Showing posts with label MOTIVASI KERJA. Show all posts
Showing posts with label MOTIVASI KERJA. Show all posts
Sunday, January 10, 2016
Wednesday, March 27, 2013
SEKADAR MAJLIS KECIL-KECILAN
Sebaik-baik motivasi adalah cinta.
Cinta yang cemana? Cinta pada Allah, cinta pada si dia, cinta pada pasangan hidup, termasuk juga cinta pada perkara yang menjadi sumber rezeki Anda iaitu kerja Anda. Bila sudah suka, semua jadi lancar saja.
Jika Anda bekerja dalam sebuah pejabat atau Anda menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi sama ada dalam sektor kerajaan atau sektor swasta, cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan menggunakan pendekatan cinta.
Cinta adalah sayang.
Sayang timbul dari rasa saling mengambil berat.
Rasa saling mengambil berat timbul dari sikap saling menerima, menganggap orang lain macam keluarga sendiri. Untuk meningkatkan semangat kekeluargaan, perlu ada majlis kecil-kecillan.
Majlis ini dibuat untuk suka-suka dengan tujuan utamanya mengeratkan hubungan sesama pekerja. Dalam erti kata lain, perlu ada majlis ‘makan-makan’.
Bos perlu turunkan ego, pekerja pula usah asyik bodek bos.
Bila ini berlaku, pasti bila di tempat kerja, apa tugasan pasti berjalan lancar sebab semuanya ada keinginan untuk bekerjasama. Kerja bukan lagi macam kerja, tapi menjadi satu hobi. Masalah jika ada, pasti dapat diselesaikan segera.
Sumber utama motivasi datang dari hati. Bila hati sudah menerima,sudah serasi, pasti ada motivasi.
Untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja, bos perlu memainkan peranan. Jika Anda pekerja biasa, tak ada salahnya Anda wujudkan situasi kekeluargaan di tempat kerja. Anda perlu aktif – aktif memberi semangat, aktif menegur, aktif mengambil berat.
Organisasi tempat kerja Anda akan pincang bila hati para pekerja tidak bersatu.
Saturday, June 2, 2012
105 CIRI-CIRI PEMIMPIN CEMERLANG & BERWIBAWA
1. Baik hati (Paling penting)
2. Jujur
3. Cekap
4. Bertanggungjawab
5. Dedikasi
6. Berdisiplin
7. Penyabar
8. Berdiplomasi
9. Berwibawa
10.Menepati masa
11.Berpengetahuan tinggi atau bijaksana
12.Berani
13.Berketrampilan
14.Boleh mengendali mesyuarat
15.Berkebolehan memimpin
16.Bersahaja atau tidak gelojoh
17.Befikiran terbuka
18.Boleh menerima pandangan atau idea orang lain
19.Tidak sombong atau tidak egois
20.Dedikasi
21.Ada keyakinan diri
22.Bersuara lantang kena pada tempat dan masanya
23.Tegas
24.Mempunyai daya fikir yang tinggi (Cemerlang mental dan fizikal)
25.Mampu mengemukakan idea yang bernas / utk organisasi
26 Ikhlas
27.Mengenali potensi diri
28.Mendahului orang lain
29.Mampu membantu organisasi dan rakan
30.Boleh mempertingkatkan diri
31.Boleh menerima motivasi atau nasihat orang lain
32.Penyelidik profesional yg mampu merungkai sesuatu masalah
33.Ada unsur-unsur kecindan
34.Bersemangat
35.Berikhtizam
36.Memahami arahan
37.Melaksanakan tugas yang diarahkan dengan baik
38.Peramah
39.Pemaaf (BUKAN SEMUA PEMIMPIN ADA SIKAP INI (KUKU BESI)
40.Cintakan kebersihan , keselamatan dan keceriaan
41.Bersimpati
42.Mengenang jasa
43.Pemurah
44.Tidak suka menganiaya orang lain (SANGAT PENTING )
45.Berwawasan
46.Berbakat / berpotensi
47.Berwaspada
48.Penyayang
49.Keupayaan mengurus yang tinggi
50.Berkemampuan menyelesaikan masalah dgn baik
51.Mampu mempertingkatkan prestasi organisasi
52.Berpandangan luas dan berpengalaman luas - ( broad minded and not narrow minded)
