Friday, February 10, 2012

65 AYAT YANG BOLEH MENCAIRKAN LELAKI

credit to : selangor2u.com

1. All I care about is being with you forever.
2. All the gold and diamond in the world are not enough to buy the love I have for you.
3. God created you just for me.
4. I am addicted to your love.
5. I am crazy about you.
6. I cannot live without you.
7. I cannot stop thinking about you.
8. I did not mean to hurt your feelings.
9. I do not want to wake up from this wonderful dream with you.
10. I feel safe when I am with you.
11. I really miss you every single day.
12. I have finally discovered true love – you.
13. I love talking to you.
14. I love the way you make love to me.
15. I miss your hugs and kisses when we are apart.
16. I thank God for the day he brought you into my life.
17. I want to spend forever with you.
18. I will give anything to be with you.
19. I will give you my heart, and my soul.
20. I will go with you to the ends of the world as long as you keep loving me.
21. I will rather be broke than trade your love for a million dollars.
22. I will travel a thousand miles to be with you.
23. I wish God had brought you to me sooner.
24. If anything happens to you, I will go crazy.
25. If I had to live life over again, I would live it with you.
26. If loving you is a sin, then let me be guilty.
27. If our love is blind, then I never want it to see the light of day.
28. Life without you will be like going to sleep and never having sweet dreams.
29. Loving you feels like heaven.
30. Loving you has made life even sweeter.
31. Loving you has made my life so full of joy and happiness.
32. My heart cries when we are apart.
33. You are my love, my heart, and my life.

34. Your gentle touch sends chills up and down my spine.
35. No man has loved me the way you love me.
36. Nothing will ever stop me from loving you.
37. Ooh sweetie, you are so good to me.
38. Your warm hugs and your tender kisses are more precious than gold.
39.
Your smile is so comforting it makes my tears go away.
40. The times we spend together are like precious gems that money cannot buy.
41. Time stops when you hold me in your arms.
42. When I am with you, my troubles seem to melt away.
43. When I look at you I see a man that I find irresistible.
44. Words are not enough to express how much I love you.
45. You are my prince.
46. You are my soul mate.
47. You are the most important person in my life.
48. You are the music that makes my heart sing.
49. You are the only man I ever want in my life.
50. You are the other half that makes me feel whole.
51. You are the perfect man for me.
52. You are the sweetest man I know.
53. You bring nothing but love, peace, joy, and happiness to my soul.
54. You bring so much joy and happiness to my life.
55. You love me gently.
56. You make me feel like a woman.
57.
Your love warms my heart like the glow of a candle light in a midsummer night’s dream.
58. You make me want you more each day.
59. You treat me like a princess and I love you with all my heart.
60. Your are the kindest man I know.
61. Your caring words touch the deepest part of me.
62. Your hugs and kisses melt my heart like chocolate ice cream on a warm summer day.
63. Your kisses are like warm chocolate on a cold winter night.
64.
Your love is so good I can’t get away even if I wanted to.
65. Your love is like a solid rock that will never break.

Boleh cuba-cuba guna ok untuk wanita. Mungkin boleh juga untuk digunakan oleh lelaki kepada teman wanita anda/ isteri.

Thursday, February 9, 2012

PETUA MELAYAN ISTERI

Ini kena dengan time gini...time masing2 dah ngantuk nak tidur...


1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di 

pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….


2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun

boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.


3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. 

Kemudian belailah rambutnya.


4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh 

dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.


5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan

madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan 
ungkit masa bergaduh pula…


6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk 

anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.


7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah s.a.w. dan bagaimana mereka 

menghadapi cabaran.


8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu 

anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan
hubungan intim. 


Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan

menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang
yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.


kredit: rakangroup

Wednesday, February 8, 2012

FAWWAZ MASUK HOSPITAL....






Hari Ahad sempena sambutan Maulidur Rasul aku dan keluarga bercadang untuk ke rumah adikku di Bagan Lalang, Sepang. Jam 5 petang baru baru bertolak ke sana. Perjalanan yang memakan masa hampir sejam memberi peluang pada kami untuk bergurau dalam kereta...Macam2 cerita kami bualkan.

