Tuesday, January 17, 2012

BILA BAHU DAN LEHER SAKIT

Dulu-dulukan bila bahu dan leher sakit kita sering mengeluh sesal bila tidurnya tidak puas. Ini semua gara-gara:-
  • Tidur lebih dari satu bantal di kepala. Orang tidur satu bantal yang dia tidur sampai dua biji bantal. Rasanya bantal tu nipis dan tidak empuk kot..... hehehe.
  • Ataupun tidurnya asyik sebelah badan sahaja (mengiring sebelah). Sudah enak tidur belah kanan maka sebelah kanan sahajalah kita tidur. Mengapa kita tidak tidur sekejap landing time belah kira sekejap belah kanan? Bukan ke bahagikan sama bahagian tu bagus hee..Ini mu tidur lagu tu juga sebab tu tangan terkadang hang, bahu sakit-sakit, leher rasa sengal-sengal huhu..
  • Ataupun tidur pada bantal yang isinya di dalamnya kekabu tebal. Memanglah sakit bahu namanya. Begini, bila bantal tidak sama level dengan bahu, tenguk dan kepala maka ia membuatkan posture badan kita rasa tidak selesa dan akan berasa sakit.
  • Menurut kata orang tua,  bantal di atas kepala letaknya di atas kepala bukan di kaki untuk di kepit! Membawa maksud nanti sakit kepala bila tidur pakai bantal itu..
  • Kurang mengamalkan senaman.
  • Terlalu lama duduk menegak apabila mengadap komputer dalam tempoh masa yang agak lama tanpa melakukan senaman  ringkas.
  • Cuba elakkan tidur pada tilam yang lembut atau terlalu nipis. Badan mudah rasa sakit atau sengal-sengal badan.
  • Waktu siang tidak boleh main peluk bantal nanti miang! Tu yang bila bantal dibuat sepak terajang oleh anak buah masa main dalam bilik terus malamnya tak boleh tidur. Malam-malam mengadu sakit bahu huhu..


Cara-cara menangani masalah tersebut mengikut petua ibuku.
  • Ambil bantal-bantal tersebut dan jemur bawah terik matahari kasi hilang debu atau kuman sekiranya bantal itu diperbuat main campak-campak masa dalam bilik hii..
  • Bantal yang telah dijemur ditepuk beberapa kali kemudian berselawat sambil membelasah bantal tersebut pada bahu si pesakit yang tidak boleh tidur.
  • Lakukan geleng kepala kiri dan juga kanan beberapa kali.
  • Tidak sembuh juga dapatkan rawatan yoko-yoko made in Jepun.
  • Tukang urut yang bertauliah untuk betulkan sistem urat anda.

Sunday, January 15, 2012

KITA DAN PUISI


Kita dan puisi ibarat pelangi dengan hujan, mentari dengan bumi, bunga dengan taman dan tidak menutup kemungkinan ibarat makhluk (yang diciptakan) dengan Khalik (yang menciptakan). 

Anda boleh tidak percaya, tapi lembar sejarah telah membuktikan, sastera khususnya puisi terus menjadi keperluan bagi sesiapa saja untuk menyampaikan isi hatinya. 

Dengan puisi baik penulis (penyampai maksud hati) dan pembaca (penerima maksud hati) merasakan keindahan bahasa yang luar biasa secara singkat dan langsung mengetuk hati.

Susunan kata  yang baik dalam puisi mampu mengubah orang yang sedang marah menjadi tersenyum, yang rakus menjadi dermawan, yang sombong menjadi rendah hati dan segala sifat yang buruk mampu berubah nenjadi baik.

Thursday, January 12, 2012

PANDUAN MEMBELI KOMPUTER

Citarasa setiap kita pelbagai. Jadi, saya mengusulkan 7 Pelan Tindakan bagi memenuhi citarasa semua. Ini suatu pelan tindakan yang pasti memudahkan tuan puan membeli komputer.