53.Mudah diajak berbincang
54.Berani bersuara dan tidak statik (Mr. Yes man)
55.Mempunyai daya ukur yang telus
56.Toleransi
57.Murah senyuman
58.Mampu berubah
59.Sentiasa mengamalkan budaya mengucapkan terima kasih
60.Menghormati orang lain
61.Menurut perintah atasan
62.Menjauhi rasuah
63.Menghormati undang-undang
64.Tahan rahsia
65.Tidak prejudis atau pesimistik ( ORGANISASI AKAN KECUNDANG DAN TIDAK MAJU))
66.Menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya
67.Tidak mudah mengaku tewas
68.Arahan yang diberikan adalah muktamad
69. Mampu memberi penerangan dengan baik
70.Tidak sentimen
71.Bersikap pro dan kontra kena pada masanya
72.Mampu bersaing
73.Tenang
74.Inovatif
75.Rasional / (positive thinking /open minded)
76.Tidak memburuk-burukkan kelemahan kakitangan bawahannya
77.Sasar kejayaaan atau kemenangan
78.Sentiasa bersyukur
79.Bertindak secara matang
80.Tidak tamak dan takbur
81.Mampu menyuntik semangat orang lain (motivator / fasilitator YANG BAGUS)
82.Pentingkan kejayaan diri dll
83.Disukai orang bawahan
84.Idea yang tidak stereotaip
85.Berkualiti
86.Mesra dengan semua / masyarakat / rakan/org bawahan
87.Tiada kesumat atau menaruh / menanam dendam di hati
88.Tidak hipokrit
89.Adil
90.Dihormati
91.Ketua di pejabat..rakan di luar pejabat
91.Bertindak secara positif - Membuang yg negatif
92.Penyayang kpd pekerja2 bawahan
93.Menjaga kebajikan anggota2 bawahannya
94.Keupayaan mempertimbang idea org lain jika idea itu bernas
95.Berkompromi dan mudah dibawa berbincang / tidak sombong
96.Tidak makan bodek
97.Tidak sarkastik
98.Tidak bias kpd pekerja yg suaminya mempunyai status
99.Tidak membatasi pergaulan berdasarkan status individu
100.Keupayaan menilai kualiti dan kuantiti
101.Bijak mengatur strategik
102.Bijak menganalisa kekuatan dan kelemahan organisasi
103.Bijak mengatasi dan mengatur stategi utk kekuatan organisasi
104.Bijak merancang pelbagai program untk kekuatan organisasi
105.FLEKSIBEL
Monday, March 5, 2012
MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI
Setiap hari, jadikanlah niat mahu memperbaiki diri satu niat yang Anda ucapkan di awal pagi.
Selepas bangun, usah fikir pasal kerja, pasal masalah, pasal duit yang tak cukup, pasal hutang yang menimbun, pasal apa pun jua persoalan.
Elak memikir masalah, elak mengomel pasal masalah.
Elak memikir pasal apa saja yang membuat Anda tertekan.
Fikirkanlah mahu memperbaiki diri hari ini, baik sebaik yang mungkin.
Lafazkan perkataan ini di dalam hati dengan penuh berani..
“aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
Lafazkanlah ia dengan keyakinan, keberanian.
Jangan ada ragu, jangan ada sangsi.
Pasti Anda merasa bermotivasi, merasa bersemangat.
Sebab, jika ada ragu atau sangsi, ia akan memadamkan kesan ayat yang Anda lafazkan tadi. Akhirnya, Anda tidak akan merasa bersemangat.
Andai kata Anda mahu bersemangat, lafazkan..
“aku mahu bersemangat”
Lafazkan dengan berani.
Wednesday, December 14, 2011
101 SOALAN UNTUK MENJADI INSAN LUAR BIASA
Anthony Robbins pernah mengatakan dalam salah satu bukunya bahawa
berfikir sebetulnya adalah proses bertanya dan menjawab
pertanyaan-pertanyaan. Beliau kemudian menambahkan bahwa orang-orang
yang sukses adalah mereka yang selalu bertanya pada dirinya sendiri.
Berikut adalah 101 pertanyaan untuk membuat hidup anda luar biasa :
Pertanyaan manakah yang membuat anda paling tersentuh?