Sampai aje kat rumah adik (Mak Su)...masing2 terasa lapar. Aku terus ke dapur sementara ayahanda dan anak2ku membawa beg2 pakaian ke dalam bilik...Mak Su kurang sihat rupanya...jadi tak ada juadah minum petang....Apalagi macam lipas kudunglah aku siapkan minum petang merangkap makan malam...Along nak makan lempeng kelapa...Angah pula nak nasi goreng....Anak2 Mak Su yang seramai 6 orang tupun lapar...kesian...

Aku siapkan nasi goreng sementara menunggu Along ke kedai membeli kelapa..Semua makan dengan lahapnya...maklumlah lapar...

Jam 7:30 malam...aku dimaklumkan Fawwaz sudah tidur...pelik jugak sebab biasanya kalau sampai rumah Mak Su, dia akan bermain dengan sepupu2nya...Andaian aku mungkin dia penat kot..Mak Su nak masak lauk  untuk makan malam tapi semuanya dah kenyang...tangguhkanlah dulu...

Jam 8:30 malam...Fawwaz mengadu sakit perut...Masih tak cukup makankah anak aku ni? Macam biasalah aku sajalah yang kena usap perutnya....Orang lain dia tak nak...Ayahanda pula siap hancurkan paracetamol sebab Fawwaz memang tak boleh telan pil...Sakitnya tak juga reda...Pujuk punya pujuk akhirnya dia setuju untuk di bawa ke klinik...

Mulanya aku tak nak ikut...biar Along dengan ayahanda saja yang bawa Fawwaz ke klinik...Tapi faham ajelah anak bongsu...akhirnya aku terpaksa pergi menemaninya juga...

Jam 9:30 kami sampai ke sebuah klinik setelah dua klinik yang kami pergi sebelumnya tutup. Itupun kami adalah pelanggannya yang terakhir sebab pintu kliniknya ditutup selepas kami sempat masuk. Fawwaz tak tahan sakit lalu berbaring di ribaanku...Jam 10 malam nama Fawwaz dipanggil..Setelah diperiksa perutnya...Doktor minta urine Fawwaz diuji...Selepas mendapat keputusan urine...darah Fawwaz pula diambil untuk pemeriksaan...Selepas mendapat keputusan ujian darah...Doktor sarankan agar aku segera bawa Fawwaz ke hospital kerana dia suspek appendiks.

Selepas menjelaskan bil...kami bergegas balik ke rumah Mak Su. Ayahanda menelefon angah berkemas kerana kami terpaksa balik ke KL malam tu jugak...Sampai rumah Mak Su ...kami masukkan semula beg2 pakaian ke dalam kereta...Jam 11 malam Ayahanda terus bawa kereta menuju Hospital Putrajaya...Dalam perjalanan ...kami putuskan  agar terus ke Hospital Serdang saja yang lebih dekat dengan rumah...

Jam 12:12 kami sampai di Unit Kecemasan Hospital Serdang, ...Setelah pemeriksaan pertama dijalankan ...Fawwaz mendapat nombor 3001...Dia sandarkan kepalanya ke bahuku...pucat mukanya...Masa berlalu sehingga jam 3 pagi...kami masih menunggu...Nasib baiklah ada game pada handset yang boleh melekakannya...Soal mengantuk Allah saja yang tahu...  

Akhirnya pada jam 4 pagi...barulah nombor Fawwaz dipanggil...Angah masuk ke dalam bilik bersama Fawwaz...aku dan Ayahanda hanya tunggu di luar sahaja...biarlah angah belajar menguruskan adiknya...

Doktor meminta urine dan darah  Fawwaz diuji sekali lagi. Selepas itu Fawwaz di arah ke bilik x-ray. Waktu  ini doktor meminta kami menunggu satu jam lagi untuk mendapatkan keputusannya...Mata Fikri pun dah merah sebab mengantuk...Ayahanda pun agak proses ini akan makan masa yang lebih lama lagi...jadi dia mengambil keputusan untuk menghantar along, angah dan Fikri ke rumah untuk berehat walaupun mereka pada mulanya tak nak balik sebab risaukan Fawwaz..


Jam 5 pagi...nama Fawwaz dipanggil sekali lagi...kali ini aku masuk bersama Fawwaz...Doktor memberitahu Fawwaz mungkin perlu dibedah akibat apendiks...dalam darahnya ada kuman dan paras kuman tidak turun dalam kedua2 ujian yang dibuat...

