Satu lagi perkara yang aku nampak
masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen
SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang
berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen
60 tahun pun tak pa...banyak aku jumpa samada melalui sembang2 kat alam
'nyata' atau alam 'maya' akan keluarkan ayat lebih kurang macam ni...
Salah Faham Yang Kedua:
"...tak
sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun
tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak
pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat
pencen..."
Komen Aku :
Satu perkara penting perlu diingatkan...kalau pilih terima umur 60 tahun tu pun... bukan bermakna wajib kena kerja sampai umur 60 tahun baru boleh berenti kerja...boleh berenti awal ambil bersara pilihan...tapi nak bersara pilihan pun kena la lepas umur 55 tahun...sebab:
96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun.Katakanlah hangpa ambil opsyen bersara paksa 60 tahun tu...tapi bila sampai umur 55 tahun...dah tak larat nak kerja dah atas sebab-sebab tertentu...so boleh bersara pilihan dan semua faedah persaraan akan dapat time tu jugak...pencen dapat umur 55 tu jugak..tak payah nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..
Sebab tu la aku kata SBPA ni baguih dok ada...kalau macam SSM sekarang ni...katakanlah hangpa sekarang opsyen bersara paksa umur 58...kalau nak bersara pilihan umur 55 tahun...hangpa cuma akan dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat ja masa 55 tu...kena tunggu sampai umur 58 tahun baru pencen bulanan tu akan mula dibayar...kes 'naya' tu...so dalam SBPA ni memang lebih 'adil' untuk penjawat awam yang berhajat untuk berhenti awal dari perkhidmatan awam.
Penting untuk hangpa faham...walaupun hangpa menolak opsyen SBPA dan persaraan paksa 60 tahun pun...pembayaran pencen diawalkan ke umur 55 tahun tu tetap hangpa akan dapat jugak..so tak payah la dok kalut..kalau memang hangpa dah nekad nak tolak SBPA ni atas sebab-sebab tertentu...teruskanlah niat anda itu..hangpa tetap dapat 'faedah' tu...tapi bagi pendapat peribadi aku..lebih baik terima ja SBPA ni!
SUMBER : KLIK SINI
No comments:
Post a Comment