Sunday, July 31, 2011

SINAR RAMADHAN KEMBALI LAGI.....


Ramadhan datang lagi bersama jutaan hikmah dan fadhilah. Ramadhan hadir dalam suasana yang begitu mendamaikan bagi setiap ummah.
Kata orang, kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi, ketiadaannya dirindui.
Begitu hebatnya Ramadhan. Menyejukkan hati dan membuka taubat buat semua insan. Mendekatkan diri pada Tuhan dengan penuh keikhlasan.
Ianya bukan lagi tentang lapar dan dahaga semata. Jauh dan lebih dalam lagi, di bulan inilah kita boleh menyaksikan penyatuan umat Islam baik di masjid mahupun di bazaar-bazaar Ramadhan.
Ada yang rancak berjaga sepertiga malam memohon keampunan dari Allah.  Ada yang berbondong-bondong mengerjakan sunat terawih di madrasah..
Tak kurang, ada yang sibuk melakukan persiapan sempena Syawal walaupun masih terlalu awal. Di bulan Ramadhan inilah, akan terlihat segala macam manusia mengisi 30 hari yang dihadiahkan Tuhan.

POKOK NAM NAM (KATAK PURU)

Khabarnya pucuk pokok nam nam boleh melawaskan kencing. Kalau yang tidak biasa berulam, bolehlah rebus daunnya dan minum air rebusan.

ANAKANDA VS AYAHANDA


Friday, July 29, 2011

CIRI-CIRI POSITIF PEKERJA CEMERLANG

Dari pemerhatian teliti, seorang pekerja cemerlang memiliki 7 ciri-ciri berikut :
  • Kerja adalah hobi baginya, kerja macam dah bukan kerja.
  • Datang awal, balik lambat.
  • Sangat mementingkan disiplin.
  • Kualiti kerja lebih dari kualiti yang biasa-biasa.
  • Menghormati dan bersangka baik pada setiap rakan sekerja walau siapapun mereka.
  • Waktu kerja 8 jam, dia balun sampai 10 jam. Kekadang 12 jam!
  • Memberi idea unik yang tak terfikir oleh sesiapa untuk memajukan tempat kerja.
  • Sentiasa berpakaian kemas, air mukanya tenang selalu.
Jika kita tekad nak membentuk diri memiliki ciri-ciri positif pekerja cemerlang , ubah sikap kepada salah satu daripada 7 sikap di atas. Mula-mula memang agak susah, tapi selalu berlatih akan membuat Anda semakin cekap, semakin terbiasa. Cuba berlakon jadi pekerja cemerlang.

Paling penting, dalam proses berubah, kena banyak bersabar, mesti tahan hati mendengar cakapan-cakapan orang di tempat kerja. Mereka kurang senang melihat sesiapa saja sibuk memajukan diri. Cemburu sebegini perkara biasa di mana-mana. Bak kata Dr Tuah, Phd (penyakit hasad dengki).
Apa yang Anda perlu buat? Biarkan saja mereka. Fokus 100% pada diri Anda dulu. Biarkan, walaupun kekadang cakapan-cakapan mereka agak pedas (semata-mata untuk membuat hati Anda jadi panas!).
  

PETUA MEMUTIH DAN MEMBERSIHKAN WAJAH


Memiliki kulit muka yang bersih dan cerah merupakan satu anugerah yang sungguh bermakna. Bagi yang dikurniakan kelebihan itu, anda tentu bersyukur, kan?
Petua Kulit Cerah
Namun begitu, bagi yang ingin mencerahkan atau memutihkan kulit muka, ada satu petua tradisional yang boleh dicuba. Bahan utama yang diperlukan adalah pucuk jambu batu yang masih muda.
Tanpa berlengah, apakata anda ikuti tips memutihkan wajah di bawah ini;
1. Ambil 4 hingga 5 helai pucuk jambu dan bersihkannya.
2. Tumbuk ia sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air bersih.
3. Kemudian, sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka anda.
4. Biarkan selama 5 minit.
5. Selepas itu, cucilah muka anda dengan air bersih dan lapkannya dengan tuala lembut.
Jadikan proses di atas sebagai amalan untuk memutihkan kulit wajah anda.
Semoga Berjaya!

Sunday, July 17, 2011

TERIMA KASIH SUAMIKU


Tak terucap sepatah katapun di saat suamiku buat kejutan pada Majlis Jamuan Makan Malam di Hotel Legend baru-baru ni. Sebelum menyanyikan lagu Permata Buat Isteri, suamiku buat pengumuman menjemput aku bersamanya di atas pentas. Berdebar-debar rasanya bila berada di atas pentas dalam majlis yang dihadiri hampir 400 orang rakan sekerja suamiku. Lagu yang ditujukan khas buat aku sebagai isterinya mengundang rasa sebak dan bangga.
Tiap-tiap baris senikata lagu ini aku hayati dan hampir titik-titik jernih mengalir di pipiku. Rasa macam nak peluk aje dia kat depan bos dan rakan2 dia tanda terima kasih pada saat itu juga. Tapi tetap control anggun.
Suamiku dulu adalah seorang pemalu dan tak sangka sungguh dapat membuat kejutan yang amat bermakna dalam hidupku kerana menghargai aku sebagai seorang isteri yang sering ditinggalkan demi tugas kepada negara tercinta.
Terima kasih. I love you...................suamiku tercinta


Telah kusiapkan

Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri

Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


Lirik/Puisi: Abdul Aziz HM
KLIK LAGU PERMATA UNTUK ISTERI

ORANG DEPAN ORANG BELAKANG


Orang depan , maksudnya adalah orang yang memulakan sesuatu. Dia mengambil inisiatif sendiri, punya idea dan keberanian membuat apa orang lain tak buat, tak terfikir nak buat atau melakukan perkara yang orang takut-takut nak buat.
Orang-orang yang ada sikap sebegitu biasanya adalah ketua atau usahawan. Pendek kata, mereka adalah leader (si pemimpin).

Orang belakang adalah orang yang lebih suka mengikut. Dia sentiasa ok. Bila ditanya mana satu pilihannya, jawapannya "mana-mana saja". Kata lain, mereka ni adalah follower (si pengikut).
Apa beza keduanya?
Paling ketara, leaders membuat sesuatu terjadi hasil garapan idea dan kreativiti mereka, manakala followers lebih suka melihat sesuatu terjadi, berkata tentangnya kemudian mengikut mana-mana yang dia suka.
Anda yang mana satu? Orang depan atau orang belakang? Pembayang: untuk nak jadi orang cemerlang dalam hidup, nak ada kebahagiaan hidup, kita MESTI berubah jadi orang depan !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!