Tuesday, July 24, 2012

20 MASJID KEBANGGAAN DI SELURUH DUNIA

1. Masjid Faisal di Islamabad adalah masjid terbesar di Pakistan dan Asia Selatan dan masjid terbesar keenam di dunia. Ini adalah masjid terbesar di dunia sejak tahun 1986-1993 ketika dikalahkan dalam ukuran setelah penyelesaian Masjid Hassan II di Casablanca, Maroko. Masjid Faisal ini diambili nama almarhum Raja Faisal bin Abdul Aziz dari ArabSaudi, yang mendukung dan membiayai proyek ini.  Vedat Dalokay, arkitek Turki yang mengilhamkannya, menggunakan khemah Beduin sebagai inspirasi seni bina Masjid Faisal.



      2.    Masjid Besar Baiturrahman di Banda Acheh, Indonesia telah dibakar habis apabila Acheh diserang kuasa Belanda pada tahun 1873. Namun, ia telah dibina semula satu dekad kemudian. Ia di antara masjid yang paling indah di seluruh Indonesia.




3.       Masjid Taj Ul di Bhopal adalah di antara masjid yang paling besar di benua Asia. Ia juga diguna sebagai madarasah.





 4.       Masjid Badshahi telah dibina oleh Maharaja Mughal yang mashyur, Aurangzeb, pada tahun 1671. Ia merupakan masjid yang kelima paling besar di dunia.




5    5.   Great Mosque of Xi'an di China menampilkan ciri-ciri budaya Cina bersebelahan dengan seni bina Islam.



     
      6.    Masjid Jamek, adalah salah satu masjid yang paling ikonik untuk penduduk-penduduk bandaraya Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1909, ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur.asalnya telah dibina oleh pedagang-pedagang Islam yang berasal dari India di persimpangan Sungai Klang dan Sungai GombakKuala Lumpur pada zaman penjajahan British. Kedudukannya berhampiran tapak perkuburan awal di situ dan kini terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, stesen Putra LRT dan Star LRT. Ia menjadi sebahagian daripada mencu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.




7     7.     Masjid Muhammad Ali Pasha di Cairo, Mesir menampilkan seni bina Ottoman yang klasik. Ia dibina oleh pemerintah Mesir, Muhammad Ali Pasha untuk mengingati anak sulungnya, Tusun Pasha.




8.    Masjid Al-Aqsa di Jerusalem merupakan lokasi yang ketiga paling suci untuk umat Islam. Nabi Muhammad s.a.w. menghala ke arah Masjid Al-Aqsa untuk 17 bulan selepas berhijrah, sebelum diperintah oleh Allah untuk menghala ke arah Kiblat.




9.     Masjid Nabawi adalah masjid kedua yang dibangun oleh Rasulullah saw., setelah Masjid Quba yang didirikan dalam perjalanan hijrah beliau dari Mekkah ke Madinah. Masjid Nabawi dibangun sejak saat-saat pertama Rasulullah saw. tiba di Madinah, yalah di tempat unta tunggangan Nabi saw. menghentikan perjalanannya. Lokasi itu semula adalah tempat penjemuran buah kurma milik anak yatim dua bersaudara Sahl dan Suhail bin ‘Amr, yang kemudian dibeli oleh Rasulullah saw. untuk dibangunkan masjid dan tempat kediaman beliau.



10.     Masjidil Haram di Mekah, Arab Saudi  merupakan tempat yang paling suci bagi umat Islam di seluruh dunia. Setiap tahun, berjuta-juta umat akan ke Tanah Suci Mekah untuk menyempurnakan ibadah Haji dan Umrah.