1. Apa yang saya inginkan?
2. Untuk hal-hal apa saja saya berterima kasih?
3. Apakah yang hilang dalam hidup saya?
4. Apakah saya melihat hal-hal baru di dunia ini setiap hari?
5. Apakah saya menyediakan sedikit waktu untuk mendengar daripada orang lain?
6. Apakah saya cukup bersenang-lenang?
7. Bagaimana saya menjadikan hidup ini lebih ceria?
8. Apa yang saya inginkan lebih dalam hidup?
9. Apa yang tidak terlalu saya inginkan dalam hidup?
10. Apakah saya selalu mencari peluang-peluang?
11. Apakah saya menangkap peluang-peluang yang ada?
12. Apakah saya mempunyai pemikiran yang terbuka?
13. Apakah saya cukup fleksibel?
14. Apakah saya cepat menghakimi orang lain?
15. Apakah saya selalu memperhitungkan sebarang risiko?
16. Apakah saya tulus memuji orang lain?
17. Apakah saya menghargai apa yang orang lain lakukan untuk saya?
18. Ke tempat mana sajakah saya ingin pergi?
19. Siapa sajakah orang yang ingin saya jumpai?
20. Petua apa sajakah yang ingin saya ikuti?
21. Apakah saya peduli dengan apa yang orang lain fikirkan tentang saya?
22. Apakah saya cepat tersinggung?
23. Apakah yang membuat saya bahagia?
24. Adakah hal yang saya selalu tunda?
25. Apakah saya selalu memikirkan diri sendiri?
26. Apakah saya suka menyimpan dendam?
27. Apakah saya selalu mengingat-ngingat masa lalu?
28. Apakah saya membiarkan pemikiran negatif orang lain mempengaruhi saya?
29. Apakah saya boleh memaafkan diri sendiri?
30. Apakah saya cukup dan sentiasa tersenyum?
31. Apakah saya cukup dan sentiasa tertawa?
32. Apakah saya mengelilingi diri saya dengan orang-orang positif?
33. Apakah saya orang yang positif?
34. Apakah saya menyediakan cukup waktu untuk merawat diri?
35. Apakah cita-cita rahsia saya?
36. Apakah yang ingin orang-orang ingat tentang saya di akhir hidup nanti?
37. Apakah erti sukses untuk saya?
38. Bagaimana saya dapat memberi erti bagi hidup orang lain?
39. Bagaimana saya dapat melayani sesama insan?
40. Hal apakah yang dapat saya lakukan lebih baik dibandingkan orang lain?
41. Apakah 3 kekuatan terbesar saya?
42. Apakah saya bergerak menuju ke pencapaian mimpi-mimpi saya?
43. Apakah saya menceritakan pada orang lain apa yang sungguh-sungguh saya inginkan dalam hidup?
44. Seperti apakah rupa hari yang indah menurut saya?
45. Ingin seperti apakah anda 1 tahun lagi? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?
46. Seperti apakah bentuk lingkungan untuk hidup yang baik menurut saya?
47. Apakah yang ingin saya perbuat jika saya tidak mempunyai rasa takut?
48. Apakah yang ingin saya perbuat jika wang bukanlah hal yang penting?
49. Alasan-alasan apa sajakah yang sering saya ucapkan?
50. Apakah saya menikmati apa yang saya lakukan sehari-hari?
51. Apakah saya berada di jalan yang benar?
52. Apakah saya menyayangi diri sendiri?
53. Apakah saya baik pada orang lain?
54. Apakah saya mengambil sesuatu tanpa imbuhan?
55. Apakah saya sedang melakukan hal yang paling penting saat ini?
56. Apakah ada hal-hal dalam hidup yang perlu saya beri perhatian lebih?
57. Apakah saya sudah menggunakan waktu saya dengan sebaik-baiknya?
58. Apakah yang boleh saya lakukan saat ini yang dapat membuat perbezaan terbesar dalam hidup?
59. Apakah yang sedang saya hindari?
60. Hal-hal apa sajakah yang saya boleh bertoleransi?
61. Apakah saya membuat tujuan-tujuan yang jelas dengan batas waktu pencapaiannya?
62. Apakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada diri sendiri?
63. Apakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada orang lain?
64. Jika saya ingin kehidupan saya sempurna, apakah yang harus saya ubah?
65. Apakah yang sedang saya cari sungguh-sungguh saat ini?
66. Bagaimana saya membuat hidup saya lebih sederhana?
67. Kegiatan apa saja yang saya lakukan tetapi saya tidak
menikmatinya? Apakah kegiatan tersebut sungguh-sungguh harus dilakukan?
