Monday, February 28, 2011

KECERDASAN EMOSI


Pakar motivasi kata, untuk kita berjaya dalam kerjaya atau perniagaan kita sekarang ni, kita perlu memiliki kecerdasan emosi. Namun, pada peringkat permulaan Anda tak perlu pening kepala belajar untuk memahami pekebendanya dia kecerdasan emosi ni.
Kecerdasan emosi adalah kebolehan untuk memahami perasaan orang lain.
Bila Anda pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan, memahami orang lain, situasi yang dialami mereka juga memahami keperluan-keperluan mereka, itu tandanya Anda sudah ada kecerdasan emosi. Bezanya, tahap kecerdasan emosi berbeza-beza antara Anda dengan saya, antara Anda dengan orang lain.
Untuk bersemangat ketika dalam perjalanan pergi ke tempat kerja, amalkan sikap menyedekahkan pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada rakan-rakan Anda di tempat kerja.
Kenapa? Sebabnya mudah.
Kita akan gembira apabila kita memberi sesuatu, kita akan berubah jadi bersemangat apabila kita menghadiahkan sesuatu. Dari apa yang saya lihat, ramai orang jadi cukup bersemangat di waktu pagi kerana mereka telah memberi sesuatu atau menyumbang sesuatu.
Jika Anda kurang sanggup memberikan sesuatu dalam bentuk duit tunai, gunakan cara tadi sebagai pengganti.-IMOTIVASI

Resepi Warisan Bonda: ABUK-ABUK

Resepi Warisan Bonda: ABUK-ABUK: "Gambar ihsanforum.wanitaniaga.com4 auns sagu biji 1/4 buku gula melaka 1/4 biji kelapa parut - a mbil putih sahaja 1 sudu besar gula pasir 8..."

DUNIA KANAK-KANAK FATIN NABYLAH







Sunday, February 27, 2011

Resepi Warisan Bonda: HALUA BETIK

Resepi Warisan Bonda: HALUA BETIK: "1/2 biji betik muda1 kati gula pasir4 tahil gula batu2 gelas airsedikit garam dan kapur makan Betik dibuang kulit dan direndam seketika da..."

Resepi Warisan Bonda: PUTU PIRING

Resepi Warisan Bonda: PUTU PIRING: "2 tin susu tepung beras -dijemur kering1/2 biji kelapa -ambil putih sahajasedikit garam2 buku gula melaka - dilecek halusdaun pisang - poton..."

DUNIA KANAK-KANAK FATIN LIYANA




























Saturday, February 26, 2011

Resepi Warisan Bonda: MASAK LODEH NENAS

Resepi Warisan Bonda: MASAK LODEH NENAS: "1 biji nenas - buang kulit, bersihkan dan cincang halus2 4 tahil fuchuk - rendam 1/2 biji kelapa - ambil 2 mangkuk santan pekat 4 tahil sooh..."

