Thursday, May 31, 2012

JANJI SEORANG SUAMI


Saya tak akan jadi suami yang sempurna untuk awak, tapi saya akan berusaha menjadi suami yang terbaik.

Saya takkan berjanji untuk cinta awak sepenuh hati saya, sebab saya nak letak Allah penuh-penuh dalam hati ini dan baru awak.

Saya takkan berjanji untuk takkan buat awak menangis, tapi bila saya ada saya akan cuba seka setiap air mata yang menitis semampu saya.

Saya takkan beri harapan untuk bersama awak selama-lamanya, sebab suatu hari saya akan pergi juga.

Saya akan ajar awak, tiada jaminan atas setiap perkara yang berlaku. Hidup kita umpama pensil. Pasti ada yang memegang hidup kita, iaitu Allah. Jangan berharap pada hidup. Biarpun awak rasa cukuplah hidup bersama saya, tapi itu masih tak cukup. Kita kena ajar diri, there is no guarantee in life.

Tapi satu perkara yang saya pasti,
saya nak jumpa awak kat syurga nanti..


GELOMBANG

Inilah lagu pertama yang ku nyanyikan bersama band suamiku di Pulau Pinang.


Nasibku dirundung malang
Sederas gelombang
Menghempas di pantai

Di malam aku ternoda
Dalam sinar cahaya di jendela

Tiada esok lagi
Gelap masa depan
Cemar hidup ini tiada erti

Hidupku seperti badai
Tak henti gelora
Musnahlah segala

Perasaan dan harapan
Untuk hari esok tiada lagi

Oh Tuhanku
KepadaMu ku pohon ampun doa restu
Lindungilah daku yang tidak berdaya
Di bumiMu ini

Monday, May 28, 2012

10 FAKTA KEBAIKAN SENYUMAN. SUDAHKAH ADA TERSENYUM HARI INI?


Senyum yang tulus, datang dari hati yang tulus. Suatu senyum yang ikhlas dan menceriakan adalah suatu ibadah. Senyum terjadi hanya sekejap, tetapi kenangannya kadang berlangsung selamanya. Tersenyumlah! kerana senyum itu tidak mahal. Hanya perlu sedetik untuk mengubah bentuk bibir menjadi senyum. Dan hanya memerlukan tujuh saat mempertahankan sebuah senyum untuk kelihatan sebagai ungkapan ketulusan hati.

1. Senyum Membuat Anda Lebih Menarik
Orang yang tersenyum memiliki daya tarik tersendiri. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya selesa senang dan tenang. Orang yang selalu merungut, cemburu, mengerutkan kening membuat orang-orang disekeliling tidak selesa. Pastikan orang yang banyak tersenyum memiliki banyak teman.

2. Senyum Tukar Perasaan
Jika anda sedang bersedih, cubalah tersenyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik. Menurut kajian, senyum boleh memperdayai tubuh sehingga perasaan berubah.

3. Senyum Menular
Ketika seseorang tersenyum, ia akan membuat suasana menjadi lebih riang. Orang disekitar anda pasti akan ikut tersenyum dan merasa lebih bahagia.

4. Senyum Menghilangkan Stres
Stress boleh kelihatan di wajah. Senyuman boleh menghilangkan mimik lelah, bosan, dan sedih. Ketika anda stres, ambil masa untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangkan stres dan membuat fikiran lebih jernih dan tenang.

5. Senyum Meningkatkan Imunitas
Senyum membuat sistem imun tubuh bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja maksimum ketika seseorang merasa rileks. Menurut kajian, flu dan batuk boleh hilang dengan senyum.

6. Senyum Menurunkan Tekanan Darah
Tidak percaya? Cuba anda mencatat tekanan darah ketika anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah ketika anda tersenyum pasti lebih rendah.

7. Senyum Melepas Endorphin, Pemati Rasa Alamiah dan Serotonin
Senyum ibarat ubat alami. Senyum boleh menghasilkan endorphin, pemati rasa semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiganya adalah hormon yang boleh mengawal rasa sakit.

