Monday, June 3, 2013

BILA HATI TELAH RETAK

Kalau kain koyak....boleh dijahit

kalau mahligai runtuh....boleh dibina semula

tapi...... kalau hati telah retak



Bila hati telah retak
hidup berteman si air mata
bila laut tak berombak
segunung pujuk tak berguna


Bila hari telah senja
alamat malam menjelang tiba
Bila jiwa telah merana
segala yang indah kosong belaka

Ya.... Allah.....
Maha kuasa
mendatar gunung menyeri lautan
lepaskan daku dari cengkaman
jeritan batin yang menyeksa


Bila cinta telah berkecai
kenangan jadi racun berbisa
Bila budi tak bernilai
hanya insan di wajah saja

JIKA SEORANG ISTERI MENANGIS.....

Jika seorang isteri menangis di hadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi........

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.......

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali di depan orang yang amat bermakna buat dirinya,
di depan orang yang dicintai dan disayangi dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya kerana dia sangat menyayangi dirimu wahai suami..
Maka dia sanggup menurunkan rasa EGOnya .

Wahai para suami…
Jika seorang isteri pernah menangis kerana dirimu,
Peganglah tangannya dengan penuh pengertian.

Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu,
di saat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai para suami…
Jika seorang isteri menangis kerana dirimu,
Janganlah kau mensia-siakan dirinya…
Mungkin dengan tindakanmu itu, bakal merosakkan kehidupan kau dan dia..

Di saat dia menangis di depanmu,
Di saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh ke dalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan betapa SAKITnya jiwanya menahan rasa dengan tindak tanduk perbuatan mu?




sumber

SAAT AKU DIUJI LAGI.......

Maafkan aku, ketika terlalu sibuk ‘menguruskan’ diri sendiri, aku kehilangan daya untuk terus berkongsi. Bukan kerana mementingkan diri, tetapi begitulah sunnatullah dalam perjalanan hidup… apa yang bergolak di dalam kadangkala menyebabkan segala yang di luar menjadi bungkam.
Namun, mana mungkin kita lari daripada tanggung jawab dan peranan? Lalu, kugagahi juga untuk berbicara… Bicara tentang ujian. Bicara tentang bahagia.......
Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…
Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna. 
Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.
Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala ujian. Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.
Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!” 


Friday, May 17, 2013

EMPAT PERKARA......



Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan


1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata


1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata


1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran


1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama



4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI


Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH


Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA


Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN


Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.zikir.itulah kekuatan seorang muslim :)

PETUA IMAM SHAFIE

Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal.

Tuesday, April 30, 2013

SIAPA MAHATHIR

Semalam aku terbaca satu komen daripada seseorang yang mengutuk Tun Mahathir.... hati aku jadi panas... apa yang boleh aku katakan tentang manusia sorang ni adalah dia terlalu biadap.....manusia tak sedar dek untung... manusia yang tak tahu sejarah ... dan manusia ini yang tak ada sifat berterima kasih... juga tak ada sivik minded.... sepatutnya manusia yang macam ni dah lama dihalau keluar dari bumi Malaysia....

Jadi untuk kali ini aku paparkan sedikit cerita tentang siapakah dia TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

.......................

Dia makan nasi goreng sama macam kita.
Dia jugak makan laksa sambil bersila sama macam kita.
Dia juga berjalan kaki sama macam kita.

Tiada beza dia dengan kita jika sekali pandang.

Tapi ...

Yahudi dok hentam dia kerana perjuangannya menentang kezaliman Zionisme.

Barat dok hentam dia kerana kelantangannya mempersoalkan dasar hegemoni imperialisme dan ketidakseimbangan ekonomi dunia.

Masa Tun ambil pemerintahan negara, orang tidak kenal Malaysia. Sepanjang 22 tahun menjadi pemimpin, negara kita muncul sebagai gergasi ekonomi ASEAN dan dianggap model pembangunan negara dunia ketiga. Beliau turun dari tampuk kekuasaan pun secara sukarela.

Tun ada rekod dan pencapaian yang cukup gemilang dan bakal dikenang sampai bila-bila.

