Tuesday, September 27, 2016

DIALOG TUHAN DAN MANUSIA

Sila baca tanpa ada gangguan bunyi-bunyian dan kalau boleh di dalam bilik berseorangan.

PERCAYALAH!! AIR MATA ANDA AKAN MENGALIR TATKALA SELESAI MEMBACA DIALOG INI.

.
Tuhan: "hamba Ku, bangunlah! Lakukan solat malam 11 rakaat!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah, tidak sanggup rasanya."
.
Tuhan: "hamba Ku, lakukan 2 rakaat syafa' dan 1 rakaat witir saja!"
.
Hamba: "Ilahi, aku lelah dan rasanya sukar bagiku untuk bangun di tengah malam."
.
Tuhan: "hambu Ku solat witir saja.."
.
Hamba: "Ilahi, aku letih sekali, apa tidak ada cara lain?"
.
Tuhan: "hamba Ku, wudhuklah sebelum tidur lalu menatap ke langit katakan YA ALLAH..."
.
Hamba: "Ilahi, aku sudah mengantuk kalau aku bangun nanti mengantuknya hilang."
.
Tuhan: "hamba Ku, tayammum saja di tempat tidur mu dan katakan YA ALLAH.."
.
Hamba: "Ilahi, udara terasa sejuk sekali, aku tak sanggup mengeluarkan tanganku dari dalam selimut."
.
Tuhan: "hamba Ku, kalau begitu sebut saja dari dalam hati YA ALLAH, dan akan kami hitung itu sebagai solat malammu."
.
Sampai disini si hamba sudah tidak peduli kerana tertidur lena.
.
Tuhan: "lihatlah wahai malaikat Ku, bagaimana telah Aku mudahkan semua baginya, akan tetapi dia pergi dari Ku dan tidur tanpa meninggalkan apapun..
Bila datang waktu subuh bangunkan dia agar dia bermunajat pada Ku, Kerana Aku merindukan suaranya."
.
Malakat: "Ya Ilahi, telah kami bangunkan dia tapi dia kembali tidur."
.
Tuhan: "bisikkan di telinganya bahawa Aku menantinya."
.
Malaikat: "Ilahi, dia tetap tidur."
.
Tuhan: "katakan, sudah azan...sebentar lagi matahari terbit. Bangunlah sebelum habis waktu subuh kerana aku ingin memberkati sepanjang harinya."
.
Malaikat: "Ilahi, apa Engkau tidak ingin marah padanya?"
.
Tuhan: "Hamba ku tidak memiliki siapapun selain Aku, Aku menangguh marah Ku menunggu dia bertaubat. Hamba Ku, ketika engkau solat Aku memandangmu, seakan Aku tidak memiliki hamba selainmu... Namun engkau lalai seakan kau memiliki ratusan Tuhan....??!.
.
Betapa PENYAYANG ENGKAU YA ILAHI..
Betapa PENGAMPUN ENGKAU YA ILAHI..
Betapa AGUNG ENGKAU YA ILAHI... Ampuni kami hambaMu yang lemah ini"

Credit to Ahmad Fahmi Othman

Sunday, September 25, 2016

SYAIR TAUBAT

Kata nasihat agama dan syair:
Bismillahirrahmaanirrahim

Abu Musa r.a meriwayatkan
bahawa Nabi s.a.w bersabda,

"Allah menghulurkan tangan rahmatNya sepanjang malam supaya pendosa-pendosa pada waktu siang bertaubat.
Dan Dia menghulur tangan rahmatNya sepanjang siang supaya pendosa-pendosa pada waktu malam bertaubat.
(Keadaan ini berterusan) sehingga matahari terbit dari barat (selepas itu taubat tidak akan diterima lagi)."
-Hadis Riwayat Muslim-

Wahai zat yang maha mulia
Engkaulah zat yang memuliakan hambamu .
Aku yang berharap pada-Mu

Wahai zat yang maha suci
Ku adukan semua keluhku
hanya pada-Mu

Wahai zat yang maha agung
Ku mohonkan ampunan untuk dosa ku yang tak terhingga
Aku telah mengotori keindahan dunia mu dengan kemaksiatanku
Aku yang hina di hadapan-Mu
Memohon dalam sujud tafakurku
Berpasrah diri atas jiwa ini
Yang hidup dalam balutan dosa
Tak sanggup diri ini ya Allah
Di neraka kekal abadi itu...

