Susahkah? Tidak, jika Anda tahu caranya.
Berikut adalah 2 tips bagaimana untuk gembira.
Tips 1: Senangkan Orang, Bantulah Seseorang.
Untuk merasa gembira, untuk ubah diri Anda jadi orang gembira,
pertama sekali carilah orang yang Anda rasa layak untuk dibantu.
Bantulah dengan kudrat dan kemampuan Anda, seiring dengan kapasiti Anda
sekarang ini dari segi kewangan, tenaga, ilmu dan tindakan. Menolong
orang satu sikap yang bagus.
Namun yang bagusnya adalah, setiap kali Anda bantu seseorang kemudian
orang itu mengucap terima kasih, Anda rasa happy. Anda rasa gembira.
Setiap kali teringat balik waktu orang itu mengucap terima kasih, Anda
boleh senyum-senyum sendiri dibuatnya. Anda sudah dikuasai rasa gembira.
Ada di kalangan kita suka membantu simply sebab dia mahu merasai
detik-detik kegembiraan apabila orang yang dibantuk itu mengucap “Terima
kasih”. Oh, alangkah gembiranya!
Bantulah seseorang dengan niat mahu menyenangkan dia. Tanya diri
Anda, “apa yang aku boleh buat untuk menolong orang ini?”. Bantulah
dengan tujuan hati untuk melihat dia gembira. Dari situ, Anda akan turut
merasa gembira.
Tolonglah dia dengan keinginan mahu menambah taqwa di jiwa Anda,
dengan rasa moga Allah melihat apa yang Anda lakukan. Moga dari
pertolongan Anda itu, diri Anda mendapat perhatian Allah. Moga dari situ
doa-doa Anda cepat dimakbulkan oleh-NYA.
Tips 2: Buat Dengan Minat, Bukan Sebab Duit.
Sebelum meninggal dunia, Steve Jobs pernah berpesan, buatlah sesuatu
sebab minat dan bukan sebab nak duit. Buktinya, walaupun Steve Jobs ni
orang kaya sebelum kematiannya, dia mencipta banyak produk elektronik
(seperti iPhone, iPod, Macbook Air) bukan sebab nak dapat banyak duit
tapi sebab dia minat mencipta produk-produk canggih yang menyenangkan
orang. Inilah minatnya. Mencipta sesuatu yang menggembirakan orang.
Bila sudah ada minat dan Anda buat sesuatu sebab minat, duit akan datang sendiri.
Pada saat itu, Anda sudah tidak kisah lagi pasal duit walaupun
sememangnya Anda orang berduit. Tanyalah Azizi Ali dan bacalah buku-buku
tulisannya, Anda akan temui hal yang sama seperti yang kami katakan.
Jika Anda ada perniagaan, sebaik-baik perniagaan adalah model
perniagaan yang dibina disebabkan Anda minat melakukan aktivitinya.
Sebagai contoh, jika Anda minat design, minat melukis dan minat mereka
bentuk ilusi grafik, maka perniagaan berbentuk khidmat graphic design
sesuai untuk Anda.
Jika Anda minat menjahit baju, maka perniagaan kedai jahit sesuai untuk Anda. Anda boleh jadi kaya melalui perniagaan ini.
Sebabnya, dek kerana minat, Anda akan terdorong untuk belajar cemana
nak menjahit dengan lebih bagus lagi, Anda akan minat untuk tahu
design-design baju yang terbaru, Anda akan cukup puas hati apabila
pelanggan-pelanggan Anda gembira dengan baju yang Anda jahitkan untuk
mereka.
Jika Anda minat kereta, perniagaan terbaik untuk Anda adalah
perniagaan berkaitan kereta seperti menjual aksesori kereta, menjual
alat ganti kereta atau simply menjual khidmat mem’modified’ kereta.
Contoh lain, jika Anda minat menulis dan Anda sukakan aktiviti
menulis (iaitu aktiviti menuliskan apa yang terfikir di kepala dengan
cara tulisan tangan atau dengan menaip di komputer), perniagaan terbaik
untuk Anda adalah perniagaan khidmat taip-menatip (seperti menulis
surat, menaip borang, mencipta artikel-artikel untuk laman web dan
blog-blog).
Untuk pergi lebih jauh lagi, bila Anda sudah minat menulis Anda
berpeluang untuk menulis buku sendiri lalu bernaung di bawah penerbit
ternama seperti PTS Publication supaya buku Anda dapat dikeluarkan
(istilah lain, diterbitkan). Bila sudah minat menulis, Anda akan suka
serta rasa terdorong untuk menulis lebih banyak buku. Anda akan teringin
untuk memperbaiki cara penulisan Anda supaya sesiapapun yang membaca
karya Anda rasa happy dengan tulisan Anda. Anda akan minat menulis lebih
banyak lagi cerita. Tanpa Anda sedari bila jutaan orang sudah minat
membaca buku Anda, maka jutaan orang inilah yang akan membeli buku-buku
tulisan Anda.
Bila sudah ada duit, pasti Anda jadi lebih gembira…kan? (ehemm..).
Buat apa saja aktiviti sebab minat, Anda akan jadi gembira. Sebab,
Anda seronok melakukan aktiviti itu. Ada orang merasa gembira
berjalan-jalan, sebab dia merasa seronok ketika berjalan-jalan.
Dari www.imotivasi.net
No comments:
Post a Comment