Tuesday, June 26, 2018

DOA TERBAIK SAAT MENUNAIKAN UMRAH


"Ya Allah, kami memohon keampunan Mu ya Allah. Kami memohon rahmat Mu ya Allah. Kami memohon taufik dan hidayah Mu, ya Allah. Kami dijemput oleh Mu bagi menunaikan ibadah umrah pada tahun ini. Kami bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah, terimalah kami sebagai tetamu Mu ya Allah. Tetamu yang paling istimewa ya Allah, tetamu yang paling-paling istimewa ya Allah. Kami tahu, Engkaulah yang berkuasa memberi keistimewaan kepada sesiapa yang Engkau mahu berikan. Ya Allah, ampunilah diri kami ya Allah.

Ya Allah, Kau peliharalah keselamatan dan kesihatan ahli keluarga kami di Malaysia. Tenangkanlah hati mereka. Jangan Kau cetuskan rasa rindu kepada kami sepanjang kami menjadi tetamu Mu ya Allah. Kau hilangkan lah rasa rindu kami kepada mereka semasa kami berada di sana.

Ya Allah, berikanlah kesihatan kepada ibu bapa kami dan pembantu rumah kami. Kau lindungilah mereka. Masukkanlah mereka dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kau balaslah budi baik mereka yang sanggup bersusah payah menjaga anak kami dengan memberi kemuliaan, kesejahteraan dan kebahagian di dunia dan akhirat. Kau ampunilah dosa dosa mereka ya Allah.

Ya Allah, Kau ampunilah diri kami. Ya Allah, kami pergi ke rumah Mu semata mata untuk beramal ibadah kepada Mu. Janganlah Kau palingkan niat dan tujuan kami. Jangan Kau sukarkan perhubungan antara kami.

Ya Allah, Kau berilah perasaan kasih sayang, cinta mencintai antara kami suami isteri dan adik beradik, saling maaf bermaafan dan tidak cepat berasa tersinggung dan bermasam muka. Jadikanlah kami saling faham memahami dan saling kasih mengasihi. Ya Allah, jauhilah kami dari bertelingkah dan berselisih faham yang boleh menjejaskan amal ibadah kami di sana nanti ya Allah. Jangan Kau uji kami dalam soal ini ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami. Bermula dari kami keluar dari rumah ini sehinggalah kami kembali ke sini. Janganlah kami terjebak dengan sebarang kesulitan yang menyukarkan kami untuk sampai ke rumah Mu. Jauhilah kami dari mala petaka atau bencana yang akan menimpa kami Ya Allah.

Ya Allah, jangan Kau pisahkan kami. Berilah ketenangan, keamanan dan kemudahan terutamanya dalam soal-soal kesihatan sepanjang perjalanan kami. Elakkan kami dari perasaan kerap membuang air kecil. Peliharalah kesihatan kami, mudah mudahan dengan kesihatan yang Kau berikan. Dapatlah kami beramal ibadah untuk mendekatkan diri kami kepada Mu.

Ya Allah, hanya pada Mu lah, tempat kami bergantung harap. Berikanlah kemudahan kepada kami sekeluarga. Berikanlah keistimewaan kepada kami dalam segala perkara. Tempatkanlah kami dikawasan yang berdekatan dengan Masjidil Haram. Ya Allah, kami memohon kepada Mu agar tempat tinggal kami tidak menjadi penghalang kepada tujuan kedatangan kami ke Tanah Haram ini.

Ya Allah, kami mahu beramal ibadah kepada mu. Semata mata untuk Mu, ya Allah. Permudahkanlah makan minum kami dan berikanlah kesihatan yang baik sepanjang kami di sana. Kau berikanlah kesabaran kepada kami dalam menghadapi sebarang cabaran dan dugaan disana nanti.

Ya Allah, semasa kami di Madinah nanti, Kau berikanlah rasa cinta, rasa sayang dan rasa kasih kepada Masjidil Nabawi. Ya Allah, kami mahu yang terbaik. Kamu mahu beramal ibadah di sana. Berikanlah kami peluang menziarahi dan melalui Makam Rasulullah. Berilah kami ruang untuk bersembahyang di Raudah. Cukupkanlah sembahyang kami sekurang kurangnya 40 waktu secara berterusan.

Berilah kami peluang untuk melakukan yang terbaik di sana nanti ya Allah.
Ya Allah, kami akan mengerjakan ibadah umrah. Kau terimalah ibadah ini ya Allah. Semasa kami di Mekah nanti, mudahkanlah kami melakukan ibadah umrah Ya Allah.

Berikanlah laluan dan lorongan bagi kami melakukan tawaf umrah. Permudahkanlah kami melakukan sai’. Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kesihatan untuk kami melakukan amal ibadah ini. Ya Allah, jangan Kau uji kami dengan rasa jarak yang jauh, hati yang malas dan tenaga yang tiada.