8. Senyum Membuat Anda Awet Muda
Senyuman menggerakkan banyak otot. Akibatnya otot wajah terlatih sehingga anda tidak perlu melakukan face lift. Dengan banyak tersenyum anda akan kelihatan lebih awet muda.

9. Senyum Membuat anda Kelihatan Sukses
Orang yang tersenyum kelihatan lebih percaya diri, terkenal dan boleh dipercayai. Berikan senyum semasa mesyuarat atau bertemu dengan pelanggan. Pasti ramai orang akan melihat anda lebih baik.

10. Senyum Membuat Orang Berfikir Positif
Cuba lakukan ini: fikirkan hal buruk sambil tersenyum. Pasti susah. Kenapa? ketika anda tersenyum, tubuh menghantar isyarat "hidup adalah baik". Sehingga semasa anda tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah yang terbaik.

Senyum mencipta kebahagiaan di sekitar kita, Senyum adalah ketenangan bagi kegelisahan, keceriaan bagi yang kecil hati dan kegembiraan bagi yang sedih.

Senyum tidak boleh di beli, kerana senyuman adalah sesuatu yang tidak berguna bagi sesiapa sampai senyum itu diberikan. Jika kamu harus menemui seseorang yang terlalu letih untuk memberi senyuman. Berikan satu senyuman yang tulus untuk mereka. Kerana tidak ada yang lebih memerlukan senyuman daripada orang-orang yang tidak mempunyai senyuman lagi untuk diberikan.

Sebuah senyuman akan selalu diterima, kerana senyuman akan membuka pintu dan hati seperti anak kunci. Berikan setiap senyum anda untuk semua orang, kerana satu senyuman memberikan keceriaan pada semua orang.

Akhir kata mungkin kita tidak dapat membantu seseorang itu dengan wang ringgit ketika mereka didatangi kepayahan, kemurungan dan seumpamanya. Namun dengan senyuman yang ikhlas mungkin sedikit sebanyak dapat memberi ketenangan jiwa pada pada orang lain.

Jadi.....senyumlah selalu....

Sumber
  

HATIKU HATIKU JUA


Betapa marah betapa murka
Hanya dialah serahan jiwa
Walaulah jauh entah di mana
Hatiku hatiku jua

Betapa salah betapa dusta
Untuk dialah ku jadi hamba
Walau berpisah walau merana
Hatiku hatiku jua

Walaulah jauh entah di mana
Hatiku hatiku jua

Betapa salah betapa dusta
Untuk dialah ku jadi hamba
Walau berpisah walau merana
Hatiku hatiku jua

Inilah kisah cintaku murni
Jadilah kisah cinta abadi
Sekali sudah dipilih hati
Tidaklah berbelah bagi

Betapa pedih betapa duka
Untuknya bahgia doaku pinta
Selamat dia aku sengsara
Hatiku hatiku jua

Sekali sudah dipilih hati
Tidaklah berbelah bagi


Betapa pedih betapa duka
Untuknya bahgia doaku pinta
Selamat dia aku sengsara
Hatiku hatiku jua





Friday, May 25, 2012

SERIBU MAWAR




Cintamu yang tak ikhlas
Padaku yang setia
Kau anggap aku tidak tahu
Kau curang di belakangku

Cinta bukannya harta
Cinta adalah jiwa
Tak mungkin dapat kau membeli
Hatiku yang telah terluka

Biar seribu malam
Tak bisa memujukku
Tak bisa menghuraikan
Rahsia hatiku terhadapmu
Kau masih menggangguku
Di dalam resah kesah
Di waktu aku rindu
Kenangan manis bersamamu

Andai dulu dapat kukecapi
Kasih sayang tulus suci
Tak mungkin kini
Kau menghitung hari sendirian
Dalam mimpi cuba ku ulangi
Mengimbang bunga cinta murni
Adakah ini balasan setia

Biar seribu mawar
Tak bisa memekarkan
Tak bisa mewangikan
Di pintu jiwa yang kau kecewakan
Usah merisik lagi
Takkan kau miliki
Aku kini bahagia
Tanpa cinta yang pura-pura

Kala hati ingin kau bersama
Engkau tega memilihnya
Di mana aku kau letakkan
Di hatimu
Siang malam cuba kumenipu
Perasaan hati ini
Kini ku ingin
Bebas bersendiri

IBU.....RATU HATIKU

Pagi tadi aku terima sekuntum bunga ros. Seronoknya....Yang bestnya bunga ros tu berwarna pink...warna kegemaranku...suspen ye dari siapa?


