Friday, November 30, 2012

TERENGGANU LAGI........

4-6 November 2012 ni aku diarahkan ke Terengganu.untuk satu bengkel yang aku masih baru kenal ilmunya....Hmmm terpaksa juga kerana demi tugas...aku harap aku sempat untuk belajar dan mengkaji terlebih dahulu apa yang akan aku sampaikan bila dilantik sebagai fasilitator....Mulanya aku diarahkan untuk memandu ke sana...jauh tu...tapi boss aku tak benarkan....jadi aku intai-intailah tiket kterbang....tapi kena pakai duit sendirilah..... Kali ini aku akan menginap di Sumai Suite Hotel yang ingin aku kunjungi ketika bengkel bersama sektorku pada bulan Oktober lalu.....Ini kali ke empat dalam tahun ni aku ke sana...kali pertama bersama  familiku....kali kedua bersama PUSPANITA KPM.......kali ketiga menguruskan bengkel projek aku...... yang paling best ialah sewaktu bersama PUSPANITA kerana mendapat layanan kelas satu memandangkan rombongan diketuai oleh isteri KPPM....dan kami berpeluang melihat senario dasar laut yang dipenuhi batu karang di Pulau Redang......

Tuesday, November 27, 2012

21 PERKARA YANG MEMBUAT LELAKI MENYENANGI WANITA


Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda

Sunday, November 25, 2012

TIPS PENJAGAAN RAMBUT


 MILIKI RAMBUT PERSIS SEORANG PUTERI  | mengenai isu kecantikan, rambut merupakan antara sisi lain yang boleh dikira merangkumi makna cantik bagi setiap wanita.

tips+penjagaan+rambut
Memiliki rambut yang cantik membuatkan wanita tersebut kelihatan lebih segar, sihat dan memiliki kecantikan yang lebih ayu. Tidak dilupakan juga, jika anda memiliki rambut panjang yang sihat, anda akan kelihatan lebih muda.

Oleh yang demikian, penjagaan rambut amatlah penting. Disini kami ingin kongsikan beberapa tips penjagaan rambut yang diyakini keberkesanannya.

Syampu rambut anda setiap hari. Penggunaan syampu setiap hari tidak akan merosakkan rambut anda. Penggunaan syampu selepas anda pulang daripada kerja dapat membersihkan kulit kepala daripada pengumpulan sebum pada liang rambut.

Gunakan syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Himalaya mempunyai pelbagai jenis syampu sama ada untuk rambut kering, normal mahupun berminyak. anda bebas memilih mana-mana syampu mengikut kesesuaian rambut anda.

Ketika menggunakan syampu, urut kulit kepala perlahan-lahan kerana ia dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit kepala.

Pastikan rambut dibilas dengan bersih selepas bersyampu untuk mengelakkan baki buih sabun terus melekat pada rambut kerana ia boleh merosakkan rambut anda.

Gunakan perapi rambut untuk memastikan rambut sentiasa lembut, segar dan bermaya. Perapi dapat memberikan kelembapan intensif untuk memastikan kelembapan setiap urat rambut adalah seimbang.

Elakkan penggunaan pengering rambut kerana pemberian haba pada rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering.

Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk rambut lebih sihat dan bermaya.

Lakukan senaman setiap hari.

Amalkan diet tinggi kandungan vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Pengambilan mineral seperti zat besi, sulfur dan iodin dapat membantu menguatkan akar rambut.sumber

Saturday, November 24, 2012

6 KEBAIKAN MANDI SEBELUM SUBUH


Menurut kajian sains, kandungan gas ozon pada waktu pagi lebih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting untuk tubuh badan anda. jika anda mandi sebelum waktu subuh, ia bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan anda. antara manfaatnya ialah :

1. Kulit lebih lembut dan halus
pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

2. Melancarkan peredaran darah
jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.

3. Meningkatkan kesuburan
kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.

6. Meningkatkan sel darah putih
mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit...

12 TARIAN CUTI-CUTI 1MALAYSIA 2012

Di bawah ini adalah tarian Cuti-cuti Malaysia:

1. Tarian Overture


2. Tarian Elemen Cina

3. Tarian Elemen Sabah


4.Tarian Elemen India

5. Tarian Elemen Sarawak


6. Tarian Elemen Orang Kita


7. Tarian Elemen  Siam


8. Tarian Elemen Melayu


9. Tarian Cuti-cuti Malaysia


10. Tarian IM4U



11. Tarian Satu Malaysia


12. Tarian tahun Melawat Malaysia


3 CARA MEMUPUK KETABAHAN


Bagaimana seseorang dapat memupuk sifat ketabahan? Bagaimana orang tabah menghadapi segala kemungkinan, sementara orang lain mudah putus asa apabila mengalami masalah.
Berikut adalah 3 cara jitu yang dicadangkan untuk memupuk ketabahan :