Fawwaz dimasukkan ke dalam wad pemerhatian....Jururawat masukkan air( drip ) dan Fawwaz disuruh berpuasa dan rehat....Sejuknya bukan main lagi berada dalam wad tersebut...Alhamdulillah apabila jam menunjukkan pada  angka 6 ....Ayahanda datang membawakan untuk aku dan Fawwaz baju sejuk dan novel...Kemudian Ayahanda berehat di kereta kerana hanya seorang sahaja dibenarkan menunggu pesakit....

Setiap 1/2 jam tidur Fawwaz diganggu kerana jururawat akan datang mengambil tekanan darah...Untuk mengelakkan bosan...aku meneruskan membaca novel sambil memerhati keadaan Fawwaz...

Jam 7:20 pagi...Doktor surgery datang dan memeriksa Fawwaz..Bila aku ajukan beberapa soalan...nampaknya doktor muda ini tidak dapat menjawab dan memberi kepastian tentang keadaan Fawwaz...ini menambahkan risau di hati aku namun tidak aku pamirkan pada Fawwaz...

Jam 8:45 pagi...Doktor pakar surgery datang dan memeriksa Fawwaz...Setelah beberapa pemeriksaan dibuat...Doktor membatalkan hasrat untuk melakukan pembedahan sebab beliau tidak dapat memastikan punca sebenar kuman dalam darah Fawwaz tetapi yakin bahawa bukan appendiks...Dia menyuarakan rasa risau tetapi membenarkan Fawwaz balik dengan syarat agar sentiasa diawasi dalam tempoh 48 jam berikutnya....

Jam 9 pagi...kami dibenarkan pulang...Semasa aku berkemas...tiba2 ayahanda muncul...macam tahu2 aje kami nak balik...rupa2nya ayahanda takut kami lapar sebab langsung aku tak call pun dia sejak dari tadi...
Setelah selesai segala urusan ...kami pun bergerak balik...sebelum sampai rumah...kami bersarapan dulu memandangkan kami dan Fawwaz lapar....sampai di rumah ..semuanya masih lena....Aku berasa lega akhirnya dapat jua mandi ,berbaring dan melelapkan mata setelah tidak tidur sepanjang malam.....



Sunday, February 5, 2012

ADAKAH ANDA SKEMA?


Apa yang dimaksudkan dengan skema? Anda mungkin pernah mendengar ayat sebegini…
“skemanya ngko”
“dia tu budak skema”
“ngko ni skema tul la”
“janganlah skema sangat”
Dari kajian yang saya buat sikap ‘skema’ ni disamakan dengan sifat jujur, lurus, dalam sesetengah situasi, dipanggil lurus bendul iaitu jujur yang terlalu lurus. Skema juga dipanggil sebagai ‘lambat pickup’ dalam sitasi lain, tapi keseluruhannya skema adalah sikap lurus, yakni jujur.
Secara positifnya sikap skema atau lurus ni adalah bukti kejujuran seseorang. Orang jujur sekarang memang senang kena tipu simply sebab sikap jujurnya.
Orang yang bersikap skema ni biasa mengikut saja tanpa banyak soal. Tak pernah terfikir untuk membantah, tak pernah terfikir untuk lari (escape) dari undang-undang, tak pernah terfikir untuk melakukan sesuatu yang bersifat nakal atau dalam bahasa Sabah dipanggil ‘jajal’.
Dalam era moden hari ini memang susah kita nak jumpa orang yang 100% jujur, humble tidak riak (Anda pasti setuju dengan saya).
Ingat tak lagi watak Fahri dalam novel Ayat-ayat cinta?
Dia sangat jujur, baik hati, setia dan sangat penyayang. Anda rasa ada lagi tak lelaki jujur macam Fahri sekarang ni? Mungkin Anda akan kata, lelaki camtu dah pupus! Sebenarnya ada, tapi cuma sedikit.