Sebenarnya bunga ros tersebut diberikan kepada semua peserta forum bertajuk IBU.....RATU HATIKU yang diadakan di KPM, Putrajaya. Satu ayat yang paling melekat di kepalaku ialah....PUJILAH USAHA BUKANNYA HASIL ...yang telah diketengahkan oleh Pn Ainon...pemegang saham terbesar PTS Publication dan juga seorang jutawan yang sangat2 low profile...

Apa yang tersirat dalam penyataan itu ialah....sebagai seorang ketua sama ada dalam keluarga atau organisasi....selalulah memberi pujian kepada anak2 dan staf....dorong dan pujilah segala daya usaha yang telah dibuat.....jangan sesekali dikecam walaupun hasilnya amatlah mengecewakan....ini adalah amalan Rasulullah SAW dalam mendidik umatnya....

Sebagai contoh: Seorang anak membawa balik keputusan Matematiknya (1/10)...ya hanya 1 soalan saja yang betul....jangan dilihat atau dikomen pada hasilnya (1/10) tapi berilah pujian atas daya usahanya menjawab kesemua soalan tersebut..." Bagus...anak bonda dapat siapkan semua soalan...".....Insyaallah kata2 ini akan menjadi perangsang untuk dia nanti...Sebenarnya di organisasi pun...perkara yang sama sepatutnya berlaku...

Bagi yang masih ada ibu...aku amat berasa cemburu sangat2....namun aku akur yang Allah lebih menyayangi ibu dan ayahku....Doa buat kedua2nya tidak sesekali ku lupakan....dapat menumpang kasih pada ibu teman2ku pun alhamdulillah....










PUISI BUAT ANAKKU ...AHMAD FIKRI


::Mother of A Special Child::


While playing with my baby doll, 

I thought that jobs not hard at all

I'd have a baby, maybe two, 
a girl in pink...a boy in blue

Well I grew up and sure enough,
The baby that was sent to me, was born with disabilities

At first I'm frightened through and through, 
there's much to learn to care for you

This wasn't in my plans at all, 
when I was young and played with dolls

Your mind and body were so weak, 
you might not ever walk or speak

So much special care required, 
I'm often scared and often tired

As months and years go slowly by, 
I smile a lot but sometimes cry

To watch you grow and not complain, 
though you endure your share of pain

Oh, how I'd hold you and I'd pray, 
that you'd be healed and whole someday

But I knew that was not to be, 
not physically or mentally

And so I taught you best I could, 
your progress wasn't very good

But then one day I realized, 
as I gazed into your loving eyes

That I had learned so much from you, 
determination...courage too

A love so unconditional, it floods my soul and always will

I'm proud to say I gave you birth, for you're an angel here on earth





7 KALIMAH YANG PERLU DIUCAP DAN DIHAFAL

Sesiapa yg mengamalkan dan menghafal 7 kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan Malaikat serta diampunkan dosanya.

1.membaca Bismillahirrahmanirrahim setiap kali hendak melakukan sesuatu.


2.Mengucapkan Alhamdulillah,setiap kali selesai melakukan sesuatu.


3.Mengucapkan Astaghfirullahhal Azim ketika tersalah.


4.Menyebut Insyallah,jika ingin melakukan sesuatu di masa hadapan.


5.Mengucapkan Lahaulawala guwata billah,bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat

 atau melihat sesuatu yg buruk.

6.Mengucapkan Inna Lillah hi Wa Inna Ilaihi Rajiuunn,jika menghadapi musibah atau melihat

   kematian.

7.Membaca Laa Ilaa Ha il lalloh sepanjang masa siang & malam.


Amalkan, insyallah,tergolong dalam kalangan insan yg hebat. Aamiin...



