Thursday, April 7, 2011

TEKNIK BELAJAR MATEMATIK

Berikut adalah beberapa perkara penting untuk diingat ketika belajar matematik .Belajar matematik adalah seperti belajar bahasa lain, jadi pada awalnya akan terasa agak susah tetapi lama-kelamaan akan semakin mudah. Banyak konsep dalam matematik ini saling berkaitan, jadi dengan hanya mengetahui satu konsep dapat membantu anda memahami banyak yang lain. Kecewa  dan gagal tidak menjadi masalah, itu adalah sebahagian proses belajar, jadi jangan terus menyerah kalah.


1.Wujudkan  masa belajar. 
Pastikan anda mempunyai sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk  untuk belajar matematik.


2.Mantap dengan kosa kata atau istilah 
Simpanlah kamus matematik di sisi anda saat anda belajar. Banyak bidang matematik memerlukan anda mengetahui sejumlah kosa kata / istilah matematik dan kurang kecewa untuk dapat dengan cepat mencari makna.


3. Dapatkan sekurang-kurangnya dua buku rujukan.
 Dengan cara ini, anda akan mempunyai dua penjelasan yang berbeza dan salah satu dari penjelasan itu mungkin masuk akal atau lebih baik bagi anda daripada yang lain, atau kombinasi keduanya akan membantu anda untuk "mendapatkannya".


4.Tackle subjek bersama-sama dengan prasyarat mereka. 
Banyak konsep yang berkaitan antara satu sam lain dan dengan  mengetahui satu membantu anda memahami yang lain. Jika anda tidak memahami satu konsep, tinggalkan dulu untuk sementara waktu dan sambunglah mempelajari dan dalami konsep yang lain. Kemudian gabungkanlah dengan konsep baru.Biasanya, konsep baru ini akan membantu konsep lama untuk masuk dan bersatu dalam fikiran anda.


5.  Berlatih dengan banyak soalan dan masalah.
 Lakukan sebanyak mungkin soalan dan masalah matematik selagi tangan anda mampu  Latihan ini akan membantu anda mendapatkan perasaan yakin dan selesa  untuk topik-topik tertentu  dan kemungkinan juga akan banyak membantu matematik menjadi "alam kedua" kepada anda.
6. Selalu minta bantuan jika anda tidak tahu bagaimana melakukan sesuatu. 
Juga jangan pernah berhenti berusaha untuk mempelajari sesuatu kerana anda mengatakan ia terlalu susah maka teruslah bekerja dengan bantuan guru, ibu bapa atau rakan anda.
http//:duniabondaayahanda.blogspot.com

Tuesday, April 5, 2011

BIRTHDAY FAWWAZ YANG KE 15 TAHUN


LUKISAN FAWWAZ UNTUK PMR

 SEBAGAI PENGARAH MUZIK PENILAIAN SENI PMR

LAGAK SEORANG PEMAIN GAMELAN

Resepi Warisan Bonda: LENGKONG SANTAN

Resepi Warisan Bonda: LENGKONG SANTAN: "1/2 auns agar2 1 pt air 1/2 pt pati santan 4 oz gula pasir 1/2 keping gula melaka -cincang halus 2 helai daun pandan sedikit garam halus ..."

Wednesday, March 30, 2011

PETUA MENCANTIKKAN KULIT MUKA



1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit.

Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan
perlahan- lahan pada wajah dan leher.

Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat.
Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

Sumber : http://www.geocities.com/yus_7177my/petua_untuk_masalah_jerawat.htm

Monday, March 28, 2011

BAIK DIBALAS JAHAT?????



