Tuesday, January 26, 2016

PENANGAN DILWALE

Hmmm..2 kali gak tgk Dilwale...
Terbaik...teruja dan kagum dengan kehebatan lakonan SRK dan Kajol
Kajòl betul2 cantik....
Filem ni  tak banyak lagu...tapi aku paling suka melodi lagu Janam Janam...
Selain daripada itu sepanjang lagu Gerua pula ..aku terpesona dengan keindaha alam  ciptaan  Tuhan...

Aksi2 Firas 1

Friday, January 1, 2016

13 MOTIVASI UNTUK GURU

Motivasi untuk Para Guru... 

Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya.
__________________________
🔹MOTIVASI PERTAMA
@ Janganlah anda mengambil cuti sakit sedangkan anda tidak sakit kerana anda telah menghimpun dua maksiat, iaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah anda bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu.

🔹MOTIVASI KEDUA
@Terimalah  murid-muridmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk anda lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana anda adalah pendidik dan HARAPAN mereka.

🔹MOTIVASI KETIGA  @Tunjukkanlah penghargaan anda terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaran anda lebih cepat sampai ke lubuk hati mereka.

🔹MOTIVASI KEEMPAT @Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajar anda  sebagai Guru yang telah melonjak dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai ke puncak. Maka jadilah anda 'MASTER PLAN' orang-orang besar.

🔹MOTIVASI KELIMA  @Baikkanlah layanan anda terhadap murid-murid dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang  berterusan, meskipun sudah berada di dalam tanah.

🔹MOTIVASI KEENAM 
@Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian.

🔹MOTIVASI KETUJUH
@Setiap detik yang anda TERLAMBAT atau  tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugas anda, ingatlah bahawa itu adalah hak murid yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak.

🔹MOTIVASI KELAPAN 
@Berapa ramai daripada guru yang kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan.
"Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah".

🔹MOTIVASI KESEMBILAN @Di hadapan anda ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaran anda menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat.

🔹MOTIVASI KESEPULUH
@Ingatlah sesungguhnya anda mempunyai anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti anda mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak murid anda dengan baik agar anak-anak anda diajar oleh para guru dengan baik pula.
Balasan untuk anda adalah sepadan dengan amal perbuatan anda.

🔹MOTIVASI KESEBELAS
@Ikhlaskanlah kerja anda kerana Allah, kerana anda sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila anda mengharapkan upah daripada kerja-kerja anda, maka sesungguhnya semua kerja buat anda itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKAN anda di akhirat nanti.

🔹MOTIVASI KEDUA BELAS
@Pesanan  ini  adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak.

🔹MOTIVASI KETIGA BELAS
@Sesungguhnya Allah perintahkan anda untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA.
__________________________
* TERIMA KASIH kepada para Guru,  kerana respon baik yang diberikan.
*Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik.
*Kunci untuk berkhidmat adalakh IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹
___________________________
ان الله يامركم ان تؤدوا الامانات الى اهلها..👍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!