Monday, July 31, 2017

SEJARAH MAKTABKU

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.

Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh. Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.

Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj. Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini. IPG Kampus Ipoh menawarkan kursus berkaitan perguruan meliputi Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan (PISMK) yang mana bekerjasama dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Perkhidmatan Malaysia (KDPM), Kursus Dalam Cuti (KDC) dan lain-lain.

Kredit : Zizie

Sunday, July 30, 2017

*KESIHATAN SEKSUAL DAN REPRODUKSI ANAK-ANAK: APA PERANAN KITA*

*KENYATAAN MEDIA*

Awal minggu ini, dilaporkan oleh media perdana mengenai kanak-kanak berumur 7 tahun merogol kanak-kanak berumur 6 tahun.Dua hari yang lalu pula,  media arusperdana melaporkan berita penahanan lima lelaki yang terdiri dari bapa, datuk dan tiga sepupu yang dihadapkan ke mahkamah atas 22 pertuduhan merogol kanak-kanak bawah umur berusia 12 tahun. Kes yang melibatkan 3 generasi dalam satu keluarga ini amat mengejutkan di kala sehari sebelumnya, Dewan Rakyat yang bersidang  melaporkan sebanyak 13,272 kes rogol membabitkan kanak-kanak direkodkan antara 2010 hingga Mei lalu, termasuklah yang melibatkan 6,014 kes cabul, 1,796 kes sumbang mahram dan 1,152 kes seks luar tabii.

Berita di atas amat di kesali.   Peningkatan jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak harus di pandang serius.  Wanita Ikram Wilayah Persekutuan (WIWP) , Kumpulan Mothers Against Pornography (MAP) dan Ikram Bandar Tun Razak (IBTR) berpendapat  bahawa kes-kes di nyatakan  adalah di sebabkan tiga perkara utama :

1. Kurangnya didikan dan maklumat mengenai kesihatan reproduksi dan seksual
2. Hilangnya  kesedaran tentang peranan ayah/datuk sebagai pelindung keluarga.
3. Berleluasanya bahan pornografi yang boleh di perolehi dan dalam capaian anak-anak sekarang.

Kami mengambil inisiatif menganjurkan program-program kesedaran bagi mendidik dan memperkasakan ibubapa secara khususnya dan  masyarakat umum dengan ilmu kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak. Ini bertujuan agar ibubapa dapat memainkan peranan utama dalam mendidik anak-anak  dlm hal-hal kesihatan reproduksi.  Kajiselidik yang telah dilakukan oleh sebuah syarikat di  Malaysia,  mendapati kanak-kanak dan remaja di negara ini mempunyai pengetahuan yang begitu cetek berkaitan kesihatan seksual dan reproduksi mereka.

Bertitik tolak dari sini, kami menyarankan agar semua pihak memainkan peranan menjayakan kesedaran terhadap isu kesihatan seksual dan reproduksi ini, termasuklah:

1.    Golongan Ibubapa yang bertanggungjawab menyediakan pendidikan awal kepada anak-anak bermula dari rumah. Interaksi dan komunikasi berkesan antara ibubapa dan anak-anak memainkan peranan penting di mana ibubapa perlu memperuntukkan masa secukupnya untuk menjadi teman bual bicara dan sumber maklumat utama anak-anak, agar mereka tidak menjadikan rakan-rakan mahupun internet sebagai sumber rujukan. Persepsi ibubapa yang mengandaikan anak-anak mereka tiada masaalah dan tidak mungkin terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat, perlu dibuang jauh jauh.

2.    Golongan guru sebagai _'ibu bapa kedua'_ kepada anak-anak semasa di sekolah. Guru-guru perlu lebih prihatin dan bersedia mengambil tanggungjawab untuk membimbing pelajar-pelajar mereka di waktu pelajar-pelajar ini berada di luar lingkungan rumah, agar tidak terjebak dgn gejala yg tidak sihat. Anak-anak yang dalam proses mencapai usia akil baligh akan mengalami perubahan emosi dan fisiologi yang akan mempengaruhi aspek seksual dan reproduksi mereka.  Naluri ingin tahu dan daya imaginasi mereka berkembang di mana mereka akan  mencari-cari individu atau kelompok yang boleh dipercayai sebagai tempat untuk berinteraksi dan berkongsi. Guru seharusnya menjadi agen terpenting untuk berperanan sebagai sumber rujukan semasa di sekolah.