11.  Masjid Al-Aqsa, Palestin  pada awalnya adalah rumah ibadah kecil yang didirikan oleh Umar bin Khattab, tetapi telah diperbaiki dan dibangun kembali oleh khalifah Umayyah Abdul Malik dan diselesaikan oleh putranya Al-Walid pada tahun 705 Masehi.Setelah gempa bumi tahun 746, masjid ini hancur seluruhnya dan dibangun kembali oleh khalifah Abbasiyah Al-Mansur pada tahun 754, dan dikembangkan lagi oleh penggantinya Al-Mahdi pada tahun 780. Gempa berikutnya menghancurkan sebahagian besar Al-Aqsa pada tahun 1033, namun dua tahun kemudian khalifah Fatimiyyah Ali Azh-Zhahir membangun kembali masjid ini yang masih tetap berdiri hingga kini.





12.     Masjid Istiqlal yang terletak di JakartaIndonesia merupakan masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini boleh menampung lebih daripada 100,000 jemaah pada satu masa. Siap pada 1961, Masjid Istiqlal menjadi monumen penting dan simbol kemerdekaan bagi masyarakat Indonesia. Kerana itulah ia dinamakan ”Istiqlal” (merdeka). 





13.  Masjid Sultan Hassan II  ialah sebuah masjid yang terletak di Casablanca, Maghribi. Direka oleh arkitek Perancis, Michel Pinseau dan Bouygues,  masjid ini merupakan masjid yang kedua terbesar di dunia (selepas Masjid al-Haram di Makkah). Menara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m. Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air".



14. Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi, ibu negara Emiriah Arab Bersatu. Masjid ini dinamakan sempena Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan, pengasas dan presiden pertama Emiriah Arab Bersatu yang juga dikebumikan di sana. Masjid ini dibuka dengan rasminya pada bulan Ramadhan 2007.Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" yang berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.

















15.  Masjid Jami Delhi atau Masjid-i Jahān-Numā atau lebih dikenal dalam artikel berbahasa inggris dengan sebutan the Jama Masjid of Delhi adalah masjid Jami di kota Delhi Tua, India.  Disebut Delhi tua karena kawasan ini memang kawasan kota Delhi Tua.  Masjid Jami Delhi merupakan salah satu bangunan fenomenal warisan dari Sultan Shah Jehan, Sultan dari Kesultanan Mughal yang terkenal dengan bangunan wujud cintanya terhadap sang permaisuri di kota Agra, Taj Mahal. Masjid Jami Delhi dibangun tahun 1644 – 1658M. lokasinya berada di kawasan paling sibuk di pusat kota Delhi Tua di kawasan chawri bazaar road, Masjid Jami Delhi merupakan masjid terbesar di India.



16.   Masjid Baitul Mukharam di Dakha, Bangladesh merupakan masjid Nasional Bangladesh, berlokasi di Dhaka, ibukota Bangladesh, didirikan pada tahun 1960. Masjid tersebut berkapasitas 30,000 orang, memberikannya tempat terhormat diantara 10 masjid terbesar di dunia. Namun, masjid tersebut senantiasa penuh sesak. ini khususnya terjadi selama bulan suci Ramadhan, yang mengakibatkan pemerintah Bangladesh menambah perluasan pada masjid sehingga meningkatkan kapasitasnya menjadi hampir 40,000 orang jamaah.




17. Masjid Id Kah adalah masjid yang terletak di Kashgar, Xinjiang, di sebelah barat negara China. Ia merupakan masjid terbesar di China. Setiap hari Jumaat, ia memuatkan hampir 10,000 jemaah. Masjid ini dibina oleh Shakesimirzha pada 1422 (walaupun ia termasuk binaan lebih awal semenjak abad ke-8) dan melitupi kawasan seluas 16,800 meter persegi. Pembinaan masjid ini bermula semenjak 996.




18.   MASJID NEGARA Malaysia terletak di Kuala Lumpur . Dibina antara 1963 dan 27 Ogos 1965 , Masjid Negara merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia . Ia boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.Sekali pandang, menaranya berukuran 245 kaki tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbungnya kelihatan seperti sekaki payung yang kembang.



http://lh6.ggpht.com/_4qHSfCYJVIY/SCP5-neMD_I/AAAAAAAABFg/oNiq-WJyjN0/blue%2520mosque.jpg

19. Masjid Sultan Ahmad adalah  masjid Nasional Turki, dan merupakan masjid bersejarah di Istambul, kota terbesar di Turki dan keKalifahan Ustmaniyah (Ottoman Empire) dari tahun 1453 - 1923 M. Masjid ini lebih terkenal sebagai Masjid Biru kerana marmar (ceramic) biru yang menghiasi dinding dan hiasan dalamannya.