KESERONOKAN BEKERJA



Niat adalah sebab untuk kita melakukan sesuatu perbuatan.
Jika saya tanya Anda apa niat Anda bekerja? Apa yang akan Anda jawap nanti? Mesti Anda akan tergamam sekejap.
Untuk membangkitkan keseronokan bekerja, pasang niat yang baik. Niatkan pagi tu Anda keluar bekerja untuk mencari keseronokan  bekerja. Dalam proses melakukan kerja dan menyiapkan tugasan, cari keseronokan-kesronokan yang tersembunyi di dalamnya.
Cari apa yang boleh membuat Anda merasa seronok buat kerja Anda. Kaji dan dalami kerja Anda dengan penuh rasa ingin tahu. Jangan anggap Anda dah tahu semua, tapi anggaplah masih ada lagi yang Anda tak tahu.
Anda akan jumpa sesuatu yang membuat Anda seronok melakukan kerja Anda sekarang ni. Cari dulu dengan penuh rasa ingin tahu. Be curious!
Ia mungkin sesuatu yang menarik minat Anda, ia mungkin tugasan kerja yang mencabar kemahiran Anda dan superioriti Anda, ia mungkin arahan dari bos Anda yang membuat Anda mahu membuktikan sesuatu padanya, mungkin juga bidang tugas baru dan menunggu untuk diterokai oleh Anda.
Tiap kali pegi kerja, niatkan untuk mencari sesuatu yang menarik minat Anda di tempat kerja. Fikirkan apa lagi perkara yang Anda tak tahu pasal kerja Anda sekarang ni. Cari dan terus cari dengan penuh rasa ingin tahu!
Bila Anda dah selalu pasang niat camni tiap kali bersiap-siap untuk ke tempat kerja, lama-kelamaan Anda akan merasa bersemanat bekerja.
Tak kiralah apa bidang kerja Anda, kerani ke, pegawai ICT ke, CEO ke, budak pengantar surat ke, cleaner ke, pegawai pemasaran ke, pegawai pentadbiran ke, rasa ingin tahu yang membuak-buak dapat membangkitkan keseronokan bekerja yang sukar diungkap dengan kata-kata.-IMOTIVASI

Thursday, February 24, 2011

Resepi Warisan Bonda: LEPAT PISANG

Resepi Warisan Bonda: LEPAT PISANG: "1/2 paun pisang emas atau pisang raja 2 oz gula pasir 1/4 biji kelapa parut (ambil putih sahaja) 1 1/2 oz tepung gandum 8 helai daun ..."

TABUNGLAH DULU...BELANJA DI KEMUDIAN HARI KELAK....

Saya sertakan satu artikel yang dihantar oleh rakan saya untuk tatapan dan panduan kita bersama.

Dalam siri artikel ini, kita akan mengharungi perjalanan hidup Alisa dan lihat bagaimana Alisa mengamalkan prinsip-prinsip yang dipupuk oleh kedua-dua ibu-bapanya di zaman kanak-kanaknya. Seperti mana yang ditekankan sebelum ini, salah satu daripada pengukur untuk mengetahui sama ada ibu bapa telah mendidik anak dengan berjaya ialah dengan ”Mendidik anak untuk melakukan amalan-amalan baik dan apabila dia telah dewasa, dia tidak meninggalkan amalan tersebut”.

Pengenalan

Alisa kini seorang gadis yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dengan memperoleh ijazah dalam bidang Komunikasi Massa. Berbeza daripada ayahnya, dia tidak bekerja secara sambilan pada cuti semesternya. Sebaliknya, dia membuat kerja sosial secara sukarela dengan memberi tuisyen kepada kanak-kanak orang asli, melawat rumah warga tua dan anak yatim dan juga terlibat dalam beberapa kempen pengumpulan dana untuk membantu kaum miskin. Dia betul-betul prihatin tentang orang yang kurang bernasib baik dan sentiasa bersedia menghulurkan bantuan apabila keadaan memerlukannya. Sebagai mahasiswi, dia mungkin tidak mampu memberi sumbangan dalam bentuk derma tetapi dia sedia meluangkan masa lapangnya untuk berkongsi dan melakukan kerja-kerja amalan yang baik.
Hari Pertama Kerja

Selepas memperoleh ijazahnya, dia tidak terburu-buru mencari kerja seperti orang lain. Malah dia meneruskan kerja amalnya secara sukarela di beberapa rumah kebajikan. Sepanjang tiga bulan tersebut dia mendapat pengalaman yang berharga dan tanpa disedarinya, ia seolah-olah suatu 'orientasi' sebelum menceburi dunia kerja yang sebenarnya.
Pada suatu hari, dia terima panggilan untuk hadir untuk temu duga di sebuah stesen TV untuk jawatan wartawan penyiaran. Mereka kagum dengan pengalaman serta keghairahannya membantu di rumah-rumah kebajikan serta pencapaian akademiknya yang cemerlang, dan terus mengesahkan jawatannya. Tugasan pertamanya adalah untuk menjalankan penyelidikan di pelbagai rumah kebajikan di Malaysia dan ini bagaikan impian yang lama diidam-idamkannya. Dia segera setuju (tanpa menanya gajinya terlebih dahulu) dan terus memulakan tugasnya. Pada hakikatnya, hari pertama kerjanya telah bermula jauh sebelum dia menerima tawaran tersebut.
Cek Gaji Pertamanya