3.    Badan-badan bukan kerajaan juga boleh turut berperanan dengan mengadakan kempen-kempen kesedaran dan siri-siri program untuk masyarakat setempat dan sekolah-sekolah. Mereka juga boleh berperanan menubuhkan advokasi dan menjadi kumpulan pendesak bagi memastikan kerajaan mengambil langkah-langkah serius dan wajar bagi menyegerakan pelaksanaan undang-undang yang memelihara kepentingan golongan kanak-kanak dan remaja termasuklah undang-undang berkaitan penyebaran bahan pornografi.

4.    Kerajaan boleh berperanan dengan lebih serius bagi menambahbaik modul-modul pendidikan yang menyentuh aspek kesihatan seksual dan reproduksi anak-anak agar ianya lebih efektif dalam membentuk kefahaman dan membina jati diri pelajar.

5.    Masyarakat umum secara keseluruhannya perlu dididik agar mempunyai minda yang terbuka terhadap pendidikan seksual dan reproduksi . Pantang larang yang diterapkan dalam minda masyarakat sejak sekian lama untuk tidak membicarakan hal-hal berkaitan pendidikan seksual dengan anak-anak secara terbuka dan interaktif haruslah dibuang. Maklumat yang diperolehi oleh anak-anak hasil dari perbincangan terbuka sebegitu seharusnya bukan membuatkan mereka terjebak dengan aktiviti tidak sihat tetapi sebaliknya menjadikan mereka mampu membuat pertimbangan yang lebih wajar dan bermakna untuk kehidupan dan masa depan mereka.

Jika setiap dari kita, atas rasa tanggungjawab yang tinggi dapat memainkan peranan masing-masing dengan jayanya, statistik jenayah menakutkan terhadap kanak-kanak dan remaja sebagaimana yang dilaporkan di Dewan Rakyat sudah pasti dapat diminimakan dengan berkesan. Pendidikan kesihatan seksual dan reproduksi yang efektif dan dilakukan tepat pada masanya  akan dapat menyediakan akal dan jiwa anak-anak untuk mengambil tindakan dan membuat keputusan  penting agar tidak tersilap langkah yg akan merugikan hidup mereka dan generasi masa depan keseluruhannya.

Wanita ikram Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mothers Against Pornography

Ikram Bandar Tun Razak

Saturday, July 29, 2017

APA KHABAR HATI KITA?

Hati yang baik akan menghidupkan tubuh badan.

Hati yang sihat akan membuatkan jiwa kita tenang dan iman kita segar.

Hati yang sihat akan menjauhi larangan Allah swt.

Hati yang sakit akan sentiasa mencari musuh atau melakukan perkara yang menyusahkan orang lain serta minat kepada dosa dan maksiat.

Tanda2 hati yang bersih dan sihat:
1. Tidak putus mengingat Tuhannya, tidak jemu berkhidmat kepadaNya;
2. Jika terluput zikir, maka ia merasakan gelisah.
3. Rindu untuk beribadah kepada Allah sebagaimana merindukan makanan dan minuman.
4. Bila melakukan ibadah maka hilanglah kedukaan dan datanglah ketenangan.
5. Menjaga masa dan merasa rugi bila melakukan hal yang tak berfaedah.
6. Sentiasa berusaha untuk ikhlas dalam beramal dan berusaha menjauhi riya' dan syirik.

Rasulullah mengajar doa untuk kita amalkan agar hati sentiasa khusyuk dan tenang:

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, hati yang tidak khusyuk, jiwa yang tidak puas (tamak) dan doa yang tidak dikabulkan"
(HR Muslim)
        
Jagalah hati demi untuk mencari keredhaan Allah swt. Penuhkan hati dgn ilmu, dengan zikrullah dan dengan kalamullah.

Apa khabar hati kita?

