Friday, January 18, 2013

SEMUANYA SUDAH TERSURAT......


Dah agak lama aku tak menulis tentang kisah aku dalam blog ni...macamlah sibuk sangat....tapi memang aku sibuk betul sejak akhir-akhir ni... apa yang aku nak abadikan pada kali ini ialah cerita aku yang aku rasa gempak jugaklah....mana tidaknya... bermula 1 Muharram period aku tak putus-putus .....datangnya banyak sekali sehingga menakutkan aku...tapi dek kerana semangat aku yang tinggi...aku buat tak kisah aje....aku tak ambik cuti sakit pun ...aku teruskan kerja macam biasa....melatih tarian untuk karnival cuti-cuti 1malaysia lagi....apa yang dalam fikiran aku...mungkin sebab bulan sebelumnya aku tak datang bulan.....

hmmm....memang berganda-gandalah kot...pandainya aku buat andaian.....bila aku balik dari Mesyuarat di Melaka pada hujung bulan November...period aku masih tak berhenti....muka aku makin pucat dan aku mula lemah....ayahanda paksa aku ke klinik....sampai sana doktor bagi aku pil berhentikan aliran darah....dah sebulan lebih masa tu..... darah turun tetap banyak...luarbiasa sungguh....dua hari selepas itu darah berhenti....tapi...apabila pil tersebut habis....darah yang banyak turun semula...ini menakutkan aku....tapi aku teruskan juga kerja aku ke Terengganu selama 3 hari....balik dari situ aku makin lemah...tak bermaya rasanya....beberapa hari selepas itu aku ke klinik semula selepas balik dari pejabat.....kali ni doktor tak bagi aku ubat lagi...tapi dia bagi aku surat rujukan ke hospital....dia minta aku segera pergi malam itu jugak.....aku rasa aku masih kuat....

Esok paginya ..18 Disember ...baru aku ajak ayahanda ke hospital Serdang....kami sampai awal di hospital.....aku dengan selamba menunjukkan surat berkenaan pada pegawai yang bertugas di kaunter....malangnya bukan kat situ rupanya...kami diminta ke bahagian kecemasan....mujurlah tempatnya tak berapa jauh....sebaik sahaja aku menunjukkan surat tersebut pada staf di kaunter kecemasan....aku terus dibawa masuk ke dalam untuk pemeriksaan...tak perlu ambil nombor macam biasa....pelik aku rasa....terus dimasukkan ke wad separa kritikal....kritikalkah aku?????......aku terus dibaringkan... dua orang doktor scan perut aku....memeriksa tekanan darah...mengambil darah dan urine aku.....bermacam-macam soalan diterjahnya aku....macam ambil ujian lisan pulak......aku jadi buntu.....apa sebenarnya yang berlaku pada aku?......sementara menanti keputusan ujian darah dan urine...aku duduk di ruang menunggu...kesian ayahanda kat luar... kebetulan waktu tu ada 2 orang pesakit yang bleeding macam aku jugak....taklah boring ...dapat kami berborak.... semasa lawatan doktor pakar ke wad kecemasan....kami turut disoal.....bila doktor pakar tengok aku....terus dia minta penjelasan daripada doktor yang merawat aku.....satu patah perkataanpun dia tak bagi aku jawab.....apa yang aku tahu...dia marah doktor tu....lepas tu aku terus dibawa ke katil dan dibaringkan....

Dalam keadaan aku terpinga-pinga....datang doktor suntik tangan aku untuk masukkan air pulak....hai bila aku dapat balik dan makan ni...aku lapar...dari pagi tadi belum jamah satu benda pun....dah kena rantai dengan drip pulak...memang susah aku nak bangun ke bilik air yang dah  jadi rutin aku setiap 1 jam sejak turun darah ni..... apalagi aku terus mesej ayahanda suruh masuk ambik hand beg dan barang kemas aku yang diarah buka oleh doktor pakar tadi.... nampak gaya tak pergi kerjalah aku hari ni... terus pulak mesej boss... dia pun terkejut.... aku pun tak dapat nak bagaitau selanjutnya kerana aku sendiripun tak tahu apa-apa..... doktor suruh aku tidur.... tapi macamana nak tidur dalam keadaan hati yang tidak tenteram dan perut yang lapar.... hampir tengahari....doktor datang lagi jengah aku.... dia tanya lagi macam-macam soalan... bila dia ajukan soalan nak balik ke tidak... tentulah aku nak balik...dia pun tak cadangkan aku tinggal kat wad kerana aku akan baring dan tunggu...tunggu...dan tunggu...maksud aku dalam pemerhatian doktor.... jadi dia bagi aku cuti sakit selama 3 hari (selasa, rabu dan khamis)...mulanya nak bagi seminggu...tapi aku dah ambil cuti pada hari jumaat....tak perlulah mc.... apa yang aku dapat bagitau semua orang ialah aku bleeding...selebihnya kena jumpa pulak doktor pakar....

