Monday, July 30, 2018

4 Tip Untuk Membiasakan Diri Solat Pada Awal Waktu

Sahabat, jangan sampai kita solat sekadar memenuhi kewajiban saja. Dilakukan sambil lewa, di akhir waktu pula, kerana sesungguhnya ada banyak keutamaan melaksanakan solat dengan sempurna rukun-rukunnya dan di awal waktu, lebih baik lagi jika dilakukan
secara berjamaah di masjid khususnya bagi yang lelaki.

Berikut adalah keutamaan solat tepat pada waktu yang perlu kita ketahui sebagai motivasi. Semoga Allah mudahkan kita selalu solat tepat di awal waktunya :

#1 Jika tidak ada sebarang kerja yg mengikat atau urusan penting yg harus dilaksanakan, maka segera tinggalkan urusan yg tidak berfaedah seperti Facebook. Latih diri untuk segera menutup laptop atau simpan handphone kita.

#2 Pasang penggera waktu solat dalam handphone,tab atau laptop. Dengan cara ini, kita akan cepat tersedar bahawa waktu solat telah pun masuk. Segera berwuduk.

Jika datang nafsu malas dan rasa berat, katakan berulang kali kepada diri, “Allah sedang panggil dan tunggu aku menghadap-Nya sekarang!”

#3 Biasakan diri dalam keadaan sentiasa mempunyai wuduk. Duduk lima minit awal di atas sejadah sambil berzikir menunggu masuknya waktu solat.

#4 Mengetahui kelebihan solat pada awal waktu, maka kita akan berlumba-lumba untuk segera menunaikannya.

Semoga bermanfaat!

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah ramai yang akan mendapat manafaat.

Kredit: Staf Islamik Info

Saturday, July 28, 2018

17 Resepi Pantang Selepas Bersalin Normal & Pembedahan

*Selepas baca boleh SHARE :)

Bukan sahaja untuk ibu selepas bersalin, samada bersalin normal, caesar atau pembedahan, resipi ini juga boleh digunapakai untuk kanak-kanak selepas berkhatan atau bersunat.

1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati

2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas

3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas

4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.

5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan

6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.

7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Kira OK masukkan pegagadan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.

8. Hati Masak Limau Purut

Bahan-bahan:
-1/2kg hati lembu direbus dan dipotong kecil
-5 helai daun limau purut dipotong tengah dan dikoyakkan
-6 tangkai cili kering (Dalam pantang boleh diganti dengan lada hitam secukupnya)
-3 labu bawang besar
-4 ulas bawang putih
-2cm hirisan halia muda
-½ camca ketumbar
-½ camca jintan manis
-½ camca jintan putih
-Garam & gula secukup rasa
-Minyak untuk menumis

Cara-cara:
-Cili/lada hitam, bawang besar, bawang putih halia, jintan dan ketumbar dimesin halus.
-Tumis hingganaik bau/garing kemudian masukkan hati dan daun limau purut. Jika suka boleh tambah air untuk berkuah.
-Setelah itu, masukkan perasa. Ok.Boleh diangkat dan dihidang.

9. Hati Goreng Lada

Bahan-bahan:
-600g hati lembu direbus dan dipotong
-4 sudu besar lada putih
-2 sudu besar serbuk rempah
-2 sudu besar minyak
-1 sudu besar air asam jawa
-½ sudu serbuk jintan putih
-1 sudu serbuk kunyit
-2 labu bawang besar
-Garam/ Ajinomoto secukup rasa
-1 batang daun bawang untuk hiasan

Cara-cara:
-Gaulkan hati yang telah dipotong bersama rempah-rempah tersebut
-Tumiskan ia, agak kira okay bolehlah dimasukkan air asam jawa
-Taburkan hirisan daun bawang

10. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa

11. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.

12. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.

13. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.

14. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.

15. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut.

16. Lengkuas Muda Masak Lada Merah
(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.

17. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.

Semoga dapat membantu dan semoga bermanfaat, silakan SHARE

Monday, July 9, 2018

15 PERKARA YANG PERLU DIFIKIRKAN OLEH PARA SUAMI

Bila berlaku krisis rumah tangga di mana si isteri dipersalahkan seperti :-

Tak jaga kecantikan
Masak tak sedap
Tak pandai masak
Bersepah malas mengemas
Asyik nak balik rumah dia je
Badan membesar jadi gemuk tak cantik
Pemalas
Malah kadang2 ada yg faktornya si Isteri curang ...

