Wednesday, December 27, 2017

6 SOALAN MEMBINA PELAN 5 TAHUN KE DEPAN

Bagaimana Anda Nak Bina Pelan Kehidupan Anda 5 Tahun Ke Depan?

oleh Team Richworks pada 13 December 2017

Jika anda tak biasa menulis pelan atau jadual waktu harian anda, mula biasakan dari sekarang. Itu adalah salah satu resepi kejayaan anda sebagai seorang usahawan, mahupun sebagai seorang individu.

Kata kuncinya, rangka dan TULIS pelan anda. Kerana sesiapa yang merangka dan punyai pelan, pasti akan perlu membuat tindakan. Untuk menuju ke arah matlamat anda secara sistematik, anda perlukan pelan tindakan. Kenapa 5 tahun? 5 tahun adalah waktu yang sedang elok. Tak terlalu panjang, tak terlalu pendek untuk tetapkan matlamat jangka panjang. 10 tahun kedengaran agak lama dan banyak ruang untuk anda berlengah. 3 tahun terlalu pendek. 5 adalah paling sesuai.

Bagaimana nak bina pelan 5 tahun anda?

Tanya 6 soalan ini. Tanya pada diri dan tuliskan jawapannya. Tanya dan tulis jawapan mengikut garis masa anda selama 5 tahun. TULIS di atas kertas. Ada 4 matlamat peribadi utama yang perlu anda perhatikan semasa membuat pelan 5 tahun ini.

PersonalKewanganKerjayaPerhubungan

6 soalan ini perlu menjawab 4 perkara di atas. Apa 6 soalanitu?

Apa yang anda nak ubah tahun ini?

Contoh, keadaan kehidupan dan kewangan anda yang bagaimana yang anda nak ubah? Anda nak ubah tahap sekarang kepada tahap yang bagaimana? Apa target spesifik anda? Adakah anda mahukan lebih masa untuk keluarga dan beribadah? Adakah anda nak lebih sistematik dalam soal kewangan? Tulis untuk setiap tahun.

Di mana tempat tinggal anda tahun ini?

Adakah anda nak tinggal di rumah yang sama? Dengan kenderaan dan ahli keluarga yang sama? Atau anda mahu upgrade? Apa jenis rumah yang anda mahu, berapa kos yang anda perlukan? Tuliskan supaya anda dapat jangka dan simpan secukupnya demi matlamat anda itu.

Bagaimana nak tingkatkan keadaan diri tahun ini?

Ini lebih kepada kesihatan anda terutamanya. Anda nak lebih sihat dari segi apa? Adakah anda nak mulakan diet, senaman, atau gaya hidup baru? Letakkan target yang boleh dicapai dan boleh diukur serta realistik. Jika anda nak turunkan berat badan, berapa kilo dalam sebulan? Tulis sesuatu yang mampu tercapai supaya anda nampak dan yakin anda boleh. Jika lebih, ia bonus.

Langkah apa perlu diambil untuk stabil dan tingkatkan keselamatan kewangan?

Apa yang anda nak dan perlu buat supaya anda ada kewangan yang kukuh? Adakah dengan mengharap gaji naik? Jualan bertambah? Kos kurang? Buat draf untuk hari pencen anda. Berapa yang anda perlukan untuk anda hidup senang seperti sekarang, pada masa anda sudah pencen kelak?

Apa perkara menyeronokkan yang anda nak buat tahun ini?

Ini penting kerana menggembirakan diri sendiri bakal membuatkan diri anda lebih produktif kemudiannya. Anda nak pergi bercuti? Ke mana? Dengan siapa? Menaiki apa? Anda nak sertai kem? Apa sahaja yang menyeronokkan dan menggembirakan. Diri anda sepatutnya menjadi prioriti anda

Matlamat apa yang anda ada untuk keluarga anda?

Apa yang anda nak keluarga anda dapat? Adakah pendidikan lebih baik? Adakah anda nak mulakan keluarga anda sendiri? Adakah anda nak hadiahkan rumah pada ibu bapa? Tuliskan sesuatu yang mampu dicapai dan campurkan dengan sedikit impian dan angan-angan. Ini mungkin menjadi penyebab untuk anda bekerja lebih keras dan gigih untuk merealisasikan matlamat anda.

Yang penting anda kena tulis dengan jujur. Dan tuliskan sesuatu yang bukan mustahil dan bila anda dah mula menulis, pastikan ia tak berakhir dengan tulisan tapi terus bermula dengan tindakan.

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.

8 TIP PENTING UNTUK MEREKA YANG MAKAN GAJI SUPAYA MAMPU BERSARA DENGAN KEWANGAN YANG BAGUS

Dipetik dari page Dr Azizan 

Adakah seronok bila kita mendapat gaji ketika hujung bulan?

Mestilah seronok, kerja 20-24 hari sebulan then sehari dapat gaji! Tapi, persoalannya adakah keseronokan itu mampu berpanjangan hingga selepas kita bersara? Jika panjang umur.

Masa saya kerja dulu-dulu pun, seronok bila dapat gaji apatah lagi selepas “kekeringan wang” lebih separuh bulan. Tapi, dapat sahaja gaji yang sehari itu, masuk pagi duit dalam account, by petang atau paling lewat esoknya, Insya Allah dah “game over” bayar hutang. Itu pun ada lagi belum selesai.

Itu tahun 1995-97. Gaji RM1, 500. Bekerja di stockbroking firm.

Hari ini saya nak tanya soalan-soalan penting ini:-

• Adakah anda rasa nilai wang anda semakin bagus?

• Adakah anda rasa kuasa membeli duit anda semakin tinggi?

• Adakah anda rasa dengan pendapatan dari gaji semata-mata adalah cukup untuk bersara dengan semakin sihat dan tenang (Jika panjang umur)?

Ramai hari ini seronok kerana masih ada gaji kan. Siapa tidak?

Cuma tidak ramai yang mempunyai pelan kewangan dan pelaburan yang bagus dan teratur untuk mereka lebih bersedia samada untuk bertahan di dalam ekonomi hari ini atau untuk persaraan mereka. Tidak kisahlah anda bekerja atau berniaga. Sebenarnya peluang untuk setiap daripada anda hidup dalam keadaan kewangan yang tertekan adalah tinggi.

Gaji anda samada rendah atau sederhana pasti akan terkesan dengan kos sara hidup semakin meningkat. Hutang yang tidak putus-putus dan makin banyak tertunggak.

• Kos sara hidup meningkat.

• Kos membesarkan anak-anak meningkat.

• Harga hartanah / rumah yang meningkat walaupun rumah kos rendah.

• Kos bahan binaan juga semakin meningkat.

• Kos pendidikan semakin mahal sedangkan tahap gaji kelayakan yang tinggi pun semakin rendah.

• Kos perubatan meningkat.

Dalam banyak-banyak kos di atas, cuba bayangkan satu daripadanya, sebagai contoh kos perubatan yang hari ini sudah meningkat ke tahap yang luar biasa 20-30 tahun lagi. Waktu itu, kita yang hari ini umur dalam lingkungan 30-40an akan berumur di antara 50-70an.

Adakah kos tersebut masih sama dengan hari ini. Jangan sampai tahap, hari ini kita guna kesihatan untuk mengejar kewangan, malangnya kewangan tersebut tak mampu nak beli kembali kesihatan ketika kita di ambang usia suatu hari nanti.

Sebab itu saya tertarik dengan amaran yang tertulis di sebuah billboard di Jakarta yang menyebut: “Jika anda tidak ada duit, anda perlu pastikan anda tidak sakit.”

Sesiapa yang ada terbaca berita semalam, 88% pekerja bimbang tak cukup duit bila bersara, klikhttp://www.malaysiakini.com/news/287551 untuk maklumat selanjutnya.

Jangan fikir pasal orang lain. Lihat dalam-dalam ke dalam diri kita hari ini. Adakah kita juga tergolong di kalangan 88% tersebut? Masalah itu tidak akan selesai sehingga kita belajar dan bertindak mencari jalan selesaikannya.

