Saturday, October 29, 2016

DISIPLIN DIRI UNTUK SIHAT

🍇5 - 7 pagi

Waktu di mana usus besar bekerja. Mesti disiplinkan diri utk buang air besar dalam waktu ini. Jika tak, penyakit akan berkumpul.

🍇7 - 9 pagi

Wajibkan diri utk bersarapan. Jika tak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang2 orang bersarapan lewat lepas pukul 9, berat badan naik mendadak walaupun makan sekali sehari!

🍇9 - 11 pagi

Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

🍇11 - 1 petang

Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

🍇 1 - 3 petang

Usus kecil bekerja. Sebaiknya buang air besar kali kedua dalam waktu ini.

🍇 3 - 5 petang

Pundi kencing bekerja. Sebaiknya buang air kecil dalam waktu ini.

🍇 5 - 7 petang

Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

🍇7 - 9 malam

Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat pada waktu ini.

🍇9 - 11 malam

Waktu terbaik utk berehat dan tidur.

🍇11 - 1 pagi

Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

🍇1 - 3 pagi

Hati bekerja utk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga pada waktu ini berpotensi utk kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik utk deep sleep.

🍇3 - 5 pagi

Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi.

Thursday, October 27, 2016

KERANA LAUTKAH?

*renungan*

Seorang pemuda kehilangan kasutnya di laut;

lalu dia menulis di pinggir pantai..
LAUT INI PENCURI..

Tak lama datanglah nelayan yang membawa hasil tangkapan ikan begitu banyak, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI BAIK HATI..

Seorang pemuda tenggelam di lautan lalu ibunya menulis di pantai,
LAUT INI PEMBUNUH..

Tak lama datanglah Seorang lelaki yang menemukan sebongkah mutiara di dalam lautan, lalu dia menulis di pantai..

LAUT INI PENUH BERKAT..

Kemudian datanglah ombak besar dan menghapus semua tulisan di pantai itu !!!

Maka ..

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik,

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa di hargai.

Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada
siapa pun,

Kerana yang menyukai mu tidak perlu itu,

Dan yang membenci mu tidak percaya itu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik,

tapi
Siapa yang mau berbuat baik.

Jangan menghapus Persaudaraan hanya kerana sebuah Kesalahan,

Namun Hapuslah kesalahan
demi lanjutnya Persaudaraan..

Jika datang kepadamu gangguan,

Jangan berfikir bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Perih,

tapi berfikirlah bagaimana cara Membalas dengan yang lebih Baik..

Kurangi mengeluh,

teruslah berdoa dan berikhtiar,

Sibukkan diri dalam kebaikan.

Hingga keburukan 'keletihan' mengikuti mu..

wallahua'lam..

Tuesday, October 25, 2016

AKU DIUJI, INI SALAH SIAPA?

Berkali2 mesej masuk mengadu, bertanya perihal hal ehwal keluarga yang diuji.

Ibu bapa bercerai.
Adik beradik bercakaran.
Keluarga besar bermusuh.
Anak memberontak.
Keluarga tiri membenci.
Dan pelbagai lagi.

Menjadikan 'si mangsa' keliru bagaimana menghadapi semua permasalahan ini?

Tidak sedikit juga yang menjadikan 'ruang' ini untuk kononnya mencari kelainan suasana untuk melepaskan diri dari tekanan masalah.

Lantar menjunamkan diri sendiri dalam kerosakan dengan persepsi 'ini balasannya kerana kesilapan mereka', menelan bulat-bulat bisikan syaitan yang penuh tipu daya.

Perhatikan! Sejarah kemanusiaan telah lama membuktikan bahawa antara ujian yang berat bagi insan, adalah ujian dari keluarga sendiri.

Nabi Adam diuji dengan anak yang bermusuhan sesama sendiri, sehingga membunuh.

Nabi Nuh diuji dengan anak dan isteri yang menolak ajakannya.

Nabi Ibrahim diuji dengan ayah yang menyembah berhala malah menghalaunya. Kemudian diuji terpisah dari anak dan isteri.

Nabi Yusuf diuji dengan adik-beradik yang berdendam memusuhi. Kemudian diuji terpisah dari ayah dan adiknya. #BSS

Nabi Luth diuji dengan isteri yang ingkar tidak mempercayai suaminya.

Asiah diuji dengan suami yang sejahat-jahat insan pembunuh, malah mengaku di atas muka bumi.

Nabi Musa diuji dengan terpisah dari ibunya, malah membesar menyaksikan kezaliman bapa angkatnya, yakni Fir'aun terhadap kaumnya.

Nabi Muhammad sendiri diuji dengan membesar dalam keadaan yatim piatu dari usia kecil. Kemudian bertalu-talu diuji dengan kematian datuk, bapa saudara, isteri malah anak-anaknya.

Mereka semua diuji sedemikian rupa lantas meningkatkan lagi kebergantungan mereka kepadaNya, bukan sebaliknya.

Begitu juga kita sebagai mukmin yang meyakini hikmah diutusnya para Rasul sebagai contoh teladan, kita juga sepatutnya menjadi semakin dekat dan hampir kepadaNya tatkala DIUJI.