Bila dia mentadbir dan memimpin negara dan rakyat, dia berfikir......berikhtiar.

Mahathir adalah seorang insan yang berjaya membuka mata, telinga serta minda rakyat Malaysia supaya kita berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.

Seorang insan yang mempunyai pandangan jauh untuk membangunkan negara Malaysia amnya dan orang Melayu khasnya.

Seorang insan kerdil dari Malaysia yang berjaya menyelamatkan negara dari keporakperandaan ekonomi akibat serangan matawang oleh George Soros.

Seorang pemimpin berjiwa rakyat yang telah membina negara Malaysia ini dengan dasar2 yang pragmatik ......yang membolehkan semua rakyat mengecapi kehidupan yang aman, makmur dan tenteram.

Seorang yang selalu menepati masa dan tidak suka membuat sesiapapun yang harus beliau temui menunggu sehingga berjam-jam lamanya.

Dalam tempoh 22 tahun jadi PM...... telah menyediakan peluang-peluang dan bantuan untuk orang Melayu dan rakyat Malaysia mengambil bahagian dalam pelbagai industri yang boleh mempertingkatkan ekonomi masing2 dan berpeluang bersaing antara satu sama lain..... antara satu syarikat dengan syarikat yang lain, antara satu developer dengan developer yang lain, di dalam dan di luar negara.

Mahathir adalah seorang bekas Perdana Menteri Malaysia yang amat terserlah gaya kepimpinannya. Dikagumi seantero dunia. Hebat daya pemikiran. Logik dalam tindakan. Memartabatkan bangsa dan agama (bukan keluarga). Sentiasa memotivasikan rakyat untuk menyerlah di mata dunia. Itulah Tun Dr Mahathir.

Beliau juga buat SILAP, sama macam kita.
tapi adakah kita kena nafi jasanya hanya kerana kesilapannya?


SIAPA KAMU?
TUHAN sendiri akan ukur kebaikan dan keburukan walaupun sebesar zarah.

Wallahualam


SUMBER

Tuesday, April 9, 2013

WARKAH BUAT SUAMIKU......


Sayang... 
isterimu titipkan coretan ringkas buatmu duhai suamiku, aku sering berharap moga sayang akan membaca dan memahami setiap  baris ayat yang  sudah aku coretkan ini....

Sayang.....
Kalau diikutkan pada bacaan cukup mudah untuk menjadi isteri yang solehah, namun hakikatnya amat payah sayang... aku memang tak sehebat Saidatina Khadijah, tidak semulia Sumayyah, tidak sesetia Rabiatul Adawiyah, dan aku juga tidak secantik Puteri Balqis.. aku hanya seorg isteri yg mencari syurga di kaki suami, kadang-kadang aku  juga diuji tatkala bahagia beraja di hati.. aku hanya mahu mencari redhamu duhai suamiku.. kerana di situlah redha Allah kepada diri ku...

Sayang.....
 aku cukup sedar  menempuh alam perkahwinan bagai meniti   titian di sungai... perlu berhati- hati tatkala sedang meniti di titian, perlu azam dan kekuatan untuk sampai hingga ke hujung titian, andai langkah yang aku atur itu kau terlihat sumbang.. tegurlah aku dengan sebaik-baik teguran.. kerana bimbang aku bisa terkejut lalu terjatuh ke dalam sungai lantas dihanyutkan air deras lagi dalam, aku pasti lemas, lemas kerana kecuaian diri yang tak disedari oleh dirimu sendiri sayang.

Sayang...
adakah kau tahu... aku hanya manusia biasa yang punya sekeping hati, sekuat mana tingkahku, adakala aku juga lemah pada kekuatanku yang aku ciptakan sendiri.. tiada apa yang aku harapkan sebagai seorang isteri hanyalah kasih yang diungkap, dan rasa sayang yang dizahirkan..kerana hati ini seakan  mencari makna cahaya dalam cinta yang kian kelihatan suram kerana cinta ini punya PEMILIK, aku kuatkan rasa cinta itu agar dirimu dapat merasai setiap helaan nafas cinta dariku, walau hakikatnya cinta ini sudah lama suram, mungkin tercicir ketika aku sibuk mencari makna cinta dari insan bernama suami, tatkala aku merasakan cinta sendiri seolah mati, aku cuba mengapai keegoaan sang suami yang terbina menjadi tembok kasih antara kita.