Dalam sekelip mata, sebulan telah berlalu. Alisa hanya menyedarinya apabila melihat slip gajinya di atas mejanya. Dia terfikir apa yang harus dia buat dengan wang cek gaji pertamanya dan teringat pesan ayahnya. “Wang umpama baja; anda perlu mengagihkannya untuk pulangan yang lebih lumayan.” Jadi dia mengambil keputusan untuk membelanjakan kesemuanya…tetapi bukan atas dirinya!

Pertama sekali, dia ingin tunjukkan penghargaannya kepada kedua-dua ibu bapanya dan bercadang menjemput mereka keluar makan malam di sebuah restoran mewah. Dia juga ingin membelikan mereka hadiah istimewa. Lagipun, ibu bapanya telah banyak berjasa dan berkorban pada dirinya.

Seterusnya, dia segera mula membayar balik pinjaman pengajian PTPTN melalui Arahan Tetap (SI) kepada bank yang telah diambilnya untuk membiayai pengajiannya. Dia masih teringat kata-kata ayahnya – “Jangan sekali-kali meminjam, tetapi sekiranya tiada pilihan lain, anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik jumlah sepenuhnya dan dengan secepat mungkin.” Dia mengetepikan kira-kira RM120 setiap bulan bagi tujuan ini dan mampu menjelaskan pinjamannya sepenuhnya dalam tempoh 5 (lima) tahun.

Kemudian dia teringat pula nasihat ayahnya: “Tabunglah Dahulu, Belanja di Hari Kelak!” Dia mengambil keputusan untuk melabur dalam skim Amanah Saham dengan memberikan Arahan Tetap kepada banknya untuk memotong 10% daripada gajinya.


Akhir sekali, dia tidak lupa tentang rumah-rumah kebajikan di mana dia bekerja secara sukarela. Dia membelanjakan baki wang yang ada untuk membeli beberapa permainan, makanan dan pakaian bagi anak yatim piatu serta warga tua. Wajah mereka tersenyum berseri-seri dan bagi Alisa, ini tak ternilai! Ketika itu, dia sedar akan hikmah di sebalik nasihat ayahnya...
Kata-Kata Hikmah

Masih anda ingat bagaimana anda membelanjakan Gaji Pertama anda? Kebanyakan orang menghabiskan gaji mereka atas diri masing-masing sebagai suatu ganjaran kerana mampu bertahan dalam bulan pertama! Bukan salah bagi kita mengganjarkan diri masing-masing tetapi ada kalanya cara kita membelanjakan gaji pertama kita boleh dijadikan tabiat bagi cara kita akan membelanjakan gaji kita yang seterusnya. Langkah terbaik adalah dengan mengikut nasihat ayah Alisa. Sekiranya anda menghabiskan kesemua gaji anda atas diri sendiri – anda masih akan menerima cek pada bulan-bulan berikutnya dan masih boleh menentukan cara anda mahu membelanjakannya (ataupun menabungnya), bukankah begitu?
Nasihat Ayah:
  1. Wang umpama baja; anda perlu mengagihkannya untuk mendapat pulangan yang lebih lumayan
  2. Jangan sekali-kali meminjam, tetapi sekiranya tiada pilihan lain, anda mempunyai tanggungjawab untuk membayar balik jumlah sepenuhnya dan dengan secepat mungkin!
Tabunglah Dahulu, Belanja di Kemudian Hari Kelak!

