Monday, March 12, 2012
Sunday, March 11, 2012
Saturday, March 10, 2012
DI KESEPIAN MALAM INI.....
Di kesepian malam aku sendiri
Fikiran menerawang menjelajah angkasa
Ingin rasanya kubuka semua tabir gelap
Sehingga bisa kunikmati indahnya rembulan
Beserta gemerlapnya sejuta bintang
Semilir angin berhembus perlahan-lahan
Seolah tak ingin mengusikku dari lamunan
Pucuk-pucuk daun menari penuh kemesraan
Seakan tiada bosan untuk selalu menghibur
Semua gundah dan keresahan hatiku
Ketika malam semakin larut
Aku sedari akan kesendirianku
Semuanya memang penuh ketidakpastian
Kecuali…. Mampukah kunikmati sisa hidup ini
Dengan cinta dan kasih sayang
Di mana semuanya serba tulus
Di mana semuanya serba ikhlas
Di mana semuanya penuh kerelaan
Tanpa paksaan dan pengharapan
WARKAH DARI HATI HAWA BUAT ADAM......
Warkah ini diperolehi daripada sebuah blog..warkah ini
banyak yang menyentuh hati dan perasaan Hawa dan membawa kemarahan golongan
Adam .Tapi saya pertontonkan disini..bukan kerana apa..bukan kerana mahu
mendatangkan permusuhan atau pertengkaran..tapi sekadar merasakan ianya perlu
untuk renungan kita bersama.. Ambillah iktibar dan pengajaran..Inilah yang Hawa
inginkan sebenarnya…Bangkitlah Adam…Pimpinlah kami yang dijadikan dari tulang
rusukmu ini..
Ohh Adam...
Adam..... Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam... Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam... Bukan kerana ramainya kaum Hawa yang menjadi isterimu membimbangkan aku. Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi... aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun... terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara.
Adam... Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum Adam adalah menguasai terhadap kaum Hawa. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi.. realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam... Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. Tapi sekarang di waktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara, aku ke hutan memikul senjata. Padahal, kau duduk saja. Ada di antara kau yang menganggur tiada kerja. Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara. Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Apakah sudah hilang kasih sucimu Adam terhadapku?
Adam... Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong, maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu Adam? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini Adam, seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya? Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka? Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?
Adam... Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, Hawa adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu! Dari itu Adam....pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa, lalai dan alpa, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku Adam untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku. Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.
Adam... Andainya kau masih lalai dan alpa dengan karenahmu sendiri, masih segan mengikut langkah para sahabat, masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah, dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah. Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan malulah engkau pada Tuhanmu yang Maha Agung itu...

Tuesday, March 6, 2012
Monday, March 5, 2012
MEMOTIVASIKAN DIRI SENDIRI
Setiap hari, jadikanlah niat mahu memperbaiki diri satu niat yang Anda ucapkan di awal pagi.
Selepas bangun, usah fikir pasal kerja, pasal masalah, pasal duit yang tak cukup, pasal hutang yang menimbun, pasal apa pun jua persoalan.
Elak memikir masalah, elak mengomel pasal masalah.
Elak memikir pasal apa saja yang membuat Anda tertekan.
Fikirkanlah mahu memperbaiki diri hari ini, baik sebaik yang mungkin.
Lafazkan perkataan ini di dalam hati dengan penuh berani..
“aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
Lafazkanlah ia dengan keyakinan, keberanian.
Jangan ada ragu, jangan ada sangsi.
Pasti Anda merasa bermotivasi, merasa bersemangat.
Sebab, jika ada ragu atau sangsi, ia akan memadamkan kesan ayat yang Anda lafazkan tadi. Akhirnya, Anda tidak akan merasa bersemangat.
Andai kata Anda mahu bersemangat, lafazkan..
“aku mahu bersemangat”
Lafazkan dengan berani.
Saturday, March 3, 2012
FAWWAZ DAN PUNCAK KASIH
Lagu ini mengembalikan nostalgia semasa Fawwaz berusia setahun lebih bila dia mula pandai menghayati muzik....setiap kali lagu ini berkumandang ...pasti dia akan menyendiri ke suatu sudut dan mulalah airmatanya mengalir...Sedih sangat lagaknya....Entah apa yang difikirkannya pada waktu itu...Tiada siapa yang tahu.... Jangan pula ada yang mengganggunya...Kadang2 tu ketika sedang bermain...tiba2 terus mood dia berubah serta merta... diam dan sedih bila lagu ini dipasang....Sampai ke hari ini aku masih tidak tahu apa sebenarnya yang membuatkan dia begitu sedih bila mendengar lagu Puncak Kasih....sedangkan lagu2 lain tak memberi kesan langsung padanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Keluargaku.....
Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!