CARA CEPAT PERGI HAJI!!!

"Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?"

"Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran."

Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?

Seorang pengguna FB telah menulis dalam akaun FBnya tips bagaimana dapat pergi haji lebih awal daripada tahun giliran yang sebenarnya.

TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.

Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?

Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;

1) Buka akaun Tabung Haji.

2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB

3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).

4)
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).

c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.

d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.

e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.

Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.

Nota cara menabung secara ringkas:

1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?

2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).

Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.

P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi.  Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.

Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.

[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.]

Sumber: https://www.facebook.com/norsajidahzulkafli/posts/987407738038465

BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?

Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.

Isi kandungan surat rayuan:

Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad

Tujuan rayuan
Tandatangan

Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.

Rogayah binti Mokhtar

Lot 1234, Jalan Sinar

Kampung Harapan

84000 Muar

Johor

18 Disember 2015

Kepada,

Bahagian Operasi Domestik,

Lembaga Tabung Haji,

Lantai 30,

Bangunan Ibu Pejabat TH,

201 Jalan Tun Razak,

50732 Kuala Lumpur.

Tuan/Puan,

RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M

NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR

KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678

_____________________________________________________________________________

Perkara di atas adalah dirujuk.

Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.

Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.

Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.

Sekian, terima kasih.

Yang Mengharap,

(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)

No K/P: 450101-01-0400

Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:

e-mel – th-info@lth.gov.my,
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC

KREDIT : FB FATIMAH ABD GHANI

#tipshaji
#impianterbesarku
#mariberdoasemogakitasemuadapatmenunaikanhajisecepatmungkindansihattubuhbadan
#doakansayafatimahabdghanidapatmenunaikanhajisecepatmungkin

Thursday, July 27, 2017

33 TIP BAGI YANG INGIN MENGERJAKAN HAJI

Saja nak kongsi tips haji:

1. Bawak berus & sabun cap buruh/buku untuk basuh baju dll. Sebab dia tahan kena air. Sabun serbuk di sana kuat boleh reput kain. Di hotel ada servis dobi kena bayar.

2. Bawa extension cord. Banyak jasanya berkongsi dgn kawan sebilik untuk caj telefon.
Banyak jasanya nanti di Mina. Bawak juga Internasional adapter two pin.

3. Bawa tali ampai & kepit baju. Buat gantung baju dalam bilik. Keringkan baju di bumbung hotel. Ada juga buat ampaian di tangga.

4. Bawa ubat panadol dll . Banyak gunanya untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Terutama di kem Mina.

5. Bawa Quran kecik yg sendiri punya. Senang nak baca di mana-mana. Niat nak khatam di Mekah.

6. Makanan di sana tak pedas, banyak guna sos tomato. Bawa cili sos, kicap, sambal dah siap dibotolkan/diplastikkan.

7. Masa ke Muzdalifah bawa sudu untuk korek tanah cari batu kecil (untuk melontar) dan jangan cari di Mina. Ada yg cari di Mina tapi sukar sebab ramai orang. Kumpul batu bagi lebih sikit masuk siap2 dlm uncang. Lampu suluh kecil jangan lupa. Siap melontar, batu yang lebih dibuang. Haram bawa balik ke Malaysia.

8. Di dalam Masjidil Haram tidak boleh duduk dekat suami isteri waktu solat. Polis dan pegawai masjid akan arah isteri ke saf lain, jadi jika takut terpisah bila isteri di suruh ke saf lain, janji dgn isteri di luar masjid di satu tempat yg dijanjikan (pilih satu mercu tanda). Jika nak iktikaf bukan waktu solat boleh bersama suami isteri. Elok pergi dalam kumpulan rakan sebilik. Jika terpisah pun tak risau.

9. Ingat mercu tanda dan bangunan semasa ke masjid, supaya tak sesat. Jika ada telefon lagi baik. Senang nak hubungi.

10. Pilih rangkaian telefon yg senang nak top up saperti Zain dan Mobily tetapi STC agak susah sikit. Biasanya TH akan bagi simkad Mobile, kena top up. Jika top up 100Riyal boleh guna Whatsapp untuk whatsapp ahli keluarga. Pakej Mobily dan Zain ada yang 10GB data berharga SR120. Boleh topup di kaunter Mobily/Zain di dalam Zam Zam tower.