Pelan 1
Setiap daripada kita ada stail penggunaan komputer yang berbeza-beza. Secara umumnya, stail itu boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu Mini yang Mudah, Gempak yang Canggih dan Mobile yang Sibuk.
Dapatkan penerangan lanjut 3 jenis stail di atas di sini.
Pelan 2 Adakah tuan puan perlukan desktop atau laptop?
Jika sudah tahu yang mana satu pilihan hati, baguslah. Jika belum, mungkin anda boleh tengok sebab2 kenapa orang memilih laptop atau desktop yang saya akan tulis di bawah ini
Kenapa Laptop?
Mobiliti
Antara sebab utama orang membeli laptop. Ia mudah dibawa ke mana2 sahaja. Tak seperti desktop yang agak sukar untuk dipindahkan, kerana komponen2nya yang besar dan banyak. Bayangkan, untuk memindahkan sebuah basic desktop, perkakasan minima yang perlu anda angkat adalah CPU, monitor, keyboard, mouse dan speaker. Itu belum dikira lagi jika kita ada perkakasan tambahan seperti printer, scanner dan lain2 lagi.
Selingan Sebab2 tambahan kenapa orang membeli laptop
Mengikut survey yang saya buat, kenapa memilih laptop atau desktop?, ada 2 sebab yang saya rasa menarik untuk dikongsi bersama :) Menarik sebab saya tak terfikir pula sebab ni..
memilih laptop sebab dia cepat boring buat kerja di tempat yang sama
membeli laptop ketika dia duduk di tingkat 5 rumah flat. Mudah bagi dia untuk bawak naik hehe
Kata Putus Laptop dipilih sebab mudah untuk dibawa ke mana2 TETAPI bergantung juga pada Berat dan Tempoh Ketahanan Bateri
Jika berat sangat, susah juga untuk angkut ke mana2 selalu
Jika bateri cepat sangat habis, laptop tidak boleh dibuka juga  (melainkan anda pasang laptop di tempat yang ada punca elektrik)
Kenapa pula Desktop?
Tahan lasak
Bukanlah saya bermaksud jika anda ketuk komputer anda dengan tukul, ia takkan rosak. Apa yang saya maksudkan, komputer anda elok dan tidak tersangkut2* untuk kerja2 yang melibatkan penggunaan kapasiti RAM atau Processor yang banyak seperti editing gambar, animasi dan juga bermain game berkuasa tinggi.
*bergantung pada spesifikasi komputer
Pendek kata, desktop sesuai untuk mereka2 yang terlibat dengan kerja2 di atas. Selalunya pun, golongan ini akan buka komputer mereka seharian (ada juga sampai seminggu, tapi ini tak berapa digalakkanlah). Kerja2 multitasking juga mudah dilakukan jika menggunakan desktop.
Sebaliknya pula dengan laptop, kita mesti berlemah lembut dengannya, seperti rehatkan laptop selepas gunakkannya 3 ke 4 jam  Kekerapan laptop untuk hang lebih tinggi jika digunakan untuk kerja2 seperti di atas.
Mudah upgrade, Mudah dibaiki
Antara sebab lain, kenapa orang lebih tertarik untuk membeli desktop adalah mudahnya untuk upgrade komponen2 dalam desktop pada masa depan. Mungkin selepas 2, 3 tahun desktop itu digunakan, anda mahu menambah kapasiti harddisk, ataupun menambah kapasiti RAM.
Selain mudah untuk upgrade, desktop juga lebih mudah dibaiki berbanding laptop, kerana komponen2 desktop antaranya motherboard, RAM atau harddisk senang dicabut dan dipasang semula pada komputer. Harga untuk membaiki sebuah desktop juga lebih murah kalau nak dibandingkan dengan harga membaiki sebuah laptop.
Harga
Dengan spesifikasi komputer yang sama, harga desktop akan jauh lebih murah berbanding laptop. Katakan anda mahu membeli sebuah komputer untuk tujuan bermain game, jadi anda perlukan komputer yang mempunyai grafik kad yang canggih, dan juga RAM dan Processor yang berkuasa tinggi.
Untuk tujuan gaming, harga sebuah laptop akan berada antara RM4000 ke RM10,000. Mahal bukan? Namun jika anda beralih ke desktop, tak mustahil untuk mendapat harga serendah RM2500*.
*untuk desktop yang dipasang sendiri
Selingan Sebab tambahan kenapa orang memilih desktop untuk saya kongsi bersama anda
Desktop kurang menarik minat pencuri berbanding laptop :D
Kata Putus orang membeli desktop kerana Tahan Lasak, Mudah Upgrade dan Mudah Dibaiki, dan Harga.
Jadi, sebelum memilih desktop atau laptop, pertimbangkanlah sebab yang paling utama buat anda, kerana desktop atau laptop masing2 ada keburukan dan kebaikannya.
Pelan 3 Tuan puan ingin membeli laptop atau netbook?
Abaikan pelan 3 ini jika tuan puan memilih desktop.
Netbook
