Wednesday, March 28, 2012

TIPS KECANTIKAN



1. Minum banyak air (air putih aje)
… minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?....


2. Bersenam ! 
Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam… lepas bangun tidur, sebelum mandi....cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah. Jangan biasakan bangun mengejut...

3. Jangan merokok
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, maka kuruslah! Jika dipilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti ramai  org nakkan  lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup
... Jgn asyik berjaga waktu malam atas apa alasan sekalipun… tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Kesian badan dan otak kita yang dah penat bekerja... Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat
....rehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini… cukuplah sekadar badan yang segar dan wangi dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup 
...tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata yang anda lupa semasa mengambilnya ketika leka menonton tv...

7. Luangkan masa
...khasnya utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.,,dan menyegarkan

8. Elakkan stress
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut seperti lagu2 instrumental (Mozart) di dalam bilik tidur bagi meredakan ketegangan....atau ketika memandu terutama di waktu mengalami kesesakan lalulintas

9. Don’t worry, be happy
Selalulah anggap diri anda yang terhebat dan tercantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik! Tak buat tak tak tahu....

10. Ketawa penghibur duka! 
Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn keluarga atau kawan2. Jangan menyendiri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka. ...Nampak tua sebelum waktunya...

Sunday, March 25, 2012

TIPS AGAR SUARA MERDU


Suara yang merdu dan sedap didengar selalunya dimiliki oleh para qari(qariah), penyanyi, DJ radio serta mereka yang menggunakan suara sebagai sumber pendapatan. Kita yang mendengar bacaan, nyanyian ataupun celoteh mereka pasti terpesona atau terhibur. Walaupun kekadang kita sendiri pun tak mengenali wajah mereka, kan?
Tapi agak-agak andalah, bagaimana mereka ni dapat memiliki suara yang begitu merdu?
Adakah memang suara mereka tu sedap secara semulajadi ataupun mereka pandai menjaga suara?
Kalau dah sedap secara semulajadi, itu merupakan kelebihan yang telah dikurniakan kepada merekalah. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tiada kelebihan tersebut?
Sebenarnya, anda boleh melatih suara ataupun mengamalkan petua tertentu untuk memerdukan suara. Salah satu cara melatih suara ialah dengan menjerit di dalam bekas yang berisi air. Setahu saya, cara ini selalu diamalkan oleh para qari dan qariah.
Manakala antara tips menjaga suara lain yang biasa dilakukan oleh masyarakat kita adalah;
1. Banyak meminum air suam atau air mineral.
2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.
3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.
4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. 
5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat, kopi segera dan coklat
6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.
7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.
8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.
9. Tidak merokok.
Baiklah, sekarang akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan suara yang merdu atau sedap.
Caranya begini;
1. Anda sediakan dua biji limau nipis.
2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.
3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.
4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.
5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.
6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.
Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda.
Selamat Mencuba! SUMBER 

Saturday, March 24, 2012

KENANGAN DI SEKOLAH - SK SG BAKAP (1985-1986)


Fauziah Ahmad dan Fauziah Ahmad - kebetulan kami posting di sekolah yang sama

Bersama rakan-rakan rumah sewa


Lawatan ke Kuala Lumpur

Aku dan Azimah

Lawatan ke Cameron Highland

Lawatan ke Cameron Highland

Bersama sebahagian murid gimrama sempena sukan daerah SPS

Aku dan Amizah

Duduk dari kiri : Isteri GB, (lupa) , Pn Zaharah
Berdiri dari kiri : Azimah, Aku, Amizah, Fauziah Ahmad, (lupa), (lupa)

Bersama Guru Besar yang banyak berjasa padaku...

Satu-satunya tempat di sekolah yang kerap aku kunjungi

Bersantai di jambatan Pulau Pinang bersama Suhaimi. Kamal ,
Azimah dan Cikgu Hasbullah


Barisan guru2 yang bekerja keras menganjurkan majlis

Pasukan bolajaring di bawah pimpinanku...berjaya jadi
wakil daerah

Pengalaman menjadi pengadil bolajaring

Fauziah Ahmad, Abang Zul dan aku

Fauziah Ahmad, Ahmad Kamal dan aku,
Baru selesai basuh pinggan

Amizah, Suhaimi dan aku di Taman Rama2, Penang
(waktu ni baru buka)

Bersantai di depan PWTC

Group tarian 60an yang aku pimpin

Suhaimi, Kamal, aku dan Abg Zul

Aku dan Rohani



Di Cameron Highland

Di Kubang Semang

Bilik Guru SK Sg Bakap 

Amizah, Aku dan Azimah

Depan Bilik Darjah aku
Di sebelahku adalah muris paling nakal sekali

Kantin....Makanan order dulu...jimat masa
waktu rehat turun makanan dah siap bawah tudung saji

Friday, March 23, 2012

RAHSIA AYAT TERSIRAT PEREMPUAN


Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?

Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?
Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!
Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.
Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.
Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi…
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.
Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik, memahami bla bla bla…
Makna tersembunyi: Hish… I rasa macam minat sesangat kat you la… Rasa macam nak jadi awek you je.
Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.
Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.
Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil.
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.

Wednesday, March 21, 2012

KELEBIHAN PELUKAN SUAMI DAN ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.

Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan lebih menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri”

Rajin2lah peluk isteri anda sekelian.... :)

WaLLaHu A'LaM

Sunday, March 18, 2012

49 PETUA DARIPADA MANUSIA HEBAT INI.....

http://beragas.files.wordpress.com/2008/09/syed-mokhtar-albukhary1.jpg 

Adakah anda kenal siapa beliau? Inilah Biilionaire Melayu yang sebenar. Nama beliau ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Tujuan saya nak paparkan isu ini adalah untuk kepentingan orang ramai termasuk diri saya. 
Saya masih ingat 49 kata-kata hikmah dari beliau yang saya baca  dan membuatkan saya tidak lupa tentag hidup ini dan impian saya, antara kata-katanya ialah :- 

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan. 

2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata. 

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

 4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. 

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita. 

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju. 

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. 

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu. 

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana? 

APA SEBENARNYA



Andai sampainya waktu aku harus tinggalkan mu
Akan aku berlalu bila tiba saat itu
Tak guna kau merayu dan tak perlu menahanku
Kerana yang berlaku kehendakmu

Hanya Tuhan yang lebih tahu
Susah senang hidup dengan mu
Sumpah janji semakin layu
Hingga kini jatuh satu persatu
Engkau membiarkan ku

Air mata bertamu tidak kenal erti jemu
Menemani hatiku tak mengira ruang waktu
Mengapa dari dulu tak kau kata kan padaku
Kehadiranku ini menyusahkan

Yang terhalang kejujuranku
Yang terbilang kesilapanku
Memang payah dimengertikan
Kerana tertutup pintu hati mu
Terima penjelasan

Biar apa jua tafsiran
Yang ingin kau nyatakan
Aku rela terima semua....


KESUNYIAN MELANDA LAGI.....

Ahh...sunyi kembali rumahku tanpa keriuhan anak2ku...Mereka pulang ke tempat belajar masing2...Pagi2 lagi aku sudah bangun menyediakan bekal untuk mereka...Semalam aku tak sempat nak masak apa2 kerana Fawwaz kurang sihat...Setiap waktu aku kena berada dekat dengannya....Kena suapkan makan dan tanganku kena berada selalu mengurut perutnya...Alhamdulillah...setelah dibawa ke klinik...makan ubat...sakitnya reda sedikit demi sedikit....Risau aku dibuatnya...Ayahanda yang berada jauh pun tak henti2 telefon dan sms untuk mengetahui perkembangan anak bongsunya itu.....
Kudoakan mereka selamat sampai ke Johor Bahru...Fikri pun seolah2 mengerti bahawa adik dan along dah balik...Dia pun asyik termenung dari tadi.....makan pun tak lalu sedangkan aku sempat jua buat nasi goreng kegemarannya...samalah macam adik tadi...kalau nak balik ke asrama...memang tak lalu nak makan....
Kesian dia orang...semasa Cuti Raya Cina dulu...aku tak ada bersama mereka....dan sekarang ayahanda pula tak ada....Nak buat macamana anak2ku..."kalau bonda dapat bersabar kerana selalu ditinggalkan ayahanda....bonda harap anak2 bonda juga turut sama dapat bersabar...."

