Showing posts with label GURU. Show all posts
Showing posts with label GURU. Show all posts

Thursday, November 14, 2013

KAJIAN KURANG BEBAN TUGAS GURU

KLIK untuk menonton video dalam Parlimen yang bakal dibentangkan dalam Persidangan NBOS 2





Wednesday, January 4, 2012

HARI PERTAMAKU DI SEKOLAH

Hari ini aku memakai baju warna biru sedondon dengan tudung ....memulakan langkahku ke sekolah seawal jam 6:10 pagi berseorangan kerana ayahanda dan angah cuti lagi. Aku tiba di sekolah hampir jam 7:00 pagi. Kulihat dah banyak kereta ibu bapa di sepanjang jalan ke sekolah.Seolah-olah macam ada majlis keramaian.

Aku terus melangkah ke pejabat. Aku tercari-cari kad aku. Tulah padahnya semalam tak dapat datang
mesyuarat. Aku tak tahu nombor punch card. Rakan2 guru yang lain datang terus punch. Aku dah hampir 5 minit kat situ masih tercari2. Rupa2nya nombor telah ditukar...dapatlah aku punch juga akhirnya.

Aku terus ke bilik GPK 1 membincangkan tentang perhimpunan yang akan diadakan pada pagi ini. Setelah semua maklumat diperolehi, aku terus ke dewan menguruskan murid2.

Ibubapa pun sama naik dengan anak dia orang. Penuh juga dalam dewan. Aku terus capai mic dan mengarahkan ibubapa  agar segera beredar ke kantin. Perhimpunan berjalan lancar.

Selesai perhimpunan, aku menguruskan pula murid tahun enam. Selesai taklimat, aku pun beredar dari dewan melalui tepi pentas. Bab inilah yg paling menyedihkan aku...Baju aku tersangkut pada paku dan terkoyak. Aku amat sayang baju ni dan harganya pun boleh tahan jugak. Frust pagi2 lagi.

Aku naik ke atas menyelesaikan plan strategik dan menguruskan fail. Selepas rehat, aku masuk ke kelas...Hari ini aku mula mengajar BM setelah lebih dari 20 tahun aku tak mengajar subjek ini. Kalau sekolah lain, aku rasa senang nak mengajar..tapi sekolah aku ni memang mencabar. Mudah lagi ajar BI, MT dan SN. Sekolah elitlah katakan. Tak faham BM. Terpaksa translate pulak dlm BI. Walaupun majoritinya anak Melayu. Arahan2 mudah pun susah diaorang nak faham.






Saturday, December 31, 2011

SIFIR TANGGA GAJI SBPA DG41, DG44, DG48, DG52 DAN DG54


 Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.
(klik imej untuk tumbesar)

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.

Link JPA:
SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK

Jadual Pemindahan Gaji

Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:
Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan

Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :

STRUKTUR TANGGA GAJI
Gaji Single Point
27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawahKumpulan Premier.
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Gaji Sebaris
29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.

30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.

31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakalaJGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada mata gaji tertinggi berhampiran dalamJGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.

Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan mata gaji yang sama dan sekiranya tiada mata gaji sama, penetapan adalah pada mata gaji tertinggi berhampiran.

34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.

35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gredkenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.

36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.

37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.

38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.

39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji BagiSkim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat).Lampiran C8

Pergerakan Gaji Tahunan
40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu  Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.

Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang
41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.

42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.

43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA(Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji diLampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.

45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baruyang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.

46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.sumber 

Thursday, December 22, 2011

NAK KENA SAIN 60 KE?

Satu lagi perkara yang aku nampak masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen 60 tahun pun tak pa...banyak aku jumpa samada melalui sembang2 kat alam 'nyata' atau alam 'maya' akan keluarkan ayat lebih kurang macam ni...

Salah Faham Yang Kedua:
"...tak sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..."

Komen Aku :
Macam aku sebut kat atas...kalau terima SBPA tapi tolak umur persaraan paksa 60 tahun tu pun takpa...tu bagi sapa-sapa yang rasa nak kerja lama ja..dah kerja sampai 56 atau 58 tahun tapi  rasa tak mau berenti kerja lagi...so boleh la sambung kerja lagi tapi takat umur 60 tahun je la...lepas tu wajib kena berenti dari perkhidmatan awam...