Wednesday, May 23, 2012

TERPUKAU DENGAN IRAMA YANG SYAHDU......

                                                            JERAT PERCINTAAN

MENUJU CAHAYA


MOHABBATEIN





Tuesday, May 22, 2012

BERTERIMA KASIHLAH PADA ALLAH..


Kenapa Anda perlu bersyukur selalu? Supaya hati menjadi tenang, supaya Anda berubah jadi semakin bagus.
Apa yang berlaku apabila Anda berterima kasih? Mood Anda berubah jadi baik.
Bila Anda berterima kasih, ia seolah-olah Anda menerima sesuatu yang cukup menggembirakan Anda. Ia seolah-olah Anda telah menunggu lama untuk menerimanya.
Sikap suka berterima kasih menjadikan sesiapa saja berubah jadi periang, mood sentiasa OK kemudian bersemangat pula. Amalan ini memberi impak positif kepada produktiviti juga prestasi.
Orang yang selalu berterima kasih atas pemberian ALLAH akan selalu gembira. Dia akan ‘feel good’ sentiasa kerana dia tahu dia telah menerima sesuatu yang menggembirakan.
Oleh kerana dia gembira, minda separa sedarnya menarik lebih banyak perkara gembira yang membuatkan dia bertambah gembira.
Bila Anda mencapai sesuatu, ucapkanlah terima kasih.
Bila Anda berjaya menyiapkan sesuatu, ucapkanlah terima kasih.
Bila Anda dibantu oleh seseorang, ucapkanlah terima kasih.
Ucapkan terima kasih pada ALLAH kerana dengan izinnya Anda dapat melakukan apa yang Anda mahu lakukan. Pejam mata lalu ucaplah terima kasih di dalam hati. Itu sudah memadai daripada tidak berterima kasih langsung.
ALLAH tidak suka kepada orang yang sombong terutama orang yang tidak bersyukur. Orang sebegini akan selalu ditimpakan dengan berbagai masalah.
Maka jika hidup Anda sekarang ini penuh dengan berbagai kesusahan, ketahuilah itu sebab Anda jarang berterima kasih pada pemberian ALLAH dalam bentuk rezeki, wang, sahabat handai serta ahli keluarga yang selama ni berada di sekeliling Anda.
Lebih banyak Anda bersyukur serta berterima kasih pada Allah Yang Maha Esa, lebih banyak perubahan baik akan berlaku dalam hidup Anda. Rezeki akan bertambah, masalah diringankan bahkan seolah-olah ditemukan jalan keluar.
Sumber

Monday, May 21, 2012

RINDU DAN AIRMATA


Sesaat masa berlalu
Setahun rasa ku tunggu
Resahnya hati yang rindu
Berlinang air mataku
Terkenang kasih yang jauh
Bilakah kita bertemu

Dari hati yang rindu
Dengarkanlah rayuanku 
Mengharap sinar kasihmu
Pabila kau membisu hatiku kian sayu
Menanti khabar darimu

Kenanglah daku oh kasih
Usah biar ku bersedih
Tangis hatiku merintih
Betapa aku derita
Hidupku kian dilanda
Rindu dan airmata

Saturday, May 19, 2012

CARA-CARA KEKAL ROMANTIK

SEMAKIN usia meningkat, semakin berkurangan perasaan cinta terhadap pasangan. Itu hakikatnya bagi segelintir pasangan yang cepat bosan dengan rumah tangga mereka.

Tidak hairanlah sekiranya apa yang mereka lalui setiap hari bersama pasangan dianggap sebagai rutin, bukan tanggung jawab yang harus dilaksanakan seikhklas hati.
romantik
Ramai beranggapan keadaan seperti ini terjadi akibat tekanan hidup, kos sara diri dan ekonomi rumah tangga. Tidak ramai yang mahu mengakui bahawa ketidakjujuran mereka pada perkahwinan merupakan faktor utama mengapa perkara seperti ini terjadi.

Jadi apa yang perlu anda pegang sekarang ialah usia bukan alasan untuk merenggangkan mahligai istana yang telah lama dibina. Peliharalah ia sebaik-sebaiknya. Bukan itu sahaja, jagalah perhubungan sesama pasangan agar apa yang dipertahankan selama ini berkekalan.

