Monday, February 25, 2013

KINIKU MENANGIS LAGI......




Menangis membawa erti keluarnya air mata sebagai ungkapan hati . Air mata juga sering mengalir ‘tiba-tiba’ akibat sentuhan jiwa nan lembut......Entah mengapa dalam usia sebegini hatiku cepat terasa...sedih dan sayu bila dunia seakan tidak memahamiku....buat itu salah...buat ini salah...tak faham aku....pagi-pagi lagi dah mula marah-marah.....suatu hari tu bermula kereta gerak saja...mood aku telah terganggu.... tak dapat cari aku kat office pun kena marah.... beg tertinggal pun aku kena marah... kunci tertinggal pun bad mood... aku tak jawab telefon pun kena sound.... hmmmm.... yang paling aku terasa... dahlah aku penat naik turun tangga menguruskan kerja aku... banyak betul yang perlu ku selesaikan... tak perasan jam dah 4:30 petang....aku lambat ke kereta 5 minit dah marah2... sedihnya aku... bukannya aku ke mana pun... dah ugut aku lain kali pergi dan balik sendiri... tak payah saing... menyusahkan... rasa nak mengalir airmataku di saat itu.... sampai di pintu besar .... baru aku teringat purse tertinggal pulak kat dalam laci.... remuk hatiku bila bukannya nak patah balik ambik tapi siap dengan buat muka lagi.... hatiku menangis lagi.... dahlah hari tu Jumaat... maka tinggallah barang berharga aku itu di situ.....  hatiku benar2 terluka....    dan aku terus menangis lagi....


Tuesday, February 19, 2013

DARI KERANA MATA....






Saiz mata kecil
Peramah, banyak cakap, kurang pertimbangan. Lelaki boleh jadi kelam kabut akibat mulutnya. Bersikap periang tapi bila marah lambat sejuknya. Bila bercinta suka tukar pasangan kerana hatinya tidak pernah puas. Boleh bahagia dengannya jika dapat penuhi kehendak duniawinya dan melayan syahwatnya dengan baik.

Saiz mata sedang 
Sederhana, tidak banyak berahsia, ada pertimbangan, bertanggungjawab serta perlukan belaian mesra suami.

Saiz mata lebar
Cukup kuat berahsia, otak kurang cergas, pemarah,bertindak tanpa fikir panjang, kurang teratur, tiada arah tujuan dan putus asa. Tapi boleh setia. Nafsu syahwat tinggi.

Mata selalu berkedip
Pemaaf, senang dibawa berbincang, memahami dan sabar. Wanita ini baik

Mata jarang berkedip
Wanita ini istimewa, bijaksana, baik pekerti, setia, adil,bertanggungjaw ab,tidak cerewet, membantu dan membahagiakan.

Mata cengkung
Kurang memuaskan, materialistik, hidup dengannya boleh sengsara, kata manis tapi bohong, mahu senang, mudah curang, bila anda susah dia tidak peduli.

Mata redup
Wanita ini mudah dipermainkan, tidak dapat kawal emosi, hati tidak tetap, banyak kenalan kurang sahabat, mengumpat, irihati, kejam, kasar,mencemuh, pemarah.

Matanya seolah tersembul keluar
Sifatnya baik, rela, tabah, menyenangkan, ikut kata. Tapi mungkin tidak tepati janji, pendendam, tamak dan marah bila tidak puas nafsu syahwatnya.


8 RAHSIA DI SEBALIK TANDATANGAN ANDA......




1. Satu garisan di bawah tanda tangan 
             Seorang yang sangat yakin 
             Ada personaliti yang hebat 
             Agak mementingkan diri sendiri 
             Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu

2. Dua titik di bawah tanda tangan            
            Anda romantik
            Mudah bertukar pasangan macam tukar baju
            Memilih kecantikan (bagi lelaki)
            Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
            Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping

3. Satu titik di bawah tanda tangan
           
           Anda kelihatan mudah dan tenang
           Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati

4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan           

           Seronok dengan kehidupan           
           Ikut gaya dan cara sendiri
           Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
           
           Anda sentiasa berusaha supaya smart
           Suka berselindung
           Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup
           Yakin dengan kebolehan diri sendiri

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
           
           Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir
           Anda cepat menukar pandangan dan idea

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung
          
         Seorang yang sangat prihatin
         Tidak pentingkan diri sendiri
         Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain
         Seorang pemikir
         Seorang yang mudah serik

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas
         
          Seorang yang sangat baik
         Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan
         Tegas dengan pendapat sendiri
         Ada semangat yang tinggi


Kenali mereka...


Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit’ balik dengan ganas.


George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.


Adolf Hitler
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri.


Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t’ yang memanjang ke kanan dan titik `i’ yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.


Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.


Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t’ pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.

Sumber: www.yoursignaturespeaks.com

40 RAHSIA KEISTIMEWAAN WANITA



1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
 
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
 
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
 
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
 
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.
 
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
 
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
 
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
 
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
 
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
 
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
 
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah SAW “Ibunya.”
 
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
 
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
 
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
 
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
 
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
 
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
 
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
 
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
 
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1000 lelaki yang jahat.
 
