Thursday, February 3, 2011

Resepi Warisan Bonda: SAMBAL NYIUR DAUN PUDINA

Resepi Warisan Bonda: SAMBAL NYIUR DAUN PUDINA: "Bahan A15 biji cili muda1/4 biji kelapa parut20 tangkai daun pudina4 tangkai daun kari10 biji bawang merah asam jawa secukup rasagaram Tumb..."

JALAN KAMPUNG

Hari ni cuti Tahun Baru Cina. Aku dan keluarga ke Sepang. Pagi-pagi lagi aku dah bangun siapkan sarapan. Aku cuma sepat buat nasi goreng dan bihun goreng aje. Selesai sarapan , kami pun bergerak ke Bukit Jalil. Ini yang dikatakan perancangan saat akhir. Kami cari tiket untuk Fawwaz balik. Semua dah habis. Kenalah beli dengan ulat juga. Bukan tak ingat awal2 dulu, tapi kawan Fawwaz tak balik sekali dengan dia. Maka terpaksa cari tiket sendiri.

Dalam perjalanan ke Sepang, kami terpaksa menempuh kesesakan jalanraya bermula dari Tol Sg Besi. Kami masuk Exit Bangi dan melalui jalan kampung. Seronoknya bila lalu jalan kampung ni. Rasa tenang sekali dengan keindahan suasana kampung. Walaupun jalannya bersimpang-siur tapi kami semua sukakan pokok-pokok buah-buahan seperti rambutan, durian, manggis dan macam-macam lagi.

Sampai aje ke persimpangan KLIA, jalan sesak lagi. Perut dah berkeroncong. Kami pusing pula ikut Bandar Enstek. Sampai ke persimpangan Sepang, jalan masih sesak. Terpaksanya kami beratur bersama ratusan kereta yang lain. Hampir 2 jam perjalanan barulah kami sampai ke rumah adik. Apalagi terus meratah makanan yang telah lama terhidang atas meja. Lega...

Wednesday, February 2, 2011

MEMBINA HATI BAHAGIA

Manusia yang paling rugi di dunia ialah manusia yang tidak dapat menikmati apa yang dinamakan bahagia. Sedangkan bahagia ini letaknya di hati. Nabi s.a.w. mengatakan apabila baik seketul daging dalam tubuh seseorang, maka baiklah dia dan ketahuilah seketul daging itu adalah hati. Baik bermakna bahagia. Tidak mungkin orang yang jahat hidup dalam bahagia. Seorang penjenayah meskipun mewah tetapi sentiasa dalam ketakutan diburu pihak berkuasa. Dia tidak pernah menikmati apa yang dikatakan bahagia dalam maknanya yang sebenar.......HM Tuah

Tuesday, February 1, 2011

SEJARAH KELAHIRAN ANAKANDAKU


FATIN LIYANA
FATIN NABYLAH
AHMAD FIKRI
AHMAD FAWWAZ DANIAL
Tarikh jangkaan
27.08.1988
26.09.1990
03.11.1992
09.07.1995
Tarikh lahir
27.08.1988
11.10.1990
09.11.1992
17.07.1995
14 Muharam 1409
22 Rabiulawal 1411
14 Jamadilawal 1413
18 Safar 1416
Masa
7:46 pagi
2:30 petang
11:24 malam
10:36 malam
Hari
Sabtu
Khamis
Isnin
Isnin
Tempat
Hospital Bersalin KL (Wad 1)
Hospital Bersalin KL (Wad 6)
Hospital Bersalin KL (Wad 6)
Hospital Bersalin KL (Wad 7)
Cara
Normal
Induce
Pembedahan Caesarean
Normal
Keadaan
Kembar air
Kembar darah
(bersarung)
Air ketuban kering
Kembar air
Berat bonda sebelum bersalin
45 kg
52 kg
53 kg
57.5 kg
Berat bayi
2.5 kg
2.98 kg
2.1 kg
3.1 kg
Tempoh sakit
5 jam
1 ½ jam
-
1 ½ jam
Jahitan
12
7
32
5
Pusat tanggal
Hari ke 8
Hari ke 9
Hari ke 8
Hari ke 8

