Friday, February 8, 2013

16 SOALAN KENALI PERSONALITI ANDA

Ambil sedikit masa untukmenjawab soalan-soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenar2nya..

Mula-mula sediakan sekeping kertas dan sebatang pen/pensel........Kemudian cubalah  jawab soalan2 ini dengan spontan........
Situasi:


Anda berada di dalam hutan.......


(1) Nyatakan dengan siapa anda berjalan?

Sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan.....


(2) Nyatakan apakah haiwan itu?

(3) Tindakan anda terhadap haiwan itu......
 (biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)
                      
Anda teruskan perjalanan......tiba-tiba ternampak segugus kunci


(4) Nyatakan bilangan kunci itu.....
(dari 1-10 anak kunci)
                       
Anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.
Pada fikiran anda..


(5) Adakah rumah itu berpagar?

(6) Pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

Anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) Apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
                       
Atas meja ada pasu...

(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
                      
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? [(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]
                     Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.

(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
             
Anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman....... Tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.

(11) Apa ukuran kotak itu? 
(kecil / sederhana / besar)
              
(12) kotak itu diperbuat daripada? (cupboard/ kertas / kayu / logam)
               
Tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.


(13) jambatan diperbuat daripada apa?(logam / kayu / rotan)
Di seberang jambatan, ada seekor kuda.

(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan? (diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh daripada kuda.......

(16)Anda mempunyai 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?





Berikut adalah tafsirannya:


(1) Dengan siapa anda berjalan..... merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) Haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi....... saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) Tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi........... kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) Kunci........
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) Rumah.......
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) Pintu.......
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat-sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu......
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah
tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
      logam / plastik / kayu - anda kuat dalam hidup anda

(10) Air terjun.............
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) Material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi petanda buruk.

(15) Tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi merupakan bahagian yang paling penting dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
DrRumaizah: Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan... :)  :)  :)

Sumber

MOGA DIPERMUDAHKANNYA......

Semalam aku bersama rakanku ke BTPN Negeri Sembilan dan BTPN Selangor untuk mengambil beberapa dokumen yang bakal aku tunjukkan kepada big boss aku...petang semalam aku dah call NS dan dia minta aku terus aje ke PKG Mantin....maka pagi-pagi lagi kami terus ke sana.... wahhh jalan jem teruknya....namun kami sampai juga dan disambut dengan baik sekali oleh 3 orang staf ..... siap suruh makan dan minum lagi.... sedangkan sebelum bergerak kami dah bersarapan di cafe BTP.... nak jaga hati... makan jugalah bihun sup ngan air milo... ingat boleh terus ambik aje dokumen tu...tapi biasalah bila pegawainya perempuan....nak bagi kemas dan cantik dulu.... maka terpaksalah kami tunggu  dan sempatlah beramah mesra serta berkongsi maklumat dengan pegawai baru di situ....

Dapat aje apa yang kami nak....kami pun bergerak semula ke BTP.... sampai pun tepat pada waktunya....makanan sempena sambutan Maulidur Rasul sedang diagihkan... apalagi makan dulu... selepas solat zohor kami bergerak ke PKG Subang Jaya... sebenarnya petang semalam aku dah call ke pkg ni.... yang angkat cuma jurutekniknya...jam 4.30 petang semalam pegawainya hubungi aku dan menyatakan bahawa dokumen yang aku nak diletakkannya atas meja... kerana dia ke BTPN Selangor menghadiri kursus... aku fikir buat apa nak ke BTPN sedangkan aku boleh dapatkannya di pkg saja.... tupun mengadap jem nak sampai ke sana.... dahlah memandu sendiri...

Sampai di PKG Subang Jaya...kami panjat tangga nak ke ofisnya... setelah beberapa kali beri salam.... seorang staf muncul....kami memperkenalkan diri... rupanya dialah juruteknik yang aku hubungi semalam... tinggal dia sorang kat ofis.... kami pun sekali lagi memberitahu hasrat kami ke situ dan menyerahkan surat yang ditandatangani oleh bos aku kepadanya.... aku maklumkan bahawa aku dah telefon dan berjanji dengan pegawainya sebab itu aku redah juga jem untuk ke situ.... diapun menyerahkan dokumen seperti yang kami kehendaki.... kami ucapkan terima kasih dan bergerak ke BTPN KL.... dalam perjalanan aku call PKG Sentul kerana jalan memang teruk jemnya.... mereka maklumkan semua fail di bawa ke BTPN untuk diaudit.... aku ke sana.... tapi audit belum selesai.... mereka berjanji untuk menghantar dokumen tersebut ke BTP keesokan paginya.....

