Thursday, January 31, 2013

KERJA .....TAK SELESAI

Hari ini aku ingin berbicara tentang kerja yang tak pernah habis.....pagi-pagi lagi aku sampai ofis....macam biasalah aku antara yang pertama hadir....membuka kunci ofis dan terus ke bilikku...duduk aje terus on pc....banyak pula kertas cadangan yang perlu aku siapkan...nak pecah kepala juga bila bab gunakan otak ni....nak suruh pegawai bawah aku pun...dia memang mengaku tak boleh buat.....nak tak nak aku buat jugalah.....tengah menaip...lapar pulak...terus aje ke cafe....isi perut dulu....balik...mengadap pula....hmmmm....panggilan telefon pula dari pentadbiran ....2 kertas cadangan yang awal dah di ttangan big boss....minta aku naik ambil....nak keluar bilik datang pula staf telekom nak pindahkan telefon aku...maka tunggu dululah....dalam masa menunggu...mata ni tak puas hati pulak tengok rak tv...macam tak kemas je....ajak rakan sepejabat dan cleaner ubah dan ambil rak yang lebih elok di stor....nak angkat berat aku tak boleh....maka asyik beri arahan jelah....alhamdulillah....bila selesai...cantik dan kemas....i like....rak yang kurang kemas...aku masukkan ke dalam surau....dapatlah jadi pengadang sikit....masa dah menganjak ke tengah hari.....pakej ke Pangkor belum siap lagi.....dapat pula emel dari boss....minta aku siapkan lagi satu kertas cadangan.....bab ni aku tak pernah buat....walaupun ada yang lama...tapi nak memahamkannya amat pening....aku cuba minta bantuan desk officer tahun lepas.....bengang juga bila jawapan tak tahu diberikan....senangnya....tak apalah ...aku cubalah sebaik mungkin....jam 4:30 ptg aku masih lagi terkial-kial di depan pc....tak boleh jadi ni...kejap lagi ayahanda sampai...ah...kerja memang tak pernah habis....aku terus offkan pc dan kunci bilik...turun aje...ayahanda dah ada kat bawah...kepala aku sakit betul memikirkan kerja yang tak dapat diselesaikan............

Friday, January 25, 2013

BILA REZEKI ITU BERKAT....



Hari ini aku ingin kongsi intipati ceramah yang aku dengar di surau berdekatan rumahku baru-baru ini...semoga Allah swt memberikan aku hidayahnya.....
..................Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". 


Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama  Sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama Sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.



Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). 
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).
Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan.
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. 

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

50 LANGKAH BESTARI BUAT SUAMI MITHALI....

 
1...... Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 
2..... Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 
3.....Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 
4..... Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 
5..... Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
 6..... Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 
7..... Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 
8..... Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 
9..... Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 
10..... Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. 
12..... Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 
13..... Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil? 
14..... Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin. 
15..... Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 
16..... Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. 
17..... Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 
19..... Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? 
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 
21..... Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 
22..... Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 
24..... Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 
25..... Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 
26..... Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 
27..... Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 
28..... Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 
29..... Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 
30..... Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 
31..... Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 
32..... Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 
34..... Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ? 
35..... Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 
37..... Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 
38..... Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 
39..... Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 
40..... Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 
41..... Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 
42..... Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 
43..... Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 
44..... Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 
45..... Suami wajar belajar jadi pengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 
46..... Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 
47..... Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 
48..... Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 
50..... Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang. 
Wallahu a’lam

(Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

RINDU....





                          Rindu itu adalah
                                Anugerah dari Allah
                                Insan yang berhati nurani
                                Punyai rasa rindu

                       Rindu pada kedamaian
                       Rindu pada ketenangan
                       Rindukan kesejahteraan
                       Dan juga kebahgiaan

                                 Orang-orang bertaqwa
                                 Rindu akan kebenaran
                                 Kejujuran dan keikhlasan
                                 Keredhaan Tuhannya

                       Orang mukmin merindukan
                       Anak-anak yang soleh
                       Isteri-isteri yang solehah
                       Keluarga bahagia

                                 Rindu itu adalah
                                 Anugerah dari Allah
                                 Insan yang berhati nurani
                                 Punyai rasa rindu
                       Rindu pada kedamaian
                       Rindu pada ketenangan
                       Rindukan kesejahteraan
                       Dan juga kebahgiaan