Wednesday, March 14, 2012

IZINKAN AKU PERGI

Hari ini ialah hari terakhir aku mencurahkan bakti untuk SK Bukit Damansara...Selamat tinggal sekolah...selamat tinggal anak2 muridku yang ku kasihi....Esok bakal bermula era baru semula sebagai orang pejabat...kanku sematkan ingatan mesra ini dan segala kenangan indah di sini jauh di sudut hatiku ....tanpa aku sedari airmata ini turut mengalir tika kakiku melangkah layu meninggalkan perkarangan sekolah....selamat tinggal....


Monday, March 12, 2012

20 SEBAB TAK PERLU MINTA MAAF


Kalau kita berbuat salah, sudah tentu kita perlu meminta maaf terlebih dahulu. Tetapi ada juga di antara anda yang sering meminta maaf walaupun hakikatnya bukan kita yang melakukan kesalahan/kesilapan. Demi menjaga hati ataupun sebagai tanda hormat, anda yang mengalah. Adakah ini patut terjadi sedangkan pihak lain terus tersenyum kerana anda yang memikul kesalahannya ataupun anda yang menyerah diri walaupun tahu yang anda tidak bersalah?
Jangan begitu! Jika ternyata kesalahan bukanlah berpunca dari anda, adalah menjadi hak anda untuk tidak meminta maaf. Saya telah mengenal pasti 20 sebab mengapa anda tidak perlu meminta maaf.
1 – PERASAAN ANDA

Apa yang anda rasa dan fikir, sepenuhnya adalah hak anda. Jadi jangan rasa bersalah kalau apa yang anda rasakan itu menjadi satu kesalahan walaupun mungkin anda sendiri terpaksa bermasam muka dengan orang lain. Anda berhak mempertahankan pendapat anda kerana setiap individu mempunyai sifat ego tersendiri. Bukan semua orang tahu menghargai perasaan kita sebagaimana mereka mahu anda menghargai perasaannya. Bukan semua orang berupaya menyelami perasaan anda, selain dari diri anda sendiri.

2 – LEBIH BERKEBOLEHAN

Mungkin gaji anda lebih tinggi dari suami/kekasih ataupun anda lebih berkebolehan dalam bidang tertentu berbanding orang-orang yang terdekat dengan anda. Setiap manusia mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika ada orang lain yang tidak dapat menerima keistimewaan anda, pedulikan saja!! Anda harus sentiasa berfikiran positif dan menganggap inilah kelebihan yang anda miliki dan bersyukur dengan kurniaan tersebut. Kalau ada yang mempertikaikan kebolehan itu, katakan saja yang setiap manusia dilahirkan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Jangan takut untuk mengakui kelebihan anda yang dimiliki kerana anugerah Tuhan tidak harus dipersiakan!

3 – MASA LALU

Jangan meminta maaf di atas keputusan yang pernah anda laksanakan di masa lalu. Ia adalah kerana apa jua keputusan yang anda lakukan bergantung pada situasi di saat itu. Walaupun ada yang menentang keputusan yang telah anda lakukan, jangan cepat tersentuh. Ingat! Anda tentunya sudah boleh berfikir, mana yang baik dan buruk. Segala keputusan adalah terletak di tangan anda dan ianya amat mempengaruhi hidup di masa akan datang. Tidak harus meminta maaf kerana bukan anda tahu apa yang akan berlaku di masa depan kan?

4 – MENJADI PERHATIAN

Bukan semua orang meminta dirinya menjadi perhatian. Anda jangan risau jika diri mu menjadi perhatian orang. Mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa anda yang dipilih berbanding dengan orang lain. Anda tidak perlu meminta maaf jika ada yang cemburu kerana anda yang mendapat lebih perhatian berbanding mereka. Jika anda ingin lari dari terus menjadi perhatian orang, usahakan agar anda berjaya menghindarinya. Jangan melibatkan orang lain jika anda tidak mahu diri dipersalahkan.

5 – MEMUTUSKAN CINTA

Kalau anda rasa bukan berpunca dari silap anda, anda berhak meminta putus. Untuk apa anda terus menyeksa diri untuk terus bersama si dia sedangkan ternyata dia sendiri yang bersalah. Jangan rasa takut untuk melaksanakan dan anda juga tidak perlu memaksa diri untuk meminta maaf kerana perpisahan ini bukanlah yang anda ingini. Tetapi keadaan yang memaksa!

