Sunday, July 31, 2016

4 GOLONGAN MANUSIA

Berkata Imam Al-Ghazali manusia terbahagi kepada 4:

1) Manusia yang TAHU, dan dia tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang pandai. Belajarlah darinya.

2) Manusia yang TAHU, tapi dia tidak tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia.

3) Manusia yang TIDAK TAHU, tapi dia tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini type orang yang mau belajar. Maka ajarilah dia.

4)  Manusia yang TIDAK TAHU, dan dia tidak tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini orang yang bodoh, dan berbahaya. Maka jauhilah dia.

Nota pengajian alqurba
Alhabib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Sunday, July 10, 2016

11 MESEJ SEKIRANYA AKU TERLEWAT



1. Hey, I have been stuck in traffic and I am afraid I am not going to make it in time. I should be there by 8:30 P.M.
1. Hey, saya terjebak kesesakan lalu lintas dan saya khuatir tak boleh datang tepat pada masanya. Seharusnya saya ada di sana jam 8.30 P.M.

2. An unexpected meeting has come up because of which I'd get slightly delayed for lunch. Hope it won't be too much of a trouble for you.
2. Tadi ada mesyuarat yang tak diduga yang mmbuat saya sedikit lambat datang untuk makan siang. Saya harapkan itu tak menjadi masalah besar untuk anda.

3. Hi, I apologize but I am stuck in traffic and will take another 30 minutes to get to your place.
3. Hai, saya minta maaf kerana saya masih terjebak pada kesesakan lalu lintas yang diperkirakan akan memerlukan masa 30 minit untuk sampai ke tempat anda.

4. Hey, so sorry to keep you waiting but looks like I am going to get further delayed at work. I should be there by 9:30 P.M.
4. Hai, maaf sangat kerana sudah membuat anda menunggu seakan saya akan lambat sangat ke tempat kerja. Saya seharusnya sudah sampai di sana jam 9.30 P.M.

5. Dear Sir, I will reach office by 11 A.M. today as I have to attend the parent teacher meeting at my daughter's school. I regret the inconvenience.
5. Tuan, saya akan tiba di pejabat jam 11 A.M., hari ini saya harus menghadiri mesyuarat Ibu Bapa dan Guru di sekolah anak saya. Saya menyesal atas ketidaknyamanan ini.

6. Hi, I will take another 15 to 20 minutes to get ready. Sorry to keep you waiting. I will try my best to reach as soon as possible.
6. Hai, saya akan siap 15 sampai 20 minit lagi. Maaf kerana membuat anda menunggu. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk boleh siap sedia secepat mungkin.

7. Hi, something urgent has come up and I will get delayed by half an hour. Hope that is alright with you? I apologize for the delay.
7 Hai, sesuatu yang penting baru sahaja terjadi dan saya akan datang lambat dengan perkiraan setengah jam. Saya harap tak ada masalah dengan anda. Saya minta maaf atas kelambatan ini.

8. I am sorry to keep you waiting but my car broke down and I am at the mechanic's right now. It'll take another hour.
8. Saya minta maaf kerana membuat anda menunggu, kerana kereta saya rosak dan sekarang saya berada di tempat mekanik. Perbaikan ini akan mengambil masa selama beberapa jam.

9. I apologize for the delay, but do you think it would be possible to push the deadline by a day? I am completely swamped and will not have time until tomorrow for this project. I appreciate your help with this.
9. Saya minta maaf atas kelambatan ini, akan tetapi apakah mungkin untuk menekan tarikh akhirnya ke hari ini? Saya sibuk sangat sehingga saya tak punya masa sampai esok untuk projek ini. Saya menghargai bantuan anda jikalau anda bersedia.

10. Hi, I'll be late for the meeting as my mentor called up and there is something that needs my immediate attention. Could you please inform everyone?
10. Hai, saya akan datang lambat pada mesyuarat kerana mentor saya memanggil dan ada sesuatu yang perlu dikerjakan segera. Bolehkah anda maklumatkan pada kesemuanya?

11. Hi, will it be okay with you if I reach around 12 P.M.? I am running late.
11. Hai, tak apalah jikalau saya sampai jam 12 P.M.? Saya datang lambat.

Sunday, July 3, 2016

MUSAFIR 26 RAMADHAN

Mesyuarat di ofis habis agak lewat hari ini...

Aku mendapat panggilan drpd adik ipar...ada masalah sikit dengan anak buahku..