Anda buat baik pada seseorang, pastu dia pula buat jahat pada Anda. Perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat. Sedihnya. Apa nak buat pasni? Berikut adalah 3 perkara perlu Anda buat apabila perbuatan baik Anda dibalas dengan perbuatan jahat.
1. Serahkan soalan balasan perbuatannya pada Tuhan.
Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling Anda. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada Anda. Anda tak akan dapat elak orang nak buat jahat pada Anda. Tapi orang yang berbuat jahat pada Anda pasti tak akan dapat elak balasan Tuhan atas setiap perbuatan jahat mereka. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada Anda, itu urusan Tuhan. Serahkan pada Tuhan. Tugas Anda, teruskan bersangka baik, teruskan berperangai baik, teruskan berkata baik-baik. Sebagai orang Melayu beragama Islam, Anda makhluk bertuhan, jadi jangan lupakan Tuhan.
2. Doakan dia.
Orang buat jahat pada Anda, Anda kena doakan dia. Haa? Kenapa pulak? Mana boleh! (Biasanya inilah ayat yang Anda akan kata!) Doakan supaya dia berubah. Sebenarnya, jika Anda balas perbuatan jahat orang pada Anda dengan perbuatan jahat hingga berdendam, ketahuilah Anda sudah masuk ke dalam perangkap pemikiran negatif. Kesannya, fikiran Anda menjadi negatif serta-merta. Tindakan Anda jadi negatif, hidup Anda di kelilingi situasi-situasi negatif. Orang berfikiran negatif hidupnya tak pernah bahagia, tak pernah maju sebab dendam menghalang sesiapa saja dari menjadi orang berjaya. Anda akan kerap ditimpa musibah serta masalah bila menjadi orang pendendam, walau dendam tu cuma sebesar kaki semut. Anda akan kata kesemua masalah yang muncul dalam hidup Anda, Anda tak pernah minta. Sebenarnya Anda sendirilah yang menarik masalah tu datang ke dalam hidup Anda kerana Anda menyimpan dendam. Elak berdendam kerana dendam yang sedikit akan menarik lebih banyak dendam. Lebih banyak dendam tersimpan di hati, lebih sukar rasa Anda nak mencapai kecemerlangan dalam apa jua perkara.
3. Terus maju ke hadapan, usah menoleh ke belakang lagi.
Usaha memburu kecemerlangan tak pernah serik dari dugaan. Sebagai contoh, jika Anda nak jadi pekerja cemerlang, pasti akan ada orang sekeliling yang tak puas hati. Kenapa? Cemburu, simply sebab dia tak nak melihat Anda maju. Anda tak akan dapat elak orang yang cemburu pada Anda. Anda tak akan dapat tahan rasa cemburu orang pada Anda. Anda tak akan dapat halang mana-mana orang dari mencemburui Anda. Usah layan fikiran-fikiran camni kerana ia akan mengubah fokus minda Anda. Sebaik-baik kesibukan adalah kesibukan memajukan diri, bukan kesibukan memikir cakapan-cakapan orang tentang Anda. Jangan sibukkan fikiran dengan cakapan-cakapan orang kerana Anda akan hilang pedoman, hilang motivasi, hilang inspirasi. Anda akan mudah bersangka buruk sebab Anda asyik memikir apa yang orang cakap pasal diri Anda, Anda akan suka fikir yang bukan-bukan.
Untuk menangani hal sebegini, maafkan saja orang yang berbuat jahat pada Anda. Maafkan saja orang yang berdendam pada Anda. Lepas tu, lupakan kesalahannya. Lepas tu, LET GO hal tu, jangan pernah cuba nak ingat lagi walau sekadar terlintas sesaat di fikiran. Anda kena pastikan hati Anda bersih sentiasa supaya Anda jadi bermotivasi sentiasa. Jika teringat walau sedikit, ingatan yang sedikit tu akan meneutralkan kepositifan Anda.
Untuk menjadi insan berfikiran positif, Anda kena bebaskan hati, fikiran dan kata-kata dari aspek-aspek negatif. Ketahuilah aspek negatif ni jika ada walau cuma sedikit, ia akan merosakkan fikiran positif.
Untuk melupakan hal-hal negatif, ingat saja hal-hal positif sepanjang masa. Jangan lawan fikiran negatif, sebaliknya, penuhkan minda dengan aspek-aspek positif seperti kegembiraan, keseronokan,kebahagiaan,rasa kekitaan. Makin Anda lawan sesuatu, makin banyaklah Anda dapat apa yang Anda lawan tu. - imotivasi

Sunday, March 27, 2011

Resepi Warisan Bonda: GULAI ACEH

Resepi Warisan Bonda: GULAI ACEH: "1/2 kg ikan tenggiri/sebarang jenis ikan yang disukai 1 sudu makan ketumbar kasar 1 sudu teh lada hitam 1 sudu teh jintan putih 10 biji cili..."