Pernah dengar tentang netbook? Tuan puan boleh pertimbangkan untuk membeli netbook jika pentingkan mobiliti. Netbook adalah laptop versi mini yang sangat bergantung kepada Internet.
Lihat perbezaan netbook dan laptop (atau notebook) di sini.
Apa beza Netbook dan Notebook?
Notebook (Laptop)
Atau
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiOmzXUWsxQ8klaBcrdODmHrMFOyv6vVIqYcXo52m5m1bi2OLvNHmkoxtPCY2nEpg0s801mpslz076lJX9iXpQQ9jx3E8xvJTZ-CQtNgU369x5nlIYIMVGHxbkzhkyjvbXh146RoWM3_Fw/s1600/Samsung+NF310%252C+images%252C+pictures%252C+stills%252C+photo%252C+netbook+%25281%2529.jpg
Netbook
Kebaikan Netbook
Yang nyatanya, Netbook bersaiz lebih kecil dan ringan daripada Notebook. Walaupun begitu, ia tetap tidak sama seperti Notebook kerana Netbook disasarkan kepada pengguna komputer yang sering (atau wajib) melayari Internet dan menghantar emel tidak kira tempat dan masa (macam IM contohnya?)
Mungkin ada yang terfikir Lebih baik beli Netbook dari Notebook kalau begitu. Ringan dan murah pula. Saya pun hari-hari surf Internet selepas membaca kata-kata kempen saya di atas.
Kekurangan Netbook
Namun, anda perlu tahu yang ada komponen dalam Notebook telah ditiadakan dalam Netbook antaranya CD/DVD drive. Prestasi Netbook juga tidak boleh dibandingkan dengan Notebook kerana ia menggunakan komponen yang berbeza. Kalau tidak kenapa Netbook setakat ini hanya boleh menggunakan Win XP, bukan Win Vista? ;)
Ada pula agaknya yang terfikir Beli Notebook lah kalau begitu selepas membaca kekurangan Netbook yang saya baru tulis sebentar tadi.
Bukan begitu
Hakikatnya, Netbook atau Notebook (atau Desktop), semuanya direka berdasarkan keperluan dan golongan sasaran yang berbeza. Jadi, apa yang penting, tetapkanlah keperluan anda terlebih dahulu
Pelan 4 Tetapkan kriteria atau fokus utama pembelian
Berdasarkan pelan tindakan 1 sehingga 4, tetapkan kriteria yang diinginkan. Bahagikan kriteria mengikut keutamaan seperti utama dan bukan utama. Boleh juga mengikut stail penggunaan komputer seperti yang telah saya buat untuk jadual di bawah.
Fokus utama yang ditulis hanya sebagai panduan. Masih boleh diubahsuai mengikut keperluan. Contohnya, Mia Sara seorang Mini, tetapi suka bermain Tomb Raider sekali sekala, maka Mia Sara harus masukkan kad grafik sebagai salah satu fokus utama.
Perlu diingat apabila semakin banyak komponen atau kriteria yang menjadi fokus utama, semakin mahal sesebuah komputer :) Oleh itu, seimbangkan mana yang perlu dan mana yang tidak.
Pelan 5 Tahu apa yang ada di pasaran
Mulakan survey di pasaran mengikut apa yang telah diputuskan dalam Pelan 2 (atau 3). Jika berminat dengan desktop, tumpukan carian pada desktop. Untuk lebih mudah, mulakan survey di Internet. Seperti di forum lowyat.net, ada bahagian khas untuk harga komputer. Kumpulkan pakej komputer yang telah dicari, terutama spesifikasi dan harganya.
Pelan 6 Senarai pendek spesifikasi komputer mengikut kriteria
Untuk melakukan pelan ini, amat penting memahami spesifikasi komputer. Jadi, download handbook Siri WK bagaimana memahami spesifikasi komputer. Setelah itu, senarai pendek pakej komputer yang ada mengikut kriteria yang ditetapkan dalam pelan 4 tadi. Cukup dengan 2 ke 3 pakej sahaja sebagai asas untuk mula membeli di kedai.
Pelan 7 Mula membeli di kedai!
Carilah kedai yang diyakini reputasinya. Paling mudah, pastikan kedai itu wujud dan mudah dicari. Andai ingin membeli komputer di tapak pameran, pastikan alamat kedai yang diberi wujud. Jika tidak, berputih mata sahajalah ketika ingin menuntut waranti.
Di kedai, mulakan dengan mencari pakej komputer yang seakan-akan sama dengan yang telah senarai pendekkan tadi. Kemudian, jika mahu, cuba tawar-menawar dengan pekedai. Tambah apa yang diiinginkan seperti menambah RAM, upgrade Windows, atau minta aksesori tambahan (seorang rakan saya suka lakukannya  )
Jika kapasiti harddisk besar, boleh minta juga pada mereka untuk buatkan partition siap-siap. Oh ya, walaupun harga pasti bertambah jika menambah RAM atau upgrade Windows, tetapi ia lebih murah daripada membeli berasingan.
Pendek kata, gunakan skil tawar menawar tuan puan mengikut kreativiti
Admin BHO: Artikel kredit diambil dari blog http://waidakmy.com
Ref:
3- pic dari techbolts.blogspot.com

