Wednesday, August 24, 2016

DO NOT SPEAK ABOUT....

❝Do not speak about your money in front of a poor person.

Do not speak about your health in front of a sick person.

Do not speak about your power in front of a weak person.

Do not speak about your happiness in front of a sad person.

Do not speak about your freedom in front of a prisoner.

Do not speak about your children in front of an infertile person.

Do not speak about your mother and father in front of an orphan.

Because their wounds cannot bear more.❞
-Ali ibn Abu Talib (RA)

Monday, August 15, 2016

DURIAN TIME

Dah penat melaksanakan tugas semalam...kami dijamu oleh Cikgu Haridan dan Cikgu Razak dengan durian dan rambutan
Makan ramai2 dalam keadaan badan yang letih dan kelaparan memang seronok terutama gelagat ketika membuka durian dan berebut2 makan....terima kasih kerana sudi belanja duria kampung dari kebun di Lenggong.....

Saturday, August 13, 2016

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU

Khas Buat Suamiku.....
Tatkala tarikh keramat  menjengah tahun ini..kita terpisah demi tugasku
Ingin sekali ku lari dan memelukmu untuk bisikkan ucapan itu seperti selalu...tapi apakan daya...hanya doa yang dapat kupanjatkan padaNya buatmu suamiku yang bertarung untuk pulih seperti dulu ...
###Dengan rasa penuh kesyukuran pada Allah s.w.t kerana masih memberikan aku masa untuk  terus merasa kasih sayang dari keluargaku dan Tuhanku...
serta memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju...
Buat suamiku yang tercinta....
Doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu...
Pada Allah yang satu kupohon agar rahmatNya sentiasa mengiringi langkahmu....
Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan...
Semoga kejayaan sentiasa dekat disisimu...
Semoga bahagia itu milik kita berdua selamanya...
Semoga segala impian abang menjadi realiti...
Semoga Allah sentiasa memberi abang kekuatan untuk meneruskan semua tanggungjawab...
Semoga Dia anugerahkan abang kebijaksanaan untuk menghadapi rintangan...
Semoga iman kita bertambah saban hari...
Semoga kesembuhan dan pemulihan segera diperolehi dariNya...
Semoga ukhwah kekeluargaan semakin akrab...
dan semoga tahun ini membawa seribu kebahagiaan buat abang...
Biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai dengan penuh kesyukuran .
Harapan dan impianku agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia emas...
Kerana...kenangan lalu membesarkan anak-anak dengan penuh kesabaran telah berjaya kita lalui bersama...
Moga Allah sentiasa memberikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita dihempas gelombang...
Terima kasih Allah kerana Kau jadikan dia untukku
Terima kasih abang kerana kehadiranmu membahagiakanku......
SELAMAT HARI LAHIR....
LOVE YOU SO MUCH...!!!
With love
DZIEN

SESUNGGUHNYA MATI ITU PASTI

                                                                                            ✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti  tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain. ..Waallahualam..

Tuesday, August 9, 2016

Sunday, July 31, 2016

4 GOLONGAN MANUSIA

Berkata Imam Al-Ghazali manusia terbahagi kepada 4:

1) Manusia yang TAHU, dan dia tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang pandai. Belajarlah darinya.

2) Manusia yang TAHU, tapi dia tidak tahu bahwa dirinya tahu. Inilah orang yang tidur. Maka bangunkanlah dia.

3) Manusia yang TIDAK TAHU, tapi dia tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini type orang yang mau belajar. Maka ajarilah dia.

4)  Manusia yang TIDAK TAHU, dan dia tidak tahu bahwa dirinya tidak tahu. Ini orang yang bodoh, dan berbahaya. Maka jauhilah dia.

Nota pengajian alqurba
Alhabib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid

Sunday, July 10, 2016

11 MESEJ SEKIRANYA AKU TERLEWAT



1. Hey, I have been stuck in traffic and I am afraid I am not going to make it in time. I should be there by 8:30 P.M.
1. Hey, saya terjebak kesesakan lalu lintas dan saya khuatir tak boleh datang tepat pada masanya. Seharusnya saya ada di sana jam 8.30 P.M.

2. An unexpected meeting has come up because of which I'd get slightly delayed for lunch. Hope it won't be too much of a trouble for you.
2. Tadi ada mesyuarat yang tak diduga yang mmbuat saya sedikit lambat datang untuk makan siang. Saya harapkan itu tak menjadi masalah besar untuk anda.

3. Hi, I apologize but I am stuck in traffic and will take another 30 minutes to get to your place.
3. Hai, saya minta maaf kerana saya masih terjebak pada kesesakan lalu lintas yang diperkirakan akan memerlukan masa 30 minit untuk sampai ke tempat anda.

4. Hey, so sorry to keep you waiting but looks like I am going to get further delayed at work. I should be there by 9:30 P.M.
4. Hai, maaf sangat kerana sudah membuat anda menunggu seakan saya akan lambat sangat ke tempat kerja. Saya seharusnya sudah sampai di sana jam 9.30 P.M.

5. Dear Sir, I will reach office by 11 A.M. today as I have to attend the parent teacher meeting at my daughter's school. I regret the inconvenience.
5. Tuan, saya akan tiba di pejabat jam 11 A.M., hari ini saya harus menghadiri mesyuarat Ibu Bapa dan Guru di sekolah anak saya. Saya menyesal atas ketidaknyamanan ini.

6. Hi, I will take another 15 to 20 minutes to get ready. Sorry to keep you waiting. I will try my best to reach as soon as possible.
6. Hai, saya akan siap 15 sampai 20 minit lagi. Maaf kerana membuat anda menunggu. Saya akan cuba melakukan yang terbaik untuk boleh siap sedia secepat mungkin.

7. Hi, something urgent has come up and I will get delayed by half an hour. Hope that is alright with you? I apologize for the delay.
7 Hai, sesuatu yang penting baru sahaja terjadi dan saya akan datang lambat dengan perkiraan setengah jam. Saya harap tak ada masalah dengan anda. Saya minta maaf atas kelambatan ini.

8. I am sorry to keep you waiting but my car broke down and I am at the mechanic's right now. It'll take another hour.
8. Saya minta maaf kerana membuat anda menunggu, kerana kereta saya rosak dan sekarang saya berada di tempat mekanik. Perbaikan ini akan mengambil masa selama beberapa jam.

9. I apologize for the delay, but do you think it would be possible to push the deadline by a day? I am completely swamped and will not have time until tomorrow for this project. I appreciate your help with this.
9. Saya minta maaf atas kelambatan ini, akan tetapi apakah mungkin untuk menekan tarikh akhirnya ke hari ini? Saya sibuk sangat sehingga saya tak punya masa sampai esok untuk projek ini. Saya menghargai bantuan anda jikalau anda bersedia.

10. Hi, I'll be late for the meeting as my mentor called up and there is something that needs my immediate attention. Could you please inform everyone?
10. Hai, saya akan datang lambat pada mesyuarat kerana mentor saya memanggil dan ada sesuatu yang perlu dikerjakan segera. Bolehkah anda maklumatkan pada kesemuanya?

11. Hi, will it be okay with you if I reach around 12 P.M.? I am running late.
11. Hai, tak apalah jikalau saya sampai jam 12 P.M.? Saya datang lambat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!