Sayang....
isterimu sedar kesilapan demi  kesilapan seakan diminta, hakikatnya aku hanya hendak menarik perhatian dari insan bergelar suami, ingin bermanja pada yang halal memanjakan, ingin berkasih pada yang halal dikasihkan, perlu rindu pada yang halal dirindukan, isterimu tidak pernah minta lebih dari kemampuanmu, hanya perlukan kasihmu yang seolah sepi. walaupun padamu kasih itu tidak pernah bertepi dan berbahagi, tapi rasa kasihmu seolah hembusan angin pagi, mungkin kerana kau tidak mahu zahirkan pada hati yang mencari, akhirnya aku lemah mencari kasihmu, kasihmu yang ada tetapi tidak dapat aku rasakan, mungkin padamu sesuatu menjadi milikmu akan kekal menjadi milikmu, tidak perlu dipersoalkan lagi, akhirnya yang tersurat kekal menjadi tersurat, dan hati isterimu terus menyimpan yang tersirat, entah mengapa aku bagaikan memohon padaNya untuk menguji dirimu. supaya aku dapat melihat teguhnya kasihmu, agar aku dapat merasai bahawa kau berusaha mempertahankan kasih yang pernah kau sia-siakan,  demi Tuhan... hanya doa mengiring hati yang mencari..Ya Allah,..aku akur jika syurga itu bukan buat diriku, kerana aku bukan isteri yang sempurna, tapi aku berusaha untuk mencari kesempurnaan, dan janganlah ENGKAU menghukum suamiku, hanya kerana kelemahan yang aku ciptakan sendiri..biarlah syurga itu menjadi tempatnya, biarlah di sana nanti, bidadari- bidadari syurga menemaninya, kerana hanya yang terbaik adalah dariMu, bahagiakanlah suamiku.. Ya Allah, sesungguhnya suamiku pernah membahagiakan aku dan itu juga cukup membahagiakan aku.

Sayang..
Bukan mudah mencipta bahagia, andai kita leka dan alpa dengan dunia kita... bukan mudah membuang sayang andai kasih itu sudah bertapak di hati, bukan mudah mencari cinta andai keikhlasan itu tiada di hati.. aku akur pada takdir andai hatimu terbuka pada yang insan yang lain yang jauh lebih baik dariku, kerana aku percaya pada takdirNya, yang tertulis buat kau dan aku,  kerana dari saat aku sah menjadi seorang isterimu, aku hanya ingin melihat dirimu bahagia, aku tidak minta balasannya syurga, aku juga tidak meminta dilimpahi harta. hanya keberkatan dan rahmat dariNya, di sepanjang kehidupan tika mencipta kebahagiaan berumahtangga. hanya itu yang ku pinta sepanjang aku bergelar isterimu.. 

Sayang..
maafkan aku.. kerana bukan mudah bagi aku untuk menjadi sehebat isteri- isteri Nabi, terlalu banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki, membetulkan kelemahan bukan semudah menyedapkan dalam menu masakan, perlukan kesabaran dan doa yang setimpal dengan usaha di sepanjang aku bergelar isteri... andai kelemahan masih milikku, maafkan aku.. kerana aku manusia biasa yang punya jiwa yang terkadang seakan mudah kecewa, dan kecewa itu aku simpan di hati yang ada cinta dan bila kesan luka itu tak terubat.. aku hanya berdoa agar diberi aku kekuatan dan kesabaran untuk menakluki cinta yang ikhlas dari seorang suami... 
 
"yang pasti demi kasihmu akan aku pertahankan ikatan ini hingga ke hujung nafas ini.."


ikhlas dari
Isterimu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!