Thursday, April 23, 2015

DOA NENDA BUAT FIRAS

Hari ini semasa berbengkel di Hotel Seri Petaling..aku menerima panggilan telefon daripada Along jam 11.30 am...Firas kuning..
Nurse suruh pergi klinik...kereta pulak rosak...

Hatiku tidak keruan...Jadi...jam 11.50 am aku tinggalkan bengkel...drive terus balik rumah...aku pecut tak tgk meter....lantaklah nak saman ke ape ke...

Sampai. rumah jam 12.15 pm...ambil Firas...memang dah kuning teruk...terus ke klinik dgn Syauki...ambik nombor...jam dah 12.40 pm

Sedih bila tgk nurse ambik darah di kaki Firas....doktor kata bacaan billirubinnya 20...tinggi bagi bayi hari ke 4...

So ...kena masuk wad...doktor suruh pergi ke Hospital Serdang...dia suruh tunggu ambulance  dtg...beberapa kali aku minta je Putrajaya tapi doc buat tak endah jer...why?

Firas perlu menyusu...jadi aku minta Syauki pergi ambik Along kat rumah...1/2 jam tunggu...Along sampai dan susukan Firas .. 1/2 jam lps tu baru ambulance  sampai .... waktu tu dah jam 2.15 pm
Itulah pertama kali aku naik ambulance . ...macam ribut dia bawa...semua lubang dia langgar...kesian kat Along...

Sampai di hospital...kena tunggu utk daftar Firas...mykid tak sempat buat lagi...jadi guna nama ibulah...tunggu nurse wad dtg jemput...jam 3.30 pm barulah kami bergerak ke wad NICU...aku dukung Firas sampai pintu jer sebab hanya ayah dan ibu jer yang boleh masuk ke dalam wad...kalau itu dah peraturannya...aku akur

Jam 4.00 pm aku bergerak balik dgn Syauki...singgah beli barang2 untuk Along dan masak untuk Along...

Jam 5.00 pm ayahanda balik...Syauki pergi hantar makanan buat Along...doktor dah masukkan drip pd Firas.....

Nenda doakan Firas segera sihat ye sayang...nenda yakin Firas.kuat...nenda akan sentiasa temani Firas ye....

Tuesday, April 21, 2015

SELAMAT DATANG ORANG BARU

Hati mana yang tidak gembira bila along selamat melahirkan babynya...

Semoga "orang baru" ini bakal menyinarkan kebahgiaan buat kami...

Selamat memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa ....

Monday, April 20, 2015

DEBARAN KIAN KENCANG

Tatkala menerima panggilan telefon drpd along ... hatiku berdebar. Dah 3 hari along kat wad tapi bukaan masih 2 cm. Along bagitahu air ketuban dah pecah...

Dalam keadaan badanku yang tidak sihat...ku cuba lelap. Hati memang tak tenang. Ya Allah..Kau permudahkanlah along untuk melahirkan anaknya. Titik2 jernih tak sunyi menemaniku.

Jam 10 pagi..Syauki bagitahu along dah mula sakit kuat. Tak terdaya aku nak menolong. Hanya mampu ku panjatkan doa buatmu ya Allah ya Rahim.

Jam 1.30 pm aku mengumpul kekuatan memandu kereta ke hospital Putrajaya. Aku tinggalkan Fikri setelah aku mandikan dan suapkan dia roti canai.

Hampir jam 2 pm aku sampai.Parking penuh. Aku terpaksa park kereta di depan Balai Bomba dan meredah kepanasan dan berjalan hampir 500 m ke wad 2B.

Sampai di wad..kulihat along mengerang kesakitan..Hati aku menangis sayu tapi aku tak mahu tunjukkan pada along. Aku kena beri dia semangat.

Jam 2.45 pm..along dibawa ke dewan bersalin. Sakit along makin kuat. Aku cuba kuatkan semangat masuk ke bilik bersalin. Hati aku jadi pilu.. Aku tak sanggup lihat along macam ni. Kepalaku berpusing. Aku bergegas keluar.

Kini hatiku berdebar dan jantungku berdegup kencang. MUDAHKANLAH YA ALLAH....

Sunday, April 19, 2015

SIAPA AKU???