Namun tak layak aku  jua
mengecap nikmat syurga Mu.....

Sebuah harapan pengampunanMu yang tidak bertepian bahwa rahmatMu amat luas  dan tiada pnghujung....

Ya Ilahi....

Di sini aku berdiri lagi
berfikir tentang diri....
Sampai bila aku begini??
Oh Tuhan, mohon ampuni diri ini....
Dosa dosa selalu menghantui...
Tapi satu yang ku pasti...
Aku begitu meyakini...
Engkau sentiasa mengampuni...
Jadilah ia penyedap hati...

Hari demi hari....
Usia ku mula berlalu pergi
Tidak tahu berapa lama lagi
Aku akan pergi....

Berjihad melawan nafsu
dalam diri...
Bukan mudah...

Namun begitu bererti
sekiranya kita mengerti...
Ya Allah ya Ilahi...
Beri petunjuk pada ku yang
amat lemah umpama
buih lautan ini.....

Ya Rahim ya Rahman..
Ya Rabbi ....
Ampunkan aku yang telah
lupa pada mu ..
Walau segala nikmat
telah kukecapi....
Bukakanlah pintu rahmat Mu
dan... Redha lah diriku
bersama Mu

Aamiin  Aamin
ya Allah.

Saturday, September 10, 2016

KISAH DHUHA DAN SEORANG GURU BM

Copy paste dari fb seorang teman. Satu nukilan yang amat menarik untuk saya kongsi....

Waktu-waktu dhuha ni saya teringat kepada guru BM saya ketika zaman SPM. Puan Siti Laila Jabin. Status saya sebelum ni pun ada menceritakan tentang beliau. Ramai orang share tu tak penting bagi saya, biarlah ramai yang dapat manfaat. Boleh scroll dan baca. Siapa ex classmate dengan saya, mereka akan kenal siapa Cikgu Laila ni.

Untuk pengetahuan, kelas BM kami kadang pada awal pagi, dan kadang tengah hari lepas zohor waktu Sabah. Kalau kelas pagi dan masuk waktu dhuha beliau akan minta izin beberapa minit untuk keluar solat kejap. Kadang-kadang beliau habiskan semua silibus dulu then cepat-cepat turun nak kejar dhuha. Memang tak skip lah. Istiqamah gila.

Kalau dalam kelas, antara semua student. Saya boleh dikatakan antara pelajar yang paling rapat dengan cikgu laila. Kadang tolong dia angkat buku ke bilik dia. Dan bagi saya ia adalah peluang keemasan untuk saya tanya dan tanya apa-apa kepada beliau. Saya pernah tanya kenapa cikgu suka buat dhuha ?

Jawapan dia cukup pendek tapi deep. " Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Beliau seorang guru yang sangat penyayang, sangat memahami, sangat positif, dan sangat suka berkongsi. Kadang-kadang beliau cerita kat depan papan tulis sambil menangis-nangis. Kadang ada cerita yang boleh buat pelajar tergelak non-stop. Tak percaya kalian boleh tanya mana-mana pelajar SM Teknik Keningau yang pernah diajar oleh beliau.

Hal yang paling sensitif bagi beliau bila melibatkan tentang ibu ayah yang tak hargai anak-anak. Atau anak-anak yang tak hargai ibu ayah. Ataupun penindasan-penindasan terhadap anak kecil di syria. Confirm 100% mesti ada air mata jatuh dalam ramai-ramai student yang dengar. Pendek kata, setiap apa yang dilafaz oleh cikgu laila tak pernah tak singgah dalam hati. Pelajar lelaki yang samseng asyik ponteng pun boleh insaf. Fuh. Respect.

Oh ya, beliau dah bertahun berumah-tangga tapi tak dikurniakan zuriat. Ada pelajar yang 'terlepas' mulut kat cikgu, cikgu solat dhuha sebab nak zuriat ke ?

Cikgu terdiam lama. Kemudian dia senyum. Dan jawab seperti biasa.

" Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Bila kami push tanya macam-macam, cikgu berkongsi kisah rupanya beliau selama ini walaupun tak dikurniakan cahaya mata, tapi beliau dikurniakan seorang suami yang cukup cukup baik. Penyayang. Bertanggungjawab. Pemaaf. Pengasih. Prihatin. Pemurah. Semualah yang baik-baik. Sampaikan cikgu kata dah tak tahu celah mana buruk suami dia sebab tak pernah setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau menyakitkan hati, tak pernah. Tak pernah tangan suami beliau menyakiti cikgu. Tak pernah. Tak pernah lagi bergaduh sampai memakan 2 3 hari. Paling lama pun 15 minit. Tak pernah lagi tinggalkan beliau saat susah atau saat ditimpa bermacam ujian. Tak pernah suami beliau lupa untuk lafaz ayat yang sama tiap kali tidur malam,

" Abang maafkan segala silap sayang sepanjang hari ini. Abang redha kepada sayang untuk masuk syurga Allah. "

Tak pernah lagi suami beliau mencanang aib dan keburukan isteri beliau walaupun di hadapan keluarga atau kawan rapat. Tak pernah buka mulut kelemahan-kelemahan isteri beliau. Dan kalau nak tahu, every 1 hour dalam kelas 'wajib' berdering telefon bimbit cikgu panggilan masuk daripada suami atau mesej yang bertanyakan isterinya hari ini dekat mana? Dah makan ke belum ? Jaga diri. I love u. Pun begitu, beliau akan meminta izin kepada kami jika nak angkat kol dari sesiapa.

Maha suci Allah !

Cikgu laila seorang yang percayakan suaminya. Telefon suami memang tak cek. Jarang cek. Sebab suami pun selalu letak atas meja tanpa password. Tanpa security. Satu hari hp suami berbunyi, suami tengah lelap. Terdetik di hati nak buka mesej. Bila buka mesej menangis cikgu depan hp.

Nak tau sebab apa ? Sebab beliau scroll semua mesej yang dihantar oleh seorang wanita yang cuba memikat suami cikgu. Banyak mesej tak reply dan ada 1, 2 kali saja suaminya reply. Yang berbunyi seperti berikut,

" Saya sudah beristeri dan saya sayangkan isteri saya kerana Allah. Mohon cik tidak menggangu lagi. "

Menangis cikgu depan skrin. Sampai tahap macam tu suaminya begitu setia dan tulus terhadap beliau. Cikgu ada je membenarkan untuk suaminya berpoligami kalau nak zuriat tapi tetap memilih untuk setia dan katanya itu hanya ujian bersama. Subhanallah!

Menangis beb dengar. Mana nak dapat laki macam tu hari ini ? Mana nak cari ? Mana nak jumpa ?

Saya ingat lagi saat beliau ceritakan detik-detik cemas. Cikgu mesej suami sinki jatuh. Mesej yang cukup pendek. Kemudian suami dia terus pecut balik rumah semata nak tengok isteri dia cedera ke tak. Padahal sinki jatuh je pun. Tergelak cikgu bila tengok suami sampai rumah. Tapi orang yang dengar semua kisah cikgu memang boleh menitiskan air mata.

Cikgu buat dhuha tanda terima kasih kepada Tuhan. Tak kisahlah berterima kasih dari segi apa.

Suami yang baik ke.
Isteri yang taat ke.
Anak-anak yang soleh ke.
Rezeki yang melimpah-ruah ke.
Keluarga yang bahagia ke.

Dan banyak lagi, hatta kata cikgu,

" Kaki cikgu nak naik turun tangga pergi ke kelas bagi tujuan mengajar pun satu nikmat besar. "

Subhanallah.

Bila seorang muslim itu bersangka baik kepada Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang kadang tak terfikir logik dek akal.

Kita selalu kata, Bila kita mencintai seseorang, kita rasa nak je dekat dengan orang tu. Tapi begitu ke perasaan nak 'dekat' kita dengan Allah?

Saya tak sempurna. Saya hanya berkongsi.

Semoga semua dapat manfaat.

Let us become better.

Have faith !

P/s: Feel free to share.

😊

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!