20.    Masjid Al-Fath, juga di kenal sebagai Islamic Center Al-Fath dan Masjid Raya Al Fath, merupakan salah satu dari masjid masjid terbesar di dunia yang mampu menampung lebih dari 7000 orang jamaah. Masjid tersebut merupakan tempat ibadah terbesar di Bahrain. Masjid terletak di jalan raya Raja Faisal di Juffair, sebuah kota kecil yang berlokasi di ibukota Manama. Masjid tersebut sangat dekat dengan Istana Kerajaan Bahrain, tempat tinggal Raja Bahrain Hamad Bin Isa Al Khalifah. Kubah besar yang di bangun di atas masjid Al-Fath terbuat dari fiberglass murni. Beratnya lebih dari 60 ton, dan merupakan kubah fiberglass terbesar di dunia. Masid Al-Fath sekarang termasuk kedalam Perpustakaan Nasional baru yang di buka untuk umum pada tahun 2006. Masjid tersebut dibangun oleh Sheikh Isa Bin Salman Al Khalifa pada tahun 1987. Masjid tersebut berasal dari nama Ahmad Al Fatih, salah seorang penakluk Bahrain.

Tuesday, July 10, 2012

KERANA PENGALAMAN

Dalam mencari lagu...aku terjumpa sebuah lagu yang pernah aku nyanyikan di malam terakhir kat Maktab Perguruan Ipoh. Waktu tu unit P1 mengadakan jamuan. Kami berkumpul di belakang kantin sambil berbual sampai jauh malam sebelum masing2 pulang ke asrama dan esoknya ke kampung........


KU JANGAN DITINGGALKAN


23 CIRI ORANG YANG BENAR2 MENCINTAI ANDA


Dalam kehidupan seharian, pasti anda tidak akan sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri anda merupakan satu petanda bahawa si dia sebenarnya mencintai diri anda dan ramai yang tidak menyedarinya lebih-lebih lagi pada mereka yang telah berkawan sejak dari kecil lagi.

Mungkin si dia tidak ingin anda tahu secara terus daripada mulut si dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan dan mungkin anda tidak sedar dengan perbuatan yang dilakukannya sebenarnya menunjukkan bawaha si dia ingin meluahkan rasa cinta pada diri anda. Berikut merupakan ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai diri anda.

1.      Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada anda sahaja.

2.      Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting anda bahagia dan anda tetap menjadi impiannya.

3.     Orang yang mencintai anda selalu menerima anda apa adanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda merasa berat badan anda sudah bertambah.

4.     Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu tentang apa saja yang anda lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan anda.

5.     Orang yang mencintai anda akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun anda tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6.     Jika anda menyambut hari jadi dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang anda adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7.   Orang yang mencintai anda akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8.   Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai anda.

9.      Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran anda, bahkan mungkin meminjam CD milik anda, kerana dia ingin tahu apa kegemaran anda – kesukaan anda kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan anda, tapi akhirnya dia berjaya.

10.    Kalau kali terakhir kalian bertemu anda mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda, kerana dia bimbangkan tentang anda, peduli tentang anda.

11.   Jika anda mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada anda.

12.   Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat anda itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13.   Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda telah menggegarkan dunianya.

14.   Orang yang mencintai anda selalu ingin berada di dekat anda dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan anda.

15.   Jika suatu saat anda harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar anda waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada anda dan jauh.

16.    Di hatinya dia benar-benar takut kehilangan anda, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?

17.    Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18.    Orang yang mencintai anda sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon anda 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan anda di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan anda.