Ya Allah, semasa kami berada di Tanah Haram nanti, janganlah Kau lalaikan kami dengan bersenang lenang dan malas beramal ibadah. Ya Allah, kami hadir sebagai tetamu Mu dalam keadaan jahil. Kaulah yang dapat membantu kami.

Ya Allah, berikanlah kami perasaan jatuh cinta kepada Masjidil Haram. Gerakkanlah hati kami supaya sentiasa berada di sana. Beramal ibadah di sana. Itulah cita-cita kami ya Allah. Kami datang semata mata kerana Mu ya Allah. Kerana Mu ya Allah. Ya Allah, tutuplah pintu hati kami daripada lalai membeli belah di sana nanti.

Ya Allah, penuhilah ruang masa kami dengan melakukan amal ibadah yang sepatutnya kami lakukan. Ya Allah, kami ingin khatam Al Quran di Masjidil Haram Ya Allah. Ya Allah, kami ingin bersembahyang di Hijir Ismail Ya Allah. Ya Allah, kami ingin mencium Hajar Aswad. Ya Allah, kami ingin berdoa dihadapan Multazam ya Allah. Berilah ruang kepada kami apabila kami memerlukannya ya Allah. Berikanlah rasa kasih yang mendalam kepada Masjidil Haram.
Ya Allah, Kau ajarlah kami. Kau bantulah kami. Kau tunjukkanlah dengan sebaik-baik pengajaran. Kau berikanlah ilham untuk kami melakukan yang terbaik. Hanya yang terbaik untuk Mu ya Allah. Ampunilah kami ya Allah, hanya kepada mu tempat kami berserah dengan sesungguhnya.

Ya Allah, gerakkanlah hati kami untuk melakukan umrah sunat sebanyak mungkin. Ya Allah, gerakkanlah hati kami bagi membanyakkan amal di Masjidil Haram. Berikanlah perasaan kasih sayang, cinta dan keinginan untuk berada di sana. Ya Allah, mudahkanlah untuk kami melakukan ibadah tawaf, bersembahyang dan membaca al quran.

Ya Allah, ampunilah kami. Permudahkanlah perjalanan kami dari Madinah ke Mekah. Jauhilah kami daripada sebarang mala petaka. Jangan Kau uji kami dengan sesuatu yang tidak dapat kami memikulnya Ya Allah. Berikanlah kesihatan kepada kami. Amankan hati kami. Tenangkan perasaan kami. Ingatkan kami untuk bertalbiah di sepanjang jalan.
Ya Allah, mudahkan urusan kami sepanjang menjadi tetamu Mu. Ya Allah, tetapkan hati kami untuk beramal ibadah. Ya Allah, kuncilah mulut kami daripada bercakap perkara yang tidak memberi faedah. Jauhilah kami daripada mereka yang suka bersembang, menghabiskan masa dan membazir waktu.

Ya Allah, berikanlah taufik dan hidayah Mu kepada kami. Kau berikanlah kerahmatan Mu kepada kami. Ya Allah,selepas selesai segala-galanya, kami memohon kepada Mu, permudahkanlah perjalanan pulang kami. Jauhilah kami dari malapetaka sepanjang perjalanan pulang kami. Berikanlah keselamatan kepada kami sehingga kami dapat berjumpa dengan ahli keluarga kami. Ya Allah, Kau berkatilah kami ya Allah. Ampunilah kami ya Allah.

Ya Allah, kami ini adalah manusia jahil. Kami ini manusia yang kerdil. Kami banyak dosa kepada Mu. Ampunilah kami. Kami pergi menunaikan umrah semata mata kerana ketakutan dan keinginan untuk menyampaikan rasa syukur kami kepada Mu. Kau yang Maha Berkuasa. Kau yang memakbulkan segala permohonan hamba Mu. Ya Allah, kami mahu yang terbaik, yang teristimewa dan yang terpilih diantara jutaan hamba-hamba Mu.

Ya Allah, berikanlah dan kurniakanlah umrah yang mabrur kepada kami sekeluarga, umrah yang Kau redhai dan yang mulia disisimu. Ya Allah, apabila kami pulang ke Malaysia nanti, kami mahu berubah ya Allah. Kami mahu menjadi manusia yg lebih baik disisimu.
Ya Allah, berikanlah kebahagian kepada kami sekeluarga. Berikanlah rezeki yang halal dan jauhilah kami daripada mereka yang suka membuat fitnah. Kaulah yang mencipta kami dan kami hanyalah hamba Mu yang hina dan tidak berpengetahuan.

Ya Allah, sekiranya kami dipanggil oleh Mu, Kau masukkanlah kami dikalangan orang yang beriman, mereka yang beramal soleh. Kau tempatkanlah kami di dalam syurga Mu yang paling istimewa. Syurga Firdaus ya Allah. Kami mohon keredhaan Mu.