Dapatkan saya mendelegasikannya atau membayar orang lain untuk
melakukan itu?
68. Apakah saya melihat diri saya sebagai seorang yang cukup kreatif?
69. Apakah saya membiarkan diri saya untuk menjadi orang yang kreatif?
70. Dapatkah saya menjadi seseorang yang spontan?
71. Apakah saya terlalu kritis pada diri sendiri?
72. Apakah saya terlalu kritis pada orang lain?
73. Apakah saya dapat melihat permasalahan dari sudut pandangan yang berbeza?
74. Hal-hal apa sajakah yang telah saya selesaikan?
75. Hal-hal apa sajakah yang menjadi sumber stress dalam hidup?
76. Bagaimana saya dapat mengurangi stress dalam hidup?
77. Kemana sajakah wang saya dipergunakan?
78. Mampukah saya mengurus kewangan saya?
79. Adakah saya mempunyai rancangan kewangan untuk masa depan?
80. Untuk apa sajakah waktu saya dipergunakan?
81. Sudahkah saya membuat sistem pengelolaan waktu yang efisien?
82. Apakah 3 keutamaan terbesar saya dalam hidup?
83. Siapakah orang terpenting dalam hidup saya?
84. Siapakah yang mencintai saya?
85. Siapakah yang peduli kepada saya?
86. Untuk siapakah saya perlu bekerja keras?
87. Apakah tempat tinggal dan lingkungan kerja saya telah diatur sedemikian rupa sehingga memberi kenyamanan pada saya?
88. Apakah saya mempunyai pola hidup yang sihat?
89. Apakah saya sering terbawa emosi?
90. Apakah saya dapat melupakan kesalahan-kesalahan yang telah saya buat di masa lalu?
91. Apakah saya mengizinkan diri saya untuk melakukan kegagalan?
92. Apakah saya mempelajari kegagalan-kegagalan saya?
93. Apakah saya cepat prihatin ketika sesuatu berjalan tidak sepatutnya?
94. Apakah keyakinan-keyakinan saya telah bekerja dengan baik?
95. Apakah saya melonggarkan peraturan-peraturan yang telah saya buat untuk diri sendiri dan orang lain?
96. Apakah impian masa kecil saya yang terlupakan?
97. Siapa sajakah idola/tokoh yang saya tiru?
98. Apakah saya asli? Apakah saya menjadi diri saya sendiri atau sedang mencuba menjadi seseorang yang lain?
99. Bagaimana jika …?
100. Mengapa tidak …?
101. Bagaimana saya dapat …?
Pertanyaan manakah yang membuat anda paling tersentuh?...... Silakan kongsi di sini, atau
Jika anda memiliki pertanyaan refleksi yang lain juga boleh dikongsi bersama.
Jika anda memiliki pertanyaan refleksi yang lain juga boleh dikongsi bersama.
Saturday, December 3, 2011
BERSANGKA BAIK ...SUSAH KE?
Salah satu cabaran ditempat kerja, ada orang yang ngam dengan kita, ada yang dalam diam tak ngam dengan kita. Ada ke orang camni? Ada.
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik
Ada sangkaan buruk
Orang beribadah, disangka riak
Orang yang relax, disangka malas
Orang yang pakai baju baru, disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk, disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak, disangka pelahap
Orang makan sikit, disangka kedekut
Orang baik, disangka buruk
Orang buruk, disangka baik
Orang senyum, disangka mengejek
Orang masam, disangka merajuk
Orang bermuzakarah, disangka mengumpat
Orang diam, disangka sombong
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnah nya kayu dimakan api.
Satu benda yang kita lihat,
macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat.
Apabila memandang keluar tingkap,
Ada orang melihat pokok,
Ada orang melihat awan,
Ada orang melihat jalan,
Ada orang melihat burung berterbangan dan macam-macam lagi,
Sedangkan semua orang melihat melalui tingkap yang sama.
Ada orang, tetiba tak layan kita, tak sambut tangan kita bila kita salam dia dan tak nengok muka kita langsung time kita bertembung. Bila Anda mengalami situasi camni, hadapilah ia dengan tenang.
Fikiran kena baik sepanjang masa, supaya kita berada dalam situasi yang baik-baik juga sepanjang masa, selama Anda berada di tempat kerja Anda sekarang.