Saturday, March 26, 2011

MEROKOK MENURUT PANDANGAN ISLAM



I. Pendapat yang mengharamkannya


Mereka berpendapat bahwa rokok hukumnya adalah Haram menurut Syarie, pendapat ini dinisbahkan kepada Syaikhul islam Ahmad As Sanhuri Al Bahuti Al Hanbali Al Mashri, Syaikhul Al Malikiyah Ibrahim Allagani, Abul Ghaits Al Qasyasy Al Malikiy, Najmuddin bin Badruddin bin Mufassir Al quran Assyafi’i, Ibrahim bin Jam’an dan muridnya Abu Bakr bin Ahdal Al Yamani, Abdul Malik Al ‘Ishami, Muhammad bin Alamah, Assayyid Umar Al Bashri, Muhammad Al Khawaja dan Assayyid Sa’ad Al Balkhi Al Madani.


Alasan dan dalil dalil mereka tentang pengharamannya berasaskan  tiga pokok permasalahan yang diakibatkan oleh rokok tersebut, iaitu :


1. Memabukkan


Yang dimaksudkan oleh mereka dengan memabukkan iaitu  memabukkan perokok dengan menyempitkan akal serta nafasnya, dan menurut mereka, tidak ada keraguan hal tersebut akan terjadi pada orang orang yang pertama mencubanya. Olehnya itu hukumnya adalah haram dan menurut mereka, seorang yang perokok tidak boleh dijadikan imam.


2. Melemahkan dan Narcolepsy


Kalaupun rokok itu tidak memabukkan, namun ia melemahkan si perokok dan menjadikan dia malas bekerja, juga Narcolepsy iaitu penyakit yang mempunyai tanda-tanda rasa mengantuk yang sangat kuat dan tak terkawal seperti  dibius. Sebagaimana hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Ummu Salmah bahwa Rasulullah SAW melarang semua yang memabukkan dan melemahkan.


3. Berbahaya dan kesan negatif


a. Kesan terhadap tubuh di mana rokok tersebut akan melemahkan dan mengubah warna wajah menjadi pucat serta menimbulkan pelbagai penyakit dan mungkin akan menimbulkan penyakit TB(batuk kering). Mereka berpendapat bahawa tidak ada perbezaan dalam pengharaman sesuatu yang mempunyai kesan negatif, baik kesan tersebut datang secara sekaligus mahupun bahaya tersebut datang secara perlahan dan beransur- ansur.


b. Kesan terhadap kewangan di mana seorang perokok akan membazirkan wang dan hartanya terhadap sesuatu yang tidak bermanfaat bagi tubuh dan diri dan tidak juga bermanfaat di dunia dan di akhirat, padahal Islam telah melarang membelanjakan harta kepada sesuatu yang tidak bermanfaat sebagaimana firman Allah SWT, ” Wala tubazzir tabzira, innal mubazzirina kaanu ikhwana Sayathin wakana syaithanu lirabbihu kafura” (Al Isra : 27), janganlah membelanjakan harta kepada sesuatu yang tidak bermanfaat kerana orang yang membazir adalah saudara kepada  syaitan sedangkan syaitan itu kufur kepada Tuhannya. Mereka juga berpendapat, jika seorang perokok itu mengakui bahawa dia tidak mendapat manfaat apa pun dari rokok pasti dia akan mengharamkannya atas dirinya, bukan dari segi pemakaian dan penggunaannya melainkan dari segi kewangan yang dihabiskannya dalam membelanjakan rokok tersebut.


II. Pendapat yang memakruhkannya


Pendapat ini mengatakan bahwa rokok menurut hukum syarie adalah makruh, dan pendapat ini dinisbahkan kepada Syaikh Abu Sahal Muhammad bin Al Wa’idz Al hanafi dan pengikutnya. Adapun alasan dan dalil mereka tentang pemakruhannya sebagai berikut :


1. Perokok itu tidak akan terlepas daripada bahaya yang ditimbulkan oleh rokok itu sendiri apalagi kalau berlebihan, sedikit saja pun sudah berbahaya apalagi kalau banyak.