Selepas dapat transkrip ubat dan surat rujukan..... aku terus cari ayahanda.... kami ambik ubat...terkejutnya aku sebab banyaknya ubat dan vitamin yang harus aku telan.... hmmmm....terus ke klinik pakar untuk buat temujanji.....lama jugaklah menunggu...akhirnya aku dapat tarikh 22 Januari 2013 .... lega satu bab...terus aku ke kantin cari makan...balik rumah terus terbaring...keletihan...

Seperti yang dirancang...aku dan keluargaku balik ke kampung pada hari Khamis....sampai di Kulim rumah kakakku...memang dia tegur muka aku pucat dan tak bermaya...aku selamba je cakap aku baru keluar wad...dia orang tengah sibuk siapkan goodies...esok paginya...aku tunjukkan surat doktor pada kakak aku yang merupakan bidan hospital....selesai baca surat tu ...dia terus tengok aku dan tanya beberapa soalan.... kali ini barulah aku tahu yang aku sebenarnya keguguran....patutlah darah tak berhenti-henti macam aku bersalin... manalah aku tahu....tak pernah alami keguguran selama ni....lagipun dah 17 tahun aku tak mengandung.....dan aku pun tak menjangka akan mengandung lagi dalam usia begini....semua orang terkejut termasuklah ayahanda yang nampaknya begitu kecewa sekali.... patutlah badan aku rasa seram sejuk semacam.... barulah aku mulakan berpantang...berstoking.... dan dikawal oleh anak-anakku.... bila difikirkan semula.... macam tak percaya rasanya.... tapi inilah kenyataannya..........


18 PETUA UNTUK KEHARMONIAN RUMAH TANGGA

Gambar ihsan 
1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan kucupan.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar ke mana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan apatah lagi sampai berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda berada di sisinya.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang bekerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

Friday, January 11, 2013

GOTONG-ROYONG SEKTOR PLTP BTP

9-10 JANUARI 2013
BILIK DOKUMENTASI

Penglibatan semua pegawai sektor.









Monday, January 7, 2013

ONE DAY VISIT TO MELAKA...01.01.2013




1. ZOO  MELAKA - Tenang melihat keindahan ciptaan Allah - Flora dan Fauna....walaupun berjalan lebih daripada 2 km....
2. MAKAN TGHARI - Merasa asam pedas Melaka..... 
3. MENARA TAMING SARI - Menikmati pemandangan dari atas Bandar Melaka....gayat juga bila sampai ke atas... 
4. NAIK 4D - Memberikan peluang anak-anak enjoy..... only 4 minutes per ride 
5. DUCK CRUISE - Kenderaan yang boleh menjelajah sebahagian bandar Melaka di darat dan laut .... satu pengalaman yang menarik...dapat melihat Masjid Selat yang cantik serta tapak pembinaan Bangunan Arab....
6. DATARAN PAHLAWAN - Terperangkap dalam hujan lebat..... 
7. UMBAI - Menikmati makan malam (ikan bakar, kerang rebus, sotong, udang, ketam)..... sedap.....
8. RIVER CRUISE - Selama hampir 45 minit melihat keindahan bangunan, lampu dan mural sepanjang menyusuri sungai....
9. NAIK 6D - Kali ni satu family naik......seram juga ...... merasai masuk dalam laut....percikan air.....lidah ular yang melibas kaki....geli.... puaslah aku menjerit.....












































Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!