Kadang2 ada masa isteri membebel bukan kerana merungut tak tentu pasal, dia minta perhatian bila kdg kerja rumah dan urus anak2 dah terbeban....
Bila nampak suami balik kerja hajat hati nak mintak suami pujuk hati kurangkan stresss.. Bkn pentingkan diri tapi nak merasai sama2 penatnya...

Pernahkah kamu terfikir wahai lelaki sepanjang usia perkahwinan kamu itu .. :-

1.Adakah kamu menjaga isteri kamu sebaik mungkin?

2.Makan pakaiannya kamu berikan secukupnya tak?

3.Keinginan seksual isterimu kamu puaskan ke tak?
Jika tak pernahkah kamu berusaha untuk berubat dsbg?

4.Bila dia perlukan teman berbual kamu ada di sisinya tak?

5.Masa dia lahirkan anak kamu temankan dia kat hospital tak?

6.Kamu azan dan qamat anak2 yg dia lahirkan tak?

7.Kamu berjaga malam buatkan susu tak masa baby tu menangis?

8.Kamu bangun salinlampin baby malam2 masa dia dlm pantang tak?

9.Kamu imamkan solat berjemaah dengan dia tak?

9.Kamu kejut dia solat tahajud malam2 tak?

10.Kamu bawa dia ke masjid dengar majlis ilmu tak?

11.Kamu bawa dia ke masjid solat tarawikh bulan puasa sama2 tak?

12.Kamu bawa dia pergi umrah dan haji tak?

13.Kamu ajak dia sama2 bersedekah bantu orang miskin tak?

14.Kamu isi dada isteri kamu dengan iman dan taqwa tak?

15.Kamu bagi duit tak setakat yg kamu mampu? Ke kamu mengepow duit isteri kamu?

Jika jawapannya ialah TIDAK untuk semua permasalahan di atas maka jangan salahkan PEREMPUAN ... they deserve to be happy and live happily with someone else and NOT with you !

Tapi jika kau dah berikan segala2nya di atas dan dia masih macam celaka ... maka bersabarlah kerana neraka bagi perempuan yang tidak bersyukur ... !

Muhasabah dirilah dulu sebelum nak tengok keburukan orang menyalahkan orang ... dan bersabarlah kerana SABAR itu sangat sweet ....

Kredit untuk:

Fb YM Raja Shamri
@Padang Luas Jerteh
Terengganu.
21 Nov 2013

Sunday, July 8, 2018

30 PANDUAN HIDUP

Just Sharing...

En Ahmad Zamri 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Malaysia Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Didi Lokman, dan Cici dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.

Menarik utk dikongsikn bersama..😊😊😊

Saturday, July 7, 2018

PART 3: SNORKELING DI MERSING

Jam 0348 kami tiba di homestay kat Mersing

Homestay 3 bilik itu menempatkan kami semua...

Aku bersama 5 lagi menempah bilik utama...he he...so ada aircond...kami menyambung tidur ...zzzz

Jam 0545...bangun utk beratur mandi dan solat subuh...

Siap2 pakai baju mandi...hmmm...semangat tinggi bukan main masing2

Jam 0700 semua berkumpul di atas bas sepatutnya...tapi biasalah mesti ada yg fesyen tidak patuh pd waktu...redha jelah

PART 2: SNORKELING DI MERSING

Jam 1215 kami singgah di rnr Pagoh selama 1 jam..

Kat ni barulah aku n hubby sempat solat jamak...

Surau perempuan mmg xde org...sunyi...mklumlah pukul 12 lebih..

Lps tu kami makan dan minum di gerai nasi ambang pagoh...boleh tahanlah rasanya...

Friday, July 6, 2018

DAY 1 Part 1:SNORKELING DI MERSING

6.7.2018 (Jumaat)

Jam 1845 aku dan hubby dah siap nak gerak...

Alamak..tayar belakang keta pancit...bergegas kami ke kedai tayar dulu...

Jam 1905 ...tayar siap...terus gerak meredah jem...