Jika ada orang kata yang Anda skema, atau ada orang kata yang Anda ni terlalu lurus, terima saja itu sebagai teguran membina, bukan kritikan membunuh.
Jangan cuba ubah diri Anda supaya nampak tak skema semata-mata untuk mahu menarik perhatian orang yang menegur Anda tu sebab Anda tak akan merasa selesa dengan perubahan yang Anda buat. Anda akan berperang dengan perasaan sendiri sama ada mahu megikut kemahuan orang lain atau  berubah mengikut selera sendiri.
Jadilah diri sendiri dan jangan cuba jadi orang lain yang Anda nampak ‘perfect’ sebab semakin Anda cuba untuk jadi perfect, semakin banyak kekurangan diri Anda akan terserlah.
Penampilan atau ‘impression’ diri Anda akan kelihatan lucu (sebab serba tak kena) kerana perubahan yang Anda cuba buat pada diri Anda nampak tak ngam. orang lain akan mentertawakan Anda. Anda akan merasa tertekan, marah dengan diri sendiri, emosi Anda jadi ‘down’.
Motivasi Anda hilang serta merta. Walaupun orang kata Anda skema, biarlah Anda skema janji Anda selesa dengan sikap skema tu. Nak berubah menjadi orang yang bukan skema boleh, tapi biarlah berubah secara bertahap, satu demi satu supaya nampak ngam dan anda selesa dengan perubahan yang Anda buat. Hasilnya pun mantap.

Bercakap tentang perubahan, saya mahu tonjolkan satu contoh. Cuba ingat watak Angeli (lakonan Kajol) dalam filem Kuch-kuch Hota Hai yang famous pada tahun 1997. Angeli yang tomboy cuba berubah menjadi seperti Tina yang feminin – perfect, cantik, menawan.
Angeli meniru pakaian Tina dan gaya Tina berjalan sebab dia mahu kelihatan perfect, cantik dan menawan seperti Tina untuk menarik perhatian Rahul. Akhirnya, Angeli diketawakan oleh Rahul sebab perubahan yang dibuat oleh Angeli amat drastik, nampak tak ngam, kelihatan lucu.
Apabila Anda tahu yang Anda dipanggil ‘budak skema’ atau orang sekeliling Anda nampak Anda ni skema, sebenarnya Anda memiliki ciri-ciri intelek seorang ‘geek’. Geek adalah nama jolokan pada orang-orang intelektual yang pintar, jujur dan humble.
Geek tidak pandai bernakal dan tidak pandai untuk mencetuskan kenakalan atau perangai-perangai ‘setan’, mereka ini selesa dengan sikap pendiam dan sikap lurus.
Jadi jangan kecil hati apabila Anda dipanggil skema sebab mungkin orang yang memanggil Anda dengan panggilan skema tu kurang bersetuju dengan tindakan Anda, atau mungkin pada tanggapannya Anda ni terlalu lurus, terlalu ikut peraturan, nampak rigid serta kekampungan.
Jangan rasa terpukul atau jadi bad mood sebab dia panggil Anda skema, anggap saja panggilan itu sebagai petanda orang yang menegur Anda itu bukan orang yang baik untuk Anda kerana dia hanya tahu mengkritik, nampak benar dia hanya mahu mentertawakan Anda.
Orang yang baik sebagai kawan atau best friend Anda adalah orang yang memahami, membina jatidiri dan meyokong, dia jua mengkritik tapi bertujuan untuk mengubah diri Anda jadi semakin baik. Dia jarang mengkritik tapi lebih banyak menegur tanpa memarahi.
Kawan yang tak baik adalah kawan yang hanya tahu mentertawakan Anda, hanya tahu mengkritik Anda (seolah-olah cuma dia saja yang betul), tidak mahu menerima pendapat kemudian bersikap riak.
Orang yang menegur Anda dan mengatakan Anda skema sebenarnya kurang selesa dengan peraturan, kurang selesa dengan arahan, cuma tahu menyakitkan hati serta jenis yang tidak mahu ambil tahu kesan buruk perbuatan yang dilakukan olehnya terhadap perhubungannya orang sekeliling (cause and effect).