Apa “jalan” yang ada? Kerana jika teruskan meminjam bukanlah pilihan yang terbaik, short term ok tapi lama-kelamaan beban hutang kita akan sesak ke kepala.

Sebagai respon pada berita semalam, ada 8 cadangan yang saya ingin berikan:-

1. Jika anda bekerja, upgrade diri supaya dinaikkan gaji. Samada sambung belajar secara part-time sambil bekerja. Faktor kelulusan banyak mempengaruhi gaji seseorang di banyak syarikat atau sektor kerajaan.

2. Tukar kerja yang lebih tinggi gajinya, cuma masalah ini hanya berbentuk strategi jangka pendek atau upgrade ilmu atau kemahiran diri untuk melayakkan diri mendapatkan gaji yang lebih tinggi.

3. Berniaga atau membuat Pelaburan samada secara sepenuh masa atau sampingan. Cuma jangan mula dengan modal yang besar serta mestilah sedia untuk belajar ilmu berniaga dan melabur samada melalui membaca buku yang bagus atau hadir seminar yang terbukti melahirkan ramai yang berjaya.

4. Yang paling penting adalah belajar uruskan duit kerana duit sikit boleh jadi banyak jika diurus dengan baik. Begitu juga sebaliknya, banyak boleh jadi sedikit atau habis jika tidak pandai uruskan.

5. Tahan nafsu. Stop belanja makan di luar. Kurangkan window shopping. Kurangkan ke tempat yang mampu “menggalakkan” kita berbelanja mengikut “nafsu”. Kurangkan kos, kurangkan kos dan kurangkan kos.

6. Simpan duit, simpan duit dan simpan duit.  Ini nasihat yang paling asas sebelum anda ada ilmu “memberanakkan” duit. Walaupun belum tahu berniaga atau melabur, anda mesti simpan sedikit duit secara berdisiplin. Set sasaran atau target berapa anda mesti simpan setiap bulan dan duit itu TIDAK BOLEH digunakan langsung melainkan bila ada ilmu pelaburan.

7/ Jangan sertai skim cepat kaya atau meminjam untuk masuk skim cepat kaya. Berhati-hati dengan pelbagai skim yang boleh “menghilangkan” duit anda apatah lagi jika ianya di senarai hitam oleh Bank Negara Malaysia

8/ Sedekah sedikit. Sebab sedekah telah terbukti memberikan keberkatan kepada rezeki kita. Cuba mulakan dengan jumlah yang paling kecil yang kita mampu. Dan lakukan secara konsisten. Anda akan merasai keberkatannya nanti.

Semua orang ingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajar.

Sudah masanya untuk anda berfikir tentang masa depan dan bagaimana mengatur serta meningkatkan kewangan anda secara serius.

Azizan Osman

—————————————————

Like this words…

Semua orang ingin ubah hidup tetapi ramai orang tidak mahu ubah sikap serta belajar....

Hak Cipta Terpelihara 2017 © Richworks International Sdn. Bhd.

Tuesday, December 26, 2017

18 EASY LIVE CHANGES TO START 2018

My life was also... not good this year, so I wrote a list of tips on how we can all actively try to make our 2018 better.

1. Cut toxic people from your life.

It might be cliché to say, but it's so empowering to do. If people aren't adding value to your life, whether it be friendships or relationships, don't be afraid to put you first and cut ties with them.

2. And learn how to accept defeat when you need to, and know when to move on

You know how the saying goes, you should fight for what you want. But sometimes you need to know when things aren't worth the fight anymore. There's no shame in accepting defeat and moving on with your life. In fact, you're better off leaving people, things, and places that aren't right for you behind. Trust me.

3. De-clutter everything digitally.

You look at your phone and laptop every day, so they should be just as clean as your working and living spaces. Do a total digital clean out: remove apps that you no longer use, delete photos that you don't need, clear your old laptop downloads, and change your backgrounds for a fresh look in time for the new year.

4. And bring your inbox to zero before the year starts.

Seeing an ever-growing number on anything can be stressful, but especially on your emails. The longer you leave your increasing unread emails untouched, the less likely you are to ever do anything about it. So start the year right to keep your inbox manageable throughout the year.

5. Put your health first, both mental and physical.

"Getting healthy" for your New Year's resolution shouldn't just be focused on your physical health. Sure, running on a treadmill is great but it won't do much for your mind if you're tired and stressed. Try meditation, breathing exercises, or even talking to a professional, if you feel you need it.

6. And ask for help when you need it.

It's not shameful to ask for assistance when it's needed, both in your work and personal life. It's not weak to ask for help and you should get into the habit of reaching out to others when you can't do, or handle, something yourself.

7. Do a major closet clean out.

Just get rid of everything you don't need or don't use. Stop holding onto clothes you've not worn in the last six months or the ones that you'll "fit into one day", and de-clutter your life. You'll have more space and feel a lot less guilty when you do buy something new!

8. And do a deep clean of everything, like your house, your car, and your work desk.

We often put up with mess with the mindset of "I'll clean it when I have time". But the thing is, you'll never really have the time for it, if you don't make time for it. If you do a major clean at the start of the year, it's so much easier to maintain for the rest of the year.

9. Write a list of goals by year, month, and week.

Yeah, New Year's resolutions are well and good, but it's rare that you actually stick to them past the first six weeks of the year. Try thinking about what you want to achieve with attainable yearly, monthly, and weekly goals. This'll make them easier to stick to and actually do through the year!

10. Challenge yourself by finding a new hobby or commit to learning something new.

If you have bad habits you want to change, it might be time to find a new hobby to fill your time. Replace five hours of Netflix time a week with gardening, or even learning a new language. By the year's end, you'll feel accomplished that you stuck to something and gained a new skill.

11. Put a focus on a good night's sleep.

A solid eight-hour sleep is so good for you. You wake up feeling energised and recovered, and in turn, more productive. Make it a goal in 2018 to get eight hours every night. Sure, it won't always happen, but just planning your days around a solid sleep will ensure you'll get it way more than you did in 2017.

12. Get in the habit of making your bed.

It's simple, sure, but it works. During the times where your life is a bit of a mess, you can't underestimate the power of a freshly-made bed to collapse into after a long day. The habit of making your bed can also be a pretty therapeutic part of your morning routine too!

13. Change your perspective.

Perspective really is key to your happiness. In 2018, try to change your thinking, and stop comparing what you have and what you're doing to others. Or, if you're stuck in a "now" mindset, try to look at the bigger picture.

14. Don't say "yes" to things you don't really want to do.

Something I learned late this year was that you don't owe anyone anything. You're not obligated to do anything, and you definitely shouldn't feel guilty for taking time for you. If you're not in the mood to do something, or if you're too tired and would prefer sleep, you should feel confident in saying "no" when you feel you need to in 2018.

15. Review your finances, set goals, and create a savings plan.

Boring, I know, but it really is good to do. Even if your goal is something small like a weekend getaway, analysing your spending habits and finding where you have more room to save will make rewarding yourself easier. It might be as simple as eating out one less day a week for a few months to afford those shoes you've always wanted.

16. Actively try to do something nice for someone every day.

Think about how good you feel when someone randomly compliments you when you're feeling shitty. It really doesn't have to be anything big, but being nicer to people will not only make their day, but it'll make you feel better about yourself too!

17. Buy yourself a plant.

Hang on, hear me out. It sounds silly, I know, but buying something that you need to take care of will teach you responsibility and give you a routine. The five minutes out of your day that it'll take to water your plant will give you five minutes to yourself, and you don't realise how valuable five minutes of unplugged alone time can be.

18. And leave any and all bad vibes in 2017 where they belong.

Sure, 2017 had some shitty moments but what exactly are you going to gain by dragging drama from the past into the new year? Start fresh and leave all the negativity in 2017 where it belongs.

BuzzFeed HomeSitemap© 2017 BuzzFeed, Inc.