11. Di hotel ada perkhidmatan tel guna kad iTalk lagi jimat jika nak call keluarga di Malaysia. Jika pandai guna line internet hotel buat panggilan video dll.

12. Di hotel ada klinik dan perkhidmatan keluar duit TH, boleh keluar duit hari hari yg mampu nak shopping. Kalau lebih boleh simpan balik.

13. Masa Taklimat sebelum flight ada kaunter utk tukar duit Saudi Riyal di TH untuk
duit poket.

14. Bila ke masjid pakat kawan-kawan sebilik siapa gilir gilir boleh ambil nasi makanan tengah hari dan malam ikut bilangan kawan-kawan sebilik. Ambil letak di bilik.

15. Tok Arab di sana ramai pandai cakap melayu tak perlu risau jika nak beli apa apa, jgn takut minta tawar.

16. Patuh pada arahan TH. Masa pergi melontar jangan ikut jalan lain atau turun tangga. Nanti sesat.

17. Jika nak beli Al Quran untuk wakaf di Masjid pastikan yg ada tali kuning dicetak di Madinah. Jangan beli yang tali biru dan hijau. Jika diletak di masjid akan diambil oleh pekerja masjid. Hanya Al Quran cetakan Madinah dibenarkan diletak didalam masjid.

18. Sebelum pergi kena banyak buat solat hajat, solat sunat taubat dll dan minta juga dipermudahkan segala urusan. Mudah mudahan dimaqbulkan.

19. Seelok nya sepanjang masa menunaikan Haji, jangan banyak bercakap dan cuba 'vow of silence', bercakap jika perlu sahaja.

20. Sabar, sabar dan sabar. Kesabaran setiap jemaah Haji akan diuji di tanah suci.

21. Semasa di Mina tentu ada jemaah degil yang akan melaksanakan lontaran dahulu dan tidak mengikut nasihat TH. Jangan ikut mereka ini dan tunggu arahan TH bila masa sesuai untuk melontar.

22. Bawa botol spray air kecil jika selalu terbatal wudu dalam masjid. Belajar cara mengambil wudu menggunakan sapuan air dari botol spray.

23. Jangan menolak jemaah lain dengan sengaja walaupun ditolak. Setiap niat buruk, Allah akan balas secara cash.

24. Jangan terlalu gigih melaksanakan umrah sunat sebelum wuquf kerana dikhuatiri demam urat semasa wuquf. Selepas haji, buatlah seberapa banyak umrah yang boleh.

25. Ada makanan/minuman 'diuretic' yang menyebabkan kerap untuk buang air kecil dan menyusahkan semasa didalam masjid saperti teh, tembikai, limau dll. Cuba elakkan.

26. Belajar berkompromi dengan rakan satu bilik selama lebih sebulan bersama. Ada yang tak tahan sejuk aircon dan ada yang tak tahan panas.

27. Semasa wuquf di Arafah jangan buang masa bersembang kerana waktu sangat suntuk untuk beribadah/berdoa/berzikir antara gelincir dan terbenam matahari.

28. TH ada menyediakan bilik baraqah untuk jemaah yang berkelamin tetapi queue nya panjang.

29. Kedai money changer yang paling bagus rate adalah di GF Safwa tower bersebelahan pintu masuk ruang parking.

30. Datang awal ke masjid sebelum masuk waktu untuk elakkan kesesakan.

31. Kalau nak ubah selera ada food court di Hilton tower menjual ikan yang digoreng bersama bawang, lada dan spices atas hot plate bersesuaian dengan selera kita dengan harga SR25.

32. Selipar jepun adalah selipar yang paling tidak comfy dan orang jepun sendiri tidak memakainya. Cari selipar yang comfy di Malaysia kerana akan memakainya setiap masa ditanah suci. Lagi pun 50% jemaah Haji serata dunia (1 juta orang) akan memakai flip flop serupa dan akan senang hilang atau bertukar.