Terdapat banyak cara untuk mengharmonikan perkahwinan dengan penuh perasaan kasih sayang. Ikuti tip yang disenaraikan ini:

1.     Masak makanan kesukaan pasangan
Sebelum berkahwin, ramai di antara kita sudah masak dengan makan minum pasangan kita. Oleh itu, jadikannya lebih romantik apabila anda menyajikan masakan kegemarannya saat dia sedang bercuti, berehat atau santai di sekitar rumah. Memang nampak mudah, tapi tidak semua mampu berbuat sedemikian. Teruskan kerana ini akan memberikan kesan positif apabila pasangan anda menghargai dan dijaga rapi oleh insan tercinta.

2.     Apabila jatuh sakit, berilah perhatian yang lebih!
Elakkan daripada membebel atau yang seangkatan dengannya. Seharusnya anda berikan perhatian yang lebih dengan menemaninya selalu dan memenuhi segala kemahuannya. Ini merupakan salah satu cara terbaik untuk anda memainkan peranan anda sebagai isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin. Pasangan yang kurang sihat mungkin lebih sensitif dan emosi kurang stabil. Jadi berikan perhatian lebih.

3.     Aktiviti memasak
Amatlah bagus bagi pasangan suami isteri untuk tolong-menolong di antara satu sama lain. Selain dapat mengeratkan lagi perhubungan, perhubungan akan menjadi lebih hangat dan romantik.

4.     Lakukan kejutan buat si dia!
Salah satunya, SMS cinta untuk pasangan anda pada saat  yang dia tidak menjangkakan. Katakan, “I Love You Forever”.

5.     Tulislah ayat-ayat cinta
Romantik bukan, jika anda meletakkan sekeping kad di atas meja solek isteri atau untuk lelaki, di tempat yang mudah untuk dilihat pasangan. Kejutan sebegini akan mengeratkan lagi hubungan romantik. Si dia mungkin akan mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

6.     Hobi
Cuba meminati hobinya. Ini kerana secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap romantik yang maksimum anda dan pasangan. Anda juga haruslah memberi sokongan walaupun bukan secara memaksa diri. Perhatian anda akan membuatkan hati si dia lebih senang dan bertambah sayang.

7.     Lakukan kerja yang biasa dilakukan oleh pasangan anda
Go for it, jangan goyang kaki, lakukan aktiviti seperti menyapu sampah atau mengemas rumah. Dan mesti dia akan berasa pelik, kenapa perangai anda berubah. Anda hanya perlu ucapkan kepada si dia , “Because I Love You”.

8.      Sebelum tidur atau selepas bangun tidur, ambillah masa untuk bermanja-manja dengan pasangan anda. Urut pasangan anda dan belailah dia.

9.     Ketika anda bekerja, goda pasangan anda dengan menghantar SMS romantik. Berikan dia pujian dan sentiasa buatkan mereka berfikir bahawa anda selalu teringatkan dia.

10.    Belilah kad ucapan yang romantik dan tulislah  “I love U” di dalamnya. Hantar kepada pasangan anda.sumber

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH CIKGU......



Terima kasih buat semua guru-guruku yang pernah mengajarku sehingga aku menjadi manusia cemerlang di hari ini..tanpa kalian aku tak bisa berdiri teguh dengan keazaman yang tinggi untuk membentuk generasi seterusnya agar memikul satu tanggungjawab menyalurkan yang baik dan berguna kepada anak2 didik mereka.....

