1.      Wanita memang susah nak cari keburukan dalam diri lelaki yang dia sayangi.
2.      Bila dia sedang sedih tetapi tiada menitiskan air mata ketahuilah bahawa dia sedang menangis di dalam hatinya.
3.      Bila berlaku salah faham atau pertengkaran dan dia mengucapkan saya tak apa-apa atau dia kata saya okey itu bermakna dia tak okey. Dia cuba menyedapkan hati kamu dan menipu dirinya sendiri demi mencipta perdamaian.
4.      Bila lelaki yang dicintainya merenung mata dia pasti hatinya cair seperti coklat.So sweet!Sumber 
5.      Sekiranya perempuan yang kamu telah tolak cintanya menjauhkan diri, biarkan dia mencari ketenangan. Cuba tegur dia perlahan-lahan jika terus mahu bersahabat dengannya.
6.     Wanita akan mati mood jika lelaki terlalu serius dan tegas.
7.      Jika wanita itu mencipta beribu alasan apabila kamu mengajaknya keluar bersama atau berbual di telefon itu bermakna dia tak berminat dengan kamu.
8.      Jangan sesekali membuat kesimpulan atas apa yang kamu rasa terhadap dirinya. Tolong tanya dia sendiri untuk kepastian.
9.      Ucapan ‘hi’ saja sudah mampu menceriakan hari wanita jika itu dari lelaki yang dia sayang.
10.    Senjata wanita adalah air mata. Bukan dia mahu meraih simpati tetapi hanya untuk melegakan hatinya yang sedih atau marah. Lebih baik dia menangis dari dia bertukar menjadi ‘hulk’ kan?
11.    Wanita sangat suka sesekali insan kesayangan membuat surprise seperti parti kejutan atau bunga, coklat dan sebagainya. Dia merasakan dirinya disayangi dengan setulus hati.
12.    Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang mengambil berat tentang dirinya.
Selamat berkasih sayang…