Inilah apa yang Tun Dr Mahathir nak kita tahu. Entah kenapa orang agama suka cakap bagaikan menjadi miskin itu lebih mulia daripada berusaha untuk berjaya. Kita dicipta untuk menjadi khalifah di muka bumi, kita dicipta untuk berjaya di dunia dan di akhirat!
Video yang mesti tengok dan amati dan share bagi orang lain tengok! ........Media Networks
Ketiga dengan Pulau Pinang
Walaupun lesap mahkota kami
Maruah Melayu takkan hilang
Dari Melaka ke Kuala Linggi
Duduk berhenti melepas lelah
Daripada menyembah orang Peringgi
Eloklah mati berkalung tanah
Walau rumput sudah menjalar
Dahan kayu bercabang juga
Walau laut sudah terbakar
Sampan Melayu belayar juga
Batang nangka batang bergetah
Buahnya besar bercabang tinggi
Orang Melaka pantang menyerah
Orang Kampar berpantang lari
Walaupun rumput mati terlapah
Uratnya tidak mahu tenggelam
Walaupun laut menjadi darah
Semangat Melayu tidakkan padam.
Puisi sumber : http://gpmsmelaka.blogspot.com/2013/01/mana-semangat-perjuangan-melayu.html
No comments:
Post a Comment