Friday, February 24, 2017

10 KUNCI HATI SENANG DAN JIWA TENANG

1. *TIDAK MEMBENCI*
Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu..

2. *TIDAK MERUNGUT*
Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa..

3. *BERSEDERHANA*
Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta..

4. *BERSANGKA BAIK*
Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian..

5. *SELALU  SENYUM*
Senyumlah walaupun hati terluka..

6. *SELALU  MEMBERI*
Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..

7. *DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA*
Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya..

8. *TIDAK BERDENGKI & IRI HATI*
Jangan berdengki dengan kejayaan teman-teman anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingatlah  segala
amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal Kebajikan orang yang Berhasad dengki..

9. *MUDAH MEMAAFKAN*
Jangan merasa liat dan susah dalam memaafkan kesalahan orang lain kerana terdapat kemuliaan dan ketenangan di dalam memaafkan ..

10. *HINDARI PERMUSUHAN*
Jangan menganggap orang yang tidak sependapat sebagai lawan namun dia adalah kawan anda..

Sunday, February 19, 2017

RAKAN BTP MENINGGAL DUNIA

Lebih kurang jam 4 petang...aku dikejutkan dengan panggilan drpd Kak Kay...

Pelik juga sebab sejak aku.berpindah ke tempat baru dan dia pencen...x pernah hubungi aku...

Namun berita yg disampaikn amat mengejutkan aku...

Sahabat dan teman sepejabat semasa di BTP telah kembali ke rahmatullah...

Sedih dan sayu kehilangan seorang kakak...Arwah Hjh Saadiah...seorang yg baik dan sentiasa tersenyum...

Semoga kakak tenang di sana...

Friday, February 17, 2017

7 KALIMAH PENGHAPUS DOSA

Barang siapa hafal tujuh kalimah, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebesar lautan:

①. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak    melakukan sesuatu.

②. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai    melakukan sesuatu.

③. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.

④. Mengucap Insya Allah jika  . merencanakan berbuat sesuatu dihari esok.

⑤. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika   menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

⑥. Mengucap Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika  menghadapi dan menerima musibah.

⑦. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad  Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya. 

″Semoga allah melapangkan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah buat sahabat yang  mengucapkan ″

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Sadaqah Jariyah pada setiap orang yang Anda kirimkan pesan ini.

Wednesday, February 15, 2017

BERSUA KEMBALI

Tak sangka panggilan telefon mengejutkan ku terima daripada Kak Hasmah SUHAKAM. Terima kasih kerana sudi mejengahku  kat ofis....terubat rindu

Sunday, February 12, 2017

8 ILMU AMBIL WUDUK

🌸 WUDUK

Nak kongsi ilmu ambil wuduk dpd ustaz abdullah khairi yg diajar oleh seorang wali di Mekah...

👄 BERKUMUR-KUMUR
/ BASUH MULUT
ketika basuh berkumur2 / basuh mulut niatkan
➡ YA ALLAH ampunkan dosa mulutku & lidahku 3x...

🙂 MUKA
ketika basuh muka niatka
➡ YA ALLAH putihkanlah wajahku di padang mahsyar nti 3x...

✋ TANGAN KANAN
ketika basuh tangan kanan niatkan
➡ YA ALLAH berilah buku amalanku ke tangan kananku ini 3x...

✋TANGAN KIRI
ketika basuh tgn kiri niatkan➡ YA ALLAH janganlah berikan buku amalanku ke tangan kiriku ini 3x...

😇 KEPALA
ketika basuh kepala niatkan
➡ YA ALLAH lindungilah aku dpd kepanasan di padang mahsyar nti dgn arash-Mu 3x...

👂👂TELINGA
ketika basuh telinga niatkan
➡ YA ALLAH ampunilah dosa kedua-dua telingaku ini 3x...

👢KAKI KANAN
ketika basuh kaki kanan niatkan
➡ YA ALLAH permudahkanlah aku utk melintasi titian siratul mustakim 3x...

👢KAKI KIRI
ketika basuh kaki kiri niatkan
➡ YA ALLAH bawalah aku ke tempat2 yg mendapat rahmat-Mu dan jauhkanlah aku daripada tempat2 maksiat... 3x

👍 cuba amalkan...
mudah-mudahan diberkati ALLAH...
semoga bermanfaat utk semua...
Aamiin ya robb. 🌸

@Diari_Hawa

Saturday, February 11, 2017

7 CARA MENJAWAB SOALAN TEMUDUGA DALAM BAHASA INGGERIS


1. Why do you want to work in this company? (Kenapa anda ingin bekerja di syarikat ini?)

JAWAPAN SALAH:
“Because I like to work here. I like this job. I love this industry”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
I’ve always loved administration (contoh bidang kerja yang dipohon) because I am an organized person. I like things to be organized and systematic. I work well under stress so I can handle any kind of task with minimal supervision.

2. Tell us about yourself/ Introduce yourself (Perkenalkan diri anda)

JAWAPAN YANG SALAH:
“My name is Carla. I was born in 22 September 1989 in Sarawak. My mother is a housewife and my father is a teacher. I graduated from UITM in 2013. I studied Business Administration. I have never worked before.”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“My name is Carla and I’m 26 years old. I have a degree in Business Administration. Although I haven’t had any working experience, I’ve spent my free time reading business articles and researching about latest business news just to keep me updated. I’m hoping to be given a chance to experience the real world of business”

3. What did you quit your last job? (Kenapa anda berhenti kerja anda sebelum ini?)

JAWAPAN SALAH:
“I quit because my last job was terrible. The workload was so heavy and the boss was so pushy. My previous boss was nightmare”

PERINGATAN: Majikan yang bakal mengambil anda bekerja ini mungkin bakal menjadi bekas majikan anda juga. Jadi, jangan tunjukkan yang anda suka memburukkan majikan.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB: “I loved my last job. It taught me so many things and my previous boss has always been helpful. But I quit because I want to experience new environment and broaden my horizon by working in a different company.”

4. Where do you see yourself in five years? (Apa yang anda lihat di dalam diri anda 5 tahun lagi?)

JAWAPAN SALAH:

“Relaxing in Maldives” atau “Being a boss in this company”
APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to become very well-experienced in what I do and have a better understanding of my field

5. What’s your greatest weakness? (Apa kelemahan terbesar anda?)

JAWAPAN YANG SALAH:
“I tend to put things to the very last minute.”
PERINGATAN: Jangan hanya beritahu kelemahan anda. Tidak salah berlaku jujur tapi haruslah disokong dengan kelebihan anda.

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I tend to put things to the very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to work twice as hard and finish my work on time”

6. What salary are you looking for?

JAWAPAN YANG SALAH:
“I hope to get a suitable salary that would be able to support me, living in this economy and in this big city”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I hope to get a salary that is suitable with my qualification and job duties. I also want to be considered based on my working experience”

7. Why should I hire you?

JAWAPAN YANG SALAH:
“Because I’m the best candidate” atau “Because you’re hiring”

APA YANG ANDA PERLU JAWAB:
“I’m a team player, I work well under pressure, and I’m a people person. I can work with all kinds of people and am always willing to learn new things and tackle new challenges".

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!