Satu perkara penting perlu diingatkan...kalau pilih terima umur 60 tahun tu pun... bukan bermakna  wajib kena kerja sampai umur 60 tahun baru boleh berenti kerja...boleh berenti awal ambil bersara pilihan...tapi nak bersara pilihan pun kena la lepas umur 55 tahun...sebab:

96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan  akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.
Katakanlah hangpa ambil opsyen bersara paksa 60 tahun tu...tapi bila sampai umur 55 tahun...dah tak larat nak kerja dah atas sebab-sebab tertentu...so boleh bersara pilihan dan semua faedah persaraan akan dapat time tu jugak...pencen dapat umur 55 tu jugak..tak payah nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..

Sebab tu la aku kata SBPA ni baguih dok ada...kalau macam SSM sekarang ni...katakanlah hangpa sekarang opsyen bersara paksa umur 58...kalau nak bersara pilihan umur 55 tahun...hangpa cuma akan dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat ja masa 55 tu...kena tunggu sampai umur 58 tahun baru pencen bulanan tu akan mula dibayar...kes 'naya' tu...so dalam SBPA ni memang lebih 'adil' untuk penjawat awam yang berhajat untuk berhenti awal dari perkhidmatan awam.

Penting untuk hangpa faham...walaupun hangpa menolak opsyen SBPA dan persaraan paksa 60 tahun pun...pembayaran pencen diawalkan ke umur 55 tahun tu tetap hangpa akan dapat jugak..so tak payah la dok kalut..kalau memang hangpa dah nekad nak tolak SBPA ni atas sebab-sebab tertentu...teruskanlah niat anda itu..hangpa tetap dapat 'faedah' tu...tapi bagi pendapat peribadi aku..lebih baik terima ja SBPA ni!
SUMBER : KLIK SINI

Saturday, December 17, 2011

KELIRU NAK KEKAL DALAM SSM ATAU PILIH SBPA?

Walaupun Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 berkaitan SBPA ni dah keluar...tapi masih banyak lagi persoalan yang belum terjawap mengenai SBPA ni...Ramai yang keliru lepas baca pekeliling tu dan ada jugak kawan-kawan yang dok tanya pasai pa aku tak komen apa-apa pun pasai SBPA ni...Sebenarnya aku pun bukannya tahu apa-apa pun...belagak terer ja lebih...Sungguhpun begitu untuk tak mengecewakan kawan-kawan....aku bagi jugak la pendapat aku tentang SBPA ni...Aku dah baca pekeliling SBPA ni dan inilah perkara yang aku faham mengikut maklumat dalam pekeliling tu..

Perkara pertama yang paling menarik aku rasa dalam SBPA ni...setelah sekian lama akhirnya "kepelikan" dalam penentuan gaji permulaan PPPS DG 41 disedari jugak oleh puak-puak pembuat dasar ni...Kalau ikutkan penentuan gaji permulaan DG 41 dalam SSM sekarang ni tersangatlah tidak adil....Gaji permulaan ditentukan oleh kelulusan ikut bidang dalam sarjana muda...lain bidang lain gaji permulaannya...klik gambar di bawah:


Seperti yang hangpa semua boleh nampak...apekehalnyer sampai berbeza-beza tangga gaji ni...tak adil langsung...semua pun jadi cikgu jugak...kerja sama saja...kenapa nak kena bagi gaji ikut bidang kelulusan pulak..."sebab kami graduate engineering kena ikut gaji standard engineer la...kami graduate akauntan kena gaji standard akauntan la"...bila dah masuk skim PPPS ni...mana pulak jadi engineernya..cikgu jugak kan..kalau nak gaji macam engineer kerja engineer la...ni jadi cikgu jugak bukannya engineer...ni la jugak salah satu sebab ramai sangat graduan pasaran terbuka ni dok berebut nak masuk KPLI dan DPLI...contoh kalau graduan engineering jadi engineer kerajaan...gaji mula P1T1 = RM 2088.25...tapi jadi cikgu gaji mula  P1T6 = RM 2148.10...lagi banyak dari engineer tu...Pelik kan!

Ini kisah benar...kawan bini aku sendiri...berkelulusan sarjana muda dalam bidang perakaunan...habis belajar terus apply GSTT sekolah rendah  dan lepas setahun diserap ke skim PPPS DG 41 mengikut kaedah Kursus Dalam Cuti (KDC)...bukan KPLI yer..posting jugak ke sekolah rendah. yang sama...mengajar kelas pemulihan sahaja...tapi gaji mulanya RM 2509.90...berbanding kawan aku graduan ijazah pendidikan...posting ke sekolah menengah...ajar kelas SPM subjek Matematik Tambahan...gaji mula RM 1967.20...Sangat tidak adil...ye la memang dah takdir tu rezeki dia...bukan menidakkan rezeki tuhan bagi...cuma keliru kenapa terlalu "pelik" sangat?