33. Sekarang pendaftaran simcard perlukan nombor visa dan pengimbasan cap jari. Sila ambil gambar visa dengan hp sebagai rekod kerana paspot akan disimpan oleh muassasah. Ada pekerja bangla menjual simcard 'Libera' telco tanpa perlu pendaftaran. Celcom ada pakej Haji unlimited data (bersama Mobily) dengan rate yang berpatutan.

Selamat berangkat dan semoga Allah permudahkan semua urusan mendapat Umrah dan Haji yang Mabrur. Aamiin.

Sumber: Whatsapp

Thursday, July 20, 2017

FAHAMI 7 PERKARA DALAM HIDUP

Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:

1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya…

2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya…

3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yg dikongsi bersama…

4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya…

5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaannya…

6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya…

7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sirna nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya…

Ketahuilah…. hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.

Maka..
senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu…. bila kita akan berangkat ‘ meninggalkan’ dunia yg fana ini….

(Manfaatkanlah dibulan syawal yg mulia ini…sebelum kesempatan berlalu pergi….)

Muhasabah seorg insan dhaif 

Sumber: Jimmy Azlin

SUSAH SENANG BERSAMA...AKHIRNYA....

Nak bercerita pasal rumahtangga pelawak dan penyanyi nie..

Aku tak tauw semangat aku nak menulis dari sisi aku pasal ape yg aku ikuti selama hubungan mereka nie..

Aku taknak cerita pasal buruk mereka..
Atau khilaf mereka..
Atau dosa sarah tak brtudung yg ditanggung suami bukan aku..

Tengok pada puberty diorang nie..
Sangat mengagumkan...

Mereka berdua artis.
Tapi mereka berkawin dgn satu ikatan..
Buat majlis nikah je..
Tapi siapa shuib ketika tu..
Pelawak biasa...
Tgk rupa shuib dulu..
Mcm budak kampung yg takde apa2..

Dan waktu tu sarah bertunang dgn mat salleh.
Tak jadi kawin..
Dan terima shuib dgn hati terbuka..
Yg paling best takde langsung majlis perkawinan yg gah..

Dan hati wanita sarah ketika itu terima sahaja ape kurang dan lebih shuib..
Dan waktu tu kite tak lihat shuib punya masa depan yg cerah..
Masih merangkak mcm pelawak2 biasa yg sumbat apa jenis job atau pertandingan..

Dengan muka yg takde raut wajah tampan..
Selalu dijadikan bahan muka berlubang atau muka getah skrap..

Shuib pun mcm tu..
Terima sarah dalam keadaan sarah org dah buang..
Rupa pun ala2 je..
Kalau tgk hidung dia selalu jadi bahan kelakar dan ejekan...

Tapi dua2 berkawin dgn menerima kelemahan masing2..
Kita boleh ckp..
Shuib tangkap muat..
Amik je mana2 wanita asal artis..
Dgn keadaan shuib ketika itu artis cantik mana yg dia boleh kejar..
Tak seperti mamat..
Shuib kenal diri dia siapa dibelakang hari...

Aku melihat shuib itu seperti lelaki biasa..
Yg mungkin akan jadikan isteri dia habis madu sepah dibuang...
Kalau dia kaya atau lebih tampan lepas tu..
Mungkin dia akan tinggalkan isteri dia..
Atau curang...

Tapi nahhhhhhhh...
Skang kita lihat hati shuib  sebagai lelaki..
Yg bagi inspirasi pada aku dan lelaki yg melihat shuib sebagai idola...
Yg peruntukan isterinya..
Memperoleh ruang waktu dalam rumahtangga untuk mengubah nasib dia,isteri anak2 dan mase depan rumah tangga dia...

Lihat bagaimana dan bertahun2 kawin berusaha untuk buat majlis kawin walau anak dah berderet untuk meraikan isteri dia..

Dari dia nothing..
Dan dia lihat isteri dia sabar dan memahami kekurangan dia..
Dan bila dia berjaya..
Dia hargai isteri dia sebaiknya...