Mungkin Anda tak tahu. Fikiran kita, hati kita dan minda kita, sepanjang masa berdoa.
Apa yang kita fikirkan selalu, ibarat kita berdoa minta ia dimunculkan pada kita. Apa yang kita selalu cakap dalam hati, ibarat kita minta supaya apa yang kita cakapkan itu didatangkan pada kita. Apa yang kita ulang-ulangkan di minda, apa yang kita ingat selalu, bayangkan selalu, ibarat kita berdoa supaya ia dijelmakan dalam kehidupan kita.
Saranan supaya bersangka baik pada
sesiapa saja bukan sekadar saranan. fikiran, percakapan dan perbuatan
kita memberi kesan tersendiri. Kita buat baik pada orang, orang buat
baik pada kita juga.
Sebaliknya, bila kita jahat pada orang, otomatiknya orang akan jahat
ngan kita juga. Jika kita berfikiran buruk pada orang, orang akan
berfikiran buruk pada kita lantas membangkitkan komunikasi negatif
antara kedua belah pihak, Anda dan dia.Jangan cepat bersangka buruk bila orang buat tak layan dengan Anda. Gunakan reverse psikologi. Anggaplah dia mahu Anda tunjukkan pada dia kerajinan Anda, semangat kerja Anda dan kemahiran Anda. Itu lebih baik dari bersangka buruk tetiba.
Mungkin hari ni dia tak layan Anda. Esok-esok, mana tahu, dia sendiri yang datang tegur Anda.
Sesetengah orang suka menilai orang lain dulu, dengan menguji dia. Anda kena terima hakikat memang ada orang camni. Dia test try dulu, tengok OK ke tidak, baik hati ke tidak.
Kesimpulannya,
Untuk kekal bersemangat, kekal berfikiran positif, bersangka baiklah
dalam apa saja situasi, apa saja keadaan dalam apa jua ketika.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya.
Positif yang dilihat, maka positif yang kita dapat.
Sebaliknya, kalau negatif yang ditengok, maka negatif lah jadinya.
Mari kita sama-sama betulkan penglihatan kita.
Thursday, October 27, 2011
BILA KEPALA SPRAY DITEKAN
Kepala spray jika ditekan, sudah tentu akan menyemburkan isinya, tak kira apa. Jadilah seperti spray yang sentiasa menyemburkan ilmu, semangat membara pada diri sendiri juga pada orang lain.
Jika Anda nak jadi pelajar cemerlang, ikut stail spray. Spraykan
ilmu, kongsikan apa yang Anda tahu pada yang ingin tahu. Jika ada yang
tak nak tahu, biarkan saja. Terima hakikat, ada yang nak luar biasa
hebat, ada yang nak biasa-biasa saja. Yang nak jadi pelajar ala kadar
pun ada, janji rock.
Jika nak jadi pekerja cemerlang, spraykan disiplin, komitmen dan
professionalisma dalam kerjaya Anda, tak kira kakitangan kerajaan
ataupun swasta. Fokus pada kualiti kerja, tak kira Anda kuli, kerani
atau bos.
Masalah kewangan dan segala macam masalah, letak tepi dulu. Kita
susah nak jadi pekerja cemerlang, jika di fikiran kita penuh dengan
permasalahan, bukan hal-hal berkaitan kecemerlangan.
Jika nak jadi usahawan cemerlang,
lupakan pasal duit, lupakan pasal untung besar. Bina perniagaan sebaik
mungkin, jadikan diri Anda unik dan biar perniagaan Anda memberi manfaat
pada masyarakat terlebih dahulu. Sebuah perniagaan sepatutnya memberi
kebaikan, bukan memberi bebanan.
Duit untung akan datang sendiri, bila perniagaan itu bermanfaat pada
setiap ahli masyarakat dengan menyediakan produk berkualiti yang
memenuhi keperluan mereka atau yang menyelesaikan masalah mereka. Sudah
tentu sesiapa saja sanggup beli, walau berapapun harganya.
Masalah kebanyakan orang berniaga adalah, mereka nak hasil cepat,
lepas tu dalam jumlah besar! Ini sebab mengapa perniagaan cepat lingkup
sebab tak balik modal, sama ada perniagaan Internet, multi level
marketing atau perniagaan tradisional. Perlu kawal nafsu dan emosi.
Komputer perlukan letrik supaya boleh berfungsi dengan baik. Manusia
perlu motivasi supaya boleh mengusahakan sesuatu dengan baik, cukup
cemerlang, cukup bagussss.
