Selesai makan malam, seorang ibu dan anak perempuannya bersama-sama mencuci mangkuk dan piring, sedangkan ayah dan anak lelakinya menonton TV di ruang tamu.
Pranggg......, dari arah dapur terdengar suara piring yang pecah, kemudian senyap sunyi . Si anak lelaki memandang ke arah ayahnya dan berkata, “Pasti ibu yang memecahkan piring itu.” “Bagaimana kamu tahu?” kata si Ayah. “Kerana tak terdengar pun suara dia memarahi orang lain,” sahut anaknya.
Makna :Kita semua sudah terbiasa memberi label yang berbeza dengan melihat orang lain dari memandang diri sendiri, sehingga acapkali kita mengecam orang lain dengan serius, tetapi memperlakukan diri sendiri dengan penuh toleransi.
KISAH 2
Ada dua kumpulan pelajar yang pergi bertemasya ke pulau Yi Do di Jepun. Keadaan jalannya sangat teruk, sepanjang jalan terdapat banyak lubang. Salah seorang pemandu berulang-ulang mengatakan keadaan jalannya rosak parah dan tak terbela.
Sedangkan pemandu yang seorang lagi menerangkan kepada para pelancongnya dengan nada puitis, “Yang kita lalui sekarang ini adalah jalan protokol ternama di Yi Do yang bernama jalan berlekuk yang amat mempesona.”
Makna :Walaupun keadaannya sama, namun pemikiran yang berbeza akan menimbulkan sikap yang berbeza pula. Fikiran adalah suatu hal yang sangat menakjubkan, bagaimana kita berfikir, keputusan berada di tangan Anda.
KISAH 3
Seorang murid di sebuah sekolah rendah mempunyai cita-cita ingin menjadi badut. Guru A tanpa berfikir panjang bersuara, “Awak tidak mempunyai cita-cita yang luhur, anak yang tidak ada wawasan !”
Sedangkan guru B pula menyarankan, “Semoga Anda membawakan keceriaan bagi seluruh dunia!”
Makna :Terkadang orang yang lebih tua, bukan hanya lebih banyak memberi semangat, malahan sering menghadkan peluang dalam erti kata lain mempunyai pemikiran dan pandangan yang sempit.
KISAH 4
Seorang isteri sedang memasak di dapur. Suami yang berada di sampingnya membebel tak berkesudahan, “Perlahan sedikit, hati-hati! Apinya terlalu besar. Rempah tu tak dikacau lagi....takut hangit, minyaknya pula terlalu banyak!” Isterinya secara spontan menjawab, “Saya faham bagaimana cara memasak kari.” Suaminya dengan tenang menjawab, “Saya hanya ingin dirimu mengerti bagaimana perasaan saya , saat dan ketika saya sedang membawa kereta, awak yang berada di samping selalu membebel tak berhenti.”
Makna :Belajar memberi kelonggaran kepada orang lain itu tidaklah sesusah manapun, asalkan Anda mahu dengan serius berada di sudut dan pandangan orang lain ketika melihat suatu masalah.
No comments:
Post a Comment