19.    Orang yang mencintai anda kadang-kadang merindukan anda dan melakukan hal-hal yang membuat anda pening kepala. Namun ketika anda mengatakan tindakannya itu membuat anda terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20.     Jika anda memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun anda mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu anda. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan anda walau sesukar mana permintaan mu.

21.     Kalau anda melihat handphone-nya maka nama anda akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari anda walaupun ia anda kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat anda di tempat khas dan segala pemberian anda menjadi benda-benda berharga buatnya.

21.    Dan jika anda cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan anda, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22.    Jika suatu saat anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu anda kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu anda.

23.    Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa anda memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu anda terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan anda, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada anda? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut jika tidak anda akan menyesal kerana mensia-siakannya.

Tuesday, July 3, 2012

10 CARA BERSENAM DI RUMAH/PEJABAT

1. Apabila anda bangun tidur, luruskan kaki dan duduk perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Lunjurkan badan ke depan sehingga bahagian belakang dan betis terasa tegang. Kemudian baring semula perlahan-lahan. Ulang sehingga 3-4 kali.

2. Semasa anda memberus gigi, cuba berdiri dengan sebelah kaki. Tukar kaki kiri dan kanan.

3. Jika anda memandu, semasa kereta berhenti, genggam stereng kereta dengan kuat selama 10 saat. Ulang 10-15 kali.

4. Di meja pejabat, buat duduk cangkung. Caranya ialah duduk tapi berhenti separuh, kemudian bangun semula perlahan-lahan tanpa menggunakan tangan. Ulang 15-20 kali.

5. Semasa membeli-belah, bawa sedikit beban dalam beg tangan anda contohnya 2 beg gula.

6. Semasa mengisi petrol kereta, berjingkit ke atas dan ke bawah dengan tumit kaki. Buat sehingga selesai mengisi petrol.

7. Sambil anda beratur semasa menunggu teksi atau bas, genggam tangan anda di belakang, rapatkan bahu sambil membuka dada dan mengambil nafas. Tahan nafas 10-20 saat dan hembus perlahan-lahan.

8. Selepas makan malam dan duduk di kerusi, luruskan kaki ke hadapan dan bengkokkan ke atas dan ke bawah. Semasa kaki di atas, tahan selama 5 saat.

9. Jika anda menonton tv, buat senaman ringan seperti bangun tubi semasa iklan disiarkan. Purata tempoh iklan ialah 7-8 minit, buat bangun tubi setiap kali iklan dan anda akan mudah mencapai 100-150 ulangan.

10. Sebelum tidur, duduk ditepi katil dengan kaki rapat. Genggam tangan anda dan luruskan tangan anda ke atas dan luruskan badan sambil mengambil nafas sedalam-dalamnya. Tahan 10-20 saat dan lepaskan nafas perlahan-lahan. Anda akan berasa rileks serta merta.


Sumber

KELEBIHAN KALIMAH BISMILLAH


Bismillah adalah satu kata nama bahasa Arab yang digunakan sebagai nama kolektif keseluruhan frasa Islam berulang “bismillahi-r rahmani-r rahim”. Frasa ini menjadikan rangkap pertama setiap “surah” (atau bab) Qur’an (kecuali untuk surah kesembilan), dan digunakan dalam sejumlah konteks oleh orang Islam.
Sebenarnya terdapat banyak kelebihan-kelebihan yang terdapat pada ungkapan bismillah ini dan mungkin ramai umat Islam mengetahuinya dan mungkin ada juga yang tidak mengetahuinya. Oleh itu, seluruh umat Islam perlulah ungkapkan ungkapan bismillah dalam apa jua yang dilakukan.