Waktu kecilku, kuhampirimu
Hanya untuk pelukan, dan kasih sayangmu
Tetapi yang kuterima "Teddy Bear" sebagai gantimu
Apabila kusedih, runsing dan keliru
Aku hampirimu lagi- Untuk nasihat, kasih sayang
Air muka, kata-kata yang merdu
Aku hauskan pelukanmu
Aku ingin mendengar kata sayangmu
Tetapi yang kuterima- permainan sebagai gantimu

Hati kecilku sentiasa ingin tahu
Apakah itu, yah?...Apa itu, bu?
Mengapa itu, yah?...Mengapa itu, bu?
Dunia ingin kuterokai
Dunia ingin kukenali
Tetapi...."ayah penat"....ibu pula sibuk dan tak tahu
Bukan sudah ayah belikan permainan
Apa lagi yang kau mahu?

Masa yang singkat aku bersamamu
Hanyalah di dalam kereta
Untuk dihantar atau pulang...dari rumah jagaanku
Itupun tidak selalu...kerana biasanya aku dikirim...atau dipajakkan
Kepada orang...yang tentunya bukan ayah ibu...

Ada masanya di dalam kereta..
Ku penat...ku lesu...bermain srpanjang hari...
Ibu ayah juga bekerja sepanjang hari
Suasana dalam kereta...fana..sunyi dan sepi
Tiada apa yang berbunyi
Akhirnya tv, video, kartun dan gadjet
Menjadi kawan karibku..menjadi penghibur hatiku
Mententeramkan perasaanku...
Mengganti tempat ayah ibu

Sekarang aku telah dewasa
Ibu ayah pula sudah tua...
Aku pula membawa ibu ayah dalam kereta..
Tiada satu yang dapat aku perkatakan..
Ibu ayah juga sunyi seperti biasa
Hanya...yang kutanya..
Apa ayah ibu nak makan?...Ke mana ayah ibu nak pergi?
Atau...doktor mana ibu ayah nak temui?

Aku terus leka dengan permainanku..
Sekaranh merupakan keretaku...telefonku atau kayu golfku..
Sementara ayah ibu..
Hanya sekarang cuba mendampingiku
Cuba memberi kasih sayang kepadaku

Tetapi malang..aku tidak mengertinya
Kerana itu bukan bahasaku...
Aku malah tidak memahaminya
Kerana belum mengenal...
SIAPA AKU???????

Saturday, April 18, 2015

55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Pagi ni tetibavaku terjaga...bila buka phone aku terbaca satu pesanan yg baik daripada seorang kawan.Ianya amat menarik sekali untuk aku kongsi dalam blog aku.

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah   anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / memb
elakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!

Friday, April 17, 2015

FIKRI vs TV SAMSUNG FLAT SCREEN

Aku sampai rumah dalam kepenatan walaupun Angah yg drive...terus dapatkan Fikri yg terbaring setia menungguku. Apalagi rutin harian..dia kusuruh ke bilik air.

Sambil itu aku keluarkan bahan2 mentah dari fridge untuk masak hidangan malam.

Akibat terlampau letih..tak sedar aku tertidur di sofa. Tiba-tiba terdengar jeritan Along,
"Tv pecah!!!!"

Aku bingkas bangun. Yang aku bayangkan sedikit sahaja ..Rupa2nya remuk tv 52" yg dibeli tak sampai 2 tahun usianya...

Terkedu Aku,Along dan Angah...Ini tak ada lain pastinya kerja Fikri..Angah pun keluarkan Fikri dari bilik air setelah dimandikan.

Apalah yg dia faham bila soalan dari Angah bertubi2...Aku?... Hanya mampu diam seribu bahasa..

Setelah puas dengar lecture Angah ...tangan Fikri kami periksa...Kesian...merah2 dan luka tangannya..Mungkin terkena pecahan tv berkenaan..Along sapukan ubat...

Aku panjatkn rasa kesyukuran kerana Allah lindungi Fikri dari kecederaan yg serius...Apalah sangat harga sebuah tv berbanding anakku Fikri...

Kami buat andaian sendiri yg projek Fikri ini dilakukan pada malam hari tatkala semua tidur...