                                 Para pencinta kebenaran
                                 Rindukan suasana
                                 Masyarakat yang terjalin
                                 Aman dan sejahtera
                       
                       Merindukan tertegaknya
                       Kalimah Allah di muka bumi
                       Dan dalam merindukan
                       Keampunan Tuhannya

                                 Rindu pada kedamaian
                                 Rindu pada ketenangan
                                 Rindukan kesejahteraan
                                 Dan juga kebahgiaan
                       
                        Dan seluruh umat itu
                       Merindukan cahaya
                       Yang menyinari kehidupan
                       Rindu kepada Tuhan ......3x




Wednesday, January 23, 2013

10 CARA MENDAPATKAN KETENANGAN...


BERBAGAI cara dan bentuk usaha manusia dalam mencari ketenangan jiwa. Ada antara mereka yang mencari ketenangan jiwa itu dengan melancong, makan angin, bersukan, merekaseni melukis dan sebagainya.

Ada pula sebilangan orang mendapat kelapangan hati dan terhibur dengan cara bergaul dengan manusia, berinteraksi sesama mereka serta melihat keindahan alam. Ada juga yang mencari ketenangan jiwa itu dengan beribadat seperti membaca Al-Qur‘an, berzikir, bersembahyang dan sebagainya.

Tanpa ketenangan jiwa manusia akan menghadapi banyak risiko bahkan ia akan mendatangkan penyakit jiwa seperti rungsing, resah gelisah dan yang lebih parah lagi kemungkinan besar boleh menyebabkan seseorang itu tidak dapat membuat pertimbangan.

Dalam mencari ketenangan jiwa seseorang itu hendaklah berpandukan syarak supaya ia jangan terbabas. Ketenangan jika dengan melalui permainan, bersuka ria, dengan lagu-lagu, muzik, tari menari, berpesta karaoke atau seumpamanya hanyalah bersifat sementara, bahkan akibatnya akan bertambah-tambah parah. Hanya masa sahaja yang akan menentukannya.


Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.


1. MEMBACA DAN MENDENGARKAN AL-QURAN


Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.

2. MENYAYANGI ORANG MISKIN


Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

3. MELIHAT ORANG YANG DI BAWAH...JANGAN LIHAT KE ATAS


Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.

4. MENJAGA SILATURRAHIM


Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.

5. BANYAK MENGUCAPKAN “La hawla wa la quwwata illa billah“


Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.


6. MENGATAKAN YANG HAQ (BENAR) SEKALIPUN PAHIT


Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.


7. TIDAK AMBIL PEDULI TERHADAP CELAAN ORANG LAIN ASALKAN YANG KITA LAKUKAN BENAR KERANA ALLAH


Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.


8. TIDAK MEMINTA KEPADA ORANG LAIN


“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.


9. MENJAUHI HUTANG


Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”


10. SELALU BERFIKIRAN POSITIF


Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Monday, January 21, 2013

8 PETUA BEKERJA.....


Jom kita menghayati pesanan Dr Fadzilah Kamsah ini sebagai renungan diri saya sendiri & anda semua “Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria. Ada datang dengan perasaan“biasa” dan ada datang dengan perasaan serba tak kena.”

Ingatlah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan “biasa”saja, Maka hasilnya juga adalah “biasa” saja. Manakala sesiapa yang datang dengan ceria, maka hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

Justeru, bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita.

Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan dari ALLAH. Amin.
Mari kita renung-renungkan perkara ini ;
  1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab ‘DATANG BEKERJA’ saja, tetapi malangnya, hasil yang dapat, macam kita ‘ TAK DATANG’ kerja langsung.
  2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, tapi rupa-rupanya kita jer yang buat ‘KELAM KABUT’.
  3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.
  4. Adakala kita rasa kita OPEN MINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita PERASAN BAGUS.
  5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya suka MENGKRITIK yang buat kecoh tak tentu pasal.
  6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita hanya nak MENGADA-NGADA .
  7. Adakala kita suka bertanya ‘KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE’, tapi adalah lebih baik kita tanya diri sendiri ‘APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?’
  8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,selagi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja), kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari anggapan kita itu sendiri.
Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA , maka lakukanlah segera…tapi manusia tetap manusia..
Sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik… adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik? 


Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita dan tingkat kerjasama dalam kerja, Tak rugi kita semai rasa ‘kekeluargaan’ dalam tugasan … kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat.. kita withdraw kat akhirat nanti… tapi kalau kita asyik dengki mendengki…Nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..saper suruh.

Renung-renungkanlah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita, nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya Mengkritik tidak bererti menentang. Menyetujui tidak semestinya menyokong. Menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik.”

SUMBER

Sunday, January 20, 2013

AKSI KUCING

Terhibur melihat telatah kucing-kucing Angah bila Ayahanda buatkan rumah untuk mereka.
















Friday, January 18, 2013

TUTORIAL UNTUK BLOGSPOT........

sAYA KONGSIKAN  TOTURIAL INI YANG SAYA PEROLEHI DARIPADA BLOG INI : KLIK

SEMOGA DAPAT MEMBANTU...........

TUTORIAL BLOG

  1. Permulaan : Daftar Akaun Blogspot
  2. Post Entri Dalam Blog
  3. Upload gambar dalam blog
  4. Upload video dalam blog
  5. Letak video dari Youtube dalam blog
  6. Letak kod HTML/javascript dalam blog
  7. Setting asas untuk blog
  8. Cara backup template blog
  9. Website untuk download template blog
  10. Cara tukar template blog
  11. Buka link baru apabila klik gambar
  12. Ketahui komen pada entri melalui email
  13. Tutorial Link warna-warni (rainbow link)
  14. Buat gambar bergerak (scrolling image)
  15. Letak iklan nuffnang statik
  16. Image magnify
  17. Disable right click
  18. Letak background dalam entri
  19. Letak icon pada URL blog
  20. Daftar dan letak shoutmix pada blog
  21. Read more dalam blog : Cara 1
  22. Read more dalam blog : Cara 2
  23. Letak Signature Dalam Blog
  24. Letak website lain dalam blog
  25. Daftar dan letak linkwithin
  26. Tukar ayat asal linkwithin
  27. Ketahui bilangan pengunjung online
  28. Ubah lebar ruangan komen
  29. Dropdown menu dalam blog
  30. Letak website lain dalam entri
  31. Tukar warna background blockquote
  32. Background bergambar pada blockquote
  33. Letak gambar sebelah tajuk entri
  34. Letak tajuk entri pada readmore
  35. Perkataan bergerak (scrolling/marquee text)
  36. Letak salji dalam blog
  37. Ruangan komen bawah entri
  38. Video player kepada mp3 player
  39. Cara dapatkan url gambar
  40. Sistem rating pada blog
  41. Recent Comment dalam blog
  42. Letak Button Back To Top
  43. Letak Text Box Dalam Blog
  44. Widget Popular Post
  45. Tutorial Widget Popular Post
  46. Tukar Cursor Dalam Blog
  47. Jadikan Cursor Berkilau
  48. Animated Recent Post Widget
  49. Recent Post with Thumbnail
  50. Misterlinky - Cara Mudah Pengunjung Blog Tinggalkan Link
  51. Saiz Gambar Maksimum Dalam Blog
  52. Ubah Lebar Gambar Dalam Entri
  53. Jumlah Post dan Komen dalam Blog
  54. Letak Facebook Share Button
  55. Letak Facebook Like Button
  56. Button Like Untuk Blog
  57. Scrollbox Untuk Widget
  58. Disable highlight dalam blog
  59. Ketahui kelajuan load element blog
  60. Cara letak sitemap dalam blog
  61. Bubble cursor untuk blog
  62. Tutorial gerakkan title blog
  63. Tutorial hasilkan title blog bergerak
  64. Tips menaip entri dalam blog part 1
  65. Tips menaip entri dalam blog part 2
  66. Tukar warna text highlight
  67. Following star pada cursor
  68. Tutorial perkataan ikut cursor
  69. Letak emotion icon dalam komen
  70. Cara unfollow blog
  71. Tukar gambar apabila dilalukan cursor
  72. Kesan khas pada gambar apabila dilalukan cursor
  73. Cara buat scroll box untuk blog archive
  74. Tutorial tab menu / navbar menu
  75. Energy saver untuk blog anda
  76. Animated recent post ver2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!