Kredit tu http://sallymzain.blogspot.com
Kredit tu MariaFirdaus 

Sunday, June 10, 2018

17 KELEBIHAN AL QURAN

Cnp

Kelebihan alquran *TAZKIRAH KHAS*
        
Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al- quran:-

1)    Sebaik-baik manusia
        ialah yang *belajar* dan
        *mengajar* Al-Quran.

2)    Ahli Al-Quran adalah
        insan yang harus
        diperlumbai amalannya
        kerena tiada amalan      
        yg lebih *mulia* dari      
        *membaca* Al-Quran.

3)    Yang *mahir*dengan  
        Al-Quran akan bersama
        dengan para malaikat
        yang termulia dan para
        nabi ‘alaihimussalaam.

4)    Pembaca Al-Quran
       diibaratkan seperti limau
        yang manis yang
       mempunyai *bau*     
       & *rasa yang enak* iaitu
       dsukai ramai.

5)    Darjat dan tingkatan
        syurga untuk ahli Al-
       Quran ialah sebanyak
       *mana ayat yang*
       *dbaca sewaktu*
        *d dunia*

6)   Pembaca Al-Quran yang
       terbaik ialah bacaannya
       menandakan yang ianya
       *takutkan Allah.*

7)   Pendamping Al-Quran
      akan dipakaikan
      mahkota dan pakaian
      serta mndpt kemuliaan
      dan akan mndpt
      *keredoan* Allah Ta'ala.
     
8)  Sebanyak mana
      seseorang itu menghafal
      Al-Quran sebanyak itulah
      ia telah menerima wahyu
      cuma bezanya ianya
      bukan nabi.

9)   Hafiz Al-Quran dapat
      memberi *syafa’at* untuk
      masuk syurga kpd *10*
      orang dari ahli
      keluarganya yang telah
      *wajib masuk neraka.*

10) Barangsiapa yang
       beramal dengan
       al-Quran maka akan
       *terselamat dari*
       kesesatan di dunia
       dan kesusahan di
       akhirat.

11) Pendengar kepada
       bacaan Al-Quran ialah
       orang yang paling cepat
       *mndapt rahmat*dari
       Allah.

12) Pembacanya *tidak*
      *digolongkan dalam*
      *kalangan orang-orang*
      *yang lalai.*

13) Pembaca yang bertajwid
       sempurna dapat *70*
       *pahala*bagi setiap
       *huruf*
      (70×340 740= 23851800)
      berbanding yang baca
      secara biasa.

14) Pembaca yang ikut
       hukum tajwid dapat
       *pahala syahid.*

15) Allah *berbual* dengan
       pembaca Al-Quran.

16) Manusia yang paling
       *dicintai Allah* ialah
       mereka yang paling
       pandai dalam ilmu Al-
       Quran.

17) Pembaca yang tahu
      makna Al-Quran adalah
      *lebih mulia* dari    
      yg tidak memahami isi
      kandungannya.

      Kongsikanlah kpd org2 yg anda sayangi...!! 😊

Saturday, June 9, 2018

20 AYAT MUTIARA KATA

💎 *Ayat mutiara kata*💎

❤ *1 ]* Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.

🧡 *2 ]* Hebat seseorang kerana mampu mengawal marahnya saat hati sedang dilukai. Mengalah bukan bermakna seseorang itu lemah. Itu kerana dia mengalah untuk menang.

💛 *3 ]* Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, dan yang tinggal hanyalah kenangan.

💚 *4 ]*  Seberat manapun masalah sedang menyapa, tetaplah bersabar dan ikhlas. Hadapi dengan tenang, pertolongan Tuhan pasti mendatang.

💙 *5 ]* Jika ingin mimpi menjadi kenyataan.. kamu perlu bangkit dari lenamu.

💜 *6 ]* 1000 batang mancis tidak menerangi kau di dalam kegelapan buat selamanya, tetapi cahaya keimanan dapat membawa kau ke jalan kesenangan.

🖤 *7 ]* Bila nak buat benda baik, banyak saja halangannya.. Kerana Allah sedang menguji kekuatan hati kita dalam membuat kebaikan. Jangan putus asa.

❣ *8 ]* Hidup ibarat roda, adakalanya kita di atas dan adakalanya kita di bawah. Bersyukurlah kerana kita  masih dapat meneruskan kehidupan.

💕 *9 ]* Jangan terlalu fikirkan pandangan orang terhadap anda. fikikan pandangan anda terhadap diri anda sendiri.

💞 *10 ]* Umur bukanlah pengukur kematangan, jika anda merasa anda telah matang,belum tentu ia kematangan sebenar-benarnya.