 Share

Thursday, December 14, 2017

30 PERKARA MENJEMPUT RAHMAT ALLAH DALAM KELUARGA

Assalamualaikum..hari ni saya nak share sikit beberapa points penting yang saya belajar daripada 4 tokoh yang amat saya kagumi (Ustaz Ebit Lew, Ustazah Fatima Syarha, Ustaz Pahrol dan Ustaz Hariyanto) di Seminar Keluarga Sunnah di Matrade KL, Sabtu lepas.
.
Baca, jgn scroll je.. rugi besar kalau tak baca sampai habis.. sgt bermanafaat... tapi kalau malas baca tu x dapek den nk tolong..
Baca dan perlahan-lahan ubah ke arah yang lebih baik.
Kita usaha sama-sama, ok?
.
.
🔴1. Jaga solat awal waktu, PASTI keluarga akan bahagia. Beza orang yang sekadar solat dengan orang yang solat di awal waktu, ibarat langit dan bumi. Jauh bezanya. Dan Allah akan hujani rezeki pada rumah orang-orang yang jaga solat di awal waktu.
.
🔴 2.Wujudkan ta'lim dalam rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Ta'lim adalah sesi berkumpul sekeluarga dan bercerita tentang Allah, kisah nabi, tafsir quran, atau hadis2. Jadikan rumah kita sebahagian dari taman syurga.
.
🔴 3.Wujudkan 3 waktu ini dalam keluarga, sekurang-kurangnya sekali sehari: Solat berjemaah, Makan berjemaah, dan Bercerita/berbual.Dan dalam ketiga-tiga waktu ini, haramkan handphone dan TV.
.
🔴 4.Menguap atau melihat handphone ketika pasangan atau anak-anak sedang bercerita, adalah akhlak yang sangat buruk.
.
🔴 5.Sebut nama pasangan dan anak-anak dalam doa selepas solat, setiap hari.
.
🔴 6.Banyakkan menyebut "ya arhamar rahimin" (Yang Maha Pengasih dan Penyayang). Supaya setiap anggota keluarga kita juga sentiasa ada dua sifat itu-- penyayang dan pengasih.
.
🔴 7.Hindari sikap MALAS. Buang perkataan MALAS dalam kamus hidup. Allah benci orang yang malas, Allah menyempitkan rezeki orang yang malas. Kurangkan tidur, kurangkan makan, kurangkan social media, kurangkan berhibur. Kerana itu punca malas.
.
🔴 8.Tanda Allah sayang keluarga kita ialah bila setiap ahli keluarga mampu berlembut dan bertoleransi sesama sendiri. Kalau kita masih berkasar, kerap bertelingkah, kuat merajuk, pentingkan diri sendiri, maksudnya keluarga kita masih jauh dari Allah.
.
🔴 9.Orang yang paling kaya dan bahagia adalah orang yang kenal Allah, percaya Allah, RASA Allah sentiasa melihat, dan yakin setiap musibah dan nikmat itu adalah kerana kasih sayang Allah.
.
🔴 10.Apa ciri-ciri rumah yang Allah suka? Rumah yang sentiasa bersedia menyambut Rasulullah saw sebagai tetamu. Bayangkan Rasulullah nak datang rumah kita petang ni. Adakah kita akan malu atau mengelak? Adakah kita akan sorokkan mana2 majalah, DVD, frame gambar? Adakah kita akan hulurkan Quran yang berhabuk (dah lama tak baca) kepada Rasulullah? Atau adakah kita dalam keadaan yang sentiasa bersedia untuk menyambut Rasulullah, dan yakin baginda akan suka berkunjung ke rumah kita? Tepuk dada.
.
🔴 11.Nafkah wajib seorang suami kepada isterinya ada 3: Tempat tinggal, Makanan, Pakaian. Suami isteri yang tinggal di rumah mak atau mak mertua atas sebarang sebab, bermaksud suami belum menyempurnakan nafkah tempat tinggal. Tapi kalau tiada pilihan, suami tetap perlu beri bayaran sewa (atau sumbangan setimpal) kepada tuan rumah, bagi menyempurnakan nafkah tersebut. Ini kewajipan. Dan kalau tak ditunaikan, suami akan menanggung dosanya, dan boleh jadi asbab rezeki keluarga sempit dan rumahtangga tak bahagia.
.
🔴 12.Rasulullah saw tak pernah merungut apabila makanan yang disediakan isterinya tak sedap, kekurangan pada sikap/layanan isterinya, kenakalan anak-anak, sikap ego orang tua, rajuk/cemburu isterinya, atau sebarang kesusahan dalam rumahtangga. Rasulullah tak pernah merungut. Kerana merungut adalah salah satu tanda hati telah hitam.
.
🔴 13.Macam mana nak bersihkan hati yang hitam? Rajin basuh toilet, bersihkan rumah. Kerja-kerja "kotor" sebegini akan membersihkan hati dan menundukkan jiwa. Sambil bersihkan tandas, repeat dalam hati--
"Rajiah, kau bukan siapa-siapa, kau takde apa-apa, kau tak pernah buat apa-apa. Semua kebaikan yang ada pada kau, adalah kuasa dan pertolongan Allah semata-mata." 😭
.
🔴 14.Setiap kali kita nampak keburukan atau kekurangan pada pasangan dan anak-anak--
SABAR.
Betulkan diri sendiri dulu. Kadang2 kekurangan itu bukan pada pasangan atau anak-anak, tapi pada diri sendiri yang gagal bersyukur, gagal mendidik dan gagal menjadi contoh yang baik. Orang yang betul2 yakin dengan Allah, tak pernah pandang rendah pada orang lain, termasuk dirinya sendiri.
.
🔴 15.Setiap kali buat kebaikan, jangan harapkan pujian daripada pasangan, tapi harapkan Allah pandang dan Allah sayang. Sebab bila Allah sayang, automatik seluruh makhlukNya sayang pada kita.
.
🔴 16.Kekalkan mawaddah (romantik) dalam rumahtangga. Jalan pegang tangan, baring atas riba pasangan, peluk pasangan, pandang wajah pasangan dengan rasa cinta. Biarpun di hadapan anak-anak.
.
🔴 17.Ringankan mulut untuk ucapkan kata cinta, kata penghargaan, pujian dan dorongan kepada pasangan dan anak-anak setiap hari. Itu akan melembutkan hati dan mengeratkan hubungan.
.
🔴 18.Rasulullah saw tak pernah pukul/rotan/kurung/ikat/meninggikan suara kepada pasangan dan anak-anak. Baginda bijak menggunakan kemahiran komunikasi dan tutur kata yang berhemah untuk selesaikan sebarang konflik dan stress. Kekerasan dan kekasaran fizikal hanya akan mengeraskan hati dan menjarakkan hubungan.
.
🔴 19.Cara hidup kita menentukan cara mati kita. Dan cara mati kita menentukan cara kita dibangkitkan semula nanti. So kalau nak kesudahan yang baik, betulkan cara hidup bermula sekarang!
.
🔴 20.Sentiasa buat kebaikan, walaupun kepada pasangan yang tak pandai menghargai, pasangan yang ego, pasangan yang jahil, pasangan yang tak membalas kebaikan tersebut. Kerana setiap kebaikan yang kita buat, pasti akan dibalas oleh Allah. Buat baik, sebab nak Allah sayang, bukan sebab nak pasangan sayang. Ingat, tiada satu pun kebaikan yang sia-sia!
.
🔴 21.Rumahtangga yang sejahtera adalah salah satu syurga dunia. Sesiapa yang tak berusaha untuk capai syurga dunia, tak akan mampu beroleh syurga di akhirat nanti. Maka penting untuk kita berusaha capai keluarga sejahtera, sebelum mati.
.
🔴 22.Suami yang rajin tolong basuh pinggan, bukan suami dayus. Suami yang rajin tolong sidai baju, bukan suami dayus. Suami yang tolong mandikan anak-anak, bukan suami dayus. Suami yang patuh cakap isterinya, bukan suami dayus. Tapi suami dayus, adalah suami yang tak mampu membimbing isterinya ke jalan Allah, tak mampu menjaga aurat isterinya, tak mampu membentengi isterinya dari azab api neraka.
.
🔴 23.Rumahtangga yang sentiasa ada solat dan zikir di dalamnya, pasti akan tenang dan bahagia.
.
🔴 24.Jarak sesuatu masalah dengan penyelesaiannya, ibarat jarak dahi dengan tempat sujud. Apa pun konflik dalam rumahtangga, kembali pada Allah.
.
🔴 25.Kualiti sesebuah keluarga terletak pada kualiti solat anggotanya.
.
🔴 26.Sentiasa bersedekah sesama anggota keluarga. Kerana sedekah itu lebih tajam daripada doa.
.
🔴 27.Keluarga adalah asas hidup. Kalau keluarga sejahtera, seluruh perjalanan hidup akan mudah.
.
🔴 28.Seorang suami perlu ada sifat "ghirrah". (Bukan ghairah. Itu memang dah confirm ada. 😂) Ghirrah bermaksud cemburu. Cemburu yang bertujuan untuk memelihara kehormatan isteri dan menghindar isteri daripada maksiat dan dosa. Contoh, kalau isteri nak keluar dengan kawan2, suami boleh izinkan. Dengan syarat, auratnya terpelihara, pergaulannya terjaga.
.
🔴 29.Doa bila rumahtangga dilanda badai atau musibah:
Surah At-Taubah, ayat 128-129.
Ini doa favourite Rasulullah saw.
.
🔴 30.Doa supaya satu keluarga sentiasa jaga solat:
Surah Ibrahim, ayat 40.
.
🔴 31.Doa supaya Allah sentiasa pelihara ibu bapa kita, dan jadikan anak-anak kita taat:
Surah Al-Ahqaf, ayat 15.
.
🔴 32.Doa memohon zuriat, dan agar Allah sentiasa beri kesabaran ketika belum ada zuriat:
Surah Maryam, ayat 1-10.
.
.
Semoga apa yang saya kongsikan ini bermanfaat, dan menjemput rahmat Allah ke dalam keluarga kalian.
.
Ini cuma perkongsian.
Bukan nasihat, atau jauh sekali nak tunjuk bagus.
.
Sama-sama kita berlapang dada,
cuba ikut sunnah Rasulullah,
dan perlahan-lahan kayuh kembali kepada Allah.
.
Sementara masih dipinjamkan nyawa ni.
Kan? 😊