"Lelaki diuji ketika dia senang.. wanita diuji ketika lelaki itu susah"

Dan mereka lalui ujian itu bersama..
Dan hari ini mereka terus menjadi inspirasi pada Semua org...

Shuib yg sentiasa bergaya sbb ada isteri yg hebat dibelakangnya..
Begitu juga sarah..
Dulu perut boncit..
Hidung kembang..
Tengok bagaimana shuib jaga isteri dia..

Hidup saling melengkapi..
Tak sah kalau sarah skang tak cantik..
Sntiasa cantik..
Shuib yg sntiasa tersenyum bahagia..

Yes shuib dapat buktikan susah dia dulu..
Ada wanita yg trima dia seadanya buatkan dia nak buktikan sesuatu dia bukan shuib yg dulu..

Pada sarah yg dulu cari suami yg high taste spt mat salleh tapi tak bahagia..
Tapi pilih shuib yg pure dari kampung..
Mereka bahagia bersama..

Aku tulis sambil rasa sebak..
Sbb mereka dan ramai lagi contoh2 org2 yg hebat bawak rumahtangga yg bagi inspirasi pada aku..

Nak cari wanita yg hebat sperti sarah..
Itu paling susah..
Dan nak cari lelaki yg berjaya tak lupa anak bini itu pun payah..

Semuanya terletak pada kisah silam yg bawa mereka untuk buktikan pada semua yg mereka dapat buat sesuatu untuk mengubah nasib mereka justeru dapat bagi inspirasi pada org lain yg tabik spring dgn usaha mereka itu..

Terima kasih sarah dan shuib...
Korang memang terbaik..
Dapat kiranya kite semua doakan mereka dpt peluang yg lagi satu untuk melengkapkan perkawinan yg mawardah bahagia hendaknya..

Kita jadi lelaki jgn rasa kita dah dpt isteri terima susah kita..
Dan kita hukum dia untuk terima sahaja..
Mereka nak lihat kemajuan kita..
Daya pimpinan kita nak bawak rumahtangga tu jadi lebih baik..

Dia terima kau dari kau moto demak..
Pastu xkan berbelas kawin kau nak isteri kau terima benda tu..
Mereka terima sbb mereka percaya kau lelaki yg boleh bawak kemajuan lepas tu...
Kalau kau mungkin dapat cari duit sikit untuk hantaran dan urus kawin...
Mereka secara automatik akan fikir kau akan dpt effort untuk cari nafkah untuk majukan rumahtangga...

Dari kosong rumah smpai la ade isi sikit2..
Kau tak boleh sangka yg rezeki datang selepas nikah..
Bawak melayu pusaka yg didendang..
Rezeki xkan dtg bergolek..
Rezeki itu diraih..
Jadi kalau kau dah ade anak berpinak..
Tapi masih ckp rezeki kau setakat itu tanpa effort..
Buat radikal perubahan..
Takuk kau kat situ..
Isteri selagi bole sabar mereka akan sabar..

Bagaimana rumahtangga tu boleh jadi kucar kacir..
Isteri ingkar atau pendam rasa..
Amik contoh bila mesin basuh kat rumah rosak..
Kau nak tolong basuh pun jgn haraplah..
Ape lagi pakai tangan..
Dan waktu tu kau tengah melepak dekat rumah dan ade org spt kau sedang cari duit lebih spt buat uber dan sebagainya..
Dan kau biarkan..
Sampai isteri kau jadi peram dan pendam perasaan sakit tu..
Mengeluh dgn kemiskinan..
Balik raya tgk sedara mara gelang emas smpai kelengan...
Dan kau cuma mampu ckp dgn isteri kau..
Kite susah buat cara susah..

Memang rezeki allah tu luas..
Dah tetap rezeki kau tahap mana..
Tapi kalau isteri kau tgk kau kerja keras.
Hasil setakat tu je..
Isteri kau faham...
Mungkin isteri kau bantu kerja cari duit sama2..
Tapi bila dah senang sikit kau perambat buat benda tak paekdah..
Pasang bini no dua lah..
Main judi lah..
Lepak mamak berejam2 takde hala tuju..
Tak pun masih tak boleh move on dengan perangai bujang smpai bawak kekawin...

