Showing posts with label INGIN CANTIK?. Show all posts
Showing posts with label INGIN CANTIK?. Show all posts

Tuesday, June 11, 2013

7 LANGKAH SOLEKAN SEMPURNA

LANGKAH 1 : PERSIAPAN AWAL
- Bersihkan wajah dengan pembersih yang lembut. Ikuti dengan penyegar yang tidak mengandungi alkohol kerana alkohol akan membuatkan wajah jadi kering. Sapukan pelembab

LANGKAH 2: MEMILIH ALAT SOLEK
- Pilihan alat solek sama pentingnya dengan cara anda menggunakannya.Gunakan span untuk menyapu bedak asas supaya bedak rata pada seluruh wajah.

LANGKAH 3 : CERAHKAN WAJAH
- Sapukan highlight pada puncak tulang pipi, tulang alis dan bahagian tengah hidung sebelum menyapu bedak sekali lagi.

LANGKAH 4 : PERIKSA JERAGAT
- Penyamar noda amat berguna untuk menutup parut jerawat. Elakkan memakai terlalu tebal. Sapukan nipis pada bahagian bernoda. Gunakan alas bedak dan sapukan biar sekata.

LANGKAH 5 : BEDAK
- Sekiranya kulit anda berminyak,pilih dan gunakan bedak tabur. Sapukan pada seluruh wajah, sekitar mata dan mulut. Pilih bedak yang tidak berkilat dan sapukan dengan berus besar.

LANGKAH 6 : BERMAIN WARNA
- Pilih gincu warna lembut. Merah jambu adalah pilihan tepat.Untuk mata, sebaiknya pilih gincu matte. Elakkan pembayang mata berkilat. Jangan lupa sapukan pewarna pipi sewarna gincu agar anda tampak segar dan berseri.

LANGKAH 7 : AWAS MINYAK
- Akhir sekali jangan lupa kertas minyak atau tisu penyerap minyak pada wajah anda. Ini jauh lebih baik daripada sepanjang hari dan setiap jam anda harus memakai bedak dan menyebabkan lapisan bedak menjadi tebal.


Sunday, November 25, 2012

TIPS PENJAGAAN RAMBUT


 MILIKI RAMBUT PERSIS SEORANG PUTERI  | mengenai isu kecantikan, rambut merupakan antara sisi lain yang boleh dikira merangkumi makna cantik bagi setiap wanita.

tips+penjagaan+rambut
Memiliki rambut yang cantik membuatkan wanita tersebut kelihatan lebih segar, sihat dan memiliki kecantikan yang lebih ayu. Tidak dilupakan juga, jika anda memiliki rambut panjang yang sihat, anda akan kelihatan lebih muda.

Oleh yang demikian, penjagaan rambut amatlah penting. Disini kami ingin kongsikan beberapa tips penjagaan rambut yang diyakini keberkesanannya.

• Syampu rambut anda setiap hari. Penggunaan syampu setiap hari tidak akan merosakkan rambut anda. Penggunaan syampu selepas anda pulang daripada kerja dapat membersihkan kulit kepala daripada pengumpulan sebum pada liang rambut.

• Gunakan syampu yang bersesuaian dengan rambut anda. Himalaya mempunyai pelbagai jenis syampu sama ada untuk rambut kering, normal mahupun berminyak. anda bebas memilih mana-mana syampu mengikut kesesuaian rambut anda.

• Ketika menggunakan syampu, urut kulit kepala perlahan-lahan kerana ia dapat membantu untuk melancarkan pengaliran darah di bahagian kulit kepala.

• Pastikan rambut dibilas dengan bersih selepas bersyampu untuk mengelakkan baki buih sabun terus melekat pada rambut kerana ia boleh merosakkan rambut anda.

• Gunakan perapi rambut untuk memastikan rambut sentiasa lembut, segar dan bermaya. Perapi dapat memberikan kelembapan intensif untuk memastikan kelembapan setiap urat rambut adalah seimbang.

• Elakkan penggunaan pengering rambut kerana pemberian haba pada rambut akan menyebabkan rambut rosak dan kering.

• Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk rambut lebih sihat dan bermaya.

• Lakukan senaman setiap hari.

• Amalkan diet tinggi kandungan vitamin antioksidan seperti vitamin A, C dan E. Pengambilan mineral seperti zat besi, sulfur dan iodin dapat membantu menguatkan akar rambut.sumber

Monday, September 24, 2012

DIET ATKINS - PERINGKAT "ONGOING WEIGHT LOSS"


Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state).


Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.
Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 9.00pm. 

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram. 

3. Makanan diproses dikilang selalu ditambah gula dan berkabohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol. 

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam list makanan yang diharamkan sebelum ni. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan. 

5. Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway. 

6. Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu. 

7. Rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan. 

8. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu! 

9. Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula atau artificial sweteener. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!