Sunday, May 13, 2012

KU TAK PERCAYA


KU TAK PERCAYA AKAN JANJIMU
UNTUK BERSAMA HIDUP BERDUA
BERKALI-KALI ENGKAU ENGKARI
BANYAK ALASAN HINGGAKU BOSAN

KU TAK PERCAYA SEMANIS GULA
JANJI DIBERI SEMUA TAK JADI
SEMUANYA HABIS SEBAGAI DEBU
KU TAK PERCAYA AKAN JANJIMU

KU TAK PERCAYA AKAN JANJIMU
UNTUK BERSAMA HIDUP BERDUA
BERKALI-KALI ENGKAU ENGKARI
BANYAK ALASAN HINGGAKU BOSAN


KU TAK PERCAYA SEMANIS GULA
JANJI DIBERI SEMUA TAK JADI
SEMUANYA HABIS SEBAGAI DEBU
KU TAK PERCAYA AKAN JANJIMU







SALASILAH KELUARGAKU


Saturday, May 12, 2012

KU PENDAM SEBUAH DUKA


SUATU PENGALAMAN YANG TAK MUNGKIN KU LUPAKAN

Pada tanggal 19 April 2012...aku dan rakan sekerja menamatkan penghakiman sekolah terakhir iaitu di Padang Besar, Perlis...lega rasanya bila kerja dah selesai...kami dibawa untuk berehat sementara di BTPN Perlis...sempat la mandi dan salin pakaian...segar rasanya setelah seharian penat bekerja....selepas Maghrib, kami sempat bertemu KPP BTPN Perlis yang baru balik dari Pulau Pinang....setelah semua luggage dibawa masuk ke dalam van...kami pun terus bergerak ke airport Alor Setar...aku dan Kak Ana di belakang...dan Ezzane di depan bersama driver..

Kami melalui kawasan kampung....lepas tu kami menyusur masuk ke lebuhraya...keadaan  amat gelap...tiada lampu jalan...sempat juga Kak Ana berkata..."Gelap sungguh , G".....tiba2...driver terus menekan brek.....dan menjerit...." lembu"....dikuti dengan satu dentuman yang amat kuat....." Kita ke?" kataku ....van berpusing...kami terhoyong hayang....sementara menanti van berhenti berpusing...macam2 perkara aku fikirkan di saat itu.....mana tahu ada kenderaan lain yang menghentam kami pulak atau adakah kami jatuh ke dalam gaung? aku hanya berserah pada yang maha Esa...inikah tamatnya perjalanan hidupku? Sekali lagi bunyi meletup kedengaran....Kak Ana jatuh terperosok ke tepi kiri dan aku pula terperosok di kanan sambil tanganku terus memegang Kak Ana...Rupa2nya bunyi kedua adalah bunyi cermin depan pecah tiba2....

Bau hangit terus menyucuk hidung kami....kami cuba bangun....kami kena segera keluar dari kenderaan itu kerana bimbang ia akan meletup......Kak Ana cuba membuka pintu tapi tak boleh....Syukur...Ezzani turun dan membukakan pintu untuk kami....Kak Ana terus turun.....aku masih di dalam van......Kak Ana fikirkan aku dah pengsan,,,aku pulak masih teraba2 mencari kasutku....satu2nya tabiat aku...bila naik kereta suka buka kasut.....

Setelah ku jejakkan kaki ke tanah....barulah perasan yang muka van berpusing dan menghadap laluan laju ....Ezzani terus minta agar kami jauhkan diri dari van....seram dan menakutkan melihat keadaan van...remuk teruk...keadaan waktu itu sunyi tanpa kenderaan lain... aku melihat jam menunjukkan baru pukul 8 malam...aku dan Kak Ana melangkah divider dan menyeberang ke laluan bertentangan untuk mencari tempat yang selamat...Ezzane mencari lampu suluh...aku tak nampak driver....selang beberapa minit kemudian barulah laluan itu mulai sibuk dengan kenderaan...bunyi brek beberapa kenderaan yang tidak perasankan van berkenaan menakutkan aku....aku terus capai hset dan menelefon suamiku sambil menangis....aku takut sangat.....sebuah motosikal menghampiri kami...rupanya orang kampung yang berdekatan....dia bertindak mententeramkan kami...baru aku perasan yang kami berada di sempadan Perlis Kedah bila melihat pintu gerbang.. ..

Semakin lama semakin ramai orang dan kenderaan...Ezzani masih dengan lampu suluhnya...penduduk kg memasang lampu motosikal menyuluh ke arah van di dalam kepekatan malam agar mudah pemandu2 lain melihatnya dan mengelak....Selang beberapa minit kemudian...seorang pegawai BTPN Perlis datang...dia terus berjumpa kami dan bertanyakan khabar....Kemudian disusuli pula dengan kenderaan polis dan trak penunda....