Ibarat minyak wangi harum yang selalu kita spray ,
disembur pada baju, motivasi kita pun biarlah macam tu juga, biar di
sembur selalu dalam diri sendiri, supaya kita ada semangat tinggi dalam
apa jua yang kita kerjakan.
LiveStrong!
Thursday, September 29, 2011
MEMUPUK MOTIVASI DI ORGANISASI
Sebaik-baik motivasi adalah cinta.
Cinta yang cemana? Cinta pada
Allah, cinta pada si dia, cinta pada pasangan hidup, termasuk juga cinta
pada perkara yang menjadi sumber rezeki Anda iaitu kerja Anda. Bila sudah suka, semua jadi lancar saja.
Jika Anda bekerja dalam sebuah pejabat atau Anda menjadi sebahagian
daripada sebuah organisasi sama ada dalam sektor kerajaan atau sektor
swasta, cara untuk meningkatkan motivasi adalah dengan menggunakan pendekatan cinta.
Cinta adalah sayang.
Sayang timbul dari rasa saling mengambil berat.
Rasa saling mengambil berat timbul dari sikap saling menerima,
menganggap orang lain macam keluarga sendiri. Untuk meningkatkan
semangat kekeluargaan, perlu ada majlis kecil-kecillan.
Majlis ini dibuat untuk suka-suka dengan tujuan utamanya mengeratkan
hubungan sesama pekerja. Dalam erti kata lain, perlu ada majlis
‘makan-makan’.
Bos perlu turunkan ego, pekerja pula usah asyik bodek bos.
Bila ini berlaku, pasti bila di tempat kerja, apa tugasan pasti
berjalan lancar sebab semuanya ada keinginan untuk bekerjasama. Kerja
bukan lagi macam kerja, tapi menjadi satu hobi. Masalah jika ada, pasti
dapat diselesaikan segera.
Sumber utama motivasi datang dari hati. Bila hati sudah menerima,sudah serasi, pasti ada motivasi.
Untuk meningkatkan motivasi di tempat kerja,
bos perlu memainkan peranan. Jika Anda pekerja biasa, tak ada salahnya
Anda wujudkan situasi kekeluargaan di tempat kerja. Anda perlu aktif –
aktif memberi semangat, aktif menegur, aktif mengambil berat.
Organisasi tempat kerja Anda akan pincang bila hati para pekerja tidak bersatu.
Thursday, September 8, 2011
HOW TO SAY 'NO'
Do you have difficulty saying “no”? Are you always trying to be nice to others at the expense of yourself?
Well, you’re not alone. In the past, I was not good at saying “no”, because I didn’t want to hurt the other person’s feelings.
For example, whenever I get requests for help, I would attend to them even though I had important work to do. Sometimes the requests would drag to 2-3 hours or even beyond. At the end of the day, I would forgo sleep to catch up on my work. This problem of not knowing how to say “no” also extended to my clients, business associates and even sales people.
After a while, I realized all these times of not saying “no” (when I should) were not helping me at all. I was spending a lot of time and energy for other people and not spending nearly as much time for myself. It was frustrating especially since I brought it upon myself. I slowly realized if I wanted personal time, I needed to learn to say “no”.
Why We Find It Hard To Say “No”
Friday, August 5, 2011
TIPS SERTA PANDUAN MENGHADIRI TEMUDUGA
Menghadiri temuduga kerja adalah perkara biasa bagi kalangan graduan lepasan ijazah, diploma, lepasan SPM, mahupun golongan yang sudah pun bekerja.
Jika diketepikan soal politik, kabel, dan talian hayat, apakah faktor utama kepada kejayaan sesebuah temuduga?
Kejayaan awal
Andaikan anda mendapat suatu panggilan temuduga bagi mengisi sesebuah jawatan kosong yang pernah anda pohon suatu ketika dahulu di sesebuah organisasi.
Apa yang harus anda lakukan? Setkan dalam minda bahawa anda telah pun berjaya dalam peringkat pertama mengejar karier. Jangan sesekali memandang rendah akan kuasa minda.
Minda yang dapat disetkan dengan baik mampu memberi kekuatan kepada keseluruhan perjalanan temuduga yang akan dilalui ini.