.(C&P....for sharing)

Friday, December 1, 2017

HOW TO KEEP YOUR WIFE HAPPY

Saya terbaca satu post menarik daripada rakan FB iaitu Rozy Rosly untuk dikongsi bersama.

How to keep wife happy . . . .!

It's really not difficult to make a wife happy.

A husband only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a man
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
14. a charmer
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a bug exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. Very clean
24. Sympathetic
25. Athletic
26. Warm
27. Attentive
28. Gallant
29. Intelligent
30. Funny
31. Creative
32. Tender
33. Strong
34. Understanding
35. Tolerant
36. Prudent
37. Ambitious
38. Capable
39. Courageous
40. Determined
41. True
42. Dependable
43. Passionate
44. Compassionate

AND, WITHOUT FORGETTING TO:

45. Give her compliments frequently
46. Love shopping
47. Be honest
48. Be very rich
49. Never stress her
50. Never look at other women!

AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

51. Give her lots of attention, but expect little yourself
52. Give her lots of time, especially time for herself
53. Give her lots of space

AND, VERY IMPORTANT:

54. Never to forget:

* birthdays
* anniversaries
* her favorite color
* her favorite flower
* her favorite gem
* her favorite fragrance
* her favorite memories
* her favorite holidays
* her favorite friends
* her favorite vacation destinations
* her favorite beverage
* her favorite food
* her favorite restaurant
* any arrangements she makes
---------------------
And Now,

HOW TO MAKE HUSBAND HAPPY

Just leave him alone.....with his TV remote and mobile phone...and his favourite drink.....And he'll be just fine... 😳😀😃😝😜

Dedicated to all .....married people. 😄 😜 😜

Monday, October 30, 2017

15 NASIHAT UNTUK YANG DAH BERUMUR 50 TAHU

BERAPA UMURMU?  -  SUDAH 50 TAHUN?

"Allah tidak lagi memberi alasan bagi siapa yang telah dipanjangkan umurnya hingga 50 tahun"
(Hadith Riwayat Bukhari)

Al-Khattabi berkata : "Maknanya, orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 50 tahun, tidak diterima lagi keuzuran/alasan. kerana usia 50 tahun merupakan usia yang dekat dengan kematian...

Maka inilah kesempatan untuk memperbanyak taubat, beribadah dengan khusyuk, dan bersiap2 bertemu Allah."
(Tafsir al-Qurthubi)

Fudhail bin Iyadh berkata kepada seseorang yang telah mencapai umur 50 tahun,

*Nasihat Fudhail kepadanya:*

"Bererti sudah 50 tahun kamu berjalan menuju Tuhanmu, sekarang hampir sampai ... Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, lalu akan diampuni dosa2mu yang lalu. Tapi jika engkau masih berbuat dosa di usia senjamu, kamu pasti dihukum akibat dosa masa lalu dan masa kini sekaligus ..!"

Maka para alim ulama memberi nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai 50 tahun:

1. Jangan berlebihan berhias, bersolek, dan berpakaian.

2. Jangan berlebihan makan, minum, dan berbelanja barang yang kurang diperlukan untuk mendukung amal salih.

3. Jangan berkawan dengan orang yang tidak menambah iman, ilmu, dan amal.

4. Jangan gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa sabar dan bersyukur.

5. Perbanyak doa mengharap keredha-an Allah agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.

6. Tambahkan ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.

7. Siapkan wasiat dan lakukan pembahagian harta.

8. Kerapkan menjalin silaturrahim dan merapatkan hubungan yang renggang sebelumnya.

9. Minta maaf dan berbuat baik terhadap pihak yang pernah dizalimi.

10. Tingkatkan amal soleh terutama amal jariah yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.

11. Maafkan kesalahan orang kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.

12. Bereskan segala hutang yang ada dan jangan buat hutang baru walaupun untuk menolong orang lain.

13. Berhentilah dari semua maksiat !

*mata, berhentilah memandang yang tidak halal bagimu*

*tangan, berhentilah dari meraih yang bukan hak mu*

*mulut, berhentilah makan yang tidak baik dan yang tidak halal bagimu, berhentilah dari ghibah, fitnah, dan berhentilah menyakiti hati orang lain*

*telinga, berhentilah mendengar hal2 haram dan tak bermanfaat*

14. Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa

15. Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat, waktu dan keadaan

Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun Anda belum 50 tahun, kerana...

*KEMATIAN TIDAK MENGENAL UMUR.*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211958936142093&id=1033128226

Sunday, October 22, 2017

14 TERAPI AIR SUAM

*INFO MEDIC*
SILA KONGSI ARTIKEL  INI DENGAN KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN, INI SANGAT PENTING DAN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA ORANG.

Sekumpulan doktor Jepun mengesahkan bahawa air suam adalah 100% berkesan dalam menyelesaikan beberapa masalah kesihatan. Seperti:

1 Migrain
2 Tekanan darah tinggi
3 Tekanan darah rendah
4 Sakit sendi
5 Peningkatan dan penurunan degupan jantung yang mendadak
6 Epilepsi
7 Meningkatkan tahap kolesterol
8 Batuk
9 Badan tidak selesa
10 Golu sakit
11 asma
12 batuk kokol
13 urat tersumbat
14 Penyakit yang berkaitan dengan Uterus & saluran air kencing
15 Masalah perut
16 Kurang selera makan
17 Juga semua penyakit yang berkaitan dengan mata, telinga & tekak.
18 Sakit kepala

*BAGAIMANA  MENGGUNAKAN AIR SUAM*

Bangun pada waktu pagi dan minum kira-kira 4 gelas air suam apabila perut kosong. Anda mungkin tidak boleh minum 4 gelas sekali gus pada mulanya tetapi perlahan-lahan anda akan terbiasa

NOTA: Jangan makan apa-apa selepas 45min mengambil air.