Semasa dalam perjalanan ke BTPN KL...bos aku call... pelik dan agak terkejut juga aku diberitahu bahawa juruteknik PKG Subang Jaya beritahu yang kami main ambik aje dokumen tersebut.... seolah-olah aku merampas atau mencurinya..... pegawai dia dah marah dan call boss aku .... sedangkan pegawai dia tu kenal dan baik sangat dengan aku sebelum ni dan memang ada pun nombor aku..... kenapa dia tak call aku?hmmm... inilah dia manusia... niat kita nak tolong mereka tapi kita pulak yang dilempar taiknya.... mujurlah aku bawa saksi... tak pergi berseorangan... kalau tidak apa lagilah yang harus aku terima...  kami pun call pegawai berkenaan untuk menjelaskan segalanya... dia tak jawab.... last2 mesej aje...

Kalau jalan tak jem dan aku tak terikat nak ambik anak jam 5 petang... nak juga aku terus serahkan balik dokumen tersebut ke sana... yalah tak baik ambik barang yang orang tak redha...Tak berani aku nak guna.... aku hantar kawan aku ke BTP.... dan terus ambik angah.... aku call juruteknik tersebut dan berjanji akan segera hantar balik dokumen tersebut...

Pagi ni aku nak cuba ke sana tapi keadaan cuaca tak mengizinkan... hujan turun lebat sekali dan suamiku kena terus ke pejabatnya awal pagi.... kalau pergi sorang takut sesat pulak.... aku simpan baik2 dokumen tu dalam kerete.... moga Allah permudahkan kerjaku.....



Monday, February 4, 2013

ANGGAPLAH 3 TEGURAN INI SEBAGAI.....



1. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI UNGKAPAN SAYANG

Kadang-kadang agak sukar menterjemahkan sebuah ungkapan dengan timbangan yang jernih dan lurus termasuk dalam soal teguran. Kebiasaannya, orang yang menegur diterjemahkan atau dianggap sebagai lawan yang menyusahkan bahkan ingin menjatuhkan.

Dalam timbangan akhlak Islam, nilai sebuah teguran adalah jauh dari anggapan tersebut. Bahkan kalau kita melihat secara positif :

a. Teguran bukan untuk menyusahkan melainkan untuk memudahkan.

b. Teguran bukan ungkapan marah apalagi permusuhan melainkan ianya adalah ungkapan sayang dan persaudaraan.

Rasulullah saw pernah bersabda :

"Tiga perbuatan yang termasuk sangat baik, iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi dan keadaan, saling menyedarkan satu sama lain dan menyantuni saudara-saudaranya (yang memerlukan)."
(HR Ad Dailami)

Teguran adalah ungkapan sayang yang sejati seorang saudara terhadap saudaranya yang lain yang mungkin terjebak dalam suatu kesalahan. Cinta kerana Allah dan benci pun kerana Allah. Kalau bukan kerana cinta, mungkin ia tidak akan peduli untuk menegur kerana usaha itu terasa begitu berat.

2. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI GURU DI MEDAN

Teguran tidak selalunya berkaitan atau ada hubung kait dengan dosa. Tidak selalunya berkaitan dengan sesuatu yang prinsip. Ada teguran yang memang sangat diperlukan ketika sesuatu yang bersifat teori cuba diimplementasikan ke bumi nyata dalam wilayah aplikasi.

Dalam hal berumahtangga misalnya, ketika belum memasuki alam perkahwinan, seseorang merasa sudah faham betul dengan yang hal ehwal rumah tangga setelah mendapatkan informasi dari buku, ceramah dan sebagainya. Tapi, ketika rumahtangga sudah menjadi kenyataan, semua perkara menjadi sungguh berbeza. Realiti kadangkala tidak selalunya bertepatan dengan suasana ideal yang diimpikan.

Berlaku perbezaan di sana di mana wujudnya konflik antara suami dan isteri. Sesuatu yang dalam teori begitu indah, tetapi ternyata begitu gersang dalam kenyataan di medan. Tentunya, yang salah bukannya cita-cita idealnya tadi, tapi cara bagaimana menggarap dan mencapai tujuan dan impian itu yang belum benar-benar selaras. Di sinilah, seseorang memerlukan teguran dan teguran ketika itu bertukar menjadi guru dalam lapangan realiti sebenar.

