Saturday, February 11, 2017

20 LANGKAH JAUHI PENYAKIT TUA

💐Dari fb Dr Hamid Arshad.

YA ALLAH JAUHI DAN LINDUNGI AKU DARI PENYAKIT TUA.

Di antara banyak jenis sakit tua ialah nyanyuk, dementia, alzheimer, parkinsonism dan lain2. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkat umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksijen, kesannya sel2 otak musnah. Kimia2 pemancar signal eletrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga berkurangan dalam penyakit2 ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian2 terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi2 terpenting seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).
Dalam umor 72 tahun saya sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah2 untuk menjauhi sakit tua.

1. Baca dan hafal Al Quran tingkatan fungsi otak.
Saya amalkan baca Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walau pun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran Quran dan mengamalkannya.
Bacaan Quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel2 otak dan meningkatkan transmisi eletrik menerusi synapses.
Bacaan berulang2 meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini insyaallah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress.
Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel2 neuron dan stesyen pemancar eletrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan  memperoses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat di mana2 dan bila2 masa bila ada peluang.

Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan2 melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira di mana saya duduk.

Saya juga amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya.

Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru.
Peroses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel2 serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umur dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu2 agama, perubatan dan pengurusan penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab2, buku2 dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang2 baru yang boleh mecabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau belajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobby untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus bekerja dan berkhidmat tanpa bersara.
Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya.
Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak.
Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak:
Meningkatkan bekalan oksigen kepada otak; penting bagi sel2 otak untuk cegah serangan angin akhmar.
Mencetuskan pengeluaran BDNF, brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak - kognitif dan pembelajaran.
Tingkat mitochondria dan organelles pembekal tenaga untuk sel2 otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh.

Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan penenang minda. Yoga adalah amalan bangsa India dan taichi amalan bangsa Cina.

6. Tidur yang cukup, antara 5 hingga 8 jam.
Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam  dan bangkit awal, jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap.
Waktu tidur aktiviti2 otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel2 neuron baru tumbuh dan sambungan2 synapses diperkukuh.
Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA.
Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega3  DHA, penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit2 ketuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel2 otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.
Sumber2 omega3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber2 omega3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.
Sekarang ini pil2 minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant, astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)
Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga.
VCO mengadungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga.
Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3.
Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel2 serta fungsi otak. Pesakit2 ketuaan, alzhmeir mengalami kekurangan vitamin D. Wanita2 hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Mungkin orang Malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.

10. Vitamin B12.
Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir.
Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan penyakit alzhmeir.
Sumber2 utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telor. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus.
Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf2 vagus dan cranial nerve ke10.
Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buahan dan herba2.
Terdapat banyak jenis buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel2 otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel2 otak. Buah2 berries, kismis dan keroma dengan kandungan flavonoids - anthocyanins dan flavanol bertindak demikian.
Kimia pemancar letrik otak Ach boleh berkurangan akibat tindakan enzim2 tertentu , akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengandungi inhibitors untuk menghalang tindakan enzim2 tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain2.

13. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar.
Penyakit2 darah tinggi, kencing manis, kegemukan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

14. Rangsang otak.
Di samping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin2, supplement dan herba kita perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu.

15. Muzik dan lagu khususnya muzik2 klasik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak di samping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau belajar bermain alat muzik setakat untuk kegunaan sendiri.

16.Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli2 keluarga, rakan2 sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

17.Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. Ini satu kaedah rangsangan otak yang baik. Ada kala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

18.Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda saperti crossword puzzle; sudoko, chess dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

19.Pergi melancung dan melawat negara2 luar dan pelajari sejarah, adat resam dan cara gaya hidup bangsa2 asing. Alquran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum2 yang ingkar.

20.Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku2 nota, dairi dan jurnal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa2 dan pengalaman. Begitu juga dalam hal2 pengurusan kewangan dan pentabiran niaga saya catitkan segala2nya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program dimasa hadapan.

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak boleh dinilai yang anda punyai ialah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya, lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana2 pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah SWT. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

Semoga segala usaha saya diberkati Allah SWT. Amin.