Tuesday, January 10, 2012

KENANGAN DI PANTAI PUNGGUR, JOHOR



















BAYARAN GAJI PENJAWAT AWAM JANUARI 2012


Berita Terkini mengenai Saraan Baru Perkhidmatan Awam

KUALA LUMPUR (bernama) – Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.
“Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012,” katanya.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.


komen saya : saya masih rasakan penjawat awam adalah golongan paling untung di Malaysia. Terbela walaupun ada segelintir pihak cakap mereka ditindas. Ala biase la, mana ada sistem yang perfect di dunia ini. Tapi apa yang nampak obvios ketidak adilan tu, kerajaan patut ambil inisiatif untuk memperbetul kan balik la.
So mengikut tafsiran saya, mereka akan dapat gaji sebanyak 2 kali bulan ini. 16 Januari mengikut sistem lama SSM dan 31 Januari SBPA. Sekarang ni kerajaan masih hold lagi SBPA ni sehinggalah 15 Januari ini. Jadi kita tengok la kesudahan kisah SBPA di Malaysia ni.

Sunday, January 8, 2012

PENGALAMAN YANG MENGERIKAN KETIKA NAIK BAS



Pengalaman 1- Bas Mini

Lebih dua puluh tahun yang lalu...Semasa mula tinggal kat Kl,... nak bergerak kena naik bas mini. Bayar aje 50 sen..naiklah dan turunlah kat mana2 pun.Tak pernah aku merasa naik bas mini yg kosong dan tak ramai orang. Selalunya memang penuh sesak macam tin sardin. Melimpah dengan manusia sampai ke tangga bas. Driver ni main kutip aje orang dan sumbat. Nak tak nak kena naik juga kalau tidak...lambatlah. Keadaaan bas yang kecil membuatkan penumpang dihayun ke kiri dan kanan dan kalau tak betul2 pegang parah jadinya.Semasa dalam bas nilah yg buatkan aku paling tak suka...ada kalangan kaum lelaki ni yang ambil kesempatan bergesel dam menyentuh aku. Yang paling parah pada suatu hari tu bila driver brek aje ...ada seorang lelaki secara spontan memeluk dan hampir mencium aku...Eeee menyampahnya aku....Perasaan marahku meluap2 ketika tu....dengan selamba dia ucap sorry...tak sengaja.... dan dia terus turun...Sejak peristiwa itu...aku tidak lagi naik bas mini tanpa ayahanda bersama...Aku lebih rela jalan kaki atau dihantar oleh ayahanda dengan motorsikal.