6 – BERKATA JUJUR

Kejujuran merupakan resipi utama dalam sesebuah perhubungan. Anda tidak perlu takut untuk berterus-terang andai ianya mendatangkan kebaikan pada diri anda. Walaupun mungkin ia boleh mencetuskan salah faham antara anda dan si dia, terpulanglah pada si dia sama ada boleh menerima kejujuran anda ataupun tidak.

7 – BERTERUS TERANG

Kita mungkin mampu membohongi orang lain, tapi tidak pada hati sendiri. Contohnya, anda sudah tertarik pada orang lain sedangkan anda baru saja menjalinkan hubungan dengan si dia. Salah satu sebabnya ialah mungkin anda tidak dapat menerima cara si dia. Jalan terbaik ialah dengan berterus-terang, daripada anda terus menipu si dia dan diri anda sendiri. Nyatakan sebab-sebab mengapa anda tidak dapat menerima si dia lebih daripada seorang teman biasa. Daripada anda terus menyeksa diri kerana terpaksa menerima si dia, lebih baik anda bertindak lebih awal lagi agar perasaan itu tidak terlajak jauh.

8 – TIDAK MENEPATI CITA RASA

Bukanlah perkara yang mustahil untuk anda mementingkan cita rasa anda sendiri. Contohnya dalam memilih pasangan. Untuk apa bersikap hipokrit andai pasangan yang anda pilih langsung tidak menepati cita rasa anda. Sudah tentu anda mahu menjalinkan hubungan dalam tempoh yang lama dan berharap agar ia berkekalan. Lalu anda sepatutnya mencari si dia yang mempunyai ciri-ciri yang anda impikan. Walaupun tidak secara seratus peratus, sekurang-kurangnya ada juga ciri-ciri tersebut pada diri si dia.

9 – TERUS BERTANYA

Untuk mendapatkan kepastian, tentu anda harus melemparkan pertanyaan. Walaupun pertanyaan itu bertubi-tubi, selagi tak mendapat jawapan yang pasti, selagi itulah anda tidak akan berpuas hati. Anda mahu bertanya sehinggalah anda faham. Jangan rasa bersalah kalau anda harus bertanya berulang-ulang kali. Ada kalanya pertanyaan anda itu boleh membuatkan seseorang itu rimas dan bosan, tetapi bukan mudah untuk dia mengakui kesalahannya ataupun menjelaskan perkara yang sebenarnya.

10- MINTA NAIK GAJI/PANGKAT

Tak salah kalau anda meminta agar gaji/pangkat anda dinaikkan setanding dengan usaha yang telah anda laksanakan selama ini. Sudah tentu anda berusaha bersungguh-sungguh demi memantapkan lagi prestasi dan kualiti kerja semata-mata untuk syarikat. Jadi tidak salah kalau anda meminta imbuhan. Memandangkan kos sara hidup semakin tinggi, anda juga memerlukan perbelanjaan yang lebih banyak. Tapi anda perlu yakin dan lebihkan usaha di masa akan datang.

11 – MASIH SOLO

Inilah hidup anda! Walaupun ada kalanya anda berasa bosan kerana masih tidak mempunyai kekasih, ia bukan salah anda. Terpulang pada diri anda sama ada ingin mempunyai kekasih ataupun sanggup bersendirian. Soal cemburu ataupun usikan teman-teman, ketepikan saja. Apa yang penting ialah soal hidup anda sendiri. Bukan menjadi satu kesalahan jika anda memilih untuk bersendirian. Mungkin anda perlukan masa untuk mencari pasangan yang sesuai.

12 – TENTANG KEGEMARAN

Setiap orang mempunyai kegemaran ataupun hobi tertentu. Jangan risau sekiranya ada yang memperkecilkan hobi anda. Pertahankan hobi anda itu dan katakan yang setiap orang mempunyai perangai yang berbeza. Jangan malu-malu mengakuinya kerana ia bukanlah mengganggu kehidupan orang lain, malah menyerikan hidup mu sendiri.

13 – BIJAK DAN AKTIF

Orang yang cantik/kacak tidak semestinya bijak dan aktif. Jangan menilai paras rupa dalam menentukan tahap kebijaksanaan seseorang. Ia juga tidak boleh melabelkan seseorang itu aktif ataupun tidak hanya kerana paras rupa. Anda patut rasa bertuah kerana dianugerahkan kebijaksanaan dan anda juga seorang yang aktif.