Akhir kata, jika Anda dipanggil skema, ingatlah bahawa itu petanda jelas yang Anda sebenarnya orang bersikap jujur, lurus, boleh dipercayai. Tak ada yang salah jika bersikap skema. Sikap skema sebenarnya dijana oleh pemikiran positif, dibentuk oleh hati yang bersih.
Dah saya katakan sebelum ini, orang bersikap skema ni tak pandai bernakal dan tak nampak ciri-ciri sikap ‘setan’ (kenakalan). Bertuah sesiapa yang mendapat pasangan hidup yang sikapnya nampak skema sebab orang sebegini lurus, fikirannya telus, ada matlamat hidup.
Aura orang skema ni bersih tanpa dicemari idea-idea kotor yang dipengaruhi nafsu ketamakan, sikap riak, memandang rendah dan membangga-bangga diri. Kebanyakan orang berjaya seperti Steve Jobs, Sergey Brin, Larry Page, Bill Gates, Peter Rojas adalah orang skema sebenarnya.
Kebanyakan orang yang menjaga sembahyang dan selalu bersangka baik, dia juga orang bersikap skema. Maka nampak sangatlah jika Anda  mentertawakan seseorang sebab bersikap skema, maka sebenarnya Anda sedang mentertawakan diri Anda sendiri sebab tidak bersikap positif seperti orang yang Anda tertawakan tu.
Tabahkan hati, fokuskan fikiran pada kejayaan yang Anda mahu capai dalam hidup, bukan menyesakkan fikiran dengan kritikan-kritikan yang merimaskan.



Saturday, February 4, 2012

Resepi Warisan Bonda: PERCIK AYAM

Resepi Warisan Bonda: PERCIK AYAM: 1 ekor ayam sederhana besar - potong 4 1 1/2 biji kelapa 1 biji limau nipis gula, garam Bahan untuk dikisar halus: 4 labu bawang bes...

Resepi Warisan Bonda: PUDING SAGU

Resepi Warisan Bonda: PUDING SAGU: 4 oz sagu biji 1/2 biji kelapa 2 helai daun pandan 1/2 keping gula melaka 3 oz gula sepengapit garam Basuh dan rendam sagu biji selam...

Friday, February 3, 2012

MENITI RUANG WAKTU

Setelah beberapa lama aku tidak singgah di sini, hari ini aku mengambil peluang untuk menulis sesuatu. Memang kadang-kadang waktu macam tak cukup untuk menyelesaikan semua tugasan. Hampir ada ketikanya waktu makan pun acapkali  terbabas. Dalam keadaan sekarang semuanya urgent. Namun aku gagahi juga menyiapkan satu persatu walaupun dalam keletihan dan tertekan.
Hari ini saja jadual aku begitu padat. Pagi2 lagi menguruskan murid datang lewat. Waktu mengajar pulak banyak memberi penerangan kerana kesian tengok anak-anak didikku yang comel tu tak faham BM. Jadi kamus bergeraklah sepanjang masa nampaknya. Namun aku terhibur juga dengan keletah dia orang. Hari2 ada yang akan menegurku dari aspek pakaian dan penampilanku.
Selepas rehat, aku ada kelas Moral pulak. Message dan panggilan dari GPK HEM membuat aku tersentak. Ada kes berat ni. Sehabis kelas, aku bergegas ke pejabat. Aku terkejut bila ada yang telah dituduh tanpa melakukan siasatan terlebih dahulu. Tak profesional sungguh. Kesian pada suspek utama, tidak diberi peluang membela diri. Seorang pengawas dipersalahkan atas kehilangan handset guru ganti (anak GPK).
Dengan tenang aku menyoal murid berkenaan dan saksi2. Aku cuma tidak berpeluang menyoal guru berkenaan saja kerana tidak dibenarkan. Pelik perangai manusia ni. Setelah spot check dijalankan, kami tidak menemui apa yang dicari. Tapi aku rasa aku, HEM dan team pengawas aku telah laksanakan tugas dengan sebaiknya. Kami ingin berlaku adil untuk kedua2 pihak.
Selesai siasatan kes, aku menghadiri mesyuarat sampai pukul 1:00 petang. Lepas tu ke library menyambung kerja2 aku yang bila masa nak siap entahlah. Lepas solat zohor aku akan terus  ke Pulapol untuk kelas aerobik hingga jam 5:00 petang.
Lepas tu berkemungkinan besar terpaksa ke Terminal Bas Selatan untuk menunggu Fawwaz pulak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!