Isteri kerja kau bantai suruh isteri bayar semua..
Pastu kau ckp kau mampu nak kawin lagi satu..
Lagi haprak cari perempuan luar dgn alasan isteri dah tak cantik..
Dah tak bergetah mcm dulu..
Pastu kau tak beli cermin tgk diri kau..
Hensem??
Yer isteri yg kau kata hodoh dan busuk tu yg mengurus kau...
Tak malu ke???

Tolong sedar semua tgk perkawinan shuib dan sarah nie sebagai pengajaran..
Baru org respect baru org nilai tinggi diri kau tu..
Smpai bila nak pusing2 salahkan pasangan tu penuh dengan kurang..
Yg engkau tu semua bagus dgn alasan haprak...

Kau bina jalan cerita rumahtangga kau dgn cara mcm nie...
Org akan respect..
Tapi kalau kau jadi mcm geng satu lagi..
Geng makan luar..
Selamanya org sumpah seranah kau lelaki tak guna..
Even kau dpt isteri baru yg cantik dan hebat.
Tapi kau tetap dilabel jantan tak guna mcm bekas suami kak pom pom tu..

PETIKAN DRPD FB Putera Nur Muhammad Raihan

Saturday, July 15, 2017

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

SAJAK DARI TUN DR MAHATHIR

Bangsa yang merdeka
Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit
Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja
Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia
Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu
Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa
Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Saturday, July 1, 2017

4 JANJI ALLAH DALAM AL-QUR'AN

Tahukah engkau apakah empat janji yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada kita dalam Al-Qur'an?

1. "Jika kalian bersyukur maka akan Aku tambahkan nikmatKu untuk kalian." (Qs. Ibrahim 7)

2. " Ingatlah kepadaKu niscaya Aku ingat kepada kalian." (Qs. Al-Baqarah 152)

3. " Berdoalah kepadaKu pasti Aku kabulkan untuk kalian." (Qs. Ghafir 60)

4. " Tidaklah Allah mengadzab (menghukum) mereka, sedang mereka (masih) memohon ampunan." (Qs. Al-Anfal 33)

Semoga Allah mudahkan kita mengamalkannya

DERITA AKIBAT KAHWIN TANPA RESTU IBU

Artikel ini adalah bahan yang saya baca dari blog lain dan dirasakan amat menarik...

Seperti yang dikongsi wanita ini, seorang ibu 2 anak hanya mampu tengok barangan di kedainya kerana tiada wang. Suaminya berkahwin lain dan dia dibiarkan tanpa nafkah. Dulu kahwin suka sama suka tapi disebabkan tiada restu ibu bapa dan terlalu terburu-buru, kehidupan wanita ini huru hara.

Kalau akak ungkit pasal tanggungjawab pasal perbelanjaan dia ugut nak ceraikan akak
Baru lepas bercakap dengan akak ni..Asalnya dia tanya pasal produk. Muda lagi orangnya dalam 20an (tak sure berapa tapi lebih kurang aku la kot) dah kahwin, ada anak dua org. Dua-dua lelaki.

Lepas tanya pasal produk tadi dia macam berminat, bila bagitau harga dia diam. Dia kata ‘Emm sekarang takda duit lagi, tuggu abang (suami) balik sini la. Aku kata ‘Ohh abang outstation ke?’ Dia geleng kepala. Muka happy nak beli produk tadi terus nampak macam sedih. Nampak lain macam aku tak berani tanya lebih takut secara tak sengaja terguris hati dia ke apa.

Tetiba dia bersuara, ‘Abang balik rumah bini muda, lama dah tak balik, last dia balik puasa haritu, tinggal dengan anak-anak je la kt rumah’ lepas tu dia diam.Macam-macam soalan bermain di fikiran aku sebenarnya. Aku tanya dia, habis abang tak balik duit belanja dia bagi tak? Akak tu geleng-geleng lepas tu dia mula bukak cerita.