Terapi air suam akan menyelesaikan masalah kesihatan dalam tempoh yang munasabah seperti:

✔1. Diabetes dalam 30 hari

✔ 2.Tekanan darah dalam 30 hari

✔3. Masalah perut dalam 10 hari

✔ 4.Semua jenis Kanser dalam tempoh 9 bulan

✔5.Urat tersumbat  dalam tempoh 6 bulan

✔6. Kurang selera makan dalam 10 hari

✔7. Uterus dan penyakit yang berkaitan dalam tempoh 10 hari

✔ 8.Masalah Hidung, Telinga, dan Tekak dalam 10 hari

✔ 9.Masalah wanita dalam 15 hari

✔ 10.Penyakit jantung dalam tempoh 30 hari

✔11. Sakit kepala / migrain dalam masa 3 hari

✔ 12.Kolesterol dalam 4 bulan

✔13. Epilepsi dan lumpuh secara berterusan dalam 9 bulan

✔ 14.Asma dalam 4 bulan

*AIR SEJUK TIDAK BAIK* UNTUK ANDA

Jika air sejuk tidak menjejaskan anda pada usia muda, ia akan merosakkan anda pada usia tua.

* Air sejuk menutup 4 urat jantung dan menyebabkan serangan jantung. Minuman sejuk adalah sebab utama serangan jantung.

* Ia juga menimbulkan masalah di hati. Ia membuatkan lemak terperangkap dengan hati. Kebanyakan orang yang menunggu pemindahan hati adalah mangsa minum air sejuk.

* Air sejuk mempengaruhi dinding dalaman perut. Ia menjejaskan usus besar dan menyebabkan kanser.

TOLONG JANGAN SIMPAN MAKLUMAT INI TANPA DISEBARKAN
Beritahu seseorang untuk memberitahu seseorang, MUNGKIN BOLEH MENYELAMATKAN NYAWA SESEORANG

Dari
Dr. D. Mensah-Asare

Friday, October 20, 2017

9 NASIHAT BUAT SAHABAT

Kepada semua sahabat yg sudah capai umur 60+, 50, 40.

Ini ada beberapa
nasihat yg baik yang boleh dipraktikkan.

Mulai hari ini saya ingin berkongsi dan lakukannya demi kehidupan yang lebih bahagia.

*Nasihat pertama#*

Cubalah berbekam sekali setahun walaupun ketika itu kita tidak mengalami kesakitan.

*Nasihat kedua#*

Banyakkan minum air kosong kerana kebanyakan penyakit berpunca dari kurang air di dalam badan.

*Nasihat ketiga#*

Cuba bersenam walaupun hanya berjalan kaki menaiki tangga.

*Nasihat keempat#*

Kurangkan kuantiti makanan kerana makin banyak kita mengambil makanan maka kita akan makin cepat sakit.

*Nasihat kelima#*

Jauhi kemarahan atau kegusaran, belajarlah melupakan perkara yang remeh temeh.

*Nasihat keenam#*

Biarkan harta pula berbakti kepada kesenangan kita, sudah lama kita cari harta kini tiba masanya harta bersusah untuk kita.

*Nasihat ketujuh#*

Jangan memarahi atau berdendam dengan sesiapa, tempuhlah hidup ini dengan seadanya dan gembira.

*Nasihat kelapan#*

Banyakkan gurau senda dengan keluarga dan kenalan, kurangkan tekanan dan nikmatilah hidup dengan pergaulan.

*Nasihat kesembilan#*

Banyakkan masa untuk duduk dengan Allah kerana kita mula menuju kepada-Nya.

*Diambil drpd group whatsapp.

14 HIKMAH SAKIT

*1) Sakit itu Zikrullah.*
Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding diwaktu sihatnya.

*2) Sakit itu Istighfar.*
Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

*3) Sakit itu juga Muhasabah.*
Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

*4) Sakit itu Jihad.*
Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

*5) Sakit itu Ilmu.*
Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

*6) Sakit itu juga Nasihat.*
Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

*7) Sakit itu Silaturrahim.*
Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

*8) Sakit itu gugur dosa.*
Anggota badan yg sakit akan mendapat penyucian.

*9) Sakit itu Mustajab Doa.*
Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

*10) Sakit itu menyusahkan Syaitan.*
Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

*11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.*
Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan makhluk di langit.

*12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.*
Rukuk & sujud kita lebih khusyuk, Tasbih & Istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

*13) Sakit itu memperbaiki akhlak.*
Kesombongan terkikis, Sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu'.

*14) Sakit mengingatkan kita akan Mati.*
Membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Tuesday, September 26, 2017

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Tlg baca walau sesibuk mana..motivasi yg sgt hebat..masya Allah
Bacalah cukup menginsafkan

Tulisan Dato Roslan Abd Hamid

Saya jumpa lelaki tua ini..
Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid..
Baca al Quran..
Umur dlm 70an..

Duduk rumah dkt masjid..
Rumah agam besar & menarik..
Hartanya di sana sini..
Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta..

Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln...
Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq..
Dia tenang bersendirian melayani anak cucu..

Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak..
Katanya malu..
Saya minta 1 formula, dia berikan 10...

Saya catat & mahu kongsikan..
1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa..
Doa ibubapa adalah segala galanya..
Ia tiada hijab, terus termakbul..
Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia..
Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa..
Ia datang & berakhir..
Urus masa antara 5 waktu solat..
Atur kerja dgn sebaik cara..
Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan..
Berada di masjid, sebelum azan..
Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk..
Berserah pada Allah & bertawakal lah..
Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha..
Usaha pagi ptg siang & mlm..
Usaha lah bersungguh2..
Usaha bermula dgn berniat..
Lepas itu buat, sampai dpt..
Kalau tak dpt, usaha yg lain pula..
Adakan masa utk baca
Al-Quran..
Maka dia pun nasihatkan saya..
"Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran..
Jadi jika membaca surah
Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran..
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas..
Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan..
Banyak kan berjalan kaki..
Banyaknkan minum air masak atau air mineral..
Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan..
Ikat perut & usah membazir..
Makanan & minuman mesti lah dihabiskan..
Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan..
Sentiasa lah belanja org mkn & minum..
Apabila mkn di kedai yg kecil,  perhatikan kebersihan kedai itu..
Apabila bersih masuk..
Disitu kita akan temui ramai org susah..
Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln...
Apabila dlm perjalanan, berhenti..
Cari lah masjid..
Apabila di rumah, tutup pintu rapat2..
Malam, buang sampah sarap..
Basuh pinggan mangkuk..
Pastikan semua teratur sebelum tidur..
Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama..
Boleh dgr org mengajar..
Boleh juga baca kitab..
Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi..
Siapkan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org..
Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri..
Usah pakai posmen apabila depani soal penting..
Biar kita merangkak panjat bangunan..
Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan..
Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih..
Usah cakap sakit..
Apabila sakit, senyum..
Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga..
Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina..
Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW..
Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya..
Niat kan mahu bantu ramai org..
Niat mahu jadi manusia berguna..
Niat itu macam tulis surat..
Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah..
Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu..
Maka tulis alamat betul2.. .

Share lah digroup lain...ayuh kita istiqamah dlam amalan kebaikan...yang baik jadikan qudwah yang buruk jadikan dakwah...bersama amar maaruf nahi mungkar.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم                                                                                 MUHASABAH HARI INI... KEISTIMEWAAN MANUSIA BERNAMA IBU

1.    Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.  Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menmpakkn segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3   Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

3.  Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat.

4.    Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

5. Jika mak ayah kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada perntukan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

6. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

7. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya.  Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.1

8.. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mmbersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepdanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh kerana sahabat2 dalam group ni saya sayangi...
Dengan niat yg baik ikhlas kerna Allah same2 berdoa

"Yaa Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan Tubuh Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan Langkahnya‥
Aaminn…

Wassalam

Ust. Sihabuddin Muhaemin.