Itulah Fikri namanya...dah lama dia tdk rosakkan barang...tapi aku kena muhasabah diri...

Aku teruskan memasak ... siap aje terus kusuapkan Fikri...hmmm...kalau kari...memang tak tolak punya...

Bila Ayahanda sampai rumah... Dia dan Syauki...menantuku bawa turun tv lama dari bilikku...mengadaplah kami tv tu...jadilah daripada tak ada langsung...

Fikri...hmmm...tengok jugalah tv kecil tu...

Friday, April 10, 2015

KERENAH MANUSIA NI MACAM-MACAM

Jam menunjukkan pukul 10 pagi, aku pun menelefon Pejabat Peguam KL. Target aku hari ni nak selesaikan kes yang tertunggak lama. Panggilanku dijawab oleh seorang perempuan India. Dia maklumkan bahawa aku orang Selangor, jadi kena pergi ke Biro Bantuan Guaman Selangor. Aku minta alamat, diapun bagi di Jalan Bola Jaring, Shah Alam. 

Aku beruntung kerana kebetulan Along dan menantuku cuti. Merekalah yang membawa aku ke sana. pastinya menggunakan aplikasi waze. Sampai tempat yang dituju, kami panjat tangga ke tingkat satu. Tiga orang pegawai yang mesra melayan kami. Setelah bercerita tentang kes tersebut, barulah tahu yang kes ini diklasifikasikan sebagai kes sivil dan dimaklumkan kami salah tempat. Kami diberikan alamat Biro Bantuan Guaman di Wisma Perangsang pulak. salah seorang daripada mereka menghubungi pejabat berkenaan dan insan yang menjawab panggilan tersebut meminta agar kami ke sana.Walau bagaimanapun aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana melayan kami dengan baik sekali.

Jam sudah menunjukkan angka 11.30 pagi. Kami bergerak lagi menuju ke Wisma Perangsang. Sesat pulak dan tersasar ke sebuah hotel. Pusing punya pusing akhirnya sampai juga kami ke bangunan berkenaan. Dari kawasan parking kami berjalan ke bangunan tersebut dan menaiki lif ke tingkat 6. Kesian pulak tengok Along yang membawa perut ke hulu ke hilir. Sampai sahaja di kaunter, tiada orang. Jadi aku terus tekan loceng, jam pada saat itu 12.00 tengahari. Datang seorang perempuan muda bertudung merah. Aku pun menceritakan tujuan kami ke situ. Dengan angkuh dan sombong, dia menyatakan peguam hanya boleh aku jumpa pada pukul dua petang. 

Aku rasa amat penat sekali sebab semasa telefon tadi pihak dia suruh datang. Bila aku tanyakan pada si perempuan ini, dia jawab bahawa tidak terima call dan jawapan standard juga akan diberikan pada sesiapa sahaja. Akupun tunjukkan nombor tersebut dan barulah dia mengaku. Tetapi katanya bukan dia yang jawab call dan dia juga mendakwa siapa-siapa saja boleh jawab call dan tak nak bertanggungjawab atas panggilan tersebut. Aku juga ada bertanyakan berapa lama masa yang diambil untuk berurusan. Dia dengan angkuh menjawab tak tahu dan tunggulah bila peguam ada dan ambik jer nombor giliran pada pukul dua nanti. Aku rasa teramat kecewa dengan perangai budak bertudung merah ini. Sikap kurang ajar dan biadap begitu menyerlah sekali.

Kami berlalu dari situ dengan hati yang pedih. Dalam kereta, aku baru teringat nak ambil nama budak angkuh tu. Jadi aku call balik nombor berkenaan, seorang perempuan angkat dan aku bertanyakan adakah dia yang berada di kaunter. Jawapannya tidak dan aku dapat nama si tudung merah yang angkuh iaitu NURUL. 

Aku buat keputusan untuk pergi aja ke Pejabat Boro bantuan Guaman di Kuala Lumpur. Jam pun dah pukul 12.20 pm. Cari punya cari jam 12.50 pm kami sampai ke sana , area Pasar Seni. Aku bergegas ke tingkat 2, Wisma Hangsam. Sampai aje di kaunter, staf di situ minta aku datang balik pukul 2 pm.
Aku pun turun dan mendapatkan Along dan menantuku. Kami cari parking dulu dan bergerak untuk makan tengahari. Semasa mencari dan menunggu order makanan, jam dah hampir pukul 2 pm. Aku ditemani Along bergegas pula ke Bangunan Hangsam tanpa menunggu makanan sampai. 