Monday, January 31, 2011

DETIK KELAHIRAN ANAK SULUNG

Pada suatu pagi Jumaat , jam menunjukkan 6 : 30 pagi, aku ke bilik air. Ku lihat ketulan lendir darah keluar. Mungkin tanda seperti kata orang tua-tua.
2:00 petang, rasa sakit di bahagian perut perit sekali. Sakit ini terus berulang sejam sekali. Jam 10:00 malam, aku terus telefon emak di kampung. Emak pesan suruh siapkan barang-barang
yangmana perlu.
12:00 tengah malam, sakit perutku semakin kerap. Rasa mengantuk ada tetapi tidak dapat
tidur.
1:00 pagi, ayahanda bawa aku ke hospital bersalin. Jururawat terus masukkan aku ke wad 1.
2:00 pagi, diperiksa oleh doktor.
2:30 pagi, rasa air turun mencurah-curah, aku terus berjalan-jalan untuk kurangkan rasa sakit.
2:45 pagi, sakit makin kuat, aku kena baring atas katil. Macam2 surahku baca. Aku menangis dalam menahan kesakitan. Bangun duduk dah tak tentu arah. Sakit kian kuat dan kerap.Rasa hilang dunia, tak dapat nak diceritakan.
6:00 pagi, aku rasa nak buang air besar.Staf nurse mengarahkan aku disorong ke bilik bersalin.
Dalam melayan sakitku, terngiang2 di telinga suara yang menyuruh aku bersabar. Aku bagaikan di awangan.
6:45 pagi, dalam bilik bersalin, aku meneran bila sakit datang. Malangnya aku tak pandai teran, nurse banyak membantu aku. Tapi masih tak berjaya.
7:00 pagi, nurse tukar syif. Aku masih berusaha, tapi tak cukup kuat. tekakku saja yang terasa kering. Aku terus disuntik pelalian.
7:30 pagi, aku terus meneran dalam keletihan. Bayangkan dah lebih 24 jam aku tak tidur.Kata
nurse kepalanya dah nampak. Aku berhenti. Nurse terus beriku semangat dan mengingatkan anak aku mungkin lemaskalau aku tak cepat. Aku menangis ketakutan.
7:46 pagi, akhirnya dengan pertolongan Allah swt, anak pertamaku berjaya dilahirkan normal. Aku berasa amat letih sekali. Nurse berikan aku air.
9:00 pagi, aku dan babyku dibawa keluar dari bilik bersalin ke wad 5 katil no 21. Kulihat ayahanda tersenyum lebar penuh kesabaran menungguku. Setelah selesai qamatkan
anak kami, aku menyusukan buat pertama kalinya anak kami.
3:30 petang, aku minta balik bila doktor datang menjalankan pemeriksaan.
6:00 petang, Aku mendukung anakku menaiki teksi bersama ayahanda pulang ke rumah kami.

Keesokan harinya emak datang dari kampung dan membawa kami balik ke kampung menaiki keretapi.

Sunday, January 30, 2011

MANTAN GURU !

Meninggalkan alam guru adalah satu keputusan yang amat berat kurasakan. Namun pengalaman pahit manis sepanjang lebih 25 tahun sebagai cikgu amat bermakna dalam hidupku.
Bermula sebagai guru kelas Tahun 4 di SK Sg Bakap.Di situ aku melaporkan diri pada tarikh hari lahirku. Terkejut juga bila salah seorang guru yang turut posting bersamaku mempunyai nama dan binti yang sama denganku. Maka kami di gelar A dan B di hujung nama kami agar tidak bertukar. Kerani pun kena berhati-hati dalam hal surat-menyurat terutama lantikan dan temuduga. Selalu juga tersalah terima surat dan arahan.
Apa yang masih aku ingat ialah saat aku ditugaskan melatih lebih kurang 200 orang murid gimrama untuk perasmian sukan daerah. Pagi petang aku habiskan masaku di sekolah bersama 4 orang rakanku. Kami berjaya naikkan nama sekolah dalam pelbagai aktiviti lain yang akhirnya menyebabkan guru besar dinaikkan pangkat. Beliau amat berbangga dengan usaha kami.
Masa tu aku dan rakanku hanya menaiki basikalke sekolah dari rumah sewa kami yang lebih kurang 2 km jauhnya. Masa awal ada juga aku tumpang tuan rumah sewa kami, tapi bila isterinya selalu datang menyerang dan cemburu buta yang tinggi, kamipun dah tak sanggup lagi menumpang. Nak beli kereta macam cikgu2 baru sekarang, mana mampu, gaji cuma dalam RM345 sahaja, tolak itu ini...dah habis.



Saturday, January 29, 2011

ANAK ISTIMEWA 1

Pagi ni aku nak berkongsi mengenai jerih payah membesarkan anak istimewa...Fikri.
Fikri dilahirkan pada 9 November 1992 secara pembedahan setelah aku dimaklumkan bahawa air ketuban sudah kering dan jantung bayi dalam kandungan semakin lemah. Aku sendiripun tak sedar sejak bila air itu keluar. Setelah segala persiapan dibuat, aku melahirkan Fikri seberat 2.1 kg. Sedih aku lihat Fikri kerana dimasukkan ke dalam inkubator. Tangannya hanya sebesar ibu jariku saja. Kulitnya bersisik. Ya ALLAH , aku redha dengan pemberianmu. Ayahanda memanglah seronok sangat sebab dapat anak lelaki yang memang diidamkannya setelah ada along dan angah. Katanya buat teman untuk solat Jumaat.

8 hari Fikri berada di bawah pengawasan doktor. Aku berulang-alik dari wad utk menyusukan dia. Tapi sebanyak manalah yang boleh aku buat memandangkan dia tak pandai nak menyusu dan terlalu lemah. Berbagai pemeriksaan dibuat. Doktor memberitahu bahawa Fikri mengalami masalah pendengaran, penglihatan, masalah otak dan jantung.Fikri kemudian dibawa ke IJN untuk pemeriksaan lanjut. Doktor mengesahkan pula Fikri ada jantung berlubang sebesar syiling 5 sen. Betapa sayu dan sebak dada kami ketika menerima berita ini. Mungkin ada hikmah di sebalik dugaaan ini. Tempoh setahun diberikan untuk datang semula membuat pembedahan.
duniabondaayahanda.blogspot.com

duniabondaayahanda.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!