Saturday, September 10, 2016

KISAH DHUHA DAN SEORANG GURU BM

Copy paste dari fb seorang teman. Satu nukilan yang amat menarik untuk saya kongsi....

Waktu-waktu dhuha ni saya teringat kepada guru BM saya ketika zaman SPM. Puan Siti Laila Jabin. Status saya sebelum ni pun ada menceritakan tentang beliau. Ramai orang share tu tak penting bagi saya, biarlah ramai yang dapat manfaat. Boleh scroll dan baca. Siapa ex classmate dengan saya, mereka akan kenal siapa Cikgu Laila ni.

Untuk pengetahuan, kelas BM kami kadang pada awal pagi, dan kadang tengah hari lepas zohor waktu Sabah. Kalau kelas pagi dan masuk waktu dhuha beliau akan minta izin beberapa minit untuk keluar solat kejap. Kadang-kadang beliau habiskan semua silibus dulu then cepat-cepat turun nak kejar dhuha. Memang tak skip lah. Istiqamah gila.

Kalau dalam kelas, antara semua student. Saya boleh dikatakan antara pelajar yang paling rapat dengan cikgu laila. Kadang tolong dia angkat buku ke bilik dia. Dan bagi saya ia adalah peluang keemasan untuk saya tanya dan tanya apa-apa kepada beliau. Saya pernah tanya kenapa cikgu suka buat dhuha ?

Jawapan dia cukup pendek tapi deep. " Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Beliau seorang guru yang sangat penyayang, sangat memahami, sangat positif, dan sangat suka berkongsi. Kadang-kadang beliau cerita kat depan papan tulis sambil menangis-nangis. Kadang ada cerita yang boleh buat pelajar tergelak non-stop. Tak percaya kalian boleh tanya mana-mana pelajar SM Teknik Keningau yang pernah diajar oleh beliau.

Hal yang paling sensitif bagi beliau bila melibatkan tentang ibu ayah yang tak hargai anak-anak. Atau anak-anak yang tak hargai ibu ayah. Ataupun penindasan-penindasan terhadap anak kecil di syria. Confirm 100% mesti ada air mata jatuh dalam ramai-ramai student yang dengar. Pendek kata, setiap apa yang dilafaz oleh cikgu laila tak pernah tak singgah dalam hati. Pelajar lelaki yang samseng asyik ponteng pun boleh insaf. Fuh. Respect.

Oh ya, beliau dah bertahun berumah-tangga tapi tak dikurniakan zuriat. Ada pelajar yang 'terlepas' mulut kat cikgu, cikgu solat dhuha sebab nak zuriat ke ?

Cikgu terdiam lama. Kemudian dia senyum. Dan jawab seperti biasa.

" Tanda terima kasih cikgu kepada Allah. "

Bila kami push tanya macam-macam, cikgu berkongsi kisah rupanya beliau selama ini walaupun tak dikurniakan cahaya mata, tapi beliau dikurniakan seorang suami yang cukup cukup baik. Penyayang. Bertanggungjawab. Pemaaf. Pengasih. Prihatin. Pemurah. Semualah yang baik-baik. Sampaikan cikgu kata dah tak tahu celah mana buruk suami dia sebab tak pernah setiap perkataan yang keluar dari mulut beliau menyakitkan hati, tak pernah. Tak pernah tangan suami beliau menyakiti cikgu. Tak pernah. Tak pernah lagi bergaduh sampai memakan 2 3 hari. Paling lama pun 15 minit. Tak pernah lagi tinggalkan beliau saat susah atau saat ditimpa bermacam ujian. Tak pernah suami beliau lupa untuk lafaz ayat yang sama tiap kali tidur malam,

" Abang maafkan segala silap sayang sepanjang hari ini. Abang redha kepada sayang untuk masuk syurga Allah. "

Tak pernah lagi suami beliau mencanang aib dan keburukan isteri beliau walaupun di hadapan keluarga atau kawan rapat. Tak pernah buka mulut kelemahan-kelemahan isteri beliau. Dan kalau nak tahu, every 1 hour dalam kelas 'wajib' berdering telefon bimbit cikgu panggilan masuk daripada suami atau mesej yang bertanyakan isterinya hari ini dekat mana? Dah makan ke belum ? Jaga diri. I love u. Pun begitu, beliau akan meminta izin kepada kami jika nak angkat kol dari sesiapa.

Maha suci Allah !

Cikgu laila seorang yang percayakan suaminya. Telefon suami memang tak cek. Jarang cek. Sebab suami pun selalu letak atas meja tanpa password. Tanpa security. Satu hari hp suami berbunyi, suami tengah lelap. Terdetik di hati nak buka mesej. Bila buka mesej menangis cikgu depan hp.

Nak tau sebab apa ? Sebab beliau scroll semua mesej yang dihantar oleh seorang wanita yang cuba memikat suami cikgu. Banyak mesej tak reply dan ada 1, 2 kali saja suaminya reply. Yang berbunyi seperti berikut,

" Saya sudah beristeri dan saya sayangkan isteri saya kerana Allah. Mohon cik tidak menggangu lagi. "

Menangis cikgu depan skrin. Sampai tahap macam tu suaminya begitu setia dan tulus terhadap beliau. Cikgu ada je membenarkan untuk suaminya berpoligami kalau nak zuriat tapi tetap memilih untuk setia dan katanya itu hanya ujian bersama. Subhanallah!