Pengalaman 2 - Bas ekpress

Peristiwa ini berlaku pada tahun 90an sewaktu  aku berulang alik dari KL ke Ipoh setiap hujung minggu. Masa ni belum ada kerusi single. Suatu hari aku naik bas kat Puduraya. Bas penuh hari tu. Aku memang suka duduk dekat cermin...seronok tengok pemandangan kat luar. Aku naik awal...Tiba2 datang seorang lelaki bangsa asing duduk di sebelahku....Dia menyapa aku,,,aku hanya senyum aje. ...Bas pun mula bergerak..Dia ajak aku berbual namun aku diam aje....tak berminat....aku harap dia faham..Hampir setengah jam berlalu...lelaki sebelah aku tu dah terlena..Tapi yang membuatkan aku marah ialah ...badannya menghimpit aku dan kepalanya terlentok di bahuku...Aku tolak dengan kasar...dia terkejut dan minta maaf. Aku ingat habis setakat tu aje....tapi bila aku terlena...aku terasa ada tangan yang meramas tanganku...Aku memang betul2 marah...aku bagitau dia aku akan menjerit kalau dia buat lagi..Aku memang tak tidur dah lepas tu....Sampai di pertengahan jalan...sewaktu bas berhenti untuk rehat.....aku terus maklumkan perkara ini pada driver bas....Alhamdulillah ...aku ditukarkan tempat duduk di hadapan ...bersama seorang wanita di sebelahku...dan meneruskan perjalananku ke Ipoh dengan tenang...Sejak itu aku menumpang kereta kawanku yang tinggal di Seremban setiap minggu untuk berulang-alik. Kalau tidakpun aku akan minta kawanku dari Pahang balik bersamaku. Walaupun kedua2 kawanku itu lelaki juga.namun aku rasa selamat...Aku takut naik bas bersendirian lagi........

Friday, January 6, 2012

KAU SELALU DI HATIKU



Penyanyi asal: Ernie Djohan

Kau selalu di hatiku
Terpaut di dalam sukma
Tiada ku bimbang tiada ku ragu
Akan setia janjimu

Bersemi di dalam kalbu
Penawar hati nan lara
Padamu bintang, padamu bulan
Saksi yang abadi

Sambutlah tanganku ini
Belailah dengan mesra
Kasihku hanya untukmu
Hingga akhir nanti

Kau selalu di hatiku
Bersemi di dalam kalbu
Dari semula hingga akhirnya

Kasih ku serahkan
Sambutlah tanganku ini
Belailah dengan mesra
Kasihku hanya untukmu
Hingga akhir nanti

Kau selalu di hatiku
Bersemi di dalam kalbu
Dari semula hingga akhirnya
Kasih ku serahkan

Wednesday, January 4, 2012

HARI PERTAMAKU DI SEKOLAH

Hari ini aku memakai baju warna biru sedondon dengan tudung ....memulakan langkahku ke sekolah seawal jam 6:10 pagi berseorangan kerana ayahanda dan angah cuti lagi. Aku tiba di sekolah hampir jam 7:00 pagi. Kulihat dah banyak kereta ibu bapa di sepanjang jalan ke sekolah.Seolah-olah macam ada majlis keramaian.

Aku terus melangkah ke pejabat. Aku tercari-cari kad aku. Tulah padahnya semalam tak dapat datang
mesyuarat. Aku tak tahu nombor punch card. Rakan2 guru yang lain datang terus punch. Aku dah hampir 5 minit kat situ masih tercari2. Rupa2nya nombor telah ditukar...dapatlah aku punch juga akhirnya.

Aku terus ke bilik GPK 1 membincangkan tentang perhimpunan yang akan diadakan pada pagi ini. Setelah semua maklumat diperolehi, aku terus ke dewan menguruskan murid2.

Ibubapa pun sama naik dengan anak dia orang. Penuh juga dalam dewan. Aku terus capai mic dan mengarahkan ibubapa  agar segera beredar ke kantin. Perhimpunan berjalan lancar.

Selesai perhimpunan, aku menguruskan pula murid tahun enam. Selesai taklimat, aku pun beredar dari dewan melalui tepi pentas. Bab inilah yg paling menyedihkan aku...Baju aku tersangkut pada paku dan terkoyak. Aku amat sayang baju ni dan harganya pun boleh tahan jugak. Frust pagi2 lagi.