1. Fokuslah Pada Hasil Akhir yang Sukses

Apabila anda jatuh tersungkur dan tak seorang pun dari kawan-kawan anda yang dapat dimintai tolong, siapa lagikah yang dapat membantu anda? Jawabannya adalah fikiran anda sendiri.
Ya, fikiranlah satu-satunya yang mampu membuat anda keluar dari lembah kekecewaan. Bukan sahabat, bukan orang tua, dan bukan juga pasangan anda. Mereka semua hanya memberi motivasi tetapi hanya fikiran anda saja yang dapat membantu anda di saat demikian. Jika fikiran tidak ‘melihat’ hasil akhir yang sukses, anda akan kehilangan semangat untuk terus berjuang (bayangan kejayaan di masa depan akan memotivasi, jika tidak anda cenderung putus asa-kalah). Kebanyakan orang apabila gagal maka mereka akan putus asa, bukan saja dari segi luaran tetapi juga dari segi kejiwaan. Di sinilah bahayanya........
Kebanyakan orang membiarkan hasil yang diperoleh sekarang menghantui pemikiran mereka. Misalkan keadaan anda sekarang ‘tidak baik’. Jika menggunakan keadaan ‘tidak baik’ sebagai landasan bagi pemikiran, anda akan menghasilkan ‘kesedaran tidak baik’ dalam fikiran. Jika ‘kesedaran tidak baik’ senantiasa disalurkan dalam pemikiran, ia akan beransur-ansur meresap ke fikiran bawah sedar dan saat itulah anda terperangkap.
Itulah mengapa ada ungkapan, ”kendalikan fikiranmu, kamu dapat berbuat apa saja dengannya.”

2. Kelilingi Diri Anda dengan Hal-hal yang Positif

Memiliki hal-hal positif di sekeliling anda akan sangat membantu anda memupuk ketabahan. Hal-hal positif dapat anda lakukan adalah seperti :
- Berdoa
- Mendengar kaset motivasi
- Memasang gambar/poster positif
- Membaca buku-buku positif
- Menghiasi kamar tidur anda dengan suasana positif
- Bergaul dengan orang-orang positif

3. Jauhkan dari Kekuatiran yang Sebetulnya Tidak Ada

Katakanlah ketika usaha anda gagal. Anda telah kehilangan banyak wang dan berhutang sehingga tidak punya wang untuk membayarnya. Itu suatu masalah besar! Anda juga dirundung masalah lain yang memeningkan, misalnya : apa kata orang lain tentang anda, apa penafsiran mereka, apa kata jiran tetangga, apa kata orang tua, dsb. Semua ini menjadi masalah, atau sekurang-kurangnya itulah yang anda fikirkan.
Jika kita mengkaji lebih dalam, umumnya masalah yang mengganggu sebenarnya tidak ada. Sebenarnya tidak ada yang memikirkan kita. Kebanyakan mereka hanya memikirkan diri sendiri. Kebanyakan orang tidak mempunyai waktu untuk memikirkan kita.
Jadi............... untuk apa kita risau terhadap hal-hal yang tidak mampu kita kendalikan?

Friday, November 16, 2012

SUNYI DAN SEPI

Tiba-tiba aku rasa seperti ingin menulis sesuatu tentang kesunyian pada hari ini. Pagi-pagi lagi dah layan perasaan. Hmmmmmm........

Ok...aku teruskan.... sunyi, sepi, keseorangan, semuanya membawa maksud yang lebih kurang sama. Ianya merupakan satu adunan perasaan yang membuatkan seseorang itu lemah. 

Bila terasa sepi, mulalah satu persatu kenangan menjengah ke minda. Bila kesunyian, rasa terpinggir dan tersisih. Kita tidak boleh lari dari rasa sepi dan sunyi. Manusia tidak lengkap tanpa kedua-kedua perasaan itu. Kadangkala kesunyian dan kesepian mengajar kita menjadi lebih tabah. Tidak kurang juga membuatkan jiwa kita parah. Bergantung pada sejauh mana kita mampu mengawalnya.

Tatkala kesunyian menerpa, ada rindu yang berputik. Apabila kesepian pula mencengkam, ada resah yang terbit. Natijahnya, kesunyian dan kesepian amat merimaskan. Apabila akuditerpa sunyi, aku ingin sekali berada di tepi pantai. Memandang laut yang membiru dan langit yang terbentang luas, kerinduan aku terubat jua. Ketika sepi bertandang pula, aku akan sering melihat bintang di langit. Perasaan aku akan jadi lega serta-merta.

