Thursday, May 28, 2015

BERITA KEMALANGAN MAUT PENUH TRAGIS 12 MEI 2015

Ku abadikan di sini berita-berita yang dapat ku kumpul tentang kemalangan yang penuh tragis di mana aku kehilangan adik kesayanganku yang sering bersamaku tatkala senang atau susah serta anak buah yang juga anak susuanku. Tiada lagi senyum tawamu dik....Semoga kedua-dua arwah aman hendaknya di sana. Doaku mengiringi pemergian kalian.

ADIKKU - HARLINA AHMAD & ANAK BUAHKU - AL AKMAL HAFIY DARWISY KADAPI

Aku berjanji akan tunaikan hajatmu. Lima anak-anakmu yang kau tinggalkan tidak akan aku sia-siakan. Sesungguhnya kenangan bersamamu akan kuabadikan jauh di lubuk hati ini dan ku simpan menjadi permata yang bertahta dan bersinar di sanubari. 

KOSMO

Tak sempat sambut Hari Guru






SALAH seorang anggota keluarga mangsa meratapi mayat dua beranak yang maut selepas Toyota Avanza yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Jalak Salak-Sepang dekat Sepang semalam.
 



SEPANG – Hasrat seorang guru untuk meraikan sambutan Hari Guru bersama para pelajarnya Sabtu ini tidak kesampaian apabila maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan ketika dalam perjalanan untuk menjalani kursus Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di ibu negara pagi semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi itu, guru di Sekolah Mene­ngah Kebangsaan Pantai Sepang Putra di sini, Norhalina Ahmad, 47, bersama anak lelakinya, Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19, maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Avanza yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Jalak Salak-Sepang dekat sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, kejadian berlaku apabila Toyota Avanza yang dipandu Al-Akmal Hafiy Darwisy dari arah Sepang ke Salak cuba mengelak sebuah kereta Viva yang memasuki lorong bertentangan.
“Kereta Viva yang dipandu seorang wanita India itu pada mulanya berada di hadapan sebuah lori, secara tiba-tiba memasuki arah bertentangan dan menyebabkan Al-Akmal Hafiy Darwisy cuba mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan tersebut.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.



SINAR HARIAN

Dua beranak maut kereta bertembung


  • Dua beranak maut kereta bertembung Kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Salak-Sepang, hari ini.
1 / 1
SEPANG – Dua beranak terbunuh dalam kemalangan di Jalan Salak-Sepang, kira-kira jam  7.15 pagi hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali berkata, kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan yang sebuah kereta jenis Toyota Avanva, sebuah Perodua Viva dan sebuah lori.

“Kejadian berlaku ketika pemandu Perodua Viva dalam perjalanan dari arah Pekan Salak menuju Pekan Sepang,  tiba-tiba memasuki lorong bertentangan.

“Tindakannya menyebabkan mangsa yang menaiki Toyota Avanza dan berada di lorong bertentangan cuba mengelak sebelum hilang kawalan lalu merempuh hadapan sebuah lori,” katanya.

Menurut Abdul Aziz, kejadian menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit di dalam kenderaan dan maut di tempat kejadian.

“Mangsa yang memandu kenderaan dikenali sebagai Al- Akmal Hafiy Darwisy Kadapi berusia 19 tahun.  Manakala ibunya Norhalina Ahmad, berusia 47 tahun,” katanya.

Difahamkan Norhalina yang juga seorang guru dalam perjalanan menuju Damansara untuk menghadiri Taklimat Pemeriksaan.

Sementara itu, pemandu Perodua Viva berusia 34 tahun hanya mengalami cedera ringan, manakala pemandu lori tidak cedera.

“Mangsa yang maut dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

FACEBOOK


As Salam Al-Fatihah Isteri dan anak kepada Bekas Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Taman Seri Bayu Baru Sdr Kadapi (Cikgu Harlina Sek Men Spg Putra bersama anak lelaki beliau telah meninggal dunia kerana terlibat kemalangan di Tok Marong Sepang..
Alamat arwah cg harlina.skrg masih di unit forensik hospital serdang.dijangka dikebumi selepas zohor selepas siap urusan di sini.
Alamat rumah:
No 6 jln 8 taman sri bayu,
Bagan lalang
-Miey

Malaysian Team Respond's photo.


Malaysian Team Respond's photo.




HARIAN METRO



Ajal elak kenderaan lain    

Oleh Siti A'isyah Sukaimi

sitiaisyah@hmetro.com.my
sitiaisyah@hmetro.com.my
Sepang: Dua beranak maut dalam kemalangan di laluan Bandar Enstek ke Bagan Lalang, Jalan Salak-Sepang, 7.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Norhalina Ahmad, 47, yang juga guru dan anak lelakinya Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19.
Kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Sumber berkata, kemalangan berlaku apabila Toyota Avanza dipandu Al-Akmal mengelak Perodua Viva dari arah bertentangan yang memasuki laluannya.
Katanya, Toyota Avanza itu kemudian merempuh lori tangki dari arah bertentangan.
"Pemandu dan penumpang Toyota Avanza tersepit dalam kenderaan mereka dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pemandu Perodua Viva berusia 34 tahun cedera, manakala pemandu lori tangki berusia 41 tahun tidak cedera," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Abdul Aziz Ali ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kemalangan itu.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 2:30 PM