3. ANGGAPLAH TEGURAN SEBAGAI CERMIN MEMPERINDAHKAN DIRI

Ego manusia sentiasa merasakan yang ia serba sempurna tanpa ada cacat cela dan titik noda malah semuanya dirasai bagus. Kalau ada orang lain yang menilai sedikit berbeza, pasti si penilai yang dianggap silap.

Begitulah juga yang boleh berlaku dalam diri seorang mukmin. Dengan penuh kepercayaan terhadap dirinya, ia begitu yakin bahwa semua langkahnya sempurna tanpa ada kesalahan. Yang salahnya adalah jika ada yang menganggapnya salah.

Dari sudut pandangan Islam, manusia adalah tempat salah dan lupa. Jadi, akan ada sahaja kemungkinan kalau seorang mukmin pun boleh khilaf. Kalau seorang ulama' pun boleh salah dan seorang pemimpin pun boleh tersasar, jadi pada ketika itu, ia sangat memerlukan teguran sebagai cermin yang boleh menyedarkan dirinya.

Rasulullah saw bersabda :

"Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin lainnya. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (HR Al-Bukhari)

Indahnya nikmat keimanan. Hati yang mulanya gelap menjadi terang. Bahaya dan penyakit yang bersarang di sekeliling dirinya yang sebelumnya tertutup, boleh tersingkap dengan jelas. Kian nampak mana yang baik dan mana yang buruk dalam perkara apa pun termasuklah dalam pergaulan dan persaudaraan Islam.



=================================================================
Ayah :“Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati”.

Anak: I’m so confused..
          Kenapa orang kecilkan hati kita, kita pulak yang berdosa?

(Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya tentang makna pernyataan tersebut.)
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa.
           Jika kita terasa hati dgn penghinaan dia, kita juga berdosa.
           Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

Anak: uiikk.. tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun?

Ayah: Kerana orang yg menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.

Anak: *blur

Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu?
          Kerana itu adalah ujian dari Allah.
          Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu?
          Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia.
          Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian 
          yang Allah turunkan.
          Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.

Anak: Ooooooo… ook….

Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku
          macam ni, macam tu…” dan sebagainya.
          Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.
         “Kesian kawan kita tu.. orang tu dah banyak sakitkan hati dia,…..” jadi keredhaan kita
          terhadap ujian Allah itu akan lesap.

Anak: *termakan cili

So, the conclusion is.. jangan mudah terasa hati..
Maknanya kita tak redha dengan Allah..
Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah.
=================================================================
*Dialog di atas diextract dari blog http://lukisanduniaku.wordpress.com

SUMBER : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15055.30;wap2
Izzah0404 

MENDIDIK HATI BERSIFAT POSITIF.....



Apabila kita pandang seseorang kerana sikap-sikap buruknya, maka kita akan cenderung mendapat kenalan yang bersikap buruk-buruk sahaja kerana kita telah 'tune' fikiran kepada sikap-sikap buruk. 

What we think will attract the same. Pandang yang buruk maka dapatlah yang buruk.

Sebaliknya apabila kita pandang seorang kerana sikap-sikap baiknya, maka kita akan bertemu dengan kenalan baik-baik simply kerana fikiran kita telah di 'tune' kepada sikap-sikap baik.

Orang sebegini yang kita mahu jaga sebab dia boleh mendorong kita "achieve up higher". Berkawan dengan orang bersikap buruk menjadikan kita "go down under".

Proses mendidik hati untuk mendapat sikap positif seperti pemaaf dan sentiasa bersangka baik amat mencabar sebenarnya. Sungguh mencabar. Kenapa? Kerana dihalang oleh yang satu ini - Nafsu. Terutama apabila nafsu itu amat subur.

Nafsu jadi subur dalam diri apabila kita manjakannya dengan makanan, dengan hiburan, dengan umpatan, dengan cacian, dengan kemarahan. Mengawal marah itu amat sukar, sama sukarnya dengan meninggalkan makanan yang sedap-sedap, mengelak hiburan yang best-best, meninggalkan umpatan yang menyeronokkan untuk dikata-kata, melupai marah yang membuat orang kecut sejuk kerana takut dengan kita apabila kita naik marah macam The Hulk. Memang susah.

