Sunday, January 29, 2017

7 SUNNAH NABI YANG HEBAT

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

بارك الله فيكم..

Sunday, January 22, 2017

10 RAHSIA AL FATIHAH

Roslan Md Yusoff:

1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

7 KUNCI KEBAHAGIAAN

Friday, January 20, 2017

ALAMANDA KAMI JELAJAH

Hari ni, sektor kami urusetia perhimpunan bulanan. Masa tengahari, kami berlima ambil kesempatan bergaya dengan baju yang memang kami beli khas ...warna berbeza tapi patern dan materialnya sama...Boss pun sporting...apa lagi aksi selepas makan....












Wednesday, January 18, 2017

ANTARA PENYEBAB ANDA KE SYURGA

1. Jika engkau melihat seekor semut terjatuh  di air, maka angkat dan tolonglah. Barangkali itu menjadi penyebab ampunan bagimu di akhirat.

2. Jika engkau menjumpai batu kecil di jalan yang boleh menggangu jalan kaum muslimin, maka singkirkanlah. Barangkali itu menjadi penyebab dimudahkannya jalanmu menuju syurga.

3. Jika engkau menjumpai anak ayam terpisah dari kumpulannya, maka ambil dan letakkan ia dengan kumpulannya. Semoga itu menjadi penyebab Allah mengumpulkan dirimu dan keluargamu di syurga.

4. Jika engkau melihat orang tua memerlukan tumpangan, maka hantarkanlah ia. Barangkali itu menjadi sebab kelapangan rezekimu di dunia.

5. Jika engkau bukanlah seorang yang menguasai banyak ilmu agama, maka ajarkanlah alif ba' ta' kepada anak2 mu, setidaknya itu menjadi amal jariyah untukmu yang tak akan terputus pahalanya walaupun engkau berada di alam kuburmu.

_*JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU BERBUAT KEBAIKAN SAMA SEKALI, MAKA TAHANLAH TANGAN DAN LISANMU DARI MENYAKITI....SETIDAKNYA ITU MENJADI SEDEKAH UNTUK DIRIMU.*_

Al-Imam Ibnul Mubarak Rahimahullah berkata:
رُبَّ عَمَلٍ صَغِيرٍ تُعَظِّمُهُ النِّيَّةُ ، وَرُبَّ عَمَلٍ كَبِيرٍ تُصَغِّرُهُ النِّيَّةُ
“Berapa banyak amalan kecil, akan tetapi menjadi besar kerana niat pelakunya. Dan berapa banyak amalan besar, menjadi kecil kerana niat pelakunya”

Jangan pernah meremehkan kebaikan, boleh jadi seseorang itu masuk syurga bukan kerana puasa sunnahnya, bukan juga kerana panjang sholat malamnya tapi mungkin kerana akhlak baiknya dan sabarnya ia ketika musibah datang melanda

« لاَ تَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ ».
“Jangan sekali-kali kamu meremehkan kebaikan sedikitpun, meskipun (hanya)bertemu dengan saudaramu dalam keadaan tersenyum".

Saturday, January 7, 2017

HATI HITAM VS HATI PUTIH

NABI MUSA A.S MELIHAT BANGKAI SEEKOR ANJING YANG MATI DI PADANG PASIR.

SAHABAT SAHABATNYA MENUTUP HIDUNG.

MALAH ADA YANG LOYA DENGAN KEADAAN MATA ANJING YANG HAMPIR PECAH, ISI PERUT YANG TERBURAI..!

AKAN TETAPI NABI MUSA BERKATA,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

SAHABAT-SAHABATNYA MENEGUR BAGAIMANA NABI MUSA BOLEH BERKATA DEMIKIAN?

LALU NABI MUSA MENJAWAB,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

SEMOGA KITA SEMUA BOLEH MELIHAT KEBAIKAN DI DALAM DIRI SESEORANG WAIMA MUSUH KITA SEKALIPUN.

INSYAALLAH!

HATI KITA AKAN BERTAMBAH SENANG DAN TENANG..!

JADILAH SEPERTI LEBAH..!

WALAUPUN HIDUP DI DALAM LAUTAN SAMPAH, BUNGA JUGA YANG DICARINYA..!

JANGANLAH JADI SEPERTI LALAT..!

WALAUPUN HIDUP DI TAMAN YANG INDAH, SAMPAH JUA YANG DINANTINYA..!

SEMOGA IKATAN KITA SESAMA INSAN AKAN LEBIH ERAT DAN HARMONI TANPA ADA RASA DENGKI, IRIHATI DAN BENCI-MEMBENCI ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN.

IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!

KERANA HANYA ORANG YANG HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

DAHSYATNYA SURAT AL-IKHLAS...

SEMPATKANLAH SEBENTAR UNTUK MEMBACA TULISAN INI...

RASULULLAH MUHAMMAD SAW PADA SUATU KETIKA BERSABDA,

”DEMI ALLAH YANG JIWA KU DI GENGGAMAN-NYA,

SESUNGGUHNYA
QUL HUWALLAHU AHAD ITU TERTULIS DI SAYAP MALAIKAT JIBRAIL A.S,

ALLAHHUS SOMAD ITU TERTULIS DISAYAP MALAIKAT MIKAIL A.S,

LAMYALID WALAM YUULAD TERTULIS PADA SAYAP MALAIKAT IZRAIL A.S,

WALAM YAKULLAHU KUFUWAN AHAD TERTULIS PADA SAYAP MALAIKAT ISRAFIL A.S".

BERKATA IBNU ABBAS R.A. BAHWA RASULULLAH SAW TELAH BERSABDA,

"KETIKA AKU (RASULULLAH SAW) ISRA’ KE LANGIT,

SAYA MELIHAT ARASY DI ATAS 360,000 PILAR.

DAN JARAK JAUH ANTARA SATU PILAR KE SATU PILAR YANG LAIN IALAH 300,000 TAHUN PERJALANAN.

PADA TIAP-TIAP PILAR ITU TERDAPAT PADANG PASIR YANG JUMLAHNYA 12,000.

DAN LUASNYA SETIAP SATU PADANG ITU SELUAS DARI TIMUR HINGGA KE BARAT.

PADA SETIAP PADANG ITU TERDAPAT 80,000 MALAIKAT YANG MANA KESEMUANYA MEMBACA SURAT AL-IKHLAS.

SETELAH MEREKA SELESAI MEMBACA SURAH TERSEBUT MAKA BERKATA MEREKA,

”WAHAI TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA PAHALA DARI BACAAN KAMI INI KAMI BERIKAN KEPADA ORANG YANG MEMBACA SURAH AL-IKHLAS BAIK LELAKI MAU PUN PEREMPUAN".

RIWAYAT ANAS BIN MALIK .

JUGA MERAKAM KISAH BERKAITAN SURAT AL-IKHLAS.

SUATU KETIKA 70.000 MALAIKAT DIUTUS DATANG KEPADA SEORANG SAHABAT DI MADINAH YANG MENINGGAL.

KEDATANGAN PARA MALAIKAT ITU HINGGA MEREDUPKAN CAHAYA MATAHARI.

70,000 MALAIKAT ITU DIUTUS HANYA KERANA ARWAH SERING MEMBACA SURAH INI.

ANAS BIN MALIK YANG SAAT ITU BERSAMA NABI MUHAMMAD SAW DI TABUK MERASAKAN CAHAYA MATAHARI REDUP TIDAK SEPERTI BIASANYA DAN

MALAIKAT JIBRIL DATANG KEPADA NABI UNTUK MEMBERITAKAN KEJADIAN YANG SEDANG TERJADI DI MADINAH.

RASULULLAH S.A.W BERSABDA,

"BARANGSIAPA MEMBACA SURAH AL-IKHLAS SEWAKTU SAKIT SEHINGGA DIA MENINGGAL DUNIA,

MAKA TUBUHNYA TIDAK AKAN MEMBUSUK DI DALAM KUBURNYA,

AKAN SELAMAT DIA DARI KESEMPITAN KUBURNYA DAN

PARA MALAIKAT AKAN MEMBAWANYA DENGAN SAYAP MEREKA MELINTASI TITIAN SIRATUL MUSTAQIM LALU MENUJU KE SYURGA".

(HR QURTHUBY).

SUBHANALLAH....

SEMOGA KITA DAPAT MENGAMALKANNYA SETIAP WAKTU.

SAUDARAKU..

TOLONG SAMPAIKAN.

SABDA RASULULLAH SAW, "SIAPA YANG MENYAMPAIKAN SATU ILMU DAN ORANG MEMBACA MENGAMALKANNYA MAKA DIA AKAN BEROLEH PAHALA WALAUPUN SUDAH TIADA."

Wednesday, January 4, 2017

SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah bersabar..

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah.. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa..

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita.. siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat.. itulah juga lorong ujian  Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita.. tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah.. indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Insya-Allah...

Jadikanlah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamiin. Aamiin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!