Aku bergegas tutup pc, capai handbeg dan turun ke tempat parking kereta...

Belumpun keluar dari Putrajaya, ada road block...patutlah jalan yg tak pernah sesak..tiba2 jadi sesak...aku lepas ...lega

Kereta memang banyak...tiba2 adik ipar aku call lagi ... dia akan ke Bandar Baru Salak Tinggi...waktu ni aku dah sampai KLIA...aku pun pusing balik dan bercadang tunggu di BBST ..

Minyak kereta pun dah nak habis dan handphone tiba2 bg signal yg bateri dah nyawa2 ikan...

Aku sampai di BBST dan cari kedai aksesori telefon...aku nak beli charger...kalau apa2 jadi senang.. hasrat nak ke petrol stesyen tu no 2...dekat jer...cukup minyak untuk sampai ke petrol pump..

Aku parking berdepan dgn kedai Avon sekitar Empress Hotel....terlintas jugak di hati...dapatlah shopping dulu sementara menanti dia org call...

Aku pun mencapai hbeg dan berjalan ke kedai telekomunasii tak jauh dari situ...alangkah terkejutnya bila buka hbeg..aku dapati purse xde...panik...baru aku perasan purse tertinggal dlm laci kat ofis...camna ni
Duit xde...
Bateri phone xde..
Minyak kereta xde..
Nak buka puasa camna?????. ...hu hu hu

Kalau aku buat panggilan...tentu bateri terus hbs...so aku tarik nafas panjang2...aku text suamiku agar dpt memberitahu adik ipar lokasi aku...minta dia ambik aku...

Aku habiskan masa window shopping dari satu kedai ke satu kedai...

Tunggu punya tunggu...tak sampai2 jugak...macamana aku nak berbuka nanti...badan dah letih dgn cuaca yg panas...sampai di sebuah kedai emas...ada sofa..aku minta izin untuk duduk di situ...dapat juga lelapkan mata....

Jam dah menghampiri pukul 7.15 mlm...mana dia org ni.. suami text tanyakn dia org dah sampai ke belum?...hampa...aku pun ambil keputusan untuk mencari masjid....

Mujurlah x jauh..aku sampai di sebuah surau hasil drpd bantuan tunjuk arah adik di kedai emas tu...

Spai di surau...aku terus mencari tempat solat...alhamdulillah kelihatan 2 org warga di situ mengajak aku berbuka bersama...rezeki aku...

Aku asalnya bersyukur kalau dapat minum air kosong pun jadilah...tetapi kakak2 tu bagi aku pisang...cekodok ..dan nubur lambuk bersama air teh...sambil berbuka sempatlah bercerita tentang peristiwa yg berlaku pd diriku...

Selesai solat maghrib...aku bergegas ke kereta...ajk surau bagi aku duit utk isi minyak kereta..

Sebaik keluar dari surau...adik iparku masih x sampai...text suami tanyakan dia ada bgtau atau  tidak adik iparku ttg aku...terperanjat dan kecewa sangat bila dia cakap ....tak bagitau pun...
Patutlah aku tunggu dia org x sampai2...

Dalam keadaan malam makin pekat dan bateri phone dah hbs...aku ke stesyen minyak Petron ...siap isi minyak aku tawakal balik ke Putrajaya..maklumlah aku tak berapa cekap bawa kereta malam2...nak pakai waze...bateri phone dah xde..

Sampai jugak aku kat ofis jam 9 mlm..aku minta guard teman aku ke tingkat 7...maklumlah gelap dan aku xde lampu suluh...bila kami keluar daripada ofis...tiba2 pulak pintu x boleh dikunci ..guard tu kena call chief security pulak...aku pun x berani nak tinggalkn ofis dlm keadaan mcm tu....bila dia sampai...masih x dpt selesaikn masalah...aku x dpt nk call sapa2...nombor semua dlm phone yg dah hbs bateri tu...

Malam makin larut....chief security cadang agar aku balik dan dia akan buat laporan segera .. aku pun  memandu ke rumah...perut terasa lapar...tadi hanya makan kuih jer..

Aku singgah isi minyak penuh di Petronas...takut apa2 berlaku lagi...jam dah melepasi 10 malam ...
Mujur kedai makan Bravos masih buka...aku pun dapatlah berbuka nasi dan ayam goreng kunyit...lega

Menghampiri jam 11 aku sampai di rumah....keletihan...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!