Aku naik ke atas menyelesaikan plan strategik dan menguruskan fail. Selepas rehat, aku masuk ke kelas...Hari ini aku mula mengajar BM setelah lebih dari 20 tahun aku tak mengajar subjek ini. Kalau sekolah lain, aku rasa senang nak mengajar..tapi sekolah aku ni memang mencabar. Mudah lagi ajar BI, MT dan SN. Sekolah elitlah katakan. Tak faham BM. Terpaksa translate pulak dlm BI. Walaupun majoritinya anak Melayu. Arahan2 mudah pun susah diaorang nak faham.






Monday, January 2, 2012

HARAPAN DI HARI LAHIRKU


Aku bersyukur padaMu ya Allah kerana masih mengizinkan aku untuk terus merasai nikmatMu di dunia ini.  Ampunkanlah dosa-dosaku ya Allah. Berkatilah hidupku. Janganlah engkau biarkan aku sesat di dunia ini ya Allah. Jadikanlah hari-hari yang mendatang lebih baik daripada hari semalam. Aku amat bersyukur kepadaMu kerana aku dijauhkan daripada pelbagai penyakit yang berbahaya.

Di hari jadiku  ini, aku merasa sedih dan juga bahagia. Aku sedih kerana dengan bertambahnya usiaku berkurang juga umurku dan contract untuk tinggal di Bumi Allah tidak akan lama lagi. Semoga dipanjangkan umurku dalam kebaikan. Semoga murah rezekiku lagi diberkati. Semoga detik-detik waktu yang mendatang adalah kebahagiaan yang tak hilang. Semoga dengan bertambah usiaku akan bertambah imanku. Aku sedih kerana dengan usiaku yang sekarang ini aku belum dapat meraih apa yang aku cita-citakan.

Aku juga merasa bahagia, aku hanya mampu berharap dengan bertambahnya usiaku bertambah juga kematanganku, aku juga merasa bahagia kerana selama ini masih ada yang memperhatikan aku, memberi dorongan dan sokongan untukku agar selangkah lebih maju. Dan yang tak akan dilupakan ialah doa dan ucapan selamat ulang tahun dari kawan-kawan terutama daripada suamiku, terima kasih sahabat atas semuanya, semoga kita dapat menjadi seperti apa yang kita cita-citakan dan impikan. Insya Allah, ameen.........

Sunday, January 1, 2012

TEATER SEMERAH PADI

Kuabadikan kenangan ketika menonton Teater Semerah Padi di Istana Budaya baru2 ni...
Pada malam ini teater turut ditonton oleh TYT Pulau Pinang yang suatu ketika dulu merupakan seorang guru sekolahku. Beliau juga pernah mengajar kakak2ku...Kami dapat tempat VIP dan dapatlah tengok dengan jelas setiap sudut lakonan Fauzi Marzuki, K Rahman, Elly, Opie, Azizah Mahzan dan Baharuddin Hj Omar.Walaupun ceritanya diolah semula...dan tidak 100% sama dengan filem Allahyarham P.Ramlee, namun agak menarik dan menghiburkan...Aku amat teruja mendengar suara K Rahman. Begitu sedap sekali ketika dia azan dan menyanyi...















Ulasan Pemberita:

Teater yang diadaptasi daripada karya seniman agung Allahyarham Tan Sri P.Ramlee mengisahkan tentang keteguhan seorang penghulu, Tok Merah (Datuk Baharuddin Omar), dalam menegakkan undang-undang Islam, adab dan budaya di sebuah kampung kecil bernama Se-Merah Padi.

Tok Merah sentiasa berpegang teguh kepada ajaran Islam bersama dua pendekarnya, Aduka (Khir Rahman) dan Taruna (Fauzi Nawawi) yang bersahabat baik.
Dara (Jue Aziz), satu-satunya anak gadis Tok Merah telah ditunangkan atas persetujuan bersama. Namun tanpa diketahui semua, Dara diam-diam mencintai Aduka.

Beberapa hari selepas majlis pertunangan, Se-Merah Padi diserang lanun yang diketuai Borek kerana dendamnya terhadap Tok Merah yang telah menjatuhkan hukuman sula terhadap kakandanya, Jejaka, yang melakukan hubungan zina dengan Mukah.