So, syabas aku ucapkan kepada puak-puak pembuat dasar sebab berjaya membetulkan kembali "kepelikan" ini dalam SBPA nanti....makanya dalam SBPA nanti gaji mula untuk cikgu gred DG 1-1 hanya pecah dua saja...samada Sarjana Muda biasa (T1) atau Sarjana Muda Kepujian (T2)...Untung cikgu-cikgu baru!
 
Sumber : KLIK SINI
 

Wednesday, December 7, 2011

KENAPA MESTI MARAHKAN CIKGU DAPAT GAJI LEBIH


GAJI PERMULAAN : 
DG 41 (  1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 (  1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 (  1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 (  1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 (  1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505

Kenaikan tahunan untuk : 
DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320

Kenaikan pangkat daripada : 
  1-1 ke  1-2 = 8 tahun,
  1-2 ke  1-4 = 8 tahun,
  1-4 ke  1-5 = 6 tahun
  1-5 ke  1-6 = 3 tahun


 Kenapalah ramai yang kutuk cikgu..asal orang cerita pasal gaji je mula nak kutuk cikgu, tak boleh ke cakap benda elok sikit. rezeki masing-masing. Cikgu sekarang dengan cikgu dulu memang beza, tapi masing-masing ada kelebihan dan cara memberikan komitmen pada tugas dan tanggungjawab guru sekarang lebih besar dan beban tugas yang lebih mencabar. kalau yang betul-betul guru ni dia tau sebenarnya tugas guru 24 jam sehari, dan jangan melihat ikut mata hati sendiri. semua pekerja di Malaysia ni komited dengan tugas masing-masing dan mereka sahaja yang tau susah payah diri sendiri menjalankan tugas. Terpulanglah kepada masing-masing nak guna untuk apa duit yang gaji yang ada, dan apa yang dapat dilihat sekarang ramai guru keluarkan duit poket sendiri untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik..Ada siapa ambik tau? Jawabnya....tak ada sebab benda macam ni dah jadi perkara biasa dan tak perlu nak diberitahu pada sesiapa. itu lah sedikit cabaran sekarang di mana tugas guru menuntut usaha dan komitmen yang lebih bukannya guna apa yang ada sahaja. cikgu akan mempelbagaikan usaha untuk mendidik muridnya. Isu gaji ni rezeki masing-masing, kalau orang lain gaji lebih sikit tu rezeki dialah jangan nak memburuk2kan org lain…syukurlah..

Masa bekerja guru sebenarnya lebih kurang 7 jam tanpa rehat… lebih kurang  saja dengan penjawat awam yang lain. Masa cuti guru tak seperti mana penjawat awam lihat. Kalau cuti akhir tahun sebulan tu cikgu cuti lebih kurang 2 minggu je… selebihnya perlu ke sekolah.. Penjawat awam yang lain yang setaraf cuti tahunan sebanyak 30 hari. setiap cuti sekolah cikgu tak cuti ikut macam murid pun. Tidak dinafikan mungkin betul ada segelintir guru yang tidak menjalankan tugas dengan betul tapi adakah penjawat awam dari bahagian yang lain semuanya menjalankan tugas dengan betul dan baik? Kalau swasta dapat bonus sampai 6 bulan gaji bekerja tak ada siapa pun nak cakap tapi kalau kerajaan bagi bonus setengah bulan semua nak bunyi. Yang rasa kerja yang dilakukan tidak berpatutan dengan gaji yang diterima penyelesaian paling mudah berhenti dan cari kerja lain.. ....termasuklah cikgu, polis, tentera, kerani pekerja2 swasta yang lain. Tak perlu la nak marah2. rezeki yang kita dapat bukan kerajaan yang bagi sebenarnya. Tuhan yang bagi. Mungkin kali ini cikgu lebih bernasib baik. Lepas ni tidak ada siapa yang tahu golongan mana pula yang bernasib baik sebab semua yang kita terima ini adalah pemberian Tuhan. Akhir kata jangan gaduh2 teruskan beramal dan berdoa pada Tuhan supaya dimurahkan rezeki… amin…

Thursday, November 3, 2011

GURU PENDIDIK BANGSA, GAJI PENGIKTIRAF JASA!!!

kabornya.... kanak2 ni fitrahnya suci dan berseh umpama kain yg putih..ibu bapa ler akan warnakan ..semada warna yahudi, nasrani atau sebagainya..

Ni sesuatu yg tak dapat dinafikan..