2. Kekurangan dalam harta, ertinya, meskipun si perokok tidak membelanjakan dan tidak boros  namun hartanya telah berkurang dengan menggunakannya kepada hal- hal yang kurang bermanfaat. Alangkah baiknya jika wang yang dibelanjakan untuk rokok digunakan kepada hal- hal yang bermanfaat baik buat diri sendiri dan orang lain.


3. Baunya yang kurang enak boleh menggangu orang di sebelahnya, dan hukum memakan atau menghisapnya adalah makruh, sama hukumnya dengan memakan bawang merah dan bawang putih.


4. Rokok akan melekakan si perokok,  dengan menghisapnya dapat membuatnya lalai dalam beribadah mahupun mengurangi kesempurnaan ibadahnya.


5. Rokok akan membuat si perokok itu lemah bila tidak mendapatkannya dan fikirannya akan terganggu oleh bisikan- bisikan yang akan membuatnya salah dalam bertindak.




III. Pendapat yang tidak menetapkan hukumnya tapi menjelaskannya secara terperinci


Pendapat ini tidak menentukan dan menetapkan hukumnya merokok namun menjelaskannya secara terperinci, mereka mengatakan bahwa tembakau pada dasarnya adalah tumbuhan yang suci tidak memabukkan dan tidak membawa mudarat, hukum asalnya adalah mubah(boleh) dan hukum tersebut boleh berubah- ubah dalam hukum syarie sesuai dengan keadaan dan situasi. Jika seseorang merokok namun tidak mempunyai kesan negatif terhadap akal dan badannya maka hukumnya adalah Mubah (boleh). Jika rokok memberikan kesan  negatif dan membahayakan si perokok maka hukumnya adalah Haram, sama halnya dengan larangan memakan madu, jika madu tersebut memberikan kesan negatif bagi pengamalnya. Jika rokok itu bermanfaat, digunakan untuk pencegah penyakit atau sebagai ubat, maka hukum merokok itu adalah wajib.


IV. Pendapat Ulama Moden


1. Syeikh Hasanain Makhluf (mantan Mufti Mesir), mengatakan bahwa asal dari hukum merokok adalah Mubah kemudian menjadi haram dan makruh kerana beberapa hal, di antaranya adalah adanya kesan negatif yang ditimbulkan oleh rokok baik mudaratnya sedikit atau banyak terhadap diri dan harta dan membawa kepada kerosakan, melalaikan tugas dan kewajiban seperti  tidak memberi nafkah kepada isteri dan anak dan orang- orang yang berhak mendapatkan nafkah disebabkan kerana hartanya habis dibelanjakan untuk rokok. Kalau hal ini benar- benar terjadi bererti hukum merokok adalah makruh bahkan haram dan apabila tidak ada salah satu di antara mudarat tersebut di atas maka hukum merokok adalah halal.


2. Al Alamah Asyeikh Muhammad bin Mani’, ulama besar Qatar dan sebagaian besar ulama Najd mengharamkannya. Sebagaimana dalam risalah ulama Najd dan Syarah Ghayatul Muntaha hal 332 oleh Syekh Muhammad bin Mani’.


3. Assyeikh Mahmud Syaltut (Syaikhul Azhar) dalam fatawanya mengatakan : Meskipun tembakau tidak memabukkan dan tidak merusak akal namun mempunyai kesan yang sangat negatif yang dirasakan oleh perokok terhadap kesihatannya dan juga dirasakan oleh perokok pasif. Ilmu kedokteran telah menjelaskan mudharat yang ditimbulkan oleh rokok sehingga tidak diragukan lagi kalau rokok adalah penyakit yang berbahaya baik secara Islam mahupun secara umum, dan jika kita melihat banyaknya harta dan wang yang dihabiskan untuk membelanjakan hal- hal yang tidak bermanfaat seperti rokok maka dapat dikatakan bahawa tembakau (rokok) itu mempunyai kesan yang buruk terhadap kesihatan dan harta di mana hal itu diharamkan dan dimakruhkan dalam Islam. 


Demikian pendapat para ulama mengenai hukum rokok (merokok) dalam Islam yang sengaja dipaparkan, sebagai bahan dalam mendidik anak mahupun murid dengan hikmah bukan dengan kekerasan yang akan mempengaruhi mental anak dan murid tersebut yang malah membawa kepada kehancuran. Thanks n Godluck.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!