Monday, June 20, 2011

SEMPENA HARI BAPA

 Dititipkan di sini beberapa sajak sempena Hari Bapa

SELAMAT HARI BAPA

tiap saat aku menghitung kerinduan terhadapmu…
hinggalah sekarang baru aku tersedar
ia sudah melimpah ruah….

CUCUR CEKODOK - PULAU PINANG

Penyanyi : Kumpulan Pak Man Telo dan M. Shariff


Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Bukan senang buat cok kodok
Memang dia montok-montok
Ambik tepong uli-uli
Dah siap buleh polok

(Chorus)
pesan gula pat tahil 
pesan tepong pat talam
pesan gula pat tahil
buat cucok badak
pesan gula pat tahil
pesan tepong pat talam
buat cucokbadak

Yang ni pula kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
Yang ni kueh koci
bukan bulat tapi tiga segi
kalau makan jangan berebut
takut lekat celah gigi
(Ulang Chorus)

Karipap lempeang bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Karipap lempenag bakaq
Jamu untuk oghang yang lapaq
Cucok badak cucok udang 
boleh makan pagi dan petang
(Ulang Chorus)













Tuesday, June 14, 2011

ANAK TUPAI - KELANTAN

Penyanyi : Halim Yazid
(KLIK UNTUK DENGAR LAGU) 

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dale hutan sejenis mamalia

kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
jatuh jare jare kerana dia tak sobar

pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

ore jame ritu pakat hambat tupai
bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

sakat bedil ado tupai habih mati
hok ni lah saya raso kita sangat rugi

kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi

loni kapung atau bandar jare buleh tgk
bapok tupai ibu tupai jale bawak anok

rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
mari dale baruh bekali kena racun tebaka

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

ULEK MAYANG - TERENGGANU

(KLIK UNTUK DENGAR LAGU)
Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

PERMOHONAN KE SEKOLAH SENI MALAYSIA

Kepada sesiapa yang berminat.

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan masuk ke Tingkatan 1 (Satu) Sekolah Seni Malaysia sesi 2012  adalah melalui sistem online eSSeM yang telah bermula pada 9 Mei 2011 hingga 27 Jun 2011. 
Permohonan terbuka bagi murid-murid Tahun 6 Sesi 2011 sahaja.
 

Syarat Kemasukan
1. Warganegara Malaysia
2. Berbakat dan berpotensi dalam mana-mana bidang kesenian berikut:
(seni visual/seni tari/seni muzik/seni teater)
3. Lulus Uji Bakat
4. Memperoleh keputusan dengan minimum 3B atau setara dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2011
Maklumat Am
1. Permohonan hendaklah dihantar selewat-lewatnya 27 Jun 2011
2. Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil ke sesi uji bakat

Sila layari Laman Web KPM, http://apps.moe.gov.my/essem/permohonan/ untuk mengisi borang tersebut. 

Sunday, June 12, 2011

MATEMATIK DAN ISLAM

Petikan dari laman web Berita Harian

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20061226233400/Article/


Islam pelopor matematik
Oleh Zef Othman

KAJIAN dalam bidang matematik yang sebelum ini dianggap dikuasai kalangan pengkaji pendidik Barat pada dasarnya mula dipelopori ilmuwan Islam menerusi tokoh ternama dunia seperti Al-Khwarizmi, Omar Khayyam dan Al-Khashi.

Penyelidikan yang dilakukan berdasarkan simpanan manuskrip mendapati ahli matematik dalam kalangan umat Islam mula melaksanakan kerja kira-kira secara intensif empat ribu tahun lebih awal berbanding yang diperkenalkan oleh pengkaji Barat.

SISTEM CANGGIH: Model glob cakerawala dibina di Balai Cerap Maragha
pada 1279 sebelum Masihi dan disimpan di Dresden sejak 1562.

Resepi Warisan Bonda: ASAM PEDAS BONDA

Resepi Warisan Bonda: ASAM PEDAS BONDA: "6 ekor ikan kembung- siang dan bersihkan 8 biji cili kering 1 1/2 inci belacan bakar 4 ulas bawang merah 1/2 sudu makan garam kasar 6 k..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!