KPP BTPN Perlis muncul beberapa minit kemudian...dan terus mengambil kami....Pihak polis menolong kami menurunkan beg untuk dimasukkan ke dalam kereta beliau... beliau terus memecut laju menuju ke airport...Kami sampai di airport hampir 9:30 mlm sedangkan flight pukul 9:50 mlm....kami bernasib baik kerana petugas kaunter masih ada dan membenarkan kami check in....rupa2nya flight delay...alhamdulillah memang rezeki kami....

Selepas selesai check in...sempat jugalah berjumpa anak buahku Ayies dan Zaki yang datang dari Alor Star...kami terus masuk ke dalam ruang menunggu...waktu ini lenganku terasa sakit sangat....Kak Ani pula baru terasa kakinya susah untuk berjalan....Ku seluk dalam tas tanganku...ada juga sebotol Vic...Kami sapu tempat yang sakit dgn vic....kuranglah sedikit...namun semasa berjalan ke kapalterbang...aku langsung tidak boleh menyandang beg di bahu kanan...sakit sangat....

Sampai dalam flight....pramugara telah menolong aku dan Kak Ana....Kami dah tak banyak berbicara semasa dalam flight...selesai makan...aku terus menelan ubat tahan sakit....kami berdua lelapkan mata dan cuba untuk melupakan apa yang berlaku.....

Suamiku yang risaukan keadaan aku terus meminta adik iparku untuk menunggu di LCCT....aku memang perlukan seseorang yang dapat ku ceritakan segala2nya....mereka menghantarku sampai ke rumah dan terus balik...jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi...aku keseorangan di rumah...suamiku di Sabah....angah di Senawang dan Fikri di rumah jagaannya....pelbagai perasaan bercampu baur dalam kepalaku....

Esoknya kugagahi juga ke pejabat tetapi apakan daya tanganku masih sakit.....ku balik semula ke rumah keseorangan....petangnya aku ke klinik dan doktor berikan ubat penenang.....bila sampai di rumah...baru aku perasaan yang beg besarku pecah semasa kemalangan tersebut....nasib baiklah pakaian aku tidak terburai semasa di airport semalam.....

23 April 2012, barulah suamiku balik...aku menangis memeluknya...bila melihat keadaan lebamku...dia terkejut dan terus mengambil gambar...katanya nak tunjukkan pada anak2.....keesokan harinya dia mengajakku ke KL...gembiranya aku apabila dia membelikan beg baru untukku menggantikan beg yang pecah itu....

Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu...namun ingatanku masih segar dan aku amat takut sekali bila mendengar buku brek yang nyaring.....aku sebenarnya takut untuk memandu tapi apakan daya suamiku sentiasa tiada di sisiku....kenangan dan pengalaman ini akan sentiasa terpahat rapi dalam ingatanku.....



Thursday, May 10, 2012

KERNA TERPAKSA





Kerna terpaksa aku melangkah pergi
Kerna terpaksa ku turut kata hati 
Gementar tubuhku dengan keputusan ini 
Biarpun pedih ku teruskan jua 



( korus 1 ) 
Di antara kita mengapa ada dia 
Biarpun hanya kawan biasa 
Tapi ku rasa berlainan caranya 
Hingga mencakar perasaanku 
Terpaksaku 
Terpaksaku membuat pilihan 
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu 



Kerna terpaksa aku rela sendiri 
Kerna terpaksa lalu aku menangis 
Tertutup hatiku untuk bercinta lagi 
Tidak ku tahu bila kan terbuka 



( korus 2 ) 
Di antara kita mengapa ada dia 
Biarpun hanya kawan biasa 
Tapi ku rasa berlainan caranya 
Hingga mencakar perasaanku 
Andainya ku melakukan begitu 
Bagaimanakah perasaanmu 
Terpaksaku 
Terpaksaku membuat pilihan 
Mengundurkan diri untuk kebahagiaanmu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!