Setkan bahawa:
Tanpa kejayaan anda di peringkat pertama ini, tidak mungkin akan wujud peringkat kedua. Oleh itu, perjalanan mesti diteruskan.
Persiapan awal: Kajian
Sebaik mendapat surat temuduga, buat sedikit persiapan sebelum tiba tarikh temuduga.
Kaji latar belakang organisasi yang menawarkan temuduga jawatan kosong kepada anda. Apakah urusan utama organisasi tersebut, berapa lama ditubuhkan, saiz organisasi, kaitan organisasi dengan anda, dan sebagainya.
Buat kajian terperinci tentang jawatan yang ditawarkan. Kenapa jawatan itu diwujudkan, peranan utama jawatan, pengetahuan yang perlu ada untuk mengisi jawatan tersebut, dan mengapa anda rasa anda diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut.
Kalau dapat, lihat berapa banyak kerusi yang ditawarkan untuk jawatan tersebut, serta berapa ramai calon yang dipanggil untuk temuduga jawatan tersebut.
Kaji juga sejauh mana anda sendiri memerlukan jawatan mahu pun organisasi tersebut. Sejauh mana ia bersesuaian dengan kelulusan anda, dan sejauh mana kelulusan anda bersesuaian dengan jawatan tersebut.
Sekiranya anda berasa selesa setelah menjalani kajian-kajian di atas, besarlah harapan anda untuk berjaya dalam temuduga itu nanti.
Sebaliknya jika anda rasa kurang selesa, cuba cari tawaran lain dan lupakan temuduga tersebut, melainkan anda memang terdesak untuk meneruskan kehidupan anda sehari hari.
Persiapan sebelum temuduga
Pada hari temuduga, bangun awal. Banyak perkara yang harus anda lakukan sebelum pergi ke tempat temuduga, dengan tenang dan tidak gopoh gapah.
Sebelum solat subuh, lakukan solat sunat hajat (lepas subuh tak boleh, masa tu tak boleh solat sunat dah). Minta supaya dipermudahkan urusan temuduga anda pada hari tersebut.
Tali leher bagi lelaki adalah wajib
Selepas mandi (jangan tak mandi pula), bagi lelaki, wajib memakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher, tidak kira bagi jawatan apa sekalipun. Bagi perempuan, kenakan pakaian yang sopan dan semestinya menutup aurat.
No perfume, please!
Elakkan memakai bau-bauan atau sebarang perkara yang bermaksud untuk berwangi-wangian. Selain berdosa (bagi perempuan), bau-bauan ini boleh mengakibatkan markah anda ditolak seandainya penemuduga terhidu perfume anda sewaktu proses temuduga dijalankan.
Dapatkan gambaran isu semasa
Para remaja biasanya kurang berminat untuk mengetahui isu semasa, terutama bab politik dan ekonomi. Kerana ianya membosankan dan tidak seseronok tabloid Metro Harian.
Namun, untuk hari temuduga, korbankan sedikit ketidakselesaan itu. Selepas bersarapan ala kadar, ambil masa baca suratkhabar atau dengar radio. Paling baik kalau dapat tonton dengan Buletin Pagi di TV3, sambil sarapan pun boleh dengar.
Kalau tak dapat tonton TV, baca suratkhabar utama seperti Berita Harian, Utusan, New Straits Times, The Star, dan sebagainya.
Baca topik-topik semasa, politik, ekonomi, dan isu-isu kerajaan serta berita yang mempunyai kaitan dengan jawatan anda jika ada.
Penemuduga biasanya berminat dengan calon yang mempunyai kepekaan dan keprihatinan terhadap persekitaran hidup masyarakat keseluruhan, terutama dari segi fizikal, sosial, ekonomi, pentadbiran serta politik.
Melangkah ke lokasi temuduga
Sebelum meninggalkan rumah, pastikan anda membawa bersama surat panggilan temuduga serta dokumen-dokumen yang diisyaratkan dalam surat panggilan temuduga.
Buatkan satu check-list ringkas supaya tiada yang tertinggal melainkan tapak kaki.
Pastikan anda tiba sebelum masa yang ditetapkan. Aspek masa amat dititikberatkan dalam sesebuah program temuduga.
Setibanya anda di lokasi, tenangkan diri dan banyakkan doa tawakkal. Letakkan harapan anda pada Yang Maha Esa.
Akhir kata, selamat menghadiri temuduga. Semoga berjaya! 
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keluargaku.....
Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!