Atas kelemahan ibu bapa dan suasana dan keadaan semasa serta tekanan hidup..tanggungjawab mewarnakan anak2 ni dipanjangkan kepada guru2..dari guru tadika sehingga kepada guru2 menara gading!! Satu tanggungjawab dan amanah yg tak dapat dinilaikan ngan wang dan ringgit..hasil didikan dan berkatnya atau sempurnanya tanggungjawab ni dilaksanakan, hasilnya 10 tahun atau 20 tahun akan datang..semada keruntuhan negara atau kemakmuran negara..majunya dan mulianya bangsa trsebut atau sebaliknya..majunya dan makmurnya agama atau sebaliknya.

Thursday, October 27, 2011

KONSPIRASI GAJI GURU (SBPA)

 Dipetik dari : amanarab.blogspot.com (19/10/2011)

Hari ni aku nak buat konspirasi baru pasai gaji cikgu dalam SBPA nanti...Terima kasih kepada Cikgu Midi (Tanpa Nama -17/10/2011 -11:38 PM) yang telah mencerahkan pemikiran aku dan memberikan satu lagi idea baru tentang maksud sebenar Menteri Kewangan tentang kenaikan gaji 7% hingga 13% tu...

Bila aku analisa balik gaji SSM bagi gred DG tu...Terbukti dakwaan Cikgu Midi adalah sangat berasas...beliau menyatakan bahawa gaji permulaan dalam SBPA nanti akan merujuk kepada tangga yang paling bawah sekali dalam setiap gred...ok, tengok analisa aku kat bawah ni..

Thursday, October 13, 2011

ISU TANGGA GAJI BARU SBPA

Memang pelik betul ! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pun belum lagi keluarkan apa² pekeliling. Dah ada pulak yang memandai² nak keluarkan kenyataan sendiri. Hehehe .. mungkin diorang dah tak sabar² nak dapat tangga gaji baru kot. Jadi dari buang masa percayakan rumours ni. Baik tunggu dulu apa² pekeliling ataupun surat arahan Perkhidmatan yang akan sampai di Jabatan masing².

Selain tu, kalau korang baca teks ucapan Belanjawan 2012 tu semula. Korang akan perasaan ada beberapa elemen utama yang digariskan dalam Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam SBPA. Antaranya;

Pertama:
Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua:
Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang.

Ketiga: 
Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: 
Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan Penjawat Awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kalau korang tengok balik item yang nombor 4 tu. Mungkin korang akan perasaan. Hanya kepada kakitangan awam yang menerima opsyen SBPA sahaja yang akan mendapat faedah Kenaikan Gaji ini. Jadi, saranan aku. Adalah lebih baik korang tak payah terburu² dulu nak semak tangga gaji baru. Belum tentu lagi semua penjawat awam akan mendapat 'durian runtuh'.

Lagipun dari cakap² yang aku dengar. Ada banyak pro dan cons dalam opsyen SBPA ini. Jadi daripada korang sibuk² bertanyakan Kadar Jadual Gaji Sebaris SBPA ini. Adalah lebih baik korang semak dulu opsyen SBPA ni bila dah keluar nanti. Itu lebih baik !

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

banner hari guru 2011
16 Mei 2011 adalah tarikh keramat di mana sambutan Hari Guru akan berlangsung. Pelancaran perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-4 akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak oleh TPM kita.
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara merupakan tema bagi sambutan Hari Guru kali ke-40 untuk tahun 2011.Mendalami tema Hari Guru 2011, cabaran pendidikan di sekolah masa kini telah banyak berubah sejak meletusnya teknologi maklumat. Sikap dan perwatakan pelajar juga berubah seiring dengan peredaran masa. Semua ini memerlukan guru untuk turut sama bergerak dalam iringan perubahan yang semakin deras.
Jadi, tanggungjawab guru dalam melakukan perubahan dalam pendidikan negara sangatlah besar. Transformasi bermula daripada cara guru mengaplikasi dasar pendidikan negara dengan berkesan. Para guru Malaysia telah pun bersedia untuk menjana transformasi pendidikan negara!

Berikut adalah tema hari guru daripada tahun 1999-2011
  • 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
  • 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
  • 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
  • 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
  • 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
  • 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
  • 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
  • 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
  • 2009 Guru Pembina Negara Bangsa
  • 2010 Guru Pembina Negara Bangsa (sama macam 2009)
  • 2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Keluargaku.....

Mobile Uploads Slideshow: Fauziah’s trip to Kuala Lumpur was created with TripAdvisor TripWow!