Ada banyak peluang bagi seseorang untuk berbuat baik ataupun berbuat tidak baik. Semua kesempatan itu ada di tangan kita dan kitalah yang akan memutuskan tindakan mana yang akan kita pilih.
Sebelum melakukan sesuatu tindakan... tentu kita akan dihadapkan pada pertimbangan atas kesan dari apa yang ingin kita lakukan.... Apakah kesan itu positif ataupun negatif..... Semua itu menjadi acuan kita sebelum melakukan apa-apa tindakan.
Saat kita sudah memutuskan pilihan tindakan, maka kita tinggal melaksanakannya sahaja. Selepas itu, segala risiko yang ada akan menjadi tanggung jawab peribadi kita.
Ini adalah kerana sebuah pilihan memiliki kesan dan akibat yang harus kita tanggung. Tidak ada alasan untuk menyatakan bahwa kita melakukan sesuatu itu kerana pengaruh seseorang yang lain. Sebab kita adalah manusia dewasa yang mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.
Kita juga tidak boleh menyalahkan keadaan, kerana kita memiliki kuasa untuk mengarahkan langkah kita, serumit apapun situasi yang ada. Ertinya, tidak ada sesuatupun yang dapat memaksa kita untuk melakukan apa yang tidak kita sukai.......kecuali suatu hal yang di luar kekuasaan kita.
No comments:
Post a Comment