Bismillah Miliki Pelbagai Kelebihan
Ayat Bismillah mempunyai pelbagai kelebihan dan keutaman tersendiri. Disebutkan di dalam hadis yang bermaksud :
“Bahawa sesuatu perbuatan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah maka ia akan terputus dari rahmat Allah s.w.t.”
Dalam satu hadis lain juga dinyatakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:
“Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t. memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan.”
 Bismillah mempunyai pelbagai khasiat lain. Antaranya adalah :-
  •     Barang siapa membaca Bismillah dan diikuti dengan lafaz, maka dia akan dihindarkan daripada 70 musibah, kesusahan, penyakit akal dan bebal.
  •     Sesiapa yang mengamalkan membaca Bismillah sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya dia aman dan bebas daripada syaitan, kecurian, maut yang mengejut dan sebarang bencana
  • Apabila di baca sebanyak 19 kali apabila bertemu dengan orang yang berpangkat besar, yang sombong dan garang, InsyaAllah akan menjadi lembut.
  •     Setiap kali bila memasuki rumah bacalah kalimah bismillah itu sekali, insyaAllah diberkati dan mendapat kebahgiaan dalam rumahtangga tersebut.
  •     Apabila dibaca sebanyak 100 kali dan dihembuskan kepada penyakit selama 3 hari berturut-turut, Insyaallah sembuh penyakitnya.
  •     Barang siapa membaca Bismillah ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak akan menjadi orang yang cerdas dan terbuka hatinya sehingga anak-anak yang soleh
  •     Jika didapati seseorang yang sedang pengsan, maka hendaklah dibacakan Bismillah sebanyak 41 kali pada telinganya, insya-Allah, dia akan sedar dan kembali siuman dengan serta merta
  •     Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 313 kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. sebanyak 100 kali pada hari ahad di saat matahari terbit dengan mengadap kiblat.Maka Allah s.w.t. akan menganugerahkan rezeki tanpa diduga sama sekali.
  •     Seseorang yang membaca Bismillah sebanyak 786 kali lalu ditiupkan pada air sebelum diberi minum kepada seseorang yang bebal selama tujuh hari sebelum matahari terbit, maka akan lenyaplah kebebalannya dan insya-Allah dia akan mudah hafal terhadap apa yang didengarnya
  •     Sesiapa yang membaca Bismillah sebanyak 50 kali dihadapan orang zalim atau penguasa yang bengis, maka dia akan segera tunduk atau ketakutan.
  •     Barang siapa menulis Bismillah 101 kali lalu diletakkan di sawahnya, maka insya-Allah sawah itu akan menjadi subur dan terjaga daripada sebarang bencana
  •     Sesiapa yang menpunyai hajat kepada Allah s.w.t maka sebaiknya dia berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat.
  •     Bagi seseorang yang ingin sentiasa dilapangkan dan dipermudahkan rezekinya serta mempunyai keberkatan luar biasa, disegani dan dimuliakan oleh makhluk, maka hendak membaca Bismillah sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalahannya.
  •     Untuk mengubati sesuatu penyakit, boleh diikhtiarkan dengan menulis Bismillah sebanyak 66 kali lalu diberi air diberi minum kepada orang yang berpenyakit dan orang yang terkena cubaan
  •     Untuk mengubati sakit pening pula hendaklah dituliskan lafaz Bismillah sebanyak 21 kali ke atas kertas lalu dikalungkan kepada orang sakit kepala itu.
  • Bagi orang yang mengharap supaya hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t. dia hendaklah membaca Bismillah selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat dalam keadaan suci dari hadas dan najis dan menghadap kiblat sehinggalah matahari terbenam. Kemudian, mohonlah kepada Allah mengenai hajat yang dimintanya, insya-Allah dengan semalam kemurahan dan sifat Rahman dan Rahimnya akan dikabulkan Oleh Allah.
  •     Barang siapa yang menulis lafaz Bismillah sebanyak 50 kali dengan huruf jawi lalu dibawa dan pergi ke depan orang zalim, maka dia kan terhindar daripada sebarang niat jahat itu. Ketika menghadapnya,  hendaklah dia membaca Bismillah sebanyak 50 kali pula.
Banyak sungguh kelebihan ungkapan bismillah ni dan boleh diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Rugilah kita, jika kita tiadak amalkannya.

Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!