Resepi Warisan Bonda: MEE JAWA

Resepi Warisan Bonda: MEE JAWA: "1 kg mee kuning 300 g sayur sawi - dipotong i inci panjang300 g kobis - dicincang hallus1 buku tulang daging2 biji tomato - dihiris nipis1 b..."

Resepi Warisan Bonda: ONDEH-ONDEH KELEDEK

Resepi Warisan Bonda: ONDEH-ONDEH KELEDEK: "1//2 kati keledek putih - cuci dan rebus atau kukus dengan kulitnya 1/2 sudu besar tepung ubi 1 sudu besar tepung gandum 1/4 gula melaka 1/2..."

Wednesday, February 23, 2011

HATI + MINDA + TINDAKAN


Usaha ke arah kejayaan adalah komitmen gabungan 3 perkara. Ketiga-tiga perkara ini adalah seperti berikut:
1. Hati.
2. Minda.
3. Tindakan.
Ketiga-tiganya kenalah baik, kenalah positif, kenalah digabung sekata. Andai kata hati dan minda positif tapi tindakan negatif, kesannya akan jadi negatif. Andai kata hati, minda dan tindakan jadi positif, kesannya jadi positif. Ketiga-tiga perkara ni perlu positif, barulah Anda akan merasai impaknya.
Melalui gabungan hati, minda dan tindakan positif, Anda akan dapat mencapai apa jua kecemerlangan dalam apa jua usaha Anda. Sebab? Perkara-perkara positif menaikkan Anda, perkara-perkara negatif menjatuhkan Anda. Lihatkah orang-orang berfikiran negatif, mereka tak mencapai banyak kemajuan. Lihat pada orang-orang berfikiran positif, mereka dapat mencapai kemajuan.
Hati adalah aspek diri yang paling senang untuk dipengaruhi, iaitu sama ada ada dipengaruhi oleh bisikan-bisikan positif atau bisikan-bisikan negatif.
Ketika Anda berbuat sesuatu, bisikkan kata-kata positif dalam hati supaya Anda bersemangat, supaya tindakan Anda dan minda Anda jadi positif. Contoh bisikan-bisikan positif adalah seperti berikut:
1. “Aku mahu bersemangat hari ini”.
2. “Aku mahu buat yang terbaik hari ini”.
3. “Aku percaya aku boleh buat. I CAN DO it!”.
4. “Jika dia boleh, aku pun boleh!”.
5. “Aku boleh buat benda ni, aku cuma kena belajar cemana nak buat. Aku optimis aku boleh buat!”
6. “Aku boleh, aku boleh, aku boleh!”.
Down cemanapun emosi Anda, berusahalah positifkan diri. Masukkan bisikan-bisikan positif seperti di atas supaya Anda dapat mengawal emosi lalu merubahnya jadi positif.
Laungkan dalam hati salah satu daripada bisikan-bisikan di atas untuk meniupkan inspirasi ke sanubari Anda. Apa yang ada di hati akan naik ke minda. Apa yang ada di minda Anda, itulah yang akan mempengaruhi perbuatan Anda.
Be strong!-IMOTIVASI

Resepi Warisan Bonda: KUIH DADAR (KETAYAP)

Resepi Warisan Bonda: KUIH DADAR (KETAYAP): "4 oz tepung gandum1 butir telur1/2 pt. air daun pandansecubit garam2 helai daun pandan Untuk inti:1/4 biji kelapa parut1/2 buku gula melaka1..."

Tuesday, February 22, 2011

KAWAL EMOSI KITA.