14 – MEMINTA BANTUAN

Kalau tidak tahu, eloklah bertanya. Bukan cara terbaik untuk berpura-pura tahu ataupun segan mahu meminta pertolongan orang lain. Ingat, hidup dalam budaya bermasyarakat ini harus saling tolong-menolong antara satu sama lain. Kalau anda memerlukan bantuan, jangan segan-segan meminta pertolongan daripada orang yang boleh membantu anda menyelesaikan masalah. Jika ada yang mentertawakan anda kerana perkara kecil pun anda tidak tahu, terus-teranglah mengatakan lebih baik bertanya daripada jadi bodoh sombong! Tak ada faedah langsung!

15 – BUKAN BERPUNCA DARI ANDA

Ada seorang teman memarahi anda kerana rahsianya terbongkar, sedangkan anda bukanlah puncanya. Jadi untuk apa rasa takut kerana bukannya salah anda. Berterusteranglah pada si dia yang anda tidak melakukannya sebaliknya mungkin ada pihak lain yang cuba mempergunakan nama anda. Nyatakan sebab-sebab kukuh dan relevan tentang pengakuan anda. Yakinkan dirinya yang anda seorang penyimpan rahsia yang boleh dipercayai. Kalau boleh selidiklah siapa yang punya angkara untuk membuktikan anda benar-benar tidak bersalah!

16 – PANDU BERHATI-HATI

Salah satu perkara normal yang diperkatakan ialah pemandu wanita suka memandu perlahan! Selalu juga kena hon. Katakan saja pada diri sendiri yang anda ini pemandu berhemah dan berhati-hati di jalan raya. Kalau ada pemandu lain yang membunyikan hon ataupun memarahi anda, pedulikan saja. Janji anda tidak melanggar peraturan lalu lintas. Kalau setiap kali anda meminta maaf jika ada yang membunyikan hon ataupun memarahi anda, tentu nanti ada pula yang mengambil kesempatan di atas ‘kebaikan’ anda itu.

17 – ORANG MENUDUH ANDA

Jika memang bukan anda yang lakukan, mengaku saja. Jangan biarkan orang memaksa anda mengaku sedangkan kesalahan itu berpunca dari orang lain. Walaupun mungkin ketika itu anda agak gelabah kerana digertak, jangan cepat meminta maaf. Bak kata pepatah, ‘Berani kerana benar, takut kerana salah.’ Kalau anda mengaku, alamatnya anda akan disalah sangka. Jangan sesekali mengucapkan ‘Saya minta maaf’, sedangkan dalam hati anda meronta-ronta mengatakan bahawa anda tidak bersalah dan menjadi mangsa keadaan.

18 – TIDAK TERLALU MEMENTINGKAN PENAMPILAN

Jangan merendah diri jika ada yang memperkatakan penampilan anda tidak sesuai dengan perkembangan semasa. Jangan terlalu mengikut telunjuk orang dan ini membuatkan diri anda hipokrit. Jangan takut-takut untuk membantah kalau ia tidak bersesuaian dengan jiwa anda. Tapi kalau anda membantah, ucapan meminta maaf bukan cara terbaik untuk dilafazkan. Ikut prinsip anda dan jangan mudah dipengaruhi oleh orang lain.

19 – TIDAK SAMA HALUAN
Anda mempunyai teman rapat. Ke mana saja pasti berdua bagaikan belangkas. Tetapi ada beberapa perkara yang anda tidak boleh melakukan bersamanya iaitu anda suka bersukan sedangkan dia gemar menonton wayang. Jika percanggahan ini berlaku, anda harus bijak menanganinya. Katakan saja perkara ini tidak boleh dipaksa. Anda tidak boleh memaksa dia meminati sukan dan sebaliknya. Usah minta maaf walaupun ada kalanya tercetus perselisihan faham. Walaupun rapat, suatu hari nanti, pasti akan membawa haluan sendiri. Sampai bila hendak bergantung antara satu sama lain.

20 – DIPAKSA

Sukar untuk melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara yang dipaksa oleh orang lain. Jika dilakukan juga, timbul rasa jengkel dan tidak ikhlas. Jadi lebih baik tidak melakukannya dan katakan saja yang anda tidak suka dengan tugasan tersebut. Jangan berasa bersalah dan meminta maaf kerana anda tidak melakukan tugasan tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!