Menangis beb dengar. Mana nak dapat laki macam tu hari ini ? Mana nak cari ? Mana nak jumpa ?

Saya ingat lagi saat beliau ceritakan detik-detik cemas. Cikgu mesej suami sinki jatuh. Mesej yang cukup pendek. Kemudian suami dia terus pecut balik rumah semata nak tengok isteri dia cedera ke tak. Padahal sinki jatuh je pun. Tergelak cikgu bila tengok suami sampai rumah. Tapi orang yang dengar semua kisah cikgu memang boleh menitiskan air mata.

Cikgu buat dhuha tanda terima kasih kepada Tuhan. Tak kisahlah berterima kasih dari segi apa.

Suami yang baik ke.
Isteri yang taat ke.
Anak-anak yang soleh ke.
Rezeki yang melimpah-ruah ke.
Keluarga yang bahagia ke.

Dan banyak lagi, hatta kata cikgu,

" Kaki cikgu nak naik turun tangga pergi ke kelas bagi tujuan mengajar pun satu nikmat besar. "

Subhanallah.

Bila seorang muslim itu bersangka baik kepada Allah, Allah akan tambahkan lagi nikmat yang kadang tak terfikir logik dek akal.

Kita selalu kata, Bila kita mencintai seseorang, kita rasa nak je dekat dengan orang tu. Tapi begitu ke perasaan nak 'dekat' kita dengan Allah?

Saya tak sempurna. Saya hanya berkongsi.

Semoga semua dapat manfaat.

Let us become better.

Have faith !

P/s: Feel free to share.

😊

Wednesday, August 24, 2016

DO NOT SPEAK ABOUT....

❝Do not speak about your money in front of a poor person.

Do not speak about your health in front of a sick person.

Do not speak about your power in front of a weak person.

Do not speak about your happiness in front of a sad person.

Do not speak about your freedom in front of a prisoner.

Do not speak about your children in front of an infertile person.

Do not speak about your mother and father in front of an orphan.

Because their wounds cannot bear more.❞
-Ali ibn Abu Talib (RA)

Monday, August 15, 2016

DURIAN TIME

Dah penat melaksanakan tugas semalam...kami dijamu oleh Cikgu Haridan dan Cikgu Razak dengan durian dan rambutan
Makan ramai2 dalam keadaan badan yang letih dan kelaparan memang seronok terutama gelagat ketika membuka durian dan berebut2 makan....terima kasih kerana sudi belanja duria kampung dari kebun di Lenggong.....

Saturday, August 13, 2016

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU

Khas Buat Suamiku.....
Tatkala tarikh keramat  menjengah tahun ini..kita terpisah demi tugasku
Ingin sekali ku lari dan memelukmu untuk bisikkan ucapan itu seperti selalu...tapi apakan daya...hanya doa yang dapat kupanjatkan padaNya buatmu suamiku yang bertarung untuk pulih seperti dulu ...
###Dengan rasa penuh kesyukuran pada Allah s.w.t kerana masih memberikan aku masa untuk  terus merasa kasih sayang dari keluargaku dan Tuhanku...
serta memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju...
Buat suamiku yang tercinta....
Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Pada Allah yang satu kupohon agar rahmatNya sentiasa mengiringi langkahmu....
Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan...
Semoga kejayaan sentiasa dekat disisimu...
Semoga bahagia itu milik kita berdua selamanya...
Semoga segala impian abang menjadi realiti...
Semoga Allah sentiasa memberi abang kekuatan untuk meneruskan semua tanggungjawab...
Semoga Dia anugerahkan abang kebijaksanaan untuk menghadapi rintangan...
Semoga iman kita bertambah saban hari...
Semoga kesembuhan dan pemulihan segera diperolehi dariNya...
Semoga ukhwah kekeluargaan semakin akrab...
dan semoga tahun ini membawa seribu kebahagiaan buat abang...
Biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai dengan penuh kesyukuran .
Harapan dan impianku agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia emas...
Kerana...kenangan lalu membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran telah berjaya kita lalui bersama...
Moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita dihempas gelombang...
Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku
Terima kasih abang kerana kehadiranmu membahagiakanku......
SELAMAT HARI LAHIR....
LOVE YOU SO MUCH...!!!
With love
DZIEN

SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI

                                                                                            ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti  tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. ..Waallahualam..

Tuesday, August 9, 2016

Sunday, July 31, 2016

4 GOLONGAN MANUSIA

Berkata Imam Al-Ghazali manusia terbahagi kepada 4:

1) Manusia yang TAHU, dan dia tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang pandai. Belajarlah darinya.

2) Manusia yang TAHU, tapi dia tidak tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia.

3) Manusia yang TIDAK TAHU, tapi dia tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini type orang yang mau belajar. Maka ajarilah dia.

4)  Manusia yang TIDAK TAHU, dan dia tidak tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini orang yang bodoh, dan berbahaya. Maka jauhilah dia.

Nota pengajian alqurba
Alhabib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!