Cnp

Friday, September 22, 2017

33 PESANAN DR HAMID ARSYAT KEPADA CUCU-CUCU BELIAU SEMPENA TAHUN BARU 2017

Dr Hamid Arsyat seorang pakar sakit puan yang popular merupakan antara individu yang kerap melakukan umrah setiap tahun secara DIY atau persendirian. Baca posting beliau yang sangat bermanfaat dan boleh jadi panduan dalam hidup kita:

33 PESANAN DR HAMID ARSYAT KEPADA CUCU-CUCU BELIAU SEMPENA TAHUN BARU 2017

Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat.
Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup.

Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah.

1. Tidur awal.
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.
Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

2. Bangun awal.
Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad.

4. Supplemen vitamins dan lain2.
Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari.
Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.

5 Pileh kerja yang diminati dan memberi keriangan.
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.
Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.
Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

6. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.
Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa.
Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

7. Exercise paru2, mata dan kaki.
Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2.
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.
Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

8. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.
Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan  kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil  saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

9. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.
Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

10. Amalkan baca dan terus membaca.
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya  dan  hobby kita.

11. Uruskan masa dengan bijak.
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.
Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

12. Banyak minum air.
Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

13. Bertindak, Berusaha dan Berkerja.
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

14. Sangka baik terhadap orang lain.
Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

15. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

16. Cakap lunak dan sedap didengar. 
Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2  negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

17. Senyum dan ucap salam selalu.
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

18. Beristighfar ,taubat dan bermaafan.
Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

19. Terima teguran dan pendapat orang lain.
Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan.
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

20. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip.
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

21. Kawal kemarahan. 
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

22. Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya.
Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

23. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. 
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

24. Muasabah diri. 
Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

25. Kegagalan tangga kepada kejayaan. 
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

26. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah. 
Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

27. Jadi seorang pemberi dan pemurah. 
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

28. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong. 
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

29. Mengetahui had diri. 
Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

30. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat. 
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

31. Janji mesti ditepati. 
Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

32. Bijak mengurus kewangan. 
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.
Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

33. Dapatkan restu dan doa ibu bapa. 
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.
Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN 
Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

##copy paste FB Dr Hamid Arsyat
FB Ubat Vitamin Umrah Haji

Thursday, September 14, 2017

10 PERKARA APA YANG EMAK DAN ABAH BAGI PADA ANAK

BACALAH.....sebelum sarapan dgn hati & perasaan setiap patah catatan ini. Yang ADA jgn pinggirkan dan yg dah PERGI  dilupa jangan.

*BEZA tapi SAMA & SERUPA tapi TAK-SAMA*

1._Orang yang Mencintai Kita hingga dia Menutup Mata ialah..._ _*MAK*_

_Orang yang mencintai kita dengan tiada Ekspresi Mata ialah..._ _*ABAH*_
____________________________
2.*MAK* _Memperkenalkan kita kepada Dunia._
*ABAH* _Memperkenalkan Dunia kepada kita._
___________________________
3.*MAK* : _Membawa kita kepada Kehidupan._
*ABAH*   _: Membawa Kehidupan kepada kita._
__________________________
4.*MAK* : _Menjaga kita supaya tidak Lapar._
*ABAH*  _: Membuat kita tahu Makna Lapar._
__________________________
5.*MAK* : _Memberi kita Kasih Sayang._
*ABAH* _: Memberi kita Tanggung jawab._
__________________________
6.*MAK* _: Mengajar kita supaya tidak terjatuh._
*ABAH* _: Mengajari kita bangun bila terjatuh._
__________________________
7.*MAK* _: Mengajarkan kita Berjalan._
*ABAH* _: Mengajarkan kita Jalan hidup._
__________________________
8.*MAK* _: Mengajar kita melalui Pengalamannya._
*ABAH* _: Mengajar kita untuk mendapatkan Pengalaman._
__________________________
9.*MAK* _: Memperkenalkan ideologi._
*ABAH* _: Memperkenalkan realitas_
___________________________
10.*KASIH MAK* _diketahui semenjak kita Dilahirkan._
*KASIH ABAH* _diketahui bila dia sudah tiada._
___________________________
Kasihilah *ABAH* Anda.
Sayangilah *MAK* Anda.
_*Selama Dia masih ada*_
__________________________
_Rumah tidak akan berseri tanpa kehadiran Anak, tapi rumah akan lebih sunyi bila  *MAK& ABAH*  sudah tiada...._

_ini sekadar renungan Bersama buat Kita sebagai *ANAK*  dan sebagai  *MAK  & ABAH*  bagi anak-anak kita...._

Tuesday, August 1, 2017

11 FAKTOR YANG MEROSAKKAN BUAH PINGGANG

INFO KESIHATAN MUNGKIN BERKESAN KPD ANDA....
SEBAB BUAH PINGGANG ROSAK

1• Kerap tahan kencing.

2• Kurang minum air.

3• Suka makan makanan masin.

4• Suka minum minuman bergas.

5• Kerap kena jangkitan 'kencing kotor' (Urinary Track Infection) dan tidak dirawat dengan sempurna.

6• Kerap makan daging merah dan Seafood
(Tinggi Uric Acid).

7• Kerap makan Pil Tahan Sakit

8• Merokok

9• Obesiti

10• Alkohol

11• Penyakit Darah Tinggi dan Kencing Manis yang Tidak terkawal..

Buah Pinggang Kita. Amanah Allah..

Mengapa Rasulullah saw menganjurkan umatnya untuk tidak minum sambil berdiri?

Dlm perubatan tubuh manusia terdapat penapis yg dipanggil sbg penyaring Sfringer. Saringan tersebut dpt terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri.
.
Air yg kita minum blm tentu 100% steril utk diolah tubuh. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh penapis krn tertutup.
.
Air yg tak tersaring terus masuk ke pundi kencing, yg dpt menyebabkan penyakit buah pinggang.
.
Subhanallah, setiap  perintah & larangan Rasulullah saw pasti bermanfaat bg umatnya.

Terapi air putih :
1. Minum 2 gelas masa bangun tidur dpt membersihkn organ2 dalaman.
2. Minum segelas air, 30 minit sblm mkn dpt membantu fungsi seluruh pencernaan + buah pinggang.
3. Minum segelas air seblm mandi dpt menurunkan tekanan darah.
4. Minum segelas air sblm tidur dpt mencegah stroke + serangan jantung.
Sebarkan tips sihat ini sebagai nasihat yg bermanfaat.

SAMA2 KITA PAKAT AMAL.
In shaa Allah

RUMUSANNYA.....

✅Kena rajin minum air kosong

Monday, July 31, 2017

SEJARAH MAKTABKU

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj. Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini. IPG Kampus Ipoh menawarkan kursus berkaitan perguruan meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) yang mana bekerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Perkhidmatan Malaysia (KDPM), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan lain-lain.

Kredit : Zizie

Sunday, July 30, 2017

*KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKSI ANAK-ANAK: APA PERANAN KITA*

*KENYATAAN MEDIA*

Awal minggu ini, dilaporkan oleh media perdana mengenai kanak-kanak berumur 7 tahun merogol kanak-kanak berumur 6 tahun.Dua hari yang lalu pula,  media arusperdana melaporkan berita penahanan lima lelaki yang terdiri dari bapa, datuk dan tiga sepupu yang dihadapkan ke mahkamah atas 22 pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur berusia 12 tahun. Kes yang melibatkan 3 generasi dalam satu keluarga ini amat mengejutkan di kala sehari sebelumnya, Dewan Rakyat yang bersidang  melaporkan sebanyak 13,272 kes rogol membabitkan kanak-kanak direkodkan antara 2010 hingga Mei lalu, termasuklah yang melibatkan 6,014 kes cabul, 1,796 kes sumbang mahram dan 1,152 kes seks luar tabii.

