Saturday, December 12, 2015

BAGAIMANA ACUAN BEGITULAH KUAHNYA

As salam. Tazkirah hari ini isu-isu semasa tajuknya Psikologi rumahtangga: “Lelaki seperti apa, menghasilkan isteri seperti apa.”

Seorang teman merasakan isterinya semakin lama semakin mementingkan diri sendiri dan kasar. Kerana itu, mereka bertengkar setiap hari.

Atas alasan seringnya bertengkar, lelaki ini mempunyai hubungan intim.

Akhirnya, mereka bercerai dan sang suami berkahwin lagi dengan wanita skandalnya. Sang mantan isteripun tak lama kemudian berkahwin lagi.

Mereka masih belum dikurniakan anak. perkahwinan baru keduanya masing masing berjalan dengan sangat lancar.

Tetapi selepas berkahwin, isteri baru dari lelaki ini semakin lama sekalipun kelembutannya semakin pudar. Rumah tangga mereka berakhir sama seperti yg dulu, sedikit sedikit bertengkar.

Isteri barunya bahkan tidak mau mengerjakan pekerjaan rumah, rakan saya terpaksa membersihkan rumah sendiri.

Rakan saya merasa nasibnya tidak baik, mengapa ia selalu memilih isteri yg kurang baik, setiap hari ia mengeluh.

Sampai suatu hari, di suatu majlis makan malam ia secara kebetulan bertemu dengan suami baru bekas isterinya.

Pada awalnya kedua lelaki ini tidak bercakap apa apa, tetapi setelah saling menyapa mereka pun minum bersama.

Akhirnya rakan saya tak boleh menahan diri lagi dan bertanya bagaimana keadaan rumah tangga mereka. Suami baru bekas isterinya ini tidak kacak, tetapi sangat teliti dalam berbicara.

Ia berkata, "Isteri saya adalah wanita yg sangat hebat, sangat perihatin dan lembut, ia mengerjakan seluruh pekerjaan rumah tanpa mengeluh. Juga sangat menyayangi saya, ia sentiasa bersikap baik kepada ibu bapa, saudara, dan teman teman saya. Saatnya jujur dia akan jujur, saatnya butuh perhatian, dia akan memberi perhatian penuh. Wanita seperti ini, sudah sedikit sekali. "

Teman saya setelah mendengarnya merasa bingung, dan berfikir apa dia memang sebaik itu? Mengapa dulu ia sama sekali tidak menyedarinya? Pasti ini semua cuma bualan suami baru isterinya ini untuk membuat dia bingung.

Tak lama kemudian, kebetulan sekali, rakan saya pergi berbelanja ke pasar raya dan melihat bekas isteri dan suami barunya sedang membeli-belah.

Dia bersembunyi dan memerhatikan, akhirnya ia menyedari pasangan itu benar benar bahagia.

Kebahagian itu boleh dilihat dari senyuman bekas isterinya yg selalu mekar. Juga boleh dilihat dari pelukan lembut yg diberikan oleh lelaki di sebelahnya itu.

Sebenarnya, di bermacam situasi, isteri berubah menjadi malaikat atau berubah menjadi nenek sihir, semua bergantung pada lelaki.

Pada detik wanita memutuskan untuk berkahwin, dia juga memutuskan untuk menjalani hidup dengan bahagia bersama suaminya.

Walaupun dalam perkahwinan, kesabaran merupakan suatu kebajikan, tetapi jika ada cinta maka ada toleransi.

Saat anda merasa tidak puas dengan wanita anda, wanita pun tidak peduli lagi.

Jadi, jika anda mahukan wanita baik seperti malaikat, terlebih dahulu perlakukan dia sebagai malaikat.

Kerana semua wanita di dunia yang sudah menjadi "isteri seseorang" mempunyai potensi menjadi malaikat.

Saat anda boleh melakukannya dengan baik, anda akan menyedari bahawa perubahan sikap anda dapat membentuk sesosok malaikat yg sempurna.

Cinta wanita muncul kerana kasih sayang lelaki, Kebencian wanita muncul kerana kebohongan lelaki; Keluhan wanita muncul kerana kedinginan lelaki. Kebahagiaan wanita muncul kerana kehangatan lelaki. Kecantikan wanita muncul kerana dimanjakan lelaki. Kerosakan wanita adalah hutang lelaki.

Wanita adalah sebuah piano, jika bertemu dengan seorang pemain piano handal, suara yg dihasilkan adalah lagu kelas dunia, jika dimainkan oleh orang biasa, maka akan menghasilkan lagu pop, tetapi apabila dimainkan oleh orang sembarangan, pasti tidak akan membentuk sebuah lagu.

Umpama satu peribahasa melayu, “bagaimana acuan, begitulah kuihnya.”

Monday, November 9, 2015

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)

Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 hingga 6 akan LENYAP. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf :67)

Sahabat sekelian, Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah

Tuesday, November 3, 2015

9S : APA YANG ANDA HARUS BUAT JIKA INGIN BERJAYA

Aku tertarik bila membaca petua daripada Dr Azizan Osman ni melalui fb ptg tadi...Jadi aku abadikan dlm koleksiku...semoga dapatku jadikan panduan...terima kasih #teamazizan

Sunday, October 25, 2015

NOTA BUAT HUSBAND SEMPENA ANNIVERSARY YANG KE 28

Kekanda,
Terima kasih kerana sentiasa menyayangi diri ini,
Terima kasih kerana menjadi suami penyayang dan baik hati,
Terima kasih kerana menjadi suami yang sanggup dan sabar 
melayani karenah dinda dengan penuh kelembutan,
Terima kasih kerana menatang diri ini dengan penuh kasih sayang,
 
Terima kasih kerana menjadi suami yang seikhlas hati cuba meringankan tanggungjawab isterimu,..
Suami yang sentiasa inginkan rumahtangga kita sempurna,
Suami yang sentiasa memahami isterimu, yang sentiasa ada bersama isteri dan putera puteri kita
Suami yang sanggup berkorban masa dan hobi demi bersama keluarga dan
Suami yang sanggup melakukan apa sahaja untuk isterimu,
Terima kasih kanda atas segalanya....
 
Kekanda,
Dua puluh lapan tahun kita hidup bersama menempuh segala onak duri,
kanda tetap di sisi dinda... walau badai kadang2 melanda kanda tetap sabar mengharunginya...
Terima kasih kanda... kerana sentiasa menyokong dan memberi semangat buat isterimu..
 
Tiada kata yang mampu diungkapkan
melainkan diri ini sangat bersyukur dan
sangat bahagia hidup bersama kanda,
Adanya Cinta Kita adalah kerana adanya CintaNya bersama kita,
Moga Dia membawa cinta kita sampai ke Syurga milikNya,
Amin.....
 
Sayang kanda Dunia Akhirat .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!