Tuesday, June 28, 2011

SUAMI APAKAH INI??????

Rupa2nya dalam dunia ni ada macam2 kisah rumahtangga. Bagi sesiapa yang tidak mengalami atau melihat di sekeliling hidup mereka, tidak mungkin akan tahu..
Realitinya... Its happen in our society... muslim society..


 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

Monday, June 27, 2011

PETUA 8P SITI NUR BAHYAH

Buat pedoman untuk diri saya sendiri dan semua.....

Ustazah Siti Nur Bahyah
 berkata,


1) P yang pertama ialah puji iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Jangan lah terlebih puji pulak naik tochang nanti susah pulak


2) Katanya, P kedua ialah peluk yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Peluk je jangan lebih2 pulak

3) P seterusnya ialah penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Yang ni lah yang kureng sikit, selalu complain aje.




4) Perhatian’  adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda. Setuju sangat.

5) Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman amat penting

6) Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Sendiri ingat la….. Takut nanti bukan ketiga je, keempat pun boleh jadi…..

7) Beliau berkata, satu lagi P adalah percutian di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
Ni yang suseh sikit ni, gerabak tu nak tinggalkan kat mana kalau kepala dia dah tak de????

8] Katanya, P yang terakhir ialah permohonan iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Amin. Ini lah yang teramat penting sebagai Hamba Allah.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.


Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggung jawab terhadap keluarga,” katanya.

“sampaikanlah pesanan yang bermanfaat walaupun 1 ayat”

PERNAFASAN DALAM NYANYIAN

Setiap jenis muzik adalah bentuk komunikasi yang hebat; dan manusia di seluruh dunia menggemari beberapa bentuk muzik.  Penyanyi mengetahui tahapnya sendiri, berapa berkuasanya suara mereka sebagai alat yang dapat menunjukkan ekspresi diri mereka. 

Penting untuk menyedari bahawa pernafasan yang betul adalah persediaan asas untuk menyanyi dengan bagus. Penyanyi yang bagus telah mengawal sepenuhnya pernafasan mereka ketika membuat persembahan, dan memang inilah teknik yang dipelajari.  Penyanyi
perlu belajar bagaimana untuk mengetahui tentang pernafasan mereka pada semua masa kerana ia memberi kesan kepada nada dan kualiti suara, kemampuan untuk mencapai julat pic yang diperlukan dan kemahiran mengawal not untuk tempoh masa yang lama.  Mempelajari
teknik penting ini memberikan alat yang betul bagi seorang penyanyi untuk melahirkan kemampuan diri mereka sebaiknya. 

Seluruh pernafasan sama ada secara sedar atau tidak sedar adalah dilakukan menerusi diafragma.  Udara tidak boleh bergerak melalui paru-paru tanpa yang bantuan dari diafragma.  Otot berbentuk-kubah ini terletak melintang bahagian bawah tulang selangka dan untuk
menggunakannya, perlu mengisi dinding abdomen dengan udara. Apabila kita tidak menggunakan otot ini dengan keupayaan sepenuhnya, ia menghalang suara daripada menghasilkan gelembung yang perlu untuk menghasilkan resonan yang sewajarnya.  Sekiranya anda terus menyanyi tanpa keupayaan paru-paru yang sewajarnya, ia boleh
menyebabkan nyanyian anda tersasar dari nada, membataskan julat suara anda dan merosakkan pita suara anda.

Penafasan yang betul daripada diafragma memerlukan kebiasaan biasa sehingga ia menjadi tabiat.  Dengan cara pernafasan begini, anda bukan sahaja akan cemerlang dalam kebolehan menyanyi, anda juga akan mengekalkan kesihatan anda sendiri. Pernafasan yang betul
membantu untuk menghapuskan karbon dioksida dari tubuh kita dan mengambil oksigen secukupnya memberi faedah kepada keseluruhan organ dalaman.

Untuk menyanyi mengikut kemampuan anda sebaiknya dan mengambil perhatian yang sewajarnya terhadap suara anda, Anda mesti belajar untuk menarik nafas dan menggunakan paru-paru dengan keupayaan penuh dan juga mengetahui bagaimana untuk mengambil nafas yang bagus dengan cepat dan anda mesti mengekalkan kawalan terhadap berapa dengan cepat udara dihembus keluar.

Anda boleh mula belajar teknik pernafasan yang betul dengan mengamalkan senaman mudah ini:

Mulakan dengan berbaring di atas belakang anda dan meletakkan sebuah buku besar di di bahagian tengah abdomen anda.  Sebagaimana anda menarik nafas, jika dilakukan dengan betul, anda sepatutnya melihat buku tersebut naik.  Tahan untuk tiga saat sebelum dilepaskan; kemudiannya dihembus keluar dengan perlahan-lahan, perhatikan yang buku turun mengikut abdomen anda.

Amalkan senaman ini setiap hari sehingga stail pernafasan ini menjadi sifat semula jadi sampingan dan anda akan bagus di dalam cara pernafasan yang betul dan nyanyian yang hebat.



Oleh : Zarul Umbrella

Wednesday, June 22, 2011

DI MANA LETAKNYA KEDUDUKAN BAHASA MELAYU?


Oleh ROHAMI SHAFIE
(Utusan Malaysia - Isnin 20 Jun 2011)

Penulis ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

MESKIPUN isu bahasa Melayu sudah lama diperkatakan, namun setakat ini tiada perubahan drastik yang boleh dilihat bagi memartabatkan bahasa rasmi Malaysia di buminya sendiri.
Bahasa Melayu layu di tanah air sendiri. Layu umpama menanti rebah ke bumi. Pengalaman penulis ketika berada di Kuala Lumpur baru-baru ini, menggambarkan bahawa Bahasa Melayu dipinggirkan oleh rakyat Malaysia sendiri.
Ketika penulis tercari-cari jalan

LETIH GILER.........

Satu hari yang begitu memenatkan. Pagi2 lagi aku hantar Fikri ke pusat jagaannya. Lepas tu terus ke PKG Keramat.Walaupun jaraknya cuma lebih kurang 2 - 3 km saja dari tempat Fikri tapi masa yang diambil selama hampir sejam. Angah ikut sama tapi dia tinggal aje dalam kereta, sambung tidur sebab

Monday, June 20, 2011

SEMPENA HARI BAPA

 Dititipkan di sini beberapa sajak sempena Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

CUCUR CEKODOK - PULAU PINANG

Penyanyi : Kumpulan Pak Man Telo dan M. Shariff


Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Ambik tepong uli-uli
Dah siap buleh polok

(Chorus)
pesan gula pat tahil 
pesan tepong pat talam
pesan gula pat tahil
buat cucok badak
pesan gula pat tahil
pesan tepong pat talam
buat cucokbadak

Yang ni pula kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
Yang ni kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
kalau makan jangan berebut
takut lekat celah gigi
(Ulang Chorus)

Karipap lempeang bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Karipap lempenag bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Cucok badak cucok udang 
boleh makan pagi dan petang
(Ulang Chorus)













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!