Dalam keletihan kami setia menunggu di ruangan yang disediakan. Jam 2.30 petang, barulah namaku dipanggil untuk berurusan. Alhamdulillah sekurang2nya nasihat dan kepakaran mengenai bidang undang2 tersebut banyak membantu aku memahami kes ini.Akhirnya aku sampai rumah jam 5 petang.

Langkah seterusnya pastiku teruskan. Aku tidak sesekali begitu mudah menyerah kalah sebelum berjuang.





Saturday, April 4, 2015

BENGKEL KERJA PENYELARASAN DOKUMEN BTPN/PKG BIL 1/2013















 








22 PERKARA ASAS TENTANG SERVIS KERETA

Image result for proton exora bold
Saya rasa amat perlu bagi seorang pemandu itu mengetahui tentang perkara2 ini. Dulu saya sendiri sebenarnya tahu start enjin dan jalan...tak ambil kisahpun tentang ni semua. Tapi sekarang kesedaran tu dah timbul...
1. MINYAK HITAM
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hi22ngga 10,000km
Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan.
Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat.
Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan.
Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”.
Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tips: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
5. TIMING BELT
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km.
Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat.
Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar.
Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
11BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali.
Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
13AIR-COND BELT / ALTERNATOR BELT
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni.
Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak.
Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan.
Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel.
Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat.
Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar.
Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba.
Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug.
Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
Kereta
19. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km.
Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali.
Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin.
Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass.
Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
21. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999.
Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik bengkel memberitahu timing belt boleh tahan sampai 100,000km, tak perlu tukar pada bacaan 30,000km. Kemudian, kereta kena tarik masuk bengkel sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi servis dan penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota .Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :
Camry ACV30 – enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 – enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 – enjin 1NZ-FE 1500cc
22. Model seperti Honda CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk model CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, anda hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih seperti sedia kala.
SUMBER : The Vocket 

SELOKA ORANG KEDAH


MAI CEK OI MAI CEK MAI
KITA KE NEGEQHI KEDAH
MAI OI BAGI QHAMAI
JAMU NASIK KAWAH

C/0

NAIK KAPAI TEQHEBANG
TUQHUN KEPALA BATAYH
MAKAN TOKSAH BIMBANG
KAMI BANYAK BEQHAYH

IKUT LEBUHQHAYA
TEQHUIH KE KAYU HITAM
JAGA CEK OI JAGA
QHETA MENEQHU-NEQHANG
QHETA MENEQHU-MENEQHANG

MENGKALA MAI KEDAH
SINGGAH LAH KE PEKAN QHABU
MINUM NIRA NIPAH
MAKAN EMPING KEQHABU

KOT LAH QHASANYA PENAT
JOM PI KE LANGKAWI
LANGGAH AYAQ GAMAT
MINUMLAH AYAQ TONGKAT ALI
LANGGAH AYAQ GAMAT
MUKA NAIK SEQHI

KEDAH SUDAHLA MAJU
TAK LAGI MACAM LAH DULU
QHUMAH SEQHEBA BAQHU
KENDURI ADA SELALU

TENGOK SANA SINI
PEMBANGUNAN SEQHATA NEGEQHI
ADA MESIN PADI
ADA KELANG BESI

MELAWAK OQHANG KEDAH
JANGAN CEPAT TEQHASA
ULANG C/O

KOT LAH QHASANYA PENAT
JOM PI KE LANGKAWI
LANGGAH AYAQ GAMAT
MINUMLAH AYAQ TONGKAT ALI
LANGGAH AYAQ GAMAT
MUKA NAIK SEQHI

KEDAH SUDAHLA MAJU
TAK LAGI MACAM LAH DULU
QHUMAH SEQHEBA BAQHU
KENDURI ADA SELALU

ULANGC/O 3X

Lirik: Shaidun Haji Shaari 

KENANGAN SEMASA BENGKEL FROG VLE DI TERENGGANU 4 - 6 DISEMBER 2012



















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!