💓 *11 ]* Tak perlu kisah orang pandang rendah,  apa yang penting cita-cita dan usaha kita tinggi.

💗 *12 ]* Orang yang hebat asalnya tidaklah sehebat mana..

💖 *13 ]* Seseorang yang tidak berputus asa amat sukar untuk ditewaskan.

💝 *14 ]* Orang berjaya tidak akan mengalah. Orang yang mengalah tidak akan berjaya.

💟 *15 ]* Orang yang biasa boleh jadi luar biasa hebat, bila tidak berputus asa walau berbagai rintangan.

♥ *16 ]* Janganlah sering berandai-andai dengan segala yang berlaku. Redhalah dengan ketentuan, bersyukurlah dengan pemberian, sabarlah dengan dugaan, tetaplah dalam pengharapan, kerana Allah maha pengasih maha penyayang.

💌 *17 ]* Dalam setiap masalah ada terdapat peluang. Anda perlu melihatnya !

♦ *18 ]* Jangan berlengah esok kerana esok menjadi minggu hadapan dan akan menjadi bulan hadapan. Lakukannya sekarang !

🔷 *19 ]* Ambil langkah pertama walaupun belum dapat melihat langkah seterusnya.

🔶 *20 ]* Kesusahan hari ini adalah kesenangan hari esok !

Sunday, June 3, 2018

5 AMALAN REZEKI TIDAK AKAN PUTUS

Belum sampai hujung bulan poket dah kering. Stress giler dibuatnya. Kadang tak tahu di mana silapnya sampai duit gaji tidak pernah cukup. Dah puas berjimat, dah belanja ikut bajet tapi ada je tak kena.

Jangan kata nak menyimpan nak bayar bil pun kadang-kadang ramai yang sangkut. Sebelum kita menyalahkan sesiapa dan terus merungut, apa kata kita audit diri. Mesti ada silap kita sehingga rezeki tidak lekat.

Jom amalkan lima perkara ini, lakukan dengan ikhlas dan sentiasa istiqamah. Insya-Allah rezeki tidak akan putus malah semakin bertambah.

1. Bayar Hutang

Kalau ada hutang dengan orang, lunaskan. Jangan tangguh-tangguh terutama apabila sudah berjanji nak bayar pada tarikh tertentu. Kalau kita mungkir janji, orang yang kita pinjam duit tak gembira. Dia mesti marah dan mungkin ada juga yang menyumpah kita.

Mereka ini dikira orang teraniaya, doa mereka dimakbulkan Allah. Sebab tu kadang-kadang, kita ditimpa musibah. Contohnya, kereta rosak, tayar pancit dan kena saman. Sebab kita tak bayar hutang, duit kita ‘diambil’ dengan cara paksa. Jadi buka mata hati ye, silakan bayar hutang kalau nak hidup senang.

2. Bagi Duit Pada Mak Ayah

Sikit atau banyak bukan soalnya, bagi duit pada mak dan ayah dengan jumlah yang kita mampu. Beri setiap bulan, mak dan ayah yang menerima pemberian kita sangat gembira dan mereka pasti berdoa kita dimurahkan rezeki.

Buat baik dengan mak ayah, jangan derhaka dan jangan kedekut dengan mereka. Amalkan tip ini mesti rezeki tidak putus kerana mendapat keberkatan.

3. Sedekah

Satu lagi cara untuk Allah luaskan rezeki apabila kita memberi sedekah. Kita meringankan beban orang dalam kesusahan. Maka Allah akan gandakan rezeki kita dan Allah beri kita kesenangan.

Jangan berkira nak bagi sedekah, boleh bagi pada sesiapa sahaja yang kita mahu. Tapi ingat bagi sedekah kena ikhlas bukannya menunjuk-nunjuk.

4. Buat baik pada binatang

Binatang pun ada perasaan, jangan kita dera mereka. Tapi layan binatang dengan kasih sayang. Kalau ada kucing lapar, bagi kucing makan. Jika ada binatang yang cedera, bawa ke klinik untuk dirawat.

Jangan zalim dengan binatang, mereka juga makhluk Allah. Apabila kita baik dengan binatang, binatang akan mendoakan kesejahteraan kita. Rezeki kita akan bertambah, yakinlah dengan janji Allah.

5. Solat dhuha

Dalam Islam sudah diajar, salah satu amalan untuk murahkan rezeki adalah melakukan solat Dhuha. Buat secara konsisten, yakin dengan Allah. Insya-Allah kita akan sentiasa diberi rahmat daripada Allah.

Buat 2 rakaat atau 4 rakaat, ikut kemampuan kita. Tak rugi pun luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari meminta Allah melimpahkan nikmatnya pada kita.

Sumber : http://www.lubukmaklumat.com/tak-sangka-inilah-5-amalan-punca-keberkatan-rezeki-yang-kita-tak-perasan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!