Tiada apa yang mampu untuk menarik perhatian seorang wanita selain daripada lelaki yang membuatkan mereka berasa istimewa. Pasti setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perkara ini. Tetapi ada juga beberapa teknik yang berfungsi terhadap kebanyakan wanita untuk membuatkan mereka berasa istimewa. Antaranya adalah……..
PERTAMA: Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap
kehidupan anda-
Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung
akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu
perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran
mereka ataupun sebagainya.
KEDUA :Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan-
Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan.
Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan,
hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali.
Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana
pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda
lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan
mereka berasa istimewa.
KETIGA:Memberikan mereka perlindungan-
Wanita akan
lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa
selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan
membuatkan mereka berasa lebih istimewa.
KEEMPAT :Hormati pendapat mereka-
Buatkan mereka
merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka di dalam kehidupan
anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa
lebih istimewa.
KELIMA:Meminta maaf-
Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan
mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar
untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan
mereka berasa istimewa.
KEENAM:Memberikan penghargaan-
Tunjukkan penghargaan anda terhadap
apa yang telah mereka cuba usahakan di dalam hubungan. Penghargaan yang
ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa.
No comments:
Post a Comment