Berita di atas amat di kesali.   Peningkatan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak harus di pandang serius.  Wanita Ikram Wilayah Persekutuan (WIWP) , Kumpulan Mothers Against Pornography (MAP) dan Ikram Bandar Tun Razak (IBTR) berpendapat  bahawa kes-kes di nyatakan  adalah di sebabkan tiga perkara utama :

1. Kurangnya didikan dan maklumat mengenai kesihatan reproduksi dan seksual
2. Hilangnya  kesedaran tentang peranan ayah/datuk sebagai pelindung keluarga.
3. Berleluasanya bahan pornografi yang boleh di perolehi dan dalam capaian anak-anak sekarang.

Kami mengambil inisiatif menganjurkan program-program kesedaran bagi mendidik dan memperkasakan ibubapa secara khususnya dan  masyarakat umum dengan ilmu kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak. Ini bertujuan agar ibubapa dapat memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak  dlm hal-hal kesihatan reproduksi.  Kajiselidik yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat di  Malaysia,  mendapati kanak-kanak dan remaja di negara ini mempunyai pengetahuan yang begitu cetek berkaitan kesihatan seksual dan reproduksi mereka.

Bertitik tolak dari sini, kami menyarankan agar semua pihak memainkan peranan menjayakan kesedaran terhadap isu kesihatan seksual dan reproduksi ini, termasuklah:

1.    Golongan Ibubapa yang bertanggungjawab menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak bermula dari rumah. Interaksi dan komunikasi berkesan antara ibubapa dan anak-anak memainkan peranan penting di mana ibubapa perlu memperuntukkan masa secukupnya untuk menjadi teman bual bicara dan sumber maklumat utama anak-anak, agar mereka tidak menjadikan rakan-rakan mahupun internet sebagai sumber rujukan. Persepsi ibubapa yang mengandaikan anak-anak mereka tiada masaalah dan tidak mungkin terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat, perlu dibuang jauh jauh.

2.    Golongan guru sebagai _'ibu bapa kedua'_ kepada anak-anak semasa di sekolah. Guru-guru perlu lebih prihatin dan bersedia mengambil tanggungjawab untuk membimbing pelajar-pelajar mereka di waktu pelajar-pelajar ini berada di luar lingkungan rumah, agar tidak terjebak dgn gejala yg tidak sihat. Anak-anak yang dalam proses mencapai usia akil baligh akan mengalami perubahan emosi dan fisiologi yang akan mempengaruhi aspek seksual dan reproduksi mereka.  Naluri ingin tahu dan daya imaginasi mereka berkembang di mana mereka akan  mencari-cari individu atau kelompok yang boleh dipercayai sebagai tempat untuk berinteraksi dan berkongsi. Guru seharusnya menjadi agen terpenting untuk berperanan sebagai sumber rujukan semasa di sekolah.

3.    Badan-badan bukan kerajaan juga boleh turut berperanan dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran dan siri-siri program untuk masyarakat setempat dan sekolah-sekolah. Mereka juga boleh berperanan menubuhkan advokasi dan menjadi kumpulan pendesak bagi memastikan kerajaan mengambil langkah-langkah serius dan wajar bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang yang memelihara kepentingan golongan kanak-kanak dan remaja termasuklah undang-undang berkaitan penyebaran bahan pornografi.

4.    Kerajaan boleh berperanan dengan lebih serius bagi menambahbaik modul-modul pendidikan yang menyentuh aspek kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak agar ianya lebih efektif dalam membentuk kefahaman dan membina jati diri pelajar.

5.    Masyarakat umum secara keseluruhannya perlu dididik agar mempunyai minda yang terbuka terhadap pendidikan seksual dan reproduksi . Pantang larang yang diterapkan dalam minda masyarakat sejak sekian lama untuk tidak membicarakan hal-hal berkaitan pendidikan seksual dengan anak-anak secara terbuka dan interaktif haruslah dibuang. Maklumat yang diperolehi oleh anak-anak hasil dari perbincangan terbuka sebegitu seharusnya bukan membuatkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat tetapi sebaliknya menjadikan mereka mampu membuat pertimbangan yang lebih wajar dan bermakna untuk kehidupan dan masa depan mereka.

Jika setiap dari kita, atas rasa tanggungjawab yang tinggi dapat memainkan peranan masing-masing dengan jayanya, statistik jenayah menakutkan terhadap kanak-kanak dan remaja sebagaimana yang dilaporkan di Dewan Rakyat sudah pasti dapat diminimakan dengan berkesan. Pendidikan kesihatan seksual dan reproduksi yang efektif dan dilakukan tepat pada masanya  akan dapat menyediakan akal dan jiwa anak-anak untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan  penting agar tidak tersilap langkah yg akan merugikan hidup mereka dan generasi masa depan keseluruhannya.

Wanita ikram Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mothers Against Pornography

Ikram Bandar Tun Razak

Saturday, July 29, 2017

APA KHABAR HATI KITA?

Hati yang baik akan menghidupkan tubuh badan.

Hati yang sihat akan membuatkan jiwa kita tenang dan iman kita segar.

Hati yang sihat akan menjauhi larangan Allah swt.

Hati yang sakit akan sentiasa mencari musuh atau melakukan perkara yang menyusahkan orang lain serta minat kepada dosa dan maksiat.

Tanda2 hati yang bersih dan sihat:
1. Tidak putus mengingat Tuhannya, tidak jemu berkhidmat kepadaNya;
2. Jika terluput zikir, maka ia merasakan gelisah.
3. Rindu untuk beribadah kepada Allah sebagaimana merindukan makanan dan minuman.
4. Bila melakukan ibadah maka hilanglah kedukaan dan datanglah ketenangan.
5. Menjaga masa dan merasa rugi bila melakukan hal yang tak berfaedah.
6. Sentiasa berusaha untuk ikhlas dalam beramal dan berusaha menjauhi riya' dan syirik.

Rasulullah mengajar doa untuk kita amalkan agar hati sentiasa khusyuk dan tenang:

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas (tamak) dan doa yang tidak dikabulkan"
(HR Muslim)
        
Jagalah hati demi untuk mencari keredhaan Allah swt. Penuhkan hati dgn ilmu, dengan zikrullah dan dengan kalamullah.

Apa khabar hati kita?

CARA CEPAT PERGI HAJI!!!

"Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?"

"Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran."

Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?

Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi.  Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.]

Sumber: https://www.facebook.com/norsajidahzulkafli/posts/987407738038465

BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad

Tujuan rayuan
Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.

Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar

Kampung Harapan

84000 Muar

Johor

18 Disember 2015

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR

KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678

_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,

(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

No K/P: 450101-01-0400

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

e-mel – th-info@lth.gov.my,
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

KREDIT : FB FATIMAH ABD GHANI

#tipshaji
#impianterbesarku
#mariberdoasemogakitasemuadapatmenunaikanhajisecepatmungkindansihattubuhbadan
#doakansayafatimahabdghanidapatmenunaikanhajisecepatmungkin

Thursday, July 27, 2017

33 TIP BAGI YANG INGIN MENGERJAKAN HAJI

Saja nak kongsi tips haji:

1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.

5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.

6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.

8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.

19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba 'vow of silence', bercakap jika perlu sahaja.

20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.

21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.

22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.

23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.

24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh.

25. Ada makanan/minuman 'diuretic' yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.

26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.

27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.

28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.

29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.

30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.

31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.

32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.

33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard 'Libera' telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.

Selamat berangkat dan semoga Allah permudahkan semua urusan mendapat Umrah dan Haji yang Mabrur. Aamiin.

Sumber: Whatsapp

Thursday, July 20, 2017

FAHAMI 7 PERKARA DALAM HIDUP

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya…

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya…

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama…

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya…

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya…

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya…

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya…

Ketahuilah…. hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu…. bila kita akan berangkat ‘ meninggalkan’ dunia yg fana ini….

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini…sebelum kesempatan berlalu pergi….)

Muhasabah seorg insan dhaif 

Sumber: Jimmy Azlin

SUSAH SENANG BERSAMA...AKHIRNYA....

Nak bercerita pasal rumahtangga pelawak dan penyanyi nie..

Aku tak tauw semangat aku nak menulis dari sisi aku pasal ape yg aku ikuti selama hubungan mereka nie..

