tahu haram aku nak duduk situ, Pinggan di tangan ayahanda diambilnya. Aku pun minta maaf dan ingin meletakkan kembali pinggan aku, tetapi katanya lagi, " Tak apa, yg dah ambil teruskan, yg belum sila pergi ke belakang sana."

Aku pun terus ambil lauk sebab mengenangkan Fikri yang hanya tahu kalau datang rumah orang kawin mesti makan. Sampai di meja, aku lihat ayahanda belum bergerak ke ruang buffet untuk ambil makanan. Anak2ku aje yang datang bersama sepinggan nasi masing2.Aku beberapa kali suruh ayahanda pergi makan tapi dia diam aje. Melihatkan keadaan ayahanda yang begitu, aku pun terus menyuap Fikri.....tiada sebutir nasi pun aku jamah dan tiada setitis airpun sanggup aku hirup melihatkan keadaan yang begini.

Tiba2 datang seorang kawan ayahanda ke meja dan makan bersama kami. Dia turut mengajak ayahanda makan tetapi ayahanda menolak. Hanya beberapa gelas air sirap saja kulihat yg masuk ke tekaknya...

Selesai Fikri makan , aku ingin terus bergerak tetapi pengantin pula sampai,,,,,tak boleh nak keluar..kebetulan hujan lebat...layan ajelah 2 pasang pengantin yg diarak masuk ....sepasang memakai ala tradisional dan sepasang lagi ala moden...semuanya sedondon berwarna pink. Warna kesukaan aku.....namun perasaan yg bergelora dalam dadaku membuatkan aku tidak enjoy...

Sesudah itu, kami pun mula bergerak ...kami bertembung dengan tuan rumah...dia sempat menghulurkan cenderahati buat ayahanda dan aku...bila salah seorang tu nak hulurkan satu buat along..... , tak sempat along ambil datang seorang yang lain terus menepis .. menahannya dan berkata, " Ini untuk emak bapa sahaja.."

Kami pun terus bergerak ke kereta...dalam hati Allah saja yang tahu. Ayahanda beberapa kali remind aku agar tidak memanjangkan cerita.Tahulahkan orang perempuan.

Sampai di rumah, aku terus memasak kerana aku tahu ayahanda lapar. Siap masak, kami makan dengan seleranya walaupun hanya hidangan yang biasa sahaja.....




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!