Monday, November 5, 2012

7 PETUA RUMAH TANGGA KEKAL HARMONI

Buat pengantin baru..........................

1. Jangan Berhenti Dating
Perkara yang haram sebelum nikah kini menjadi halal. Mengapa harus dihentikan? Tetaplah jaga keharmonian dengan bercinta selamanya. Perkara ini akan menjadi acara saling mengenal lebih dalam, satu sama lain yang penuh dengan kemesraannya.

2. Jangan Perbesarkan Masalah Kecil
Di awal perkahwinan adalah sesi suai kenal antara pengantin. Menjadi lumrah untuk pengantin baru mengenali sikap pasangan masing-masing. Walaupun sudah bercinta bertahun-tahun, namun perkenalan sebenar bermula selepas perkahwinan. Untuk itu, jangan terlalu emosi ketika menangani masalah-masalah kecil. Kuncinya adalah saling memahami, saling maaf memaafan & saling tolak ansur.

3. Wujudkan Komunikasi Dua Hala
Kebanyakan konflik yang terjadi berpunca dari salah faham. Untuk itu, komunikasi amat penting bagi kedua-dua pihak. Komunikasi bukan sahaja boleh mengatasi konflik tapi juga boleh membuatkan anda mengenali pasangan anda dengan lebih mendalam.

4. Menerima Kegagalan
Di awal usia perkahwinan yang masih rapuh, kegagalan biasa terjadi. Namun jangan berputus asa. Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan yang tertunda. Berikan semangat pada pasangan untuk terus berusaha mendapatkan rumah tangga yang harmoni dan sempurna.

5. Tingkatkan Kualiti dan Kuantiti Kemesraan.
Keakraban tak diragukan lagi dapat menjadi pintu penyelesaian konflik suami isteri. Tak ada salahnya untuk meningkatkan kuantiti, juga kualiti hubungan kemesraan anda dengan pasangan.

6. Meningkatkan Sikap Dan Sifat Yang Baik
Dalam tempoh penyesuaian, biasanya pasangan akan membuat kritikan mengenai kekurangan anda. Jangan cepat melenting, sebaiknya jadikan kritikan tersebut sebagai pemangkin untuk anda mengubah diri agar menjadi lebih baik.

7. Jangan mudah Untuk Mengucapkan Cerai
Dalam situasi seburuk mana pun, jangan sesekali mengucapkan kata 'cerai' kecuali anda benar-benar menginginkannya. Perkahwinan bukan sekadar ikatan rasmi di mata masyarakat, tetapi juga di sisi Allah. Oleh kerana itu, jangan ambil sikap sambil lewa dengan ikatan yang telah terbina. Mudah berkata 'cerai' akan mengurangkan nilai perkahwinan anda di mata orang lain.

Petua: akuanakpahang


Monday, October 15, 2012

SOAL JAWAB BERSAMA AL-QURAN


1) KITA BERTANYA    : Kenapa aku diuji?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji?  
                      Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut: 2-3)

2) KITA BERTANYA    : Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah al-Baqarah: 216)

3) KITA BERTANYA    : Kenapa ujian seberat ini?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Surah al-Baqarah: 286)

4) KITA BERTANYA    : Kenapa kita rasa kecewa?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya,   jika kamu orang-orang yang beriman."(Surah Ali Imran: 139)

5) KITA BERTANYA    : Bagaimana harus aku menghadapinya?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu  amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk." (Surah al-Baqarah: 45)

6) KITA BERTANYA    : Kepada siapakah harus aku berharap?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal." (Surah at-Taubah: 129)

7) KITA BERTANYA    : Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk   mereka." (Surah at-Taubah: 111)

8) KITA BERKATA     : Aku sedih!
   Al-QURAN MENJAWAB: "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)." (Surah Ali Imran: 140)

9) KITA BERKATA     : Aku tak tahan!
   Al-QURAN MENJAWAB: "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan  kaum yang kafir." Surah Yusuf: 87)

10)KITA BERKATA     : Sampai bilakah aku akan merana begini?
   Al-QURAN MENJAWAB: "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
                      (Surah al-Insyirah: 5-6)


Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

Saturday, October 13, 2012

BERIKAN KU SINAR HARAPAN

Lagu ini amat mengasyikkan dan bila mendengar suara Julie Remie yang begitu unik menyebabkan aku seperti dibuai. Merdunya....suatu hari kalau ada peluang ingin aku nyanyikan lagu ini....

Hati ku kini diusik rasa
Semenjak kita bertemu mesra
Bibirmu mengukir
Senyuman yang menawan

Janganlah kau jauhkan dirimu
Hidup ku terasa sunyi sepi
Secebis kasihmu
Yang kini ku nantikan

Andai takdir kita
Kau berpisah kiranya
Tiada ku relakan
Diriku kan jadi merana

Berikanlah ku sinar harapan
Ukirkanlah sekuntum senyuman
Semoga lenyaplah
Resah di dalam dada



SEBUAH KEPERCAYAAN

Sebuah kepercayaan adalah suatu penghargaan tertinggi yang diperolehi seseorang. Sebab itu, agak sukar jika sebuah kepercayaan telah dinodai....... Lalu bagaimana harus dilakukan agar kepercayaan tetap terpelihara dengan baik?

Ada banyak peluang bagi seseorang untuk berbuat baik ataupun berbuat tidak baik. Semua kesempatan itu ada di tangan kita dan kitalah yang akan memutuskan tindakan mana yang akan kita pilih.

Sebelum melakukan sesuatu tindakan... tentu kita akan dihadapkan pada pertimbangan atas kesan dari apa yang ingin kita lakukan.... Apakah kesan itu positif ataupun negatif..... Semua itu menjadi acuan kita sebelum melakukan apa-apa tindakan.

Saat kita sudah memutuskan pilihan tindakan, maka kita tinggal melaksanakannya sahaja. Selepas itu, segala risiko yang ada akan menjadi tanggung jawab peribadi kita.

  Ini adalah kerana sebuah pilihan memiliki kesan dan akibat yang harus kita tanggung. Tidak ada alasan untuk menyatakan bahwa kita melakukan sesuatu itu kerana  pengaruh seseorang yang lain. Sebab kita adalah manusia dewasa yang mampu berfikir dan membuat keputusan sendiri.

Kita juga tidak boleh menyalahkan keadaan, kerana kita memiliki kuasa untuk mengarahkan langkah kita, serumit apapun situasi yang ada. Ertinya, tidak ada sesuatupun yang dapat memaksa kita untuk melakukan apa yang tidak kita sukai.......kecuali suatu hal yang di luar kekuasaan kita.

Saturday, October 6, 2012

AKU PUAS....

Hari ini aku puas dapat cuci dan mengemas rumah...Hmmm..dah lama rumah tak dibersihkan,...bukan malas tapi aku tak berkesempatan....seronok gak keluarkan peluh....Fikri pun aku kemaskan juga...baju2nya yg koyak aku asingkan...untung ada anak buahku Mimi datang menolong...bahagianya bila lihat rumah berkelat-kilat...Ayahanda apa lagi...sibuk membasuh dan mengampai lebih dari 3 kali basuhan....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!