“Sejak ada bini baru dia dah banyak berubah, kalau akak ungkit pasal tanggungjawab pasal perbelanjaan dia ugut nak ceraikan akak, akak dah tak tahu nak buat apa dah, nak cari kerja tapi anak-anak nanti sape nak jaga, nak upah pengasuh memang tak mampu la, nasib baik ada kakak no 1 tu, dia la yang bagi pinjamkan duit belanja, kalau takde dia dah mati kebulur dah kami 3 beranak”

Dulu belum habis belajar dah nak kahwin, mak ayah tak bagi akak ugut nak kahwin lari
Kesiannya akak ni.. Aku tanya dia “dulu kawen suka sama suka ke pilihan org tua?”
Panjang lebar dia bercerita, “suka sama suka dik, akak jumpa dia masa belajar kat UiTM Dungun, time tu dia kerja sana, bila dah lama kenal dia, dia ajak kawen time tu akak tak habis belajar lagi, dia kata takpe dia mampu tanggung akak walaupun akak tak keja,

yela time tu tengah berbunga-bunga memang iyekan aje la tak pikir panjang, terus balik kampung mintak dengan mak ayah nak kawen, ayah tak berapa setuju tapi ok je tapi mak tak bagi, mak kata habiskan dulu belajar tapi akak degil, tak dengar, siap ugut nk kawen lari lagi kalau mak ayah tak bagi, sudahnya diorg bagi la takut akak buat bukan-bukan, ktorg pon kawen la lepas tu dia dapat keja sini ktorg duduk la rumah sewa kat sini, dia selalu ulang alik Dungun sebab ada projek kat sana,

akak duduk rumah jela time dia keja luar nak ikot tak bagi, nak gi mana2 pun dia tak bagi, lesen kete tak bagi buat. Rasa macam tunggul pulak kt rumah. Bila lahirkan anak first dia mula buat hal, selalu outstation paling lama 3-4 hari je tapi kali ni berminggu-minggu tak balik rumah, kadang-kadang sampai sebulan tak balik. Bulan 3 aritu dapat tahu dia kahwin lagi, tu pon sepupu dia yang bagitahu, yang buat akak terkilan mak ayah dia yang jodohkan diorg. Mak ayah dia memang dari awal tak berapa suka akak sebab akak tak kerja, belajar pun tak abis. Dia ingat akak nak kikis duit anak dia. Bini baru dia tu lecturer, pernah tengok gambar kat fb dia, tak cantik sangat pun tapi yela lecturer kan”. Air mata dia dah bertakung.

Aku cakap sabar lah kak, ada hikmah yang kita tak tahu disebalik semua ni.Ini balasan sebab tak dengar kata mak ayah dulu, tak fikir panjangDia kata, “ni bukan hikmah, ni balasan sebab tak dengar cakap mak ayah dulu, mak ayah suruh pikir masa depan dulu tapi akak degil, akak percaya sangat laki tu boleh ubah masa depan akak sebab dia dah keja, gaji besar pulak tu. Ternyata akak silap, harta orang tetap harta orang takkan pernah jadi harta kita walaupun orang tu suami kita.

Sebagai perempuan kita kena ada income sendiri, ada pelajaran supaya takde sape pun boleh tindas kita, sebelum kawen boleh la kata nak tanggung semua bila dah kawen lain jadinya, tak semua laki macam tu tapi hati orang kita takkan boleh baca, akak sendiri pun tak sangka laki akak macam tu sebab sebelum kawen punya lah baik, sweet, romantik, tu yang buat akak cair.

Akak nasihat adik walaupun adik kawen dengan orang paling kaya pun adik jangan jadi macam akak, persediaan mesti kena ada, jangan tuggu benda nak jadi baru kita nak beringat time tu dah terlambat. Akak ditinggalkan terkontang kanting tanpa sesen pon harta. Tu la kononnya taknak pun harta dia, nak kasih sayang je dari dia, hampeh! Harta tak dapat kasih sayang melayang”

muka akak tu penuh kebencian. Lepas tu dia mintak diri nak balik dulu. Dia kata nanti dia datang lagi nak beli produk.. Hmmmmmm.. dapat sesuatu??

Sumber: Nurul Liliyana Ab Latif

Kredit : Kuali Panas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!