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
 
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
 
24. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
 
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
 
26. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
 
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
 
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
 
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
 
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
 
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
 
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
 
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
 
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
 
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
 
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 ½ thn), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
 
37. Jika wanita memicit / mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
 
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
 
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
 
40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

6 JENIS WANITA MALANG

"Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah."


Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".


Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagiannya.


Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.


Sumber

Wednesday, February 13, 2013

LETERAN SEORANG BERNAMA ISTERI.....



Petikan lirik .....Jasa Bonda

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang


1. Sebuah kisah zaman nabi....

"""""""Seorang lelaki datang ke rumah Umar bagi mengadu perihal isterinya yang suka berleter. Tatkala sampai, dia mendengar Umar sedang dileteri isterinya. Umar tidak menjawab sepatah pun. Lelaki itu beredar sambil berkata, “Kalau beginilah keadaan Umar, seorang Amirul Mukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana pula dengan aku?”

Selepas itu Umar keluar dari rumahnya lalu terlihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya. Lelaki itu berkata, “Wahai Amirul mukminin,tujuan kedatanganku adalah untuk mengadu berkenaan perangai buruk isteriku yang suka berleter. Tadi aku baru sahaja mendengar isterimu juga begitu. Lalu aku berkata kepada diriku, kalau begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?”

Umarpun berkata kepadanya, “Wahai saudaraku! Sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atasku. Sesungguhnya dia memasak makanan untukku, mengadun roti untukku, membasuh pakaianku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan karenahnya.”

Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku.”

Umar berkata, “Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya karenahnya tidak lama. Hanya seketika sahaja.”




2. Kurus dengar leteran isteri

London : Leteran atau bebelan seseorang isteri dikatakan mampu membantu seseorang suami untuk mengurangkan berat badan mereka, kata satu kajian.

Penyelidikan menunjukkan bahawa sesetengah lelaki hanya akan bermotivasi untuk menurunkan berat badan mereka sekiranya dikritik oleh pasangan masing-masing berbanding kata-kata manis atau pujukan, lapor Daily Mail.

Penyelidikan Amerika Syarikat yang melakukan kejadian terhadap bagaimana pasangan membantu antara satu sama lain terutama di kalangan lelaki yang kurang motivasi untuk berdiet dan melakukan senaman, menunjukan hasil yang lebih baik sekiranya isteri mereka mengambil tindakan lebih keras. Bagaimanapun cara ini tidak berhasil untuk golongan wanita.

Kajian mendapati kebanyakan wanita yang sering dikritik pasangan mereka kerana mula mengalami kenaikan berat badan didapati langsung tidak kisah mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah kegemukan mereka.

Kumpulan ahli psikologi dari Universiti California, Los Angeles; Universiti Southern Methodist di Dallas, Texas dan Universiti Florida State yang terbabit dalam kajian itu berkata, mereka berpendapat puncanya adalah disebabkan wanita sudah kerap mengalami tekanan daripada masyarakat untuk kekal langsing. - Agensi



Sumber

TAHUN BARU CINA

Bahagianya memandu pada pagi ini....jalan ke pejabatku lengang....tak seperti selalunya....mungkin masih ramai yang mengambil kesempatan bercuti lagi memandangkan sekolah pun dapat cuti 1 minggu...tabun baru cina ni mengingatkan aku zaman kanak-kanak dulu.....sebelum cina nak raya ni...siaplah emak aku pesan beli  ikan masin. ikan bilis, sardin dan telur untuk simpanan....waktu tu hanya kaum cina yang buka kedai runcit....masa raya...dah tak ada sesiapapun jual ikan dan ayam....jadi terpaksalah makan makanan kering aje....kedai semua tutup...lama pulak tu...seminggu atau mungkin lebih.... orang melayu masih tak pandai berniaga....

Aku masih ingat lagi zaman tu....sampaikan jual air tebu pun orang cina.... masa tu selamba aje minum.... kat kantin sekolah pun orang cina jual sengkuang calit...aku dan kawan-kawanku beli je.....tapi kalau sekarang rasanya tak tertelan dah.... alhamdulillah sekarang ni gerai melayu merata-rata...dah tak susah dah.... raya cina tahun demi tahun pun ....masih boleh dapat bekalan daging dan ayam.... gerai makan dan restoran pun banyak yang buka.... dan yang paling best supermarket pun buka....senang lenanglah shopping bila orang tak ramai...he he he.....

Monday, February 11, 2013

JANJIMU

Agak lama juga aku tidak titipkan lagu di blog ini....hari ini aku perdengarkan lagu ini yang pernah aku nyanyikan semasa audition bersama band MPIB pada tahun 1982 ...... pada waktu itu ...aku hanya nyanyi aje tanpa menghayati liriknya......kini lirik lagu ini begitu menusuk kalbuku.....


janjimu
kini jadi kenangan saja
kau berdusta
hidupku kini jadi sengsara

remuk luka
terguris hati nan suci
cintaku setia
kini kau mungkiri janji

berlinangan air mata
mengenangkan kembali
segala kisah asmara
suka duka ku harungi

kini ku sendiri
tiada lagi kau bersama
ku rasa sepi
membawa hati duka lara

ku mengerti
kita tidak bersua lagi
kini kau pergi
meninggalkan ku sendiri
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!