Thursday, February 2, 2017

8 JENIS REZEKI

*1. Rezeki Yang Telah Dijamin.*

_"Tidak ada satu makhluk melatapun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya"_
(Q.S.11:6)

*2. Rezeki Kerana Usaha.*

_"Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya"_ (Q.S.53:39)

*3. Rezeki Kerana Bersyukur.*

_"Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu"_ (Q.S.14:7)

*4. Rezeki Tak Terduga.*

_"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya"_
(QS. At Thalaq :2)

*5. Rezeki Kerana Istighfar.*

_"Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”_ (QS. 71 : 10-11)

*6. Rezeki Kerana Menikah.*

_"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kemapanan kepada mereka dengan kurnia-Nya.”_(QS. an-Nur : 32)

*7. Rezeki Kerana Anak.*

_"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga (rezeki) bagimu.”_(QS. al-Isra 31)

*8. Rezeki Kerana Sedekah.*

_"Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak"_ (QS. Al Baqarah 245)

- Ustaz Abdullah Khairi -

26 TANDA-TANDA SIFAT SOMBONG DALAM DIRI

*Nauzubillah Min Zalik!! Inilah 26 Sifat Sombong Yang Kita Sering Amalkan Tanpa Kita Sedari. Baca Dan sama-sama muhasabah diri...*

Ada 26 tanda-tanda sifat sombong yang adakalanya tanpa kita sedari selalu kita amalkan.

Ingatlah, jangan kita bersifat sombong terhadap orang lain kerana orang sombong tidak akan masuk ke dalam syurga.

1. Orang sombong
*payah menerima pandangan orang lain * sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.

2. Orang sombong #mudah marah bila berlaku perbincangan dua hala#. Cepat naik darah kalau ada kesilapan.

3. Orang sombong #memilih kawan dan suka berkawan dengan orang yang sama taraf dengannya saja#.

4. Bahkan dengan orang yang sama taraf dengannya pun masih dipilih-pilih lagi, yakni dia #suka orang yang mahu mendengar kata-katanya sahaja.#

5. Orang sombong #memandang hina kepada orang bawahan.#

6. Orang sombong #ketika dalam perbincangan, suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.#

7. Orang sombong ketika dalam perbincangan, dia #suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan dituruti.# Sebaliknya, dia sendiri #sukar hendak mendengar pendapat orang lain.#

8. Orang sombong di dalam pergaulannya, dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia #suka memotong percakapan orang lain.#

9. Orang sombong kalau menjadi pemimpin, dia #memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikut dan orang bawahannya.#

10. Orang sombong sukar memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.

11. Orang sombong kalau dia bersalah #sukar hendak meminta maaf.#

12. Orang sombong #suka dihormati.#

13. Orang sombong #suka menzalimi samada secara halus ataupun kasar.#

14. Orang sombong #kurang mesra dengan orang lain kecuali terpaksa kerana memerlukan orang itu.#

15. Orang sombong #suka memperkatakan keburukan orang dengan mengumpat, memfitnah serta membenci orang lain.#

16. Orang sombong #kurang menghormati pemberian orang lain.#

17. Orang sombong #suka menceritakan kelebihan diri sendiri.#

18. Orang sombong #suka menghina dan menjatuhkan air muka seseorang di hadapan orang lain.#

19. Orang sombong #kurang mensyukuri nikmat Allah SWT. Kalau ada pun, dibazirkan.#

20. Orang sombong #kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.#

21. Orang sombong #kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.#

22. Orang sombong #tidak suka menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang lain.#

23. Orang sombong #tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.#

24. Orang sombong #suka membesar-besarkan kesalahan orang lain sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.#

25. Orang sombong #tidak senang dengan kejayaan orang lain.#

26. Orang sombong #sangat tersinggung jika disebut kelebihan orang lain didepannya tetapi jika dipuji, dia sangat gembira.#

Sabda Rasulullah SAW, "Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walaupun sebesar biji sawi." Hadis riwayat Muslim

Semoga memberi manfaat.

Sunday, January 29, 2017

7 SUNNAH NABI YANG HEBAT

Very nicely written 😊
By *Ustaz Don Daniyal*
7 Sunnah Hebat

🌝 Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

🌝 *Pertama*:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

🌝 *Kedua*:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

🌝 *Ketiga*:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

🌝 *Keempat*:
Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

🌝 *Kelima*:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

🌝 *Keenam*:
Jaga wudhu' terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwu dhu'. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

🌝 *Ketujuh*:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

بارك الله فيكم..

Sunday, January 22, 2017

10 RAHSIA AL FATIHAH

Roslan Md Yusoff:

1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*

*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.

Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.

Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.

Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.

Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.

Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.

Sahabat-sahabat group ku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.

Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.

Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.

7 KUNCI KEBAHAGIAAN

Friday, January 20, 2017

ALAMANDA KAMI JELAJAH

Hari ni, sektor kami urusetia perhimpunan bulanan. Masa tengahari, kami berlima ambil kesempatan bergaya dengan baju yang memang kami beli khas ...warna berbeza tapi patern dan materialnya sama...Boss pun sporting...apa lagi aksi selepas makan....












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!