Bergelumang dengan perasaan sunyi dan sepi benar-benar membuatkan hatiku gundah. Entahlah, sukar untuk dimengerti mengapa kita berasa sepi dan sunyi walau ada kawan atau teman di sekeliling. Mungkin.......... semuanya harus kembali semula ke titik permulaan, iaitu iman dan taqwa. Hati ini sepi, mungkin kerana kurangnya amal. Jiwa ini sunyi, mungkin kerana tidak mendekati yang Maha Esa.

Justeru itu, marilah kita timbal semula, renungkan sejenak. Bila diri kesunyian dan kesepian, sejauh manakah kita mengingati Yang Maha Pencipta? 


Thursday, November 15, 2012

PESANAN BUAT SUAMI

-Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah-

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali memban
dingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand jimak sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik di tempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang di dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”



Sunday, November 11, 2012

LATIHAN JURULATIH TCC1M 2012

Hari ini aku menamatkan latihan sebagai jurulatih tari untuk Cuti-cuti 1Malaysia 2012. Dari semalam aku berlatih bersama lebih kurang 100 orang peserta daripada pelbagai organisasi. Hmmmm... dah lama tak menari ni... agak kekok sikit pada mulanya. Lama-lama oklah. Kami dikehendaki berlatih sebanyak 12 jenis tarian dalam masa 2 hari ini. Antaranya joget, tarian Cina, tarian siam, Sewang, tarian Sabah & Sarawak, tarian India, IM4U, 1M, zapin, dan hip hop pun ada. Tu yang buat semput tu...

Latihan ini telah diadakan di Banguna Kementerian Pelancongan Malaysia di Presint 5, Putrajaya bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang....

Apapun seronok dapat keluarkan peluh...lepas ni tugas berat menanti untuk melatih kontijen BTP, KPM bersama Pn Radiah dan En Barney .


















Thursday, November 8, 2012

EL CONDO PASA


I'd rather be a sparrow than a snail.
Yes I would.
If I could,
I surely would.

I'd rather be a hammer than a nail.
Yes I would.
If I only could,
I surely would.

CHORUS
Away, I'd rather sail away
Like a swan that's here and gone
A man gets tied up to the ground
He gives the earth
It's saddest sound,
It's saddest sound.

I'd rather be a forest than a street.
Yes I would.
If I could,
I surely would.

I'd rather feel the earth beneath my feet,
Yes I would.
If I only could,
I surely would.

DIET ATKINS 1 - PENgENALAN


Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut.Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak. Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang

Monday, November 5, 2012

KINI DAH TIBA


Kini dah tiba hari bahgia
Ku rasa nikmat hanya untuk kita
Kanku bawa dinda ke syurga
Bergembira bersama tiap masa

Sudah berlalu derita kalbu
Hanya ku rindu cumbuan darimu
Tak terhingga kasih di jiwa
Pada kanda ku sayang ku puja

Inikah erti cinta
Bersua berpisah merana

Inilah cinta murni 
Akhirnya bertemu bahagia

Sepatah kata sumpah setia
Biarlah hidup mati pun bersama

Kasih dinda tidak berubah

Lupakanlah kenangan yang lama

7 PETUA RUMAH TANGGA KEKAL HARMONI

Buat pengantin baru..........................

1. Jangan Berhenti Dating
Perkara yang haram sebelum nikah kini menjadi halal. Mengapa harus dihentikan? Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan Masalah Kecil
Di awal perkahwinan adalah sesi suai kenal antara pengantin. Menjadi lumrah untuk pengantin baru mengenali sikap pasangan masing-masing. Walaupun sudah bercinta bertahun-tahun, namun perkenalan sebenar bermula selepas perkahwinan. Untuk itu, jangan terlalu emosi ketika menangani masalah-masalah kecil. Kuncinya adalah saling memahami, saling maaf memaafan & saling tolak ansur.

3. Wujudkan Komunikasi Dua Hala
Kebanyakan konflik yang terjadi berpunca dari salah faham. Untuk itu, komunikasi amat penting bagi kedua-dua pihak. Komunikasi bukan sahaja boleh mengatasi konflik tapi juga boleh membuatkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.

4. Menerima Kegagalan
Di awal usia perkahwinan yang masih rapuh, kegagalan biasa terjadi. Namun jangan berputus asa. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada pasangan untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan.
Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu penyelesaian konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dengan pasangan.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik
Dalam tempoh penyesuaian, biasanya pasangan akan membuat kritikan mengenai kekurangan anda. Jangan cepat melenting, sebaiknya jadikan kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk anda mengubah diri agar menjadi lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai
Dalam situasi seburuk mana pun, jangan sesekali mengucapkan kata 'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakat, tetapi juga di sisi Allah. Oleh kerana itu, jangan ambil sikap sambil lewa dengan ikatan yang telah terbina. Mudah berkata 'cerai' akan mengurangkan nilai perkahwinan anda di mata orang lain.

Petua: akuanakpahang


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!