Kawalan emosi yang ampuh adalah dengan sabar. Bila nak marah, tahan marah. Bila rasa tertekan, tahan rasa tertekan.
Cari sesuatu yang lain lalu salurkan kemarahan atau rasa tertekan melaluinya.
Sesetengah orang, menggunakan aktiviti tertentu untuk ‘lepas geram’. Ada orang menumbuk beg pasir dengan kuat semata-mata melepaskan stress terbuku lama di kepalanya.
Ada sesetangah orang, bekerja dengan sangat rajin sebagai respon atas kritikan pedas menekan yang diterimanya.
Ingat! jangan lepaskan dengan perkataan dari mulut Anda, tapi lepaskan dengan perbuatan. Lepaskan dengan cara diam-diam, kerana itu adalah cara mengawal marah hasil atau rasa tertekan.
Tak siapa yang sanggup bersabar lama-lama. Marah dan rasa tertekan yang disimpan, mesti dilepaskan keluar satu persatu. Jika disimpan lama-lama dalam hati, akan jadi macam gunung berapi. Satu hari nanti, meletup berapi!



Marah tidak digalakkan di dalam Islam dan perlu dikawal kerana ia memberi impak negatif terhadap keperibadian, keseimbangan akal dan keharmonian masyarakat.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:

1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.

6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Wallahu wa'lam

Monday, February 21, 2011

AIR MATA SEORANG LELAKI......


Hari ini inginku kongsi satu cerita sebagai panduan kita bersama. Sifat pemarah dan panas baran ada kalanya memakan diri sendiri. Sifat ini dulunya menjadi sinonim dalam diri seorang rakanku. Pantang salah sikit, terus melenting.

Pada suatu hari, aku dan dia menaiki lrt ke pusat bandar. Suasana dalam tren tidaklah ramai orang sangat ketika itu. Kami duduk sambil berbual. Sesampainya satu stesyen selepas itu, ramai juga yang naik termasuk seorang lelaki bersama 2 orang anaknya. Suasana yang nyaman asalnya tadi bertukar riuh dengan gelagat kedua-dua kanak-kanak tersebut yang tak tahu duduk diam. Bapanya tidak pula menegur sikap anak-anaknya itu. Dia sanggup buat tak tahu dan tidur saje. Apalagi kawanku pun mula mengomel. Kalau dapat nak dicubit-cubitnya budak-budak tu. Tak tau hormat orang langsung.

Aku cuba mendekati bapa mereka dengan memberi salam. Dia menjawab salamku. Rupa-rupanya dia cuma pejamkan mata aje, tak tidur. Aku terus memberitahu padanya bahawa anak-anaknya mengganggu penumpang yang lain. Aku terkejut apabila habis saja soalanku dia terus menangis. Pelik... jarang aku lihat lelaki menangis. Aku pun segera minta maaf takut-takut soalanku tadi menyinggung perasaannya. Lantas dia terus menceritakan masalahnya padaku.

"Isteri saya mengidap kanser dan dirawat di hospital. Sejak sakit, doktor melarang anak-anak saya menziarahi ibu mereka kerana kanak-kanak tidak boleh masuk wad tersebut. Sudah tiga bulan berlalu. Sejak itu sayalah yang menjaga mereka dan memasak makanan bagi mereka. Baru hari ini doktor membenarkan mereka berjumpa ibu mereka. Tentulah mereka terlalu gembira, terutama dah lama tak rasa masakan dan belaian ibu mereka. Dah tak sabar rasanya nak cerita macam-macam pada ibu mereka.Sebenarnya, saya pejamkan mata tadi sebab memikirkan apa dan bagaimana saya hendak bagitahu yang mereka dibenarkan berjumpa ibu mereka yang telah tidak bernafas lagi."

Dia terus menangis. tanpa disedari, air mataku juga turut mengalir. Kawanku tergamam. Sesungguhnya peristiwa hari itu mengajar aku dan kawanku agar tidak boleh sewenang-wenangnya buruk sangka pada seseorang. Sejak hari itu dia sudah tidak panas baran lagi............

Resepi Warisan Bonda: KERABU PUCUK PAKU

Resepi Warisan Bonda: KERABU PUCUK PAKU: "4 tahil pucuk paku2 sudu udang kering10 biji cili padi1 biji limau nipis10 ulas bawang merah2 cawan kelapa (dibuat kerisik)1 inci belacan1 c..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!