Tetapi, jika yang berlaku adalah sebaliknya. Kita semakin tersasar, jauh dariNya. Hari-hari dilalui penuh benci, takut, sedih, kesal; dan sebagainya.

Ketahuilah, kesilapan sikap kita ini tak akan pernah menjangkau luasnya rahmat Allah.

Kembalilah! Perbaikilah! Ianya di tangan kita sendiri!
__

Sunday, October 9, 2016

5 PERKARA WAJAR DILAKUKAN ISTERI AGAR REZEKI SUAMI MENGALIR DERAS

SUPAYA REZEKI SUAMI MENGALIR DERAS, ISTERI WAJAR LAKUKAN 5 PERKARA INI

      Peranan seseorang isteri tidak hanya mengatur tempat tinggal serta menjaga anak sahaja, namun juga mengatur kewangan keluarga. Berapapun nafkah yang diperoleh suami, isteri harus bijak mengatur untuk penuhi segala keperluan harian.

Sebagai isteri, ada hal-hal yang dapat dilakukan untuk meningkatkan keberkatan rezeki keluarga yang didapati dari usaha suami.

Berikut adalah amalan-amalan yang boleh dilakukan oleh si isteri untuk meningkatkan keberkatan rezeki yang diperoleh suami agar rezeki keluarga juga sentiasa melimpah-ruah:

1. Berikanlah sebahagian nafkah dari suami untuk orang-tua serta mertua.

#       Sekecil apa pun atau sedikit apa pun, asingkan sebahagian nafkah dari suami untuk orang-tua serta mertua. Meskipun hanya dengan membelikan beras atau keperluan harian yang lain, sedarilah bahawa aspek itu mampu meningkatkan keberkatan rezeki yang diperolehi.

#   Tutup telinga rapat-rapat serta janganlah pedulikan sindiran atau apabila dibanding-bandingkan dengan jumlah yang diberi dari menantu lain yang lebih besar, jangan pernah jadikan hal itu pemusnah niat baik kita.

#  Jauhi juga berfikiran seperti ini, “Jangankan untuk orang-tua, untuk keluarga sendiri pun tak cukup! ” atau “orang-tua serta mertua saya sudah kaya! ”

2. Selalu Ingatkan Suami untuk Memberi Nafkah Keluarga dengan Rezeki Halal

#       Peranan isteri yang lain adalah senantiasa mendoakan serta mengingatkan suami supaya memberi nafkah kepada keluarga dari rezeki yang halal.

≠        Kerana besarnya kepentingan rezeki yang halal demi membentuk sebuah keluarga yang baik dan dirahmati Allah.

3. Menghindari Kehidupan Yang Boros

≠        Masak sendiri dirumah lebih menjimatkan daripada makan di luar atau beli makanan dari luar. Malah isteri juga mampu menghindari keluarga dari amalan b0r0s.

≠        Bawakan bekal untuk suami agar tidak perlu makan siang diluar pejabat, juga untuk anak agar mereka tidak makan jajan atau makanan ringan.

≠        Semoga ikhtiar berhemat serta merubah lifestyle itu dapat menaikkan keberkatan rezeki keluarga.

4. Lakukan Beribadah Bersama

≠        Beribadah serta ketakwaan yang kita kerjakan bukan sahaja mendapat pahala malah mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan.

≠        Dorong keluarga untuk melakukan solat berjemaah setiap hari, malah adakan acara ibadah di rumah bersama keluarga seperti berpuasa sunnah Isnin serta Khamis, solat di tengah malam, membaca Al Quran serta yang lain.

5. Jauhi Pertikaian dalam Tempat Tinggal

≠        Pertikaian cuma akan menyalutkan kebencian serta menghilangkan keharm0nian rumah tangga.

≠        Isteri haruslah menjadi penyejuk di kala suami dalam keadaan stress, bukannya menjadi insan yang menyebabkan pertikaian semakin besar.

≠        Semoga info ini dapat memberikan manfaat serta  diamalkan dalam kehidupan keseharian agar  pendapatan suami lebih berkat, melimpah serta mengalir deras.
Kredit : fb Nasihat Ustaz

Saturday, October 1, 2016

1 Muharram 1438 H

Sempena kehadiran tahun baru 1438H Berhijrah lah kita semua..

💕 Daripada buruk kepada baik
💕 Daripada malas kepada rajin
💕 Daripada lemah kepada kuat
💕 Daripada sifat keji kepada sifat mulia
💕 Daripada alasan kepada berusaha mencari jalan
💕 Daripada dengki kepada berusaha dengan tekun
💕 Daripada ego kepada menerima pendapat dan nasihat
💕 Daripada bongkak kepada rendah hati
💕 Daripada kasar kepada beradab sopan
💕 Daripada mencari kesalahan kepada memperbaiki kesilapan
💕💕 Dan apa jua kekhilafan diperbaiki kepada kelebihan..In shaa Allah.

💐Semoga Kehadiran Tahun Baru 1438 H ini membawa sinar perubahan dan hidayah kepada kita ke arah menggapai Maghfirah dan Redha Yang Maha Esa. 💐

🔸Berubah kerana Allah dan bukan kerana manusia
🔸 Berubah dengan hati bukan ambil hati

🌏🌙⭐🕌🕋
SALAM 1438 H..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!