Tapi Islam gariskan panduan bagaimana melakukannya berdasarkan Quran dan Sunnah - amalkanlah hidup bersederhana, selalu berpuasa sunat, elak sikap marah dengan istghfar, elak sikap iri hati dengan berfikir mengenai kekuasaan Tuhan dan taraf kita di sisinya. Kita ini bukan siapa-siapa kerana semua yang kita ada hanya 'pinjaman' Tuhan. Bahkan kita boleh mati bila-bila masa tanpa 'notis amaran' terlebih dahulu.


Sumber : imotivasi

Thursday, January 31, 2013

KERJA .....TAK SELESAI

Hari ini aku ingin berbicara tentang kerja yang tak pernah habis.....pagi-pagi lagi aku sampai ofis....macam biasalah aku antara yang pertama hadir....membuka kunci ofis dan terus ke bilikku...duduk aje terus on pc....banyak pula kertas cadangan yang perlu aku siapkan...nak pecah kepala juga bila bab gunakan otak ni....nak suruh pegawai bawah aku pun...dia memang mengaku tak boleh buat.....nak tak nak aku buat jugalah.....tengah menaip...lapar pulak...terus aje ke cafe....isi perut dulu....balik...mengadap pula....hmmmm....panggilan telefon pula dari pentadbiran ....2 kertas cadangan yang awal dah di ttangan big boss....minta aku naik ambil....nak keluar bilik datang pula staf telekom nak pindahkan telefon aku...maka tunggu dululah....dalam masa menunggu...mata ni tak puas hati pulak tengok rak tv...macam tak kemas je....ajak rakan sepejabat dan cleaner ubah dan ambil rak yang lebih elok di stor....nak angkat berat aku tak boleh....maka asyik beri arahan jelah....alhamdulillah....bila selesai...cantik dan kemas....i like....rak yang kurang kemas...aku masukkan ke dalam surau....dapatlah jadi pengadang sikit....masa dah menganjak ke tengah hari.....pakej ke Pangkor belum siap lagi.....dapat pula emel dari boss....minta aku siapkan lagi satu kertas cadangan.....bab ni aku tak pernah buat....walaupun ada yang lama...tapi nak memahamkannya amat pening....aku cuba minta bantuan desk officer tahun lepas.....bengang juga bila jawapan tak tahu diberikan....senangnya....tak apalah ...aku cubalah sebaik mungkin....jam 4:30 ptg aku masih lagi terkial-kial di depan pc....tak boleh jadi ni...kejap lagi ayahanda sampai...ah...kerja memang tak pernah habis....aku terus offkan pc dan kunci bilik...turun aje...ayahanda dah ada kat bawah...kepala aku sakit betul memikirkan kerja yang tak dapat diselesaikan............

Friday, January 25, 2013

BILA REZEKI ITU BERKAT....



Hari ini aku ingin kongsi intipati ceramah yang aku dengar di surau berdekatan rumahku baru-baru ini...semoga Allah swt memberikan aku hidayahnya.....
..................Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman "Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?" Nabi Ayub mejawab "Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu". 


Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama  Sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama Sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation.
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkannya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.
Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita.
Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung
Untuk mencari keberkatan hidup.



Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah :
1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah. 

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah. 

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim. 

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari. 

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kerana Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). 
Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada sebahagiannya merupakan hak mereka. 

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam. 

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. 

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia) 

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan).
Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan.
Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah.
Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa. 

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru "Ya Tuhanku,kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)".
Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.
Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

50 LANGKAH BESTARI BUAT SUAMI MITHALI....

 
1...... Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa. 
2..... Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik. 
3.....Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda. 
4..... Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah. 
5..... Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
 6..... Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut. 
7..... Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri. 
8..... Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan. 
9..... Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan. 
10..... Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. 
11. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda. 
12..... Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah. 
13..... Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil? 
14..... Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin. 
15..... Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam. 
16..... Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera. 
17..... Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan. 18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan. 
19..... Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ? 
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai. 
21..... Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga. 
22..... Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak. 23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah. 
24..... Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini. 
25..... Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia. 
26..... Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa. 
27..... Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang. 
28..... Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga. 
29..... Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah. 
30..... Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah. 
31..... Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita. 
32..... Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum. 33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan. 
34..... Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ? 
35..... Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan untuk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga. 36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga. 
37..... Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah. 
38..... Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak. 
39..... Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji. 
40..... Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah. 
41..... Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu. 
42..... Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa. 
43..... Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia. 
44..... Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya. 
45..... Suami wajar belajar jadi pengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama. 
46..... Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian. 
47..... Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati. 
48..... Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur. 49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa. 
50..... Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang. 
Wallahu a’lam

(Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!