Aku taknak cerita pasal buruk mereka..
Atau khilaf mereka..
Atau dosa sarah tak brtudung yg ditanggung suami bukan aku..

Tengok pada puberty diorang nie..
Sangat mengagumkan...

Mereka berdua artis.
Tapi mereka berkawin dgn satu ikatan..
Buat majlis nikah je..
Tapi siapa shuib ketika tu..
Pelawak biasa...
Tgk rupa shuib dulu..
Mcm budak kampung yg takde apa2..

Dan waktu tu sarah bertunang dgn mat salleh.
Tak jadi kawin..
Dan terima shuib dgn hati terbuka..
Yg paling best takde langsung majlis perkawinan yg gah..

Dan hati wanita sarah ketika itu terima sahaja ape kurang dan lebih shuib..
Dan waktu tu kite tak lihat shuib punya masa depan yg cerah..
Masih merangkak mcm pelawak2 biasa yg sumbat apa jenis job atau pertandingan..

Dengan muka yg takde raut wajah tampan..
Selalu dijadikan bahan muka berlubang atau muka getah skrap..

Shuib pun mcm tu..
Terima sarah dalam keadaan sarah org dah buang..
Rupa pun ala2 je..
Kalau tgk hidung dia selalu jadi bahan kelakar dan ejekan...

Tapi dua2 berkawin dgn menerima kelemahan masing2..
Kita boleh ckp..
Shuib tangkap muat..
Amik je mana2 wanita asal artis..
Dgn keadaan shuib ketika itu artis cantik mana yg dia boleh kejar..
Tak seperti mamat..
Shuib kenal diri dia siapa dibelakang hari...

Aku melihat shuib itu seperti lelaki biasa..
Yg mungkin akan jadikan isteri dia habis madu sepah dibuang...
Kalau dia kaya atau lebih tampan lepas tu..
Mungkin dia akan tinggalkan isteri dia..
Atau curang...

Tapi nahhhhhhhh...
Skang kita lihat hati shuib  sebagai lelaki..
Yg bagi inspirasi pada aku dan lelaki yg melihat shuib sebagai idola...
Yg peruntukan isterinya..
Memperoleh ruang waktu dalam rumahtangga untuk mengubah nasib dia,isteri anak2 dan mase depan rumah tangga dia...

Lihat bagaimana dan bertahun2 kawin berusaha untuk buat majlis kawin walau anak dah berderet untuk meraikan isteri dia..

Dari dia nothing..
Dan dia lihat isteri dia sabar dan memahami kekurangan dia..
Dan bila dia berjaya..
Dia hargai isteri dia sebaiknya...

"Lelaki diuji ketika dia senang.. wanita diuji ketika lelaki itu susah"

Dan mereka lalui ujian itu bersama..
Dan hari ini mereka terus menjadi inspirasi pada Semua org...

Shuib yg sentiasa bergaya sbb ada isteri yg hebat dibelakangnya..
Begitu juga sarah..
Dulu perut boncit..
Hidung kembang..
Tengok bagaimana shuib jaga isteri dia..

Hidup saling melengkapi..
Tak sah kalau sarah skang tak cantik..
Sntiasa cantik..
Shuib yg sntiasa tersenyum bahagia..

Yes shuib dapat buktikan susah dia dulu..
Ada wanita yg trima dia seadanya buatkan dia nak buktikan sesuatu dia bukan shuib yg dulu..

Pada sarah yg dulu cari suami yg high taste spt mat salleh tapi tak bahagia..
Tapi pilih shuib yg pure dari kampung..
Mereka bahagia bersama..

Aku tulis sambil rasa sebak..
Sbb mereka dan ramai lagi contoh2 org2 yg hebat bawak rumahtangga yg bagi inspirasi pada aku..

Nak cari wanita yg hebat sperti sarah..
Itu paling susah..
Dan nak cari lelaki yg berjaya tak lupa anak bini itu pun payah..

Semuanya terletak pada kisah silam yg bawa mereka untuk buktikan pada semua yg mereka dapat buat sesuatu untuk mengubah nasib mereka justeru dapat bagi inspirasi pada org lain yg tabik spring dgn usaha mereka itu..

Terima kasih sarah dan shuib...
Korang memang terbaik..
Dapat kiranya kite semua doakan mereka dpt peluang yg lagi satu untuk melengkapkan perkawinan yg mawardah bahagia hendaknya..

Kita jadi lelaki jgn rasa kita dah dpt isteri terima susah kita..
Dan kita hukum dia untuk terima sahaja..
Mereka nak lihat kemajuan kita..
Daya pimpinan kita nak bawak rumahtangga tu jadi lebih baik..

Dia terima kau dari kau moto demak..
Pastu xkan berbelas kawin kau nak isteri kau terima benda tu..
Mereka terima sbb mereka percaya kau lelaki yg boleh bawak kemajuan lepas tu...
Kalau kau mungkin dapat cari duit sikit untuk hantaran dan urus kawin...
Mereka secara automatik akan fikir kau akan dpt effort untuk cari nafkah untuk majukan rumahtangga...

Dari kosong rumah smpai la ade isi sikit2..
Kau tak boleh sangka yg rezeki datang selepas nikah..
Bawak melayu pusaka yg didendang..
Rezeki xkan dtg bergolek..
Rezeki itu diraih..
Jadi kalau kau dah ade anak berpinak..
Tapi masih ckp rezeki kau setakat itu tanpa effort..
Buat radikal perubahan..
Takuk kau kat situ..
Isteri selagi bole sabar mereka akan sabar..

Bagaimana rumahtangga tu boleh jadi kucar kacir..
Isteri ingkar atau pendam rasa..
Amik contoh bila mesin basuh kat rumah rosak..
Kau nak tolong basuh pun jgn haraplah..
Ape lagi pakai tangan..
Dan waktu tu kau tengah melepak dekat rumah dan ade org spt kau sedang cari duit lebih spt buat uber dan sebagainya..
Dan kau biarkan..
Sampai isteri kau jadi peram dan pendam perasaan sakit tu..
Mengeluh dgn kemiskinan..
Balik raya tgk sedara mara gelang emas smpai kelengan...
Dan kau cuma mampu ckp dgn isteri kau..
Kite susah buat cara susah..

Memang rezeki allah tu luas..
Dah tetap rezeki kau tahap mana..
Tapi kalau isteri kau tgk kau kerja keras.
Hasil setakat tu je..
Isteri kau faham...
Mungkin isteri kau bantu kerja cari duit sama2..
Tapi bila dah senang sikit kau perambat buat benda tak paekdah..
Pasang bini no dua lah..
Main judi lah..
Lepak mamak berejam2 takde hala tuju..
Tak pun masih tak boleh move on dengan perangai bujang smpai bawak kekawin...

Isteri kerja kau bantai suruh isteri bayar semua..
Pastu kau ckp kau mampu nak kawin lagi satu..
Lagi haprak cari perempuan luar dgn alasan isteri dah tak cantik..
Dah tak bergetah mcm dulu..
Pastu kau tak beli cermin tgk diri kau..
Hensem??
Yer isteri yg kau kata hodoh dan busuk tu yg mengurus kau...
Tak malu ke???

Tolong sedar semua tgk perkawinan shuib dan sarah nie sebagai pengajaran..
Baru org respect baru org nilai tinggi diri kau tu..
Smpai bila nak pusing2 salahkan pasangan tu penuh dengan kurang..
Yg engkau tu semua bagus dgn alasan haprak...

Kau bina jalan cerita rumahtangga kau dgn cara mcm nie...
Org akan respect..
Tapi kalau kau jadi mcm geng satu lagi..
Geng makan luar..
Selamanya org sumpah seranah kau lelaki tak guna..
Even kau dpt isteri baru yg cantik dan hebat.
Tapi kau tetap dilabel jantan tak guna mcm bekas suami kak pom pom tu..

PETIKAN DRPD FB Putera Nur Muhammad Raihan

Saturday, July 15, 2017

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

SAJAK DARI TUN DR MAHATHIR

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!