Pementasan ini cukup bagus daripada segi alatan pentas (props) dan pemilihan pelakonnya.
Menarik untuk ditonton, cuma jalan penceritaannya agak panjang membuatkan penonton berasa keletihan untuk menunggu plot seterusnya.

Lakonan Khir Rahman turut menarik perhatian penonton lebih-lebih lagi ketika pelakon itu melaungkan azan di samping nyanyiannya yang merdu.

Menurut pengarahnya, Rosdeen Suboh, dia gembira, walaupun terdapat sedikit masalah daripada segi props yang tidak mencukupi, teater tersebut masih lagi dijalankan dengan jayanya.

TANDA2 LELAKI SUKAKAN WANITA ITU

Pernahkah anda merasai perasaan ini, anda meminati seseorang dalam diam. Hati anda ingin mendekatinya namun malu. Asal dapat memandang dari jauh sudah memadai. Tentu ada di kalangan kita pernah merasai perasaan ini tetapi bagaimana pula pihak satu lagi, adakah dia juga meminati anda? Cuba lihat artikel di bawah.

1. Memerhati Dalam Diam
Perasaan untuk mengenali seseorang sudah pasti wujud dalam diri lelaki mahu pun wanita. Kadang-kala perasaan ini datang dan pergi dengan sendirinya. Kebiasaannya, hal memerhatikan di dalam diam ini membawa kepada dua perkara, dia berani atau tidak menegur anda dan adakah hubungan ini dapat diteruskan atau tidak. Semuanya bergantung kepada keberaniannya.

2. Mula Menegur
Ini adalah langkah pertama dalam perkenalan bila seseorang itu berani menegur. Mungkin tegurannya nampak remeh dan anda berasa sedikit pelik, tetapi itulah cubaan untuk mengenali. Bagi anda yang diminati, anda mungkin boleh menjawab pertanyaannya dengan bersahaja, berbual dengan teruja dan sebagainya bergantung kepada sejauh mana anda mahu mengenalinya. Namun awas, jangan sesekali berkasar jika dia bertanya dengan lembut kerana menyakiti hati seseorang bermakna anda cuba mencari musuh dengannya. Kadang-kala bila hati sakit, macam-macam boleh terjadi.



3. Sentiasa Ingin Dekat
Biasanya, bila kita meminati seseorang, kita akan sentiasa cuba mendekatinya malah ada yang berani mengekori ke mana saja kita pergi. Perasaan ini sebenarnya normal kerana mahu memastikan orang yang diminatinya berada dalam keadaan selamat. Bagi anda pula, janganlah berasa pelik jika didekati atau diekori dalam diam. Namun dalam masa yang sama, anda harus berwaspada kerana kita tidak mengetahui niat seseorang. Adalah lebih baik anda berhati-hati dalam menangani hal ini.

4. Mengajak Keluar
Ini adalah langkah seterusnya bila anda meminati seseorang. Selain sikap ingin tahu yang mendalam, anda juga tentu mahu mengenalinya dengan lebih rapat. Tentu saja anda mahu mengajaknya keluar sambil bertukar-tukar cerita. Di sini anda perlu lebih berhati-hati. Bermacam-macam perkara buruk boleh berlaku apatah lagi si dia baru dikenali. Sebaiknya jika ingin keluar ambil pendekatan keluar ke tempat ramai orang dan jangan sesekali bersetuju mengikutnya balik ke rumah.

5. Sering Menelefon
Lumrah hati, apabila kita menyenangi seseorang biasanya kita ingin terus dekat kepadanya. Lantaran itu kita akan berusaha mendapatkan nombor telefonnya dan mahu berbual dengannya. Bila hati sudah suka, apa pun sanggup dilalui termasuklah bil telefon yang melambung tinggi.

6. Memilih Untuk Berkahwin
Tidak semua perkenalan diakhiri dengan perkahwinan jika anda tidak serius tentang hubungan ini. Ada sesetengahnya menyukai seseorang itu hanya sebagai kawan sahaja dan ada yang serius hingga ke jinjang pelamin. Bagi anda, pilihan itu ada di tangan sendiri. Jika betul dia jodoh, terimalah atau jika tidak, bersedia jugalah menerimanya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!