Jam 2010 kami sampai di PULAPOL...bas dah sedia menanti...

Jam 2040...taklimat dan snack diberikan...lps tu tayar bas pun bergolek ..

Rombongan seramai 26 org dengan satu azam...snorkeling di Mersing

Sunday, July 1, 2018

7 FUNGSI BUTANG PADA PERIUK NOXXA


Berikut adalah senarai fungsi butang PC Noxxa dan tugas yang mampu dilakukannya:-

1.HIGH PRESSURE 
- fungsi memasak dalam tekanan tinggi untuk bahan mentah seperti daging, ayam dll

2. LOW PRESSURE
- fungsi memasak dalam tekanan rendah untuk bahan seperti kentang, apple, dll (yang mungkin meletup/pecah dalam tekanan tinggi)

3. WARM /REHEAT
- memanaskan dan mencairkan masakan yang disejukbeku selepas dimasak

4.STIR - FRY
- fungsi yang memudahkan anda menumis atau menggoreng dalam periuk Noxxa sebelum disambung dengan fungsi masakan lain

5.STEAM
- fungsi memasak dengan cara memanggang makanan seperti nasi kukus atau pau kukus dengan menggunakan air mendidih

6.SLOW COOK
- memasak secara perlahan untuk mendapatkan hasil masakan yang lembut dengan rasa yang meresap jauh ke dalamnya.

7. DELAY TIMER
- sangat berguna jika anda ingin memulakan masakan yang perlu diperap. Delay masa maksimum yang dibenarkan adalah sehingga 8 jam dan kemudian proses memasak berjalan dengan sendiri secara automatik.

Cara Menggunakan Fungsi High & Low Pressure Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot periuk. Pastikan bahan masakan tadi dicampur dengan air minimum 250ml (8oz) untuk lakukan fungi masakan tekanan ini.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan PRESSURE.

5.Pilih fungsi High atau Low Pressure pada butang panel, tekan beberapa kali untuk menentukan berapa masa memasak yang diperlukan dalam kiraan minit (rujuk nombor pada panel)

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai. Kemudian bunyi BEEP akan kedengaran menandakan masakan anda sudah siap.

7.Keluarkan tekanan dalam pot dengan meletakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM, biarkan sehingga tekanan habis (selepas knob jatuh pada kedudukan pressure). 

8.Kemudian buka penutup mengikut arah putaran jam.

Cara Menggunakan Fungsi Warm/Reheat Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dipanaskan ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM

5.Tekan butang WARM/REHEAT pada panel.

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Steam Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Letakkan bekas /bakul penahan ke dalam pot memasak.

3.Masukkan minimum 250ml air ke dasar pot, pastikan kedudukan bekas tadi lebih tinggi daripada paras air.

4.Letak makanan yang ingin dikukus/stim di atas bekas tadi.

5.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

6.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM.

7.Tekan butang STEAM dan set masa.

8.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Stir-Fry Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan sedikit minyak memasak (ikut resepi) ke dalam pot.

3.Tekan butang STIR-FRY pada panel.

4.Tekan butang ON/OFF, setelah minyak cukup panas masukkan makanan yang hendak ditumis atau goreng.

5.JANGAN TUTUP dengan penutup tekanan ketika fungsi ini untuk elak letupan atau kemalangan.

6.Setelah selesai, tekan butang ON/OFF semula untuk menamatkan sesi, kemudian boleh dicampur dengan bahan lain atau disambung dengan fungsi masakan yang lain.

Cara Menggunakan Fungsi Slow Cook Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam.

4.Letakkan knob pelaras tekanan pada kedudukan STEAM.

5.Tekan butang SLOW COOK pada panel dan set masa masakan (maksimum 9.5 jam).

6.Tekan butang ON/OFF dan tunggu sehingga masakan anda selesai.

Cara Menggunakan Fungsi Delay Timer Periuk Noxxa

1.Pasangkan kod kabel, masukkan pot memasak ke dalam periuk Noxxa.

2.Masukkan makanan yang hendak dimasak ke dalam pot.

3.Tutup periuk dengan penutup tekanan dan kunci dengan mengikut arah lawan jam. (mengikut keperluan fungsi masak).

https://youtu.be/2sX09eQrUn4
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!