Dua beranak maut selepas terbabit kemalangan di Jalan Salak-Sepang, pagi tadi. FOTO ihsan bomba


UTUSAN MALAYSIA

Guru, anak maut kemalangan libatkan tiga kenderaan



              
Kemalangan yang mengorbankan seorang guru dan anaknya dalam kejadian melibatkan tiga buah kenderaan KEMALANGAN yang mengorbankan seorang guru dan anaknya dalam kejadian melibatkan tiga buah kenderaan di laluan Bandar Enstek ke Bagan Lalang, Jalan Salak-Sepang, Selangor, semalam.
SEPANG 12 Mei – Hasrat seorang guru untuk meraikan Sambutan Hari Guru bersama pelajarnya Sabtu ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan semasa dalam perjalanan mengikuti kursus Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 pagi itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pantai Sepang Putra, Norhalina Ahmad, 47, bersama anak lelakinya, Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19, meninggal dunia selepas kereta Toyota Avanza yang dipandu anaknya merempuh lori tangki dari arah bertentangan di laluan Bandar Enstek ke Bagan Lalang, Jalan Salak-Sepang, di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Abdul Aziz Ali berkata, mangsa sebelum itu cuba mengelak kereta Perodua Viva dari arah bertentangan yang memasuki lorongnya.
“Akibat itu, kereta dinaiki dua beranak tersebut merempuh lori yang berada di belakang Perodua Viva tersebut dan mangsa tersepit dalam kenderaan serta meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Abdul Aziz memberitahu, pihaknya sedang menyiasat kecuaian pemandu kereta Perodua Viva itu yang dikatakan menjadi punca kemalangan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya, Norhalina dan Al-Akmal Hafiy Darwisy yang menetap di Taman Seri Bayu Bagan, Sungai Pelek dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan dituntut keluarga untuk dikebumikan.
Katanya, pemandu kereta Perodua Viva berusia 34 tahun yang cedera pula menerima rawatan di hospital sama.
“Sementara pemandu lori tangki berusia 41 tahun tidak cedera,” jelasnya.
NEW STRAIGHT TIME

Mother, son killed in Bandar Enstek car crash

By A. Azim Idris - 12 May 2015 @ 2:46 PM

    

SEPANG: A mother and her son died in a tragic car accident involving three vehicles along Jalan Salak, near Bandar Enstek, here this morning.

In the 7.15am incident, 19-year-old Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, who was driving with passenger Norhalina Ahmad, 47, had attempted to avoid a Perodua Viva which suddenly veered into their side of the single-lane road, before crashing into a tanker lorry.

Both victims were from Taman Seri Bayu, Bagan Lalang, in Sungai Pelek.

The bodies of the two, who died on the spot, were trapped in the wreckage of the Toyota Avanza multi-purpose vehicle (MPV).

Recounting the lead up to the accident, the 41-year-old lorry driver claimed the Viva, which was travelling in front of him, had suddenly swerved in to the opposite lane, before the MPV rammed into the lorry’s frontal end.

The accident also caused traffic congestion which lasted for at least an hour.

Both the lorry and the Viva were travelling towards central Sepang area from the Salak township area when the incident happened.

However, the lorry driver escaped the incident unscathed while 34-year-old female driver of the Viva sustained minor injuries.

Meanwhile, acting Sepang District Police Chief Superintendent Abdul Aziz Ali, when contacted, confirmed the incident.

“The road condition on the ascending lanes was dry and weather condition was generally good during the time of the incident, which took place at the double-lined road,” Aziz said.

He said the case was being investigated under section 41(1) of the Road Transport Act 1987.
Aziz added the remains of the two victims were sent to Serdang Hospital for post mortem.

    
COCONUT KL

Lorry crushes mother and son in horrific Sepang accident

By Coconuts KL May 13, 2015 / 13:58 MYT



As they were trying to avoid an incoming car, a mother and son were killed when a lorry ran over their car in Sepang.
Teacher Norhalina Ahmad, 47, and her son Al-Akmal Hafiy Darwisy Kadapi, 19, were en route to a school in Damansara in her Toyota Avanza at 7.15am yesterday when the tragic accident happened.
They were travelling along Jalan Salak in Sepang when a Perodua Viva from the opposite side of the road swerved into their path, forcing Norhalina to swerve out of its way.
The redirect brought them into the path of a lorry directly behind the Viva, which then rammed into the Avanza, crushing both mother and son in the process.
Selangor Fire and Rescue Department operations chief Mohd Sani Harul told The Star Online's Nicholas Cheng his officers spent about an hour cutting into the wreckage to extricate the bodies.
Norhalina and Al-Akmal died on the spot from extensive injuries sustained to their heads and bodies.
Acting Sepang OCPD Superintendent Abdul Aziz Ali said the police have arrested the